Cari disini....

Tuesday 16 October 2012

Musim Kelahiran Anak Kambing..:-)

Assalamualaikum to all my dear pastoralist friends.Minggu lepas memang minggu paling menyeronokkan bagi aku dan abang aku sebagai penternak kambing.Musim kambing beranak memang mengujakan,kenikmatan bela kambing ni ada dua masa kambing beranak dan masa jual kambing,hehe.Setakat ini ada 3ekor ibu kampung beranak kembar,1ekor ibu jamna kacuk beranak tunggal dan 1ekor ibu dara Alwi beranak tunggal.Nampak tak kelebihan kambing kampung,2ekor ibu yang beranak kembar tu dari kelahiran lepas memang anak kembar dan 1 lagi tunggal tapi yang ini beranak kembar.Dan kambing kampung ni memang ibu yang bagus untuk anak dia.Tak ada masalah,aku tak pernah nak potong pusat anak baru lahir,nak tolong anak keluar,nak suntik vitamin apa semua tak ada langsung.Selalu datang kandang pagi tengok dah ada anak.Kan senang penjagaan macam tu.Tapi realiti nya tak juga,ada 2 ekor beranak masa meragut,kalau beranak memang tak balik lah kena pergi cari juga.Kadang-kadang 2hari baru jumpa ibu dan anak tu.Tapi tak ada masalah dua-dua sihat sejahtera walaupun berhujan.Baka kampung memang tahan lasak.

kembar jntan betina-lahir semasa meragut hari hujan
kembar betina,paling aktif stakat nih..
kambing dara alwi-umur 11bulan 10 hari dah beranak..salute laa..anak sekor betina..beranak masa meragut dalam hujan.
kembar jantan betina-sekor ada antena kat leher,tak tahu baka mana.haha
biri pun beranak jugak,tapi yang ni macam tak cukup bulan ibu dara..bawak balik rumah buat pet..
 
Dengan musim beranak yang agak memuaskan dari segi kidding rate,mortality zero, ada 4ekor lagi ibu yang bakal beranak pada bulan ini.Memandangkan petak beranak dah penuh terpaksala aku dan Awang mengerah keringat membanting tulang empat kerat membuat petak tambahan.Senang je buat ni guna kayu lebihan 1x2 dan papan lama.Dapatlah 2 petak baru yang tak ada pintu.Senang untuk ibu keluar masuk petak bagi susu dan pergi meragut.Aku tahan ibu baru beranak 2 minggu dalam petak beranak sebelum dilepaskan meragut.Sebabnya ibu baru beranak agak lemah badannya dan agak mudah diserang parasit dan penyakit lain.Jadi lebih sesuai dikurung buat sementara waktu sebelum dilepaskan kembali meragut.Nasihat Sifu Alwi kena ikut.hehe..
dalam proses pembuatan...
siap untuk digunakan..tak ada pintu tu..haha
 
 
Musim hujan memang musim kegemaran kambing beranak.Mungkin ada sebab-sebab tersendiri.Tapi kandang baru aku masih belum bermula lagi proses pembuatannya.Tambah pula dengan musim hujan sekarang jadi makin tertangguh lagi lah..."OPPA KAMPUNG STYLE"
 
 
 
 

 
 
 
 



Friday 5 October 2012

Kambing Meragut..Pengembala Semput..

Salam buat semua penternak dan pembiak ruminan kecil,kambing aku dah 2 ekor keguguran akibat terlambat bagi ubat cacing.Kisahnya 2 ekor kambing tersebut di beli dari Alwigoatfarm dalam bulan Julai tapi bulan September baru beri ubat cacing,sedangkan sifu Alwi dah nasihatkan bagi ubat cacing selepas sampai ke kandang baru.Sikap yang mengambil mudah nilah menyebabkan aku rugi akibat keguguran tersebut.Alhamdulillah satu pengajaran yang berguna tu dan untuk belian biri-biri 10ekor seperti dalam post terdahulu,sampai je kandang petang tu jugak bagi ubat cacing.Haha..

Aku berpeluang mengikuti kambing pergi meragut,selama ni lepas ragut kol 2.00pm dan balik kol 6.00-7.00pm.Hari tersebut di awalkan jam 10.30pagi dah dilepaskan kambing tersebut,tapi biri-biri maintain jam 2.00ptg.Pada awalnya lepas keluar kandang cantik je kambing ni beratur,tapi selepas 100meter dari kandang semua berterabur cari lauk masing-masing.Yang depan sekali geng kambing kacukan kampung(KK),yang kelompok belakang geng Boer/Jamna/Wak Beron@eksotik.Selalunya geng eksotik ni akan balik kandang awal berbanding geng KK.Tapi elok juga dengan adanya geng KK(belian Alwi) dapatlah geng eksotik aku join sekali meragut.Kalau tak dibantainya pusing kandang tak gi meragut.
kandang dahla buruk,kau pegi runtuhkan pulak..haha
motor bapak aku,banyak berjasa ni..kambing otw gi meragut tu..
dah berpecah dah..aku pun xsempat nak gembala..laju diorang berjalan..
3 dara pingitan belian wak beron(intensif) dah pandai meragut..joyah,tipah n rosmah?hehe
geng boer memang tak berpecah..tapi dah pandai meragut kira ok laa..
 
 
Letih rupanya mengembala ni,aku bertahan selama 1jam setengah jer.Pukul 12 balikla perut dah berbunyi maklumla banyak tenaga dihabiskan mengikut kambing ni pergi meragut.Biri-biri belian terbaru juga sudah dilepaskan bersama biri Rattana yang dikuarantin dekat sebulan sebab hilang 2-3 minggu hari tu.Buat masa sekarang ALhamdulillah semua berdisplin meragut berkumpulan dan pulang ke kandang on time selepas kenyang.Setakat ni biri-biri semua ada 25ekor dengan 19induk.Den nak cukupkan induk 50ekor dan berhentila kejap.Nak beri fokus lebih pada kambing ni,sebab penjagaan kambing perlu ditingkatkan lagi.Diorang jenis mudah diserang penyakit kalau kurang pemerhatian dijalankan.
 
biri-biri 25ekor..Pejantan Barbadoss Blackbelly tak jumpa2 lagi nih..adeh..
 
 

 

 
 
 
 

Monday 1 October 2012

Khabar dari Benua Australia...

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat pastoralist(baru belajar dari sifu Alwi),tiada apa yang nak di update cuma nak menyampaikan maklumat terkini berkaitan perubahan peraturan baru untuk import ternakan hidup dari Australia.Aku ambil maklumat ini dari Facebook pengimport kambing dan biri-biri terbesar dari Australia iaitu Major Transglobal Group(MTG).Khas untuk sifu Alwi yang memang tak ada Facebook.haha..

BAHAN BACAAN PENTING UTK SEMUA PENTERNAK.

PERATURAN BARU PENGIMPOTAN RUMINAN DARI AUSTRALIA
 
Ekoran beberapa kes penganiayaan kepada ternakan seperti yang di war-warkan oleh NGO Australia yang sangat berpengaruh ia itu RSPCA dan Animals Australia (The Voice For Animals), satu kempen dinamakan Ban Live Export telah dilancarkan secara besar-besaran bagi menghalang ekspot ternakan hidup dari Austr...
alia. Video gambaran penganiayaan ternakan seperti yang berlaku di Indonesia pada Mei 2011, telah mencetuskan satu desakan yang telah memaksa kerajaan Australia mengenakan penggantungan sementara ekspot ruminan kenegara tersebut pada Jun 2011. Australia mengekspot sebanyak 694,429 ekor lembu hidup pada tahun 2011 (jatuh 21% berbanding 2010) bernilai AUD 629.4 juta. Indonesia merupakan pengimpot lembu hidup terutama untuk tujuan sembelihan/fidlot terbesar Australia dengan jumlah 413,359 ekor pada 2011 bernilai AUD 275.6 juta. Jumlah tersebut jatuh secara nyata berbanding tahun 2010 disebabkan penggantungan sementara ekspot selama 3 bulan pada tahun 2011.

Selain dari Indonesia, banyak bukti-bukti lain penganiayaan terhadap haiwan ternak diperolehi dan perkara tersebut amat dipandang serius oleh pihak Australia untuk melakukan sesuatu dan pada masa yang sama tidak menjejaskan industri yang memberi pekerjaan kepada lebih kurang 10,000 orang warganya.
Dari segi jumlah ternakan hidup yang diekspot, biri-biri merupakan ternakan yang terbanyak, dimana pada 2010 sebanyak 2.8 juta biri-biri Australia diekspot , bernilai AUD 333 juta, terutama ke Timur Tengah dengan didahului oleh Kuwait sebanyak 1,153,765 ekor, menyumbang 40% dari jumlah export, diikuti oleh Bahrain (15%), Turkey (14%), Qatar (11%) Jordan (7%) dan lain-lain, termasuk Malaysia.

Pada 2010, Australia juga telah mengekspot sebanyak 77,414 ekor kambing bernilai AUD 10.3 juta (kebanyakan nya kambing Feral) dan dari jumlah tersebut 83% (lebih 60,000 ekor) diekspot ke Malaysia, menjadikan Malaysia pengimpot terbesar kambing Australia, diikuti oleh Singapura dan Brunai Darussalam.
Berdasarkan fakta diatas, kerajaan Australia tidak menafikan sumbangan sektor tersebut terhadap ekonominya serta peluang pekerjaan yang dinikmati oleh warganya, tetapi pada waktu yang sama perlu menangani isu penganiayaan terhadap ternakan tersebut.
Ekoran dari permasaalahan tersebut, pada 13 Julai 2011, Menteri Persekutuan bagi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia (DAFF – Department of Agriculture, Fisheries and Forestry) , Hon. Joe Ludwig telah mengumumkan penubuhan IGWG ( Industry Government Working Group) bagi membincang, merancang dan membentuk Sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengekspot atau ESCAS ( Exporter Supply Chain Assurance System).

Empat prinsip asas sistem tersebut bertujuan penggubalan semula dasar eksport ternakan hidup, adalah :
• Menepati Piawaian OIE (World Organisation for Animal Health) bagi Kebajikan Haiwan
• Membolehkan ternakan secara berkesan dipantau, dijamin dan dipertanggungjawabkan kepada pengekspot melalui Sistem Rangkaian Pembekalannya (ESCAS) dari mula penerimaan ternakan sehingga ke proses sembelihan.
• Rekod dan penyediaan lapuran sebagai rujukan
• Di sahkan dan di audit oleh badan bebas yang dilantik
ESCAS ( Exporter Supply Chain Assurance System)
Kerajaan Australia telah memaklumkan melalui kedutaan Malaysia di Australia dan kedutaan Australia di Malaysia tentang perlaksanaan sistem ESCAS, dan perbincangan antara pihak JPV Malaysia dan MLA (Meat Livestock Australia) telah bermula sejak awal 2012 lagi.
Sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengekspot atau ESCAS merupakan satu sistem yang dirangka khusus bagi menjamin setiap ternakan hidup yang diekspot dari Australia dikendalikan (handling) mengikut piawaian Australian Standards for the Export of Livestock (ASEL) dan OIE (World Organisation for Animal Health) bagi menjamin kebajikan ternakan sentiasa diberi keutamaan, mengelak sebarang bentuk kekejaman, menghormati serta memastikan keselesaan ternakan dari titik penerimaan sehingga ke proses sembelihan.
Pihak pengekspot dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi memastikan seluruh jaringan pembekalannya (Supply Chain) dari pengimpot dan pemborong yang disahkan/berdaftar (authorized) mengikuti keseluruhan prosedur seperti yang telah ditetapkan. Perlaksanaan keseluruhan prosedur akan dipantau secara rapi oleh MLA ( Meat Livestock Australia) dan juruaudit yang dilantik.
NGO yang berkaitan juga sudah pastinya akan sentiasa meneropong dari segenap sudut bagi mencari apa juga kesalahan yang mungkin dilakukan (tidak mengikut tatacara pengendalian seperti dinyatakan) walau pun kecil.
Bagi memastikan ESCAS mencapai matlamatnya, pihak MLA (Meat Livestock Australia), atas daya inisiatifnya telah mula melancarkan program intensif memberi taklimat, bengkel , latihan serta lawatan ke fasiliti pihak pengimpot dan jaringan pembekalan yang disyorkan oleh mereka untuk tunjukajar, nasihat, demonstrasi semua prosedur pengendalian dan sembelihan mengikut piawaian yang ditetapkan.

PROSEDUR PENJUALAN/SEMBELIAN TERNAKAN HIDUP (LEMBU/KAMBING/BIRI-BIRI) DARI AUSTRALIA

 • ESCAS telah dikuatkuasakan bermula 1 hb September 2012
• Bermula pada tarikh tersebut, ternakan yang di impot oleh pengimpot berdaftar yang diluluskan dalam sistem ESCAS cuma boleh di jual kepada pemborong berdaftar (authorized buyer) yang diluluskan dalam jaringan pembekalannya. Penjualan kepada pemborong yang tidak berdaftar (unauthorized buyer) akan menyebabkan pengeksport (Syarikat Australia) tidak boleh lagi menjual kepada pengimpot berkenaan.
• Untuk menjadi pemborong berdaftar dibawah sistem ESCAS, para peniaga/pemborong perlu memohon kepada pengimpot berkenaan. Mereka perlu mempunyai fasiliti yang lengkap seperti dinyatakan dalam syarat ESCAS. Fasiliti tersebut perlu di audit untuk kelulusan dan pihak pemborong perlu melalui proses latihan yang dikendalikan oleh pihak MLA (Meat Livestock Australia). Pemborong yang telah menepati semua syarat ESCAS akan diberi kelulusan sebagai pemborong berdaftar di bawah pengimpot tertentu.
• Pengendalian ternakan dari masa ternakan sampai di pelabuhan atau lapangan terbang perlu menepati piawaian ASEL dan OIE ; meliputi , kemudahan di pelabuhan dan lapangan terbang, makanan/minuman ternakan , prosedur sekiranya menempuh perjalanan yang lewat (jadual tertangguh), jumlah pembeli/wakil pembeli/pekerja di pelabuhan/lapangan terbang, persediaan lori pengangkut, pemindahan ternakan dari crate ke lori dan dari lori ke fasiliti pemborong berdaftar, jumlah ternakan yang sesuai bagi setiap lori dan berdasarkan saiz ternakan, pengendalian ternakan sakit, lemah dan tercedera, teknik menghalau ternakan dan lain-lain.
• Semua ternakan yang dibeli oleh pengguna dari pengimpot atau pemborong berdaftar perlu menyembelih ternakan tersebut di fasiliti sembelihan/rumah sembelih yang telah diluluskan kepada pengimpot atau pemborong berdaftar tersebut. Pengimpot atau pemborong berdaftar tidak boleh sama sekali menjual ternakan hidup untuk disembelih ditempat lain kepada pembeli.
• Penyembelihan untuk tujuan akikah, korban, kenduri, upacara agama (seperti Hindu) di fasiliti sembelihan/rumah sembelih yang belum atau tidak diluluskan tidak dibolehkan sama sekali; ini termasuklah di surau, masjid, kuil , kawasan rumah dan mana juga tempat pada setiap masa/keadaan seperti Hari Raya Korban, Deepavali dan lain-lain perayaan.
• Teknik pengendalian ternakan sebelum sembelihan dan proses sembelihan – meliputi jenis pisau, ketajaman pisau, teknik pengendalian ternakan yang akan disembelih dan teknik sembelihan – memahami anatomi ternakan , tempoh mati perlu mematuhi semua piawaian seperti ditetapkan.
• Pengimpot dan pemborong berdaftar akan di audit dari semasa kesemasa oleh Juruaudit yang dilantik oleh MLA bagi memastikan perlaksanaan sistem ESCAS dipatuhi sepenuhnya, dan lapuran akan dihantar serta dinilai oleh MLA untuk sebarang keputusan dibuat.

PENGIMPOTAN DAN KEBERGANTUNGAN BEKALAN TERNAKAN DARI AUSTRALIA
Berdasarkan peraturan ketat oleh pihak Australia, dijangka hanya 3 – 4 pengimpot akan diberi hak/kelulusan mengimpot melalui sistem ESCAS. Kesemuanya adalah Syarikat yang telah lama berkecimpung (established) dan akan menjadi sangat sukar kepada pemain baru. Penjualan ternakan juga tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Semua pengimpot dijangka akan terus berhati-hati bagi memastikan ‘supply chain’ mereka mengikut semua peraturan yang ditetapkan. Adalah dijangkakan jumlah impot diperingkat awal penguatkuasaan nya akan berkurang secara nyata dan kembali meningkat apabila ianya sudah difahami.
Kebergantungan kita kepada Australia masih tiada penggantinya. Pembekalan kambing dan biri-biri terutamanya, dari Thailand, Myanmar dan Indonesia masih banyak halangan dari segi protokol, harga yang tidak kompetetif, logistik dan bekalan ternakan. Keadaan sedemikian akan menyebabkan kekurangan bekalan yang nyata terutama ketika keperluan bekalan yang tinggi semasa musim korban tahun ini dan lain-lain perayaan. Permintaan yang melebihi penawaran akan menyebabkan harga pasaran meningkat.
Dengan sistem ESCAS, kos tambahan meliputi kos audit dan lain-lain yang akan diserap oleh pengguna juga akan menyebabkan harga ternakan meningkat.
Pembelian ternakan/sembelihan diluar sistem ESCAS masih boleh dilakukan untuk ternakan – ( lembu, kambing, biri-biri ) tempatan, Indonesia, Thailand, Myanmar atau dari negara-negara lain selain Australia. Sekiranya surau, masjid, dan rumah ibadat lainnya masih berhasrat melakukan sembelihan ditempat mereka, seperti yang selalu dipraktikkan, masih boleh melakukan sekiranya menggunakan lembu/kambing/biri-biri yang bukan di impot dari Australia.

 KESAN DARIPADA SISTEM ESCAS
Banyak kesan positif dapat dilihat dari perlaksanaan sistem ESCAS di mana Malaysia akan mengikuti tatacara negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah dalam pengendalian ternakan berdasarkan piawaian OIE.
Ia juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan dalam tempoh singkat – sederhana dan ini akan kembali mendorong industri ruminan negara berkembang. Dorongan tersebut juga boleh disebabkan oleh harga pasaran yang semakin menarik.
Penggunaan rumah-rumah sembelih yang dibina oleh kerajaan juga akan digunakan secara maksima disebabkan penguatkuasaan tersebut.
Kesan negatif untuk jangkamasa pendek adalah mungkin ramai yang tidak dapat melakukan ibadat korban untuk tahun ini dan masyarakat beragama Hindu akan kekurangan daging kambing/biri-biri segar untuk musim perayaan Deepavali disebabkan kekurangan bekalan yang ketara.

Disediakan oleh:
Dr.P.Azhar Zakaria
Pengarah Urusan
Major Transglobal Sdn Bhd
 
 
Kesan-kesan positif dan negatif pun dah diceritakan,berkemungkinan harga kambing dan biri-biri import dari Australia akan meningkat.Dan seterusnya membantu melonjakkan kembali industri ternakan kambing dan biri-biri tempatan.Adakah ini petanda zaman keemasan untuk bidang ternakan telah muncul?Harap-harap begitulah ya..hehe..:-)