Cari disini....

Thursday 23 August 2012

Belian Kambing 13ekor dari Alwigoatfarm

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua penternak di serata dunia.Semuga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan diterima hendaknya.Pada 16 Ogos lepas aku telah menerima kehadiran 13ekor kambing baru yang diimport khas dari Alwigoatfarm di Bidor,Perak.10ekor dara(2 ekor tengah bunting),2ekor jantan untuk sembelih dan 1ekor pejantan super yang bakal menggantikan pejantan sekarang@ Robert di kandang aku.Aku telah berikan nama Robin Van Persie kepada pejantan baru itu bersempena dengan perpindahan Van Persie dari Arsengal ke Man United.Robert akan ditamatkan tugas sebagai pejantan disebabkan kebelakangan ini selalu sangat melepak di kandang sahabat penternak iaitu Daud Komando.Disebabkan kandang Daud tak ada pejantan(yang ada masih muda) jadi Robert telah mengambil peluang untuk bermaharaja lela di sana.Untuk makluman Robert aku beli dari kandang Daud pada tahun lepas.Kira macam "sirih pulang ke gagang" la kisahnya.Tapi tak larat la Awang untuk membawa pulang Robert ni hari-hari dari kandang Daud.
kandang Daud tempat melepak si Robert..
 
Daud(atas motosikal)..letih la nak bawa balik kambing ni hari-hari..degil sungguh..
 
 
Dengan ketibaan kambing dari Alwigoatfarm maka jumlah kambing di kandang aku 47ekor dan biri-biri 10ekor.Biri-biri aku 4ekor hilang tak balik-balik dari meragut dah hampir 1minggu lebih.Kesilapan berlaku sebab terlalu awal melepaskan biri-biri yang baru dibeli 3ekor betina meragut.Habis dibawak lari pejantan biri-biri aku iaitu Shah Rukh Khan sekali.Mungkin sesat agaknya.Sebelum ini ada seekor biri-biri betina aku hilang selama 4hari sebelum ditemui semula.Oleh itu besarla harapan aku agar yang 4 ekor ini akan dijumpai semula.InsyaAllah.Begitula risiko kambing dan biri-biri yang dilepas meragut tanpa pengembala.(Awang dah jumpa 4ekor biri-biri tu petang 24/8/2012 di Estet Sawit,dan dah selamat di bawa balik ke kandang,tahanan reman selama 2minggu akan dikenakan,Alhamdulillah..:-)).
 
Kambing baru juga tak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.Maklumlah kawasan persekitaran hampir sama iaitu ladang sawit.Setakat hari ini aku masih belum melepaskan lagi kambing-kambing baru untuk meragut.Sekadar bagi makan pelepah sawit yang diangkut ke kandang oleh Awang tanpa jemu.30batang pelepah jugak sehari tu nak kena angkut.Disebabkan budak Lombok 4orang yang duduk di pondok sebelah kandang aku dah balik Lombok untuk beraya maka terpaksalah Awang datang ke kandang pukul 10malam untuk menutup pintu kandang.Untuk makluman kambing kacukan kampung aku pulang ke kandang antara 7.00-9.00 malam.Hehe..
 
Van Persie dan kambing dara dari Alwigoatfarm..
 
berlaga jela Robert dan Van Persie..haha
 
 
Aku bercadang menjual Robert untuk sembelihan atau akikah.Anak-anak yang terhasil dari baka Robert setakat ini ada 3ekor dan menunjukkan perkembangan yang baik.Ada 2ekor lagi ibu yang sarat nak beranak mungkin baka RObert jugaklah.Yang menghairankan aku ada seekor anak kambing yang seakan-akan menurun baka Feral aku.Kira hebat jugaklag Feral tu berjaya menurunkan baka dia sebelum di sembelih untuk akikah anak saudara aku.Sedap jugak makan gulai kari Feral tu,bau pun tak ada.perghhh...
 
 
 
 

 

Tuesday 14 August 2012

Alaminos Goat Farm di Filipina

Salam Ramadhan..blog aku jarang berkongsi fakta dengan tuan-tuan sebab aku sendiri baru belajar menternak kambing ni.Jadi memang boleh dikatakan "zero knowledge" tentang kambing yang aku tahu kambing makan rumput(yang mana salah sebab foraj kegemaran kambing adalah daun).Tapi penting untuk seorang penternak mencari ilmu secara beterusan walaupun sudah lama menternak apatah lagi yang hijau macam aku."Knowledge is power" jadi sama-sama lah menuntut ilmu hingga ke negara Filipina.Kenapa Filipina?bukan Australia,Afrika Selatan ataupun USA.Aku tau negara tersebut maju dalam bidang penternakan.Tapi aku tertarik dengan Alaminos Goat Farm sebab tuan dia Art Almeda berjaya menternak kambing susu dan daging dalam iklim tropika.Dan mengacukkan kambing seperti Anglo Nubian,Saanen untuk susu dan Boer untuk daging.Yang lebih mengagumkan aku sebab penggunaan foraj dedaun seperti Petai Belalang((Leucaena leucocephala aka Ipil-ipil), Kelor (Moringa oleifera aka Malunggay), Tarum (Indigofera Anil / Indigofera Teysamii aka Indigo), Mulberry (Morus) dan Pokok Baja ( Gliricidia Sepium aka Kakawate).

Hasil R&D yang dijalankan disana membuktikan bahawa dengan genetik dan nutrien yang baik,kambing dapat hidup dengan baik di negara TROPIKA.Visi beliau adalah untuk menghasilkan kambing susu tropika yang dapat menghasilkan 2.0liter susu sehari untuk tempoh laktasi selama 305hari setahun.60 hari lagi untuk tempoh susuan anak. Hasil pembacaan aku beliau memberikan foraj dedaun segar seperti Tarum dan Mulberry dan pelet yang dihasilkan sendiri terdiri daripada 40% Indigofera,15% Molasses,dan selebihnya "Palm Kernel Cake" dan "Rice Bran".Semua bahan ini terdapat dengan banyaknya di Malaysia.Kita ada cuaca sama untuk tanaman Tarum,kilang gula untuk Molasses,kilang sawit untuk "PKC" dan kilang padi untuk "Rice Bran". Aku dapati kandungan protein untuk pokok-pokok seperti disebutkan adalah agak tinggi.Lihat jadual:
(sumber daripada alaminos goat farm)


Tinggi kandungan protein pokok Tarum(Indigofera) dan Kelor(Malunggay). Hasil yang didapati daripada pokok tersebut juga adalah baik.Bermakna dengan keluasan tanah sebanyak 100kaki persegi dapat menghasilkan hasil seperti di bawah:
(sumber daripada alaminos goat farm)

Memang cantikla kambing-kambing yang diberi makan foraj dedaun segar ni.Pelet pun dibuat sendiri hasil ramuan sendiri menggunakan bahan-bahan dari ladang.Tapi aku perhatikan penggunaan Rumput Signal (brachiaria decumbens) di amalkan di ladang tersebut.Tiada sebarang aduan daripada tuan kandang berkenaan kesan Rumput Signal yang berdasarkan kajian boleh menyebabkan penyakit gila@photosensitive kepada kambing.
(sumber daripada alaminos goat farm)

tanaman pokok indigofera
(sumber daripada alaminos goat farm)


Alhamdulillah banyak yang aku pelajari dari Alaminos Goat Farm ini.Kepada sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu bolehla melawat ke http://www.alaminosgoatfarm.com/ untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari hasil penyelidikan di ladang di sana.Semoga dapat diamalkan mana-mana yang baik untuk kemajuan industri ternakan kambing kita..












Saturday 11 August 2012

Bila Aku datang ke Kandang Alwigoatfarm..

Assalamualaikum sahabat penternak dan bakal penternak.Tajuk kali ni pelik sedikit untuk "counter " tajuk di blog prof.alwi.haha..Alhamdulillah aku berpeluang melawat kandang Alwi buat kali kedua dan kali ini kedatangan aku membawa hajat besar ingin menyunting anak dara Alwi.Oleh kerana keterujaan maka awal lagi dah bertolak dari hotel bajet di Bidor.Aku bimbang kalau bertolak lewat terlepas pula nak membuat "selection"(ayat trader/importer) kambing di kandang Alwi.Al maklumla kambing dia pukul 9.00 pagi dah pergi meragut.Jadi adalah lebih baik aku mengambil langkah selamat dengan bertolak awal.Duduk bilik pun nak sarapan tak boleh bulan puasa.hehe..

Hajat di hati ingin memilih 10ekor kambing dara,1 ekor pejantan baka dan 2 ekor kambing jantan untuk sembelih.Sebab apa aku memilih untuk membeli kambing Alwi dari Perak,jauh tu dengan Pahang?sebab aku pernah beli kambing intensif,kambing memang cantik tapi tak pandai meragut bila di lepas untuk meragut.Kambing kampung kawasan sekitar?aku dah pergi tengok tapi kebanyakannya saiz agak kecil mungkin disebabkan "inbreeding" dan pejantan baka kecil.Kambing pilihan tetap kacukan kampung.Kambing Boer?maaflah.kos penjagaan agak rumit dan kos tinggi,ibarat pakai Ferrari tak larat nak isi minyak.Baik pakai Myvi jer kacukan Malaysia dan Jepun.Minyak jimat,alat ganti murah.hehe..

Kali ini aku berkesempatan mengambil video kambing-kambing dalam perjalanan pergi meragut selepas membuat pemilihan.Perghhh..memang seronok tengok kambing berebut-rebut keluar kandang dan menuju ke pintu pagar untuk dilepaskan.Nak di "upload" macam panjang sangat.tapi aku akan cuba juga bagi membangkitkan semangat penternak lain untuk berjaya seperti Alwi.Tapi untuk post kali ini aku letak gambar dulu lah.

pejantan aku beli,macam red kalahari pulak rasanya..
kambing-kambing menuju ke pagar..
tak sabar dah untuk meragut..mana yang sakit akan diasingkan..
masa meragut,pejantan Alwi bernama Berger ni sibuk menggaru..


Minggu depan akan sampailah kambing-kambing yang telah dipilih ke kandang aku.Bolehla kambing-kambing ni memimpin kambing Boer dan kambing Wak Beron yang sampai sekarang tak pandai meragut.Ucapan maaf juga kepada Alwi kerana telah mengganggu ritual "lap cermin kereta di waktu pagi" beliau.haha..