Cari disini....

Friday 23 November 2012

Masa untuk mengembangkan sayap..expansion mode!!

Assalamualaikum rodong-rodong sekalian.Memandangkan permintaan terhadap kambing sekarang adalah melebihi penawaran (demand vs supply) jadi adalah eloknya kita mengambil kesempatan ini untuk menambah stok pembiakan(breeding stocks) masing2.Lupakan kisah ESCAS yang memang tak menjejaskan langsung seorang pembiak macam den ni(menguntungkan lagi ada.hehe).Terimalah hakikat bahawa dalam sesebuah perniagaan aspek jangka panjang dan 'sustainability' perlu di ambil kira.Peng'import' tidak akan selama-lamanya meng'import' disebabkan faktor-faktor luaran yang akan mendatangkan kesan baik dari segi harga,kuantiti dan kualiti barang tersebut.Marilah ramai-ramai menjadi Pengeluar@PEMBIAK dalam konteks kita sekarang ini.Kita jaga kualiti dan kuantiti barang kita dan amalkan 'Low input husbandry'@Penternakan kos rendah maka akan bertahanlah penternakan itu untuk jangka masa panjang..;-)

Buat masa sekarang den masih dalam proses menyiapkan kandang baru yang berukuran 20'x40'(lebar x panjang) kalau diikutkan nisbah luas per ekor 1:10 maka bolehla muat dalam 80ekor lagi.Kambing kacukan kampung punya penangan,beranak kembar hampir untuk setiap kelahiran jadi kandang sentiasa perlu di tambah.Kandang lama berukuran 16'x48' sudah melebihi kapasati ada dalam 90 ekor kambing dan biri-biri.Nampaknya tahun depan kena buat satu lagi kandang berukuran 30'x40'(tapak dah ada) dan mungkin sebagai kandang terakhir di ladang ayah den itu.Macam Tuan Guru Alwi cakap masalah paling memeningkan dia adalah modal untuk nak buat kandang baru dan sekarang barulah den dapat merasai pengalaman itu.Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan setakat ini masih belum membuat sebarang pinjaman bank untuk projek kambing ini.Siapa kata orang kaya sahaja yang boleh menternak kambing,dan perlukan modal puluh ribu untuk mulakan penternakan.Den mula dengan modal kandang RM5000 dan beli kambing kampung RM3900(13 ekor).Lepas tu tambah la stok induk sedikit demi sedikit,yang penting baka kambing kampung jadi pilihan sebab tahan lasak,tinggi ketahanan terhadap penyakit,kadar kelahiran kembar tinggi,dan mudah dijaga.Barulah boleh kurangkan kos input dan tinggikan Output.Output tinggi dari Input jawabnya Untung..mudah sahaja sifirnya..
Mok(kurus) dengan Awang mengukur dengan penuh keprofesionalan..
masa ni baru siap ukuran besi untuk tiang,sekarang dah ada tiang dah...hehe
 
 
Den ada nyatakan dalam post sebelum ni nak tanam sawit 10 ekar kat tapak baru yang masih dalam proses pembersihan kawasan.Tapi disebabkan nampak masa depan yang MAHA cerah dalam industri penternakan ruminan(kambing,biri dan lembu) maka den dah plan nak tukarkan 10ekar tu kepada projek Feedlot lembu dan penternakan kambing susu.Kalau projek kambing pedaging mengambil inspirasi dari Sifu Alwi maka untuk projek kambing susu inspirasi adalah dari Alaminosgoatfarm.Foraj seperti Napier India merangkumi 7ekar dan Legumes(tanaman kekacang) berupa indigofera(tarum),Moringga oleifera(kelor),Petai belalang,Mulberry,Glirisidia Sepium(jarak cina) dll akan dijadikan sumber makanan disamping konsentrat seperti PKC,jerami padi dan hampas soya(silaj).Tapi ni projek jangka panjang den ni,In Sya Allah semoga di permudahkan hendak-Nya.
 
 

 


Saturday 3 November 2012

Baka Biri Tropika yang Prolifik Idaman kalbu..

Salam para sahabat penternak,kerajinan meng"update" blog terserlah atas faktor cuaca hujan.Daripada membuang masa berhibernasi adalah lebih menambah ilmu untuk panduan di kemudian hari.Always remember my dear pastoralist friends,knowledge is power.Let the power be with you.OME.hehe..Den lebih suka membuat kajian sendiri dan menulis balik apa yang den kaji daripada "copy and paste" maklumat terus dari sumber.Sebab zaman C&P den telah lalui dari sekolah menengah sampaila Universiti dan akibatnya payah ilmu nak lekat dalam otak,mungkin disebabkan keberkatan itu tiada.Jadi memang lebih bermakna bagi den(bergantung pada citarasa masing-masing) untuk tulis balik apa den belajar dari sumber lain..:-)

Topik hari ini adalah biri-biri,penting bagi penternak untuk mengetahui baka biri-biri untuk dimasukkan dalam program pembiakan agar tak tersalah pilih biri-biri hanya bersandarkan saiz dan berat.Den sendiri tak faham kenapa penternak di Malaysia terlalu mengagungkan baka biri-biri dan kambing yang mempunyai saiz yang besar dan berat.Ada 4 faktor utama bagi pemilihan baka untuk program pembiakan pedaging iaitu:
1)Kesesuaian/Adaptasi
2)Kadar kelahiran
3)Kadar pembesaran
4)Peratus karkass

Jadi adalah penting untuk mengetahui asal-usul biri-biri yang hendak dibeli bukan bersandarkan pada saiz semata-mata,ingat "vokal bukan sekadar rupa".hehe..baka biri-biri yang berasal dari zon iklim berlainan dengan negara kita (tropika) amat susah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lembap dan panas.Cuba tengok "mat salleh"(minah salleh jangan tengok berdosa nanti) seboleh-boleh nak pakai seluar dalam sahaja di Malaysia disebabkan cuaca yang panas dan lembap.Ini dikaitkan dengan "Heat Stress" atau tekanan kepanasan.Oleh itu boleh dikatakan biri-biri yang berasal dari negara iklim lain juga akan mengalami masalah yang sama.Mungkin proses adaptasi akan berlaku tetapi akan mengambil masa yang lama mungkin 2-3generasi atau lebih,jadi jangan ambil risiko tinggi semata-mata terpana dengan tarikan kemontelan biri tersebut.

Hukum alam telah menyatakan semakin besar sesuatu organisma,semakin lambat kadar pembiakannya.Cuba perhatikan ikan paus Brownhead tempoh hamil 3-4 tahun,gajah-18-23 bulan,lembu-275 hari,kambing/biri-150 hari,khinzir-112 hari,kucing-58-65 hari.Sebab itu den perhatikan kebanyakan biri-biri dan kambing yang bersaiz jumbo memang lambat kadar pembiakannya apa lagi setelah merentas zon iklim yang berbeza.Lagi haru biru jadinya.Tetapi memang ada baka biri-biri dan kambing yang berasal dari iklim tropika yang besar saiznya dan tinggi kadar pembiakannya.Tetapi setiap kelebihan pasti ada kekurangannya.Tiada istilah Super Breed seperti yang digembar gemburkan."you win some,you loose some"..hehe

Baka biri-biri yang den idamkan adalah(jeng..jeng..jeng..)..kesemua adalah baka TROPIKA..
1)Malin
2)Barbadoss Blackbelly
3)Morada Nova
4)St.Croix

1)Malin

Asal nama Malin dari singkatan MALaysian INdigenous(MALIN) bukan dari hikayat Malim Kundang yer,ciri-ciri adalah kecil,rendah dan bertanduk.Kadar kelahiran adalah 1ekor per kelahiran.berat Jantan-25kg-30kg dan Betina-15-25kg.Kadar ketahanan pada penyakit/parasit tropika adalah sangat tinggi dan sangat lasak.



2)Barbadoss Blackbelly

Asal dari kepulauan Barbadoss.Jenis "Hairsheep" berat Jantan-50-70kg dan betina-32-43kg.Kadar kelahiran kembar adalah tinggi dari rekod ujian Single-41.4%,Twin-48.3%,Triplet-10.3% dan kadar kelahiran tahunan 1.75%.Kadar ketahan pada penyakit/parasit tropika adalah tinggi dan sangat lasak.
 
 


3)Morada Nova

Asal dari negara Brazil(Amerika Latin).Berat Jantan-40kg Betina-30kg kadar kelahiran dari rekod ujian Single-28.6%,Twin-66.7%,Triple-4.8%.kadar kelahiran tahunan adalah 1.76%.
 


4)St.Croix/Virgin Island White

Asal dari Virgin Island.Berat Jantan-90kg,Betina-68kg.Kadar kelahiran tahunan 2.12%.Kadar kelahiran kembar adalah tinggi 2-3 ekor per kelahiran(tiada ujian).Mempunyai ketahahan tinggi dari serangan parasit/penyakit tropika.
 
 

Sekian sahaja buat waktu ini..kalau ada salah info harap dimaafkan.hehe..

Friday 2 November 2012

Siri Terjah Kandang: Kandang Lembu Susu Tanjong RNZ Enterprise,Temerloh

Assalamualaikum sahabat-sahabat,macam mana aktiviti bersempena musim korban lepas.Tentu rancak menjual kambing dan lembu untuk korban,tambah-tambah kecoh pulak sekarang pasal peraturan baru dari pihak Australia berkenaan dengan ESCAS(rujuk post terdahulu).Dan bertambah buruk keadaan pada masa akan datang berikutan terdapat NGO di Australia berpiket mendesak kerajaan Aussie untuk memberhentikan eksport ternakan hidup lembu,kambing dan biri-biri untuk sembelihan di negara luar.Kalau tak salah Malaysia merupakan pengimport terbesar kambing Feral dari Aussie(60,000-70,000 ekor setahun).Bagi pembiak kambing tulen memang tak ada masalah,cuma yang bermasalah biasalah pengimport kambing jela.kihkih...sekarang sibuk nak import kambing dari Indonesia pula,suka hatilah janji jangan bawa masuk penyakit sudah.Ikut protokol yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.

Berbalik pada tajuk post ni,den telah berkesempatan melakukan lawatan ke kandang lembu tenusu Tanjong RNZ Enterprise(RNZ) pada minggu lepas.Plan asal adalah untuk mencari lembu pejantan untuk lembu den yang telah kehilangan pejantan disebabkan disembelih oleh tuannya pada musim raya korban lepas.Jadi den,Awang dan Jai pergilah dengan misi mencari pejantan kacukan/eksotik yang besar seperti Brahman,Charolais dan Angus.Memandangkan sahabat penternak yang nak dijumpai ada kenduri kahwin kami minta pertolongan Bro Azmi yang kebetulan berada disekitar kandang untuk dijadikan tour guide.hehe..

Kandang ini milik Sdr.Ami dan berkeluasan 3ekar mempunyai sekitar 80ekor lembu yang semuanya tenusu baka Holstein dan Freisian,dan ada seekor macam Belgium Blue pun ada.35 ekor dalam proses pemerahan susu dan penghasilan sekitar 350-380liter sehari lebih kurang 10liter untuk seekor lembu.Makanan utama lembu ini adalah jerami padi,brew,nappier,molasses dan jagung.Memang besar baka lembu susu ni sekitar 400-600kg seekor.Tapi disebabkan den mencari baka pedaging tak adalah terpikat sangat dengan lembu susu ni.Tapi seronok jugaklah melihat proses pengendalian lembu susu di depan mata.
macam Belgium Blue..
dalam proses perahan susu
 
Tapi disamping lembu ada sesuatu yang menarik minat den,hehe..iaitu dua buah kandang kecil dibelakang dimana sebanyak sekitar 40ekor kambing susu baka Saanen dan Saanen cross Jamnapari berada disitu.Den bercadang membeli seekor dua kambing susu untuk proses pembelajaran penjagaan kambing susu.Dan sempat juga la membeli 1liter susu kambing berharga rm20 untuk dirasa.Perghh memang sedap,susu kambing adalah susu paling hampir dari segi nutrien dengan susu ibu.Memang berkhasiat,sekejap je habis susu tu.Hehe..
kambing saanen dan saanen cross jamnapari..
 
Terima kasih diucapkan pada bro Ami atas kesudian menerima kunjungan den,InsyaAllah den akan datang lagi membawa hajat di hati.kihkih..
Bagi yang berminat dapatkan susu segar di Tanjong RNZ..sedap hingga menjilat bibir..