Cari disini....

Monday 31 December 2012

Sistem Pencernaan Ruminan..

Selamat Tahun Baru 2013 buat sahabat ternakan.Semoga segala azam dan perancangan yang dilakukan setiap awal tahun dapat dilaksanakan dengan jayanya.Jangan lupa menambahkan ilmu di dada dengan info terkini di dalam bidang penternakan.Den pun tidak pernah berhenti belajar dari pelbagai sumber untuk menambah pengetahuan secara teori,praktikal akan menyusul kemudian.Hehe.Jadi untuk kali ini den nak cerita sedikit tentang perut ruminan dan fungsinya.Hasil kajian orang kampung macam inilah gayanya,kalau ada salah silap mohon dimaafkan.

Perut ruminan seperti Lembu,Kambing,Kerbau,Biri-biri,rusa dll terdiri dari 4 bahagian iaitu Rumen,Retikulum,Omasum dan Abomasum.Manakala haiwan monogastrik macam khinzir,ayam,itik dll mempunyai satu perut sahaja.Manusia?sama macam ayam satu perut sahaja.



RUMEN

Rumen adalah bahagian perut terbesar di mana proses penapaian(fermentation) segala jenis makanan yang dimakan oleh ruminan di lakukan disini.Proses fermentasi yang berlaku dalam Rumen ni adalah proses Anaerobik(tanpa oksigen) macam kita buat tapai dan silaj itulah konsepnya dan menghasilkan 5 liter gas sejam untuk kambing dan biri manakala untuk lembu 30-50 liter sejam.Gas yang terhasil adalah Metana,hidrogen Sulfida dan Karbon Dioksida.pH di dalam rumen sekitar 6-7 dan suhu didalamnya adalah sekitar 300C.Rumen ini penuh dengan mikrob terdiri dari Fungi,Bakteria dan Protozoa.Mikrob inilah yang mencerna unsur makanan seperti selulosa kepada unsur karbohidrat dan seterusnya kepada VFA(Volatile Fatty Acid) sperti Acetate(untuk sisntesis lemak),Priopionate(untuk sintesis glukosa) dan Butyrate,semua ini digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Rumen dan Retikulum biasanya dianggap satu organ yang sama disebabkan fungsi yang sama dan hanya dipisahkan oleh tisu yang nipis dan gabungan ini dipanggil retikulorumen.Makanan,air dan air liur(saliva) akan masuk ke retikulorumen melalui saluran esophageal,makanan yang berat seperti paku,batu,bijirin akan jatuh di retikulum manakala yang ringan seperti rumput,daun akan masuk ke rumen.Air liur(pH 8.0) yangn dihasilkan semasa proses mengunyah(chewing) memainkan peranan penting sebagai agen menstabilkan pH Rumen dalam lingkungan 6.0-7.0 untuk membolehkan mikrob menjalankan fungsi.Sekiranya bijirin(grain) seperti jagung,gandum,PKC,beras di beri secara berlebihan ini akan menganggu pH Rumen disebabkan sumber karbohidrat ini kurang dikunyah menyebabkan kurang air liur dihasilkan dan akan ditukar kepada VFA yang berlebihan dan menyebabkan pH Rumen jatuh di bawah 5.5 sekaligus menyebabkan keadaan di panggil ACIDOSIS yang boleh membunuh mikrob dalam rumen dan sekaligus menyebabkan kematian pada ruminan.

RETIKULUM

Menjalankan fungsi yang sama seperti Rumen,menyediakan ruang tambahan untuk proses fermentasi.

OMASUM

Berfungsi untuk mengecilkan saiz partikel makanan yang memasuki Abomasum dan menyerap air.Selain itu berfungsi untuk mmenyerap baki VFA dan Bikarbonat yang terlepas dari Retikulorumen.

ABOMASUM

Juga digelar sebagai perut sebenar yang menyerupai perut haiwan bukan ruminan.Asid dan Enzim dihasilkan disini bagi mencerna partikel makanan.Kehadiran partikel makanan akan merangsang penghasilan Asid Hidroklorik yang akan menukar Pepsinogen kepada Pepsin yang akan merungkai Protein kepada Peptida dan Asid Amino untuk pencernaan dan penyerapan seterusnya di intestina kecil.Enzim pencernaan dari pankreas iaitu "Pancreatic Lipase" akan menguraikan lemak di dalam partikel makanan.pH di dalam Abomasum sekitar 2.0-4.0.

USUS KECIL

Partikel makanan yang memasuki usus kecil akan bercampur dengan enzim yang dibebaskan dari pankreas dan hati yang akan menaikkan pH dari 2.5 ke 7.0-8.0.pH tinggi ini diperlukan bagi membolehkan enzim di dalam usus kecil berfungsi dengan baik.Penyerapan nutrien berlaku di sini termasuk "rumen by-pass protein".

USUS BESAR

Menyerap air yang yang terkandung dalam partikel yang melaluinya.

Kesimpulannya perut ruminan ini amatlah kompleks dari segi fungsi dan peranan setiap bahagian dan amat sensitif terhadap perubahan persekitarannya.Setiap makanan yang diberi kepada ruminan haruslah dikaji kesannya kepada sistem pencernaannya,melainkan kalau lepas ragut diorang boleh pilih sendiri nak makan apa,hehe.Den ada buat pertanyaan kepada Prof.Alwi berkenaan penggunaan silaj sebagai sumber makanan dan daripada anggapan awal bolehlah dikatakan ada kesan terhadap kambing.Kajian mendalam akan dilakukan terhadap silaj ini dan akan dikongsikan kemudian tertakluk kepada tahap kerajinan den.hehe..

Derih dengan anak kambing pertamanya.kihkih..









Wednesday 26 December 2012

Update Belian Lembu Kurus..

Musim hujan melanda kawasan Pantai Timur sekarang jadi kambing kadang-kadang lepas kadang-kadang tidak bergantung pada tahap kelebatan hujan.Kalau sepoi-sepoi bahasa selamba ajela lepas kambing meragut.Biri-biri dikuarantin seketika disebabkan kurang mematuhi arahan yang diberi yang mana berbunyi "pandai makan pandailah balik kandang",den pun hairan dengan biri-biri ini.Dulu ingatkan mudah menjaga biri disebabkan sifat meragut secara berkelompok tetapi sebaliknya berlaku biri-biri suka berpecah dari kumpulan,ada 3ekor kat sana 3ekor kt sinun dan yang bestnya 3ekor boleh pulak ikut lembu pergi meragut tak balik dekat 2minggu.Krisis identiti betul la biri-biri ni,kambing juga yang bagus berdisplin bergerak berkumpulan pergi dan balik.

Berbalik pada tajuk den tu ha,masihkah ingat lagi tentang belian lembu kurus 7ekor pada bulan Mac tahun ni.Bagi yang tak berapa ingat sila rujuk http://feral-kk.blogspot.com/2012/04/belian-lembu-kurus-7-ekor.html Lembu kurus tersebut telah berjaya dipulihkan dengan jayanya oleh Awang merangkap Doktor Veterinar cap kampung.Dari 7ekor tersebut 2 ekor dah beranak dan 2 ekor lagi tengah sarat,manakala 1 ekor ibu dah mati akibat penyakit.Tapi tidak mengapa sebab lembu itu mati meninggalkan anak lembu sebagai pewaris dia.

si Hitam masa mula beli

Si Hitam selepas 9bulan,ada anak jantan seekor
                   
Betina Jaras makin berkilat n sihat

anak jaras mula beli                                             anak jaras tngah sarat mengandung.. 
 
 
Memandangkan kebanyakan anak yang lahir tahun ini adalah jantan,den sedang membuat pertimbangan untuk buat feedlot bagi anak jantan tersebut sekitar 3 bulan sebelum dijual untuk korban atau akikah.Kebetulan ada tanah kosong sekitar 3ekar untuk ditanam dengan napier mungkin sesuai untuk projek feedlot dan kambing susu den.Mungkin kena ambil seorang pekerja secara rasmi untuk membantu Awang yang hampir tak meanng tangan menguruskan ternakan lembu,kambing,biri dan ladang sawit sekaligus.Tapi disebabkan minat dan semangat yang kuat maka setakat ini semua masih dalam kawalan.
 
Kandang kambing kedua den setakat ni masih belum berjaya disiapkan disebabkan hujan dan kesibukan Awang memotong sawit.Maklumlah "peak season" untuk sawit kena pula harga menjunam dari RM3300 ke RM2200 setan sekarang,kira harga kebun sekitar RM400 kira boleh lagi la disebabkan hasil meningkat.Ada pula Mat Indon baru duduk di pondok bersebelahan kandang(Mat Indon yang lama dah balik Lombok) jadi terjamin sikitlah keselamatan kambing dan biri dari masalah kecurian.Ada pula seorang tu memang pandai bertukang,siap cakap lagi setakat kandang 40x20 den tu 2hari je boleh siap kalau ada barang.Fulamak,nanti kita saksikan kehebatan beliau menukang kandang den ni.
Ada progress jugaklaa..ladang dan kandang ni jadi taman permainan je untuk budak baju merah kat dalam gambar tu..hehe
 
 

 
 
 

Saturday 15 December 2012

Keperluan Kuprum@Copper untuk Biri dan Kambing

Salam buat sahabat pastoralist.Masihkah lagi optimis dengan dunia penternakan?Tepuk dada tanya hati.Ramai yang kecundang dan tidak ramai yang berjaya,semua atas usaha dan semangat masing-masing.Tips kejayaan dari sifu den Alwigoatfarm ada tiga:
1)Pencarian ilmu yang berterusan
2)Disiplin yang tinggi
3)Sedekah yang berterusan
Tidak perlu den huraikan kerana sangat mudah difahami oleh akal fikiran kita.Penting untuk kita belajar dari kejayaan dan kegagalan seseorang sebagai bekalan azimat untuk kita supaya kejayaan dapat diikuti dan kegagalan dijadikan batu sempadan pendinding diri.Mukaddimah je tu,hehe

Ternakan memerlukan kira 22 mineral penting untuk keperluan harian dan mineral ni terbahagi kepada 2 iaitu Macromineral(diperlukan dalam kuantiti sedikit unit gram) dan Trace Element(diperlukan dalam unit lagi kecil unit microgram).Contoh Macromineral adalah seperti Kalsium,Phosphorus dan Sulfur(untuk struktur tulang),Sodium,Potassium,Chorine(untuk keseimbangan osmotik) dan Magnesium(untuk saraf dan aktiviti enzim).Contoh bagi Trace Element pulak adalah seperti Manganese,Copper,Zinc,Molybdenum,Selenium(pemangkin untuk sistem enzim),iodine(untuk hormon) dan Cobalt(vitamin).

Ruminan kecil hanya memerlukan Vitamin A,D dan E manakala vitamin K dan semua jenis vitamin B di proses dalam rumen.Jadi perlu atau tidak suntikan Vitamin B12 pada kambing dan biri?Sila rujuk blog sifu den http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/05/vitamin-b-tak-yah-bagi.html maka terjawablah pertanyaan itu.Berbalik kepada tajuk den seperti di atas,Copper@kuprum penting untuk perkembangan anak dalam kandungan,sintesis hemoglobin@sel darah merah dll.Keperluan Copper adalah berbeza mengikut haiwan Khinzir-250ppm,Lembu 50-100ppm,kambing 10-20ppm dan biri 5-10ppm.Lembu dan kambing berupaya mengeluarkan Copper yang berlebihan melalui tinja dan tidak menyimpan Copper dalam hati seperti biri.Biri amat bermasalah dengan lebihan Copper disebabkan lebihan Copper disimpan dalam hati dan ketidakmampuan biri untuk mengeluarkan lebihan Copper tersebut.

Jadi memang tidak digalakkan memberi pelet untuk lembu dan kambing kepada biri disebabkan faktor tersebut.Bagaimana pula dengan PKC?PKC dalam bentuk raw(belum diproses) mengandungi 21-28ppm Copper dan nisbah Ca:P tidak seimbang dimana Calcium 0.21-0.34ppm dan Phosphorus 0.48-0.71ppm iaitu 1:2 yang boleh mnyebabkan masalah seperti Urinary Calculi pada kambing sila rujuk http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/09/calcium-phosporus-cap.html .Unsur seperti Molybdenum,Sulfur,Zinc dan Calcium berupaya mengurangkan kadar simpanan Copper dalam hati dan kebanyakan pelet mengandungi nisbah Cu:Molybdenum(Mo) 10:1.Sekiranya pengambilan Cu meningkat dan nisbah lari kepada 11:1 dan ke atas maka masalah keracunan Copper akan berlaku.

Tanda-tanda keracunan Copper adalah seperti anoreksia,haus melampau,tertekan,anaemia dll.Pengumpulan Copper dalam hati sekitar 1000-3000ppm akan menyebabkan sel hati akan mati dan Copper akan bebas keluar memasuki sel darah.Seterusnya akan menyebabkan biri mati dalam tempoh 1-2 hari.Tetapi dalam beberapa kajian menunjukkan biri malin dan kacukan malin adalah lebih terdedah kepada keracunan Copper berbanding baka eksotik(Alimon and Hari-Bejo,1995) dan biri baka Santa Ines lebih toleran kepada Copper berbanding biri Malin(Al-Kirshi,2004).Dalam satu eksperimen yang dijalankan biri dan kambing diberi 7ppm Copper dalam diet makanan harian dan setelah tempoh tertentu didapati biri mempunyai 300ppm(Dry Matter Basis) Copper dalam hati manakala kambing sekitar 100ppm sahaja.

Jadi berhati-hati bagi sahabat-sahabat yang nak menghasilkan makanan sendiri banyak perkara tentang keperluan nutrisi perlu dipelajari,mungkin untuk jangka masa pendek tidak kelihatan masalah tersebut tetapi untuk kesan jangka masa panjang pasti akan timbul terutama yang terlibat dalam program pembiakan,untuk penggemukan@ feedlot tiada masalah sangat.Dan berhati-hati dengan belian pelet dari pembekal baru yang biasanya tiada dicatatkan kandungan nutrien pada guni pelet.Lebih selamat beli dari pengeluar yang telah lama dan disahkan kandungan nutriennya.Den lihat sekarang ramai pengeluar pelet yang aktif mempromosikan pelet buatan sendiri tanpa menyedari keperluan nutrien yang bersesuaian.Berhati-hati sebelum membeli..:-)