Cari disini....

Tuesday 14 August 2012

Alaminos Goat Farm di Filipina

Salam Ramadhan..blog aku jarang berkongsi fakta dengan tuan-tuan sebab aku sendiri baru belajar menternak kambing ni.Jadi memang boleh dikatakan "zero knowledge" tentang kambing yang aku tahu kambing makan rumput(yang mana salah sebab foraj kegemaran kambing adalah daun).Tapi penting untuk seorang penternak mencari ilmu secara beterusan walaupun sudah lama menternak apatah lagi yang hijau macam aku."Knowledge is power" jadi sama-sama lah menuntut ilmu hingga ke negara Filipina.Kenapa Filipina?bukan Australia,Afrika Selatan ataupun USA.Aku tau negara tersebut maju dalam bidang penternakan.Tapi aku tertarik dengan Alaminos Goat Farm sebab tuan dia Art Almeda berjaya menternak kambing susu dan daging dalam iklim tropika.Dan mengacukkan kambing seperti Anglo Nubian,Saanen untuk susu dan Boer untuk daging.Yang lebih mengagumkan aku sebab penggunaan foraj dedaun seperti Petai Belalang((Leucaena leucocephala aka Ipil-ipil), Kelor (Moringa oleifera aka Malunggay), Tarum (Indigofera Anil / Indigofera Teysamii aka Indigo), Mulberry (Morus) dan Pokok Baja ( Gliricidia Sepium aka Kakawate).

Hasil R&D yang dijalankan disana membuktikan bahawa dengan genetik dan nutrien yang baik,kambing dapat hidup dengan baik di negara TROPIKA.Visi beliau adalah untuk menghasilkan kambing susu tropika yang dapat menghasilkan 2.0liter susu sehari untuk tempoh laktasi selama 305hari setahun.60 hari lagi untuk tempoh susuan anak. Hasil pembacaan aku beliau memberikan foraj dedaun segar seperti Tarum dan Mulberry dan pelet yang dihasilkan sendiri terdiri daripada 40% Indigofera,15% Molasses,dan selebihnya "Palm Kernel Cake" dan "Rice Bran".Semua bahan ini terdapat dengan banyaknya di Malaysia.Kita ada cuaca sama untuk tanaman Tarum,kilang gula untuk Molasses,kilang sawit untuk "PKC" dan kilang padi untuk "Rice Bran". Aku dapati kandungan protein untuk pokok-pokok seperti disebutkan adalah agak tinggi.Lihat jadual:
(sumber daripada alaminos goat farm)


Tinggi kandungan protein pokok Tarum(Indigofera) dan Kelor(Malunggay). Hasil yang didapati daripada pokok tersebut juga adalah baik.Bermakna dengan keluasan tanah sebanyak 100kaki persegi dapat menghasilkan hasil seperti di bawah:
(sumber daripada alaminos goat farm)

Memang cantikla kambing-kambing yang diberi makan foraj dedaun segar ni.Pelet pun dibuat sendiri hasil ramuan sendiri menggunakan bahan-bahan dari ladang.Tapi aku perhatikan penggunaan Rumput Signal (brachiaria decumbens) di amalkan di ladang tersebut.Tiada sebarang aduan daripada tuan kandang berkenaan kesan Rumput Signal yang berdasarkan kajian boleh menyebabkan penyakit gila@photosensitive kepada kambing.
(sumber daripada alaminos goat farm)

tanaman pokok indigofera
(sumber daripada alaminos goat farm)


Alhamdulillah banyak yang aku pelajari dari Alaminos Goat Farm ini.Kepada sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu bolehla melawat ke http://www.alaminosgoatfarm.com/ untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari hasil penyelidikan di ladang di sana.Semoga dapat diamalkan mana-mana yang baik untuk kemajuan industri ternakan kambing kita..












15 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth tuan Feral,

    Rumput signal tu mesti dia tak potong dan biarkan kambing makan lepas bebas je kan? Aku perhatikan kambing ni makan pokok ikut cukup je. Dia tak ambil berlebihan dan pokok macam ubi kayu tu pun sama. Jadi,kalau kita boleh biar kambing makan sendiri kat bawah memang caggih la cuma masalah cacing jadi faktor utama

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam w.b.h tuan Fairul,

    Tak pasti tntang potongan rumput signal tu.Tapi rasanya mungkin tak,ditanam sekadar untuk ragutan.Yang diberi rumput napier rasanya.Masalah cacing memang betul tuan terutama baka import tapi aku tak tahu Alaminos Goat Farm(ASG) ada bagi ubat cacing atau tak.Tak ada diberitahu dalam werbsite dia.Nak juga tanya nanti kalau-kalau penggunaan foraj dedaun segar dapat menghapuskan internal parasite dalam badan kambing.Tapi tuan Fairul aku ingat boleh praktikkan penggunaan Indigofera@Tarum kat ladang tuan.Aku nak tanam tak ada kawasan pulak.hehe

    ReplyDelete
  3. Mana nak dapat pokok tarum ni. Hmm ... Sekarang ni kambing aku lepas ragut, poko nanas, pelam dan napier. Semua sapu. Kalau tambah pokok tarum macam mana pulak ya. Hehe. Kalo ko ada benih nak juga aku test

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di alaminos tu dia pakai biji benih dalam plastik tuan.aku ingat kalau cari kat kedai or nursery mungkin ada.Kalau tak pun potong je dari pokok asal.Tarum,Kelor dan Petai Belalang banyak kat Malaysia nih.Cuma tak berapa kenal pokok nya.Aku kenal Petai Belalang je..tapi rupanya ada lagi pokok berkhasiat lain selain itu.banyak lagi nak kena belajar ni.hehe

      Delete
    2. Haha, bila aku fikir tadi mana nak cari pokok trum indigo tu tiba2 teringat pada UPM. Tapi idea ko lebih realistik, cari di nursery sebab tumbuhan berbunga. Aku nak cuba cari. Insyaallah, 10 minit nak buka puasa sama2 doa masa mustajab

      Delete
    3. Pokok jenis macam petai belalang juga tuan..pokk tepi jalan je,mungkin tak ada di nursery.hehe..tapi tak apela try cari dulu.hehe..

      Delete
  4. Replies
    1. haha..bgus2 bro hafiszal..sebab ko bela ayam sekali elokla kau tanam rumput napier india.boleh bagi makan ayam dengan kambing sekali gus..welcome to the club..hehe

      Delete
  5. Napier india tu bro ade benih tak?bleh supply.kalo napier taiwan bleh dpt.nk masuk club,tp ape pn tkde lg bro.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak ada tanam pun napier semua tu.tanah tak ada bro..tapi cubala bro tanya penternak kat area Perak mesti ada punya.Tak apa belajar dulu asas2 perkambingan ni.Lepas ada kambing lagi senang.hehe..

      Delete
  6. salam bro isal. saya ada terbaca satu yahoo group, pokok baja (Gliricidia sepium) banyak di sabak bernam, sungai besar di selangor. diorang buat pagar untuk tanaman pokok kelapa. saya kursus di sabak bernam hari tu, baru tahu hari ni, sayangnya. try la usya kat sana.

    Projek Kambing Muda

    ReplyDelete
  7. Biji benih pokok tarum atau indigofera wsp no 0174205740 1 peket 150 biji benih Rm40 free pos

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete