Cari disini....

Wednesday, 18 December 2013

KURSUS PERMANIAN BERADAS SESI 02/2013



Assalamualaikum...salam sejahtera kepada pembaca tegar blog ini.. Kali ni den pulak yang menulis since tajuk posting kali ni berkisar tentang pengalaman den pergi berkursus di Institut Verterinar Malaysia Kluang Johor (IVM). so..kalau bahasa yang den gunekan tu lain macam jo bunyinye..harap paham2la ek..1st time menulis.. Owh..lupe nak memperkenalkan diri..den ni ILIAS abg kepada isal.. So..projek lembu n kambing ni modalnyo den share berdua ngan adik den (isal)..

Ok..berbalik kepada kursus di IVM.. Actually den dah lame mohon untuk pergi kursus AI lembu ni.. daripada tahun lepas lagi isi borang tapi Alhamdulillah rezeki den pergi tahun ni dan terima kasih jugaklah kepada Dr Verterinar kat kawasan den yang memang perihatin kepada penternak2 kawasan keratong.
Kursus yang den pergi ni dibawah seliaan JPV pahang, dan untuk tahun ni hanya sebanyak 2 kursus AI  sahaja dianjurkan oleh JPV pahang.. Batch pertama seramai 12 orang dan batch ke 2 pon seramai 12 orang.. peserta2 dikalangan penternak lembu seluruh negeri pahang yang makmur.. Objektif kursus ni adalah untuk memberi pendedahan kepada penternak lembu berkenaan dengan suntikan AI lembu dan sekaligus untuk dilantik sebagai penyuntik benih mewakili kawasan masing2... so lepasni kalau ade kursus AI anjuran negeri pahang ianya lebih fokus kepada grup2 den la.. kursus advance AI..ahahaha...



Nila tempat beradu semua peserta kursus.. tapi den x stay sini... den tidur kat rumah abang den..

                                      pemandangan kawasan ragut di IVM.. kawasan luas tapi....


Ok.. kursus ni dijalankan selama 3 hari (6-8 November 2013).. semua peserta kursus diminta berkumpul di pejabat JPV pahang di kuantan..tapi den trus grak daripada tanjung malim ke kluang..so petang selasa tu den dah gerakla.. den sampai lebih kurang jam 7.00 malam.. menginap di Asrama usahawan IVM (khas untuk peserta kursus)..





                                           Antara peralatan asas yang digunakan didalam suntikan

ni die alatan untuk training cari servik... abg sasa kat belakang tu pegawai jpv pahang khas utk jaga AI..

                                         lagi gambaran alatan khas utk amali mengesan servik


hari pertama kursus 6 november 2013 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 10.00 tgh hari lebih kepada teori sistem penternakan lembu, kadar biaang, peralatan and etc.. tapi yang bestnya kursus ni sebelom sesi pembelajaran teori kami semua dipertotntonkan dengan amali suntikan AI oleh jurusuntik yg berpengalaman.. tujuannya untuk memberi gambaran awal kepada kami ape itu AI.. lepas habis kelas teori selama  lebih kurang 2 jam kami terus buat amali bagi mengesan servik menggunakan peralatan khas. so petang tu sesi seluk  lembu bagi mengesan servik.. perghhhhhhhh..memang mantopss... memang susah upenye nak kesan serviks ni... lagi2 lembu yang digunkan lembu susu..besau-besau blake... sekali die kemut...perghhh...lenguh beb tangan. so petang tu dalam 4 kali percubaan menyeluk hanya 2 kali sahaja den berjaya mengesan/memegang servik.. nampok jo sonang tapi susah. nak kene seluk banyak kali bagi menguatkan otot2 lengan.. lupelak.. cikgu den cakap kono tetapkan tangan mano yg nak digunakan untuk seluk bagi menguatkan otot lengan.. kalau seorang tu kidal kene guno tangan kananla untuk seluk manakala tangan kiri untuk pegang pistolet (vice versa).. habis hari pertama kerja seluk jer...hahaha

1st time seluk camnila gayanya.. cikgu akan guide untuk carik servik

                                     
                               
                                         so kalau dah pandai sikit... sorang pon dah boleh jalan


sambung hari kedua 7 november 2013  belah pagi sesi teori mengesan biang.. so kat ivm ni diorg pakai sistem..den dah lupo.. xpo...yang penting tau camno nak kesan biang ni udah ler. habis jer sesi teori tu sambung balik seluk lembu..hahaha... daripada pagi sampai la tgh hari..petang tu dalam kul 2.30 barula belajar cara nak masukkan pistolet.. nampak senang..tapi bile sendiri buat memang payah wei.. tangan kiri nak kene pegang servik, tangan kanan nak kene guide pistolet... sekali lembu kemut abis terlepas servik.. nak kene carik satu hal lagi.. so daripada petang tu sampaila masuk hari ke-3 kejenye nak masukkan pistolet kedalam rahim.. tu jer..


 sementara menunggu sesi teori mengesan biang..sempat snap beberapa gambar di

lokasi kandang lembu susu:



alat perahan susu



                                                lembu susu yang terdapat di kandang perahan

                                   antara lembu pejantan yang terdapat di ivm untuk tujuan latihan

                                                          tangki simpanan sperma lembu

kursus permanian beradas sesi 2/2013 tamat pada petang 8 november 2013.. majlis penutup dirasmikan oleh pengarah IVM kluang.. alhamdulillah tamat jua akhirnya.. lepas ni mengharap pulak kursus AI advanced pada tahun 2014.. sekian..assalamualaikum..



sijil sebagai bukti penyertaan....

Sunday, 15 December 2013

Siri Terjah Kandang Kambing-Ketemba Agrofarm,Kuala Pegang,Baling,Kedah

Assalamualaikum buat semua rakan2 pembiak,semoga semua bersabar dengan kerenah ternakan2 di kandang sepanjang musim hujan bulan sudah.Kebanyakan yang mempraktikkan system semi-intensif lepas ragut memang saat nilah mencabar sikit.Hujan kalau lebat sangat memang xmeragut lah kambing jawabnya,habis nak bagi makan apa time2 hujan ni?Den mudah ja,bagi je dedak sikit2 cukup rasa disertakan dengan pelepah sawit(kalau rajin) tapi biasanya den lepas jugaklah sekitar kandang yang berpagar,kalau hujan terlampau lebat pandai2 lah diorang berteduh bawak pokok sawit.Tapi kalau ikut Alwi dia bagi kambing dia puasa ja sehari,tudia kambing pun boleh puasa tuan2.hehe..

Ketemba Agrofarm ini milik bersama Khairi dan abang iparnya,dah menternak kambing sekitar 3 tahun.Bro Khairi ni baru 23 tahun muda trang tang tang gitu,masih solo,mengusahakan bisness cybercaf√©,ada rumah dan ada tanah getah 20ekar.Syarat calun isteri mestilah dari kampong berdekatan dan minat bela kambing,tudia macam agensi cari jodoh pulak dah.kihkih..dulu bro Khairi menternak menggunakan system intensif,duk angkut rumput napier hari2 masa bilangan kambing dalam 70-80ekor sekarang ubah guna system semi-intensif lepas ragut sekitar rumah dia.Bilangan kambing semasa dalam 50 ekor baka kacukan Jamnapari,kampung dan Boer.

kambing baru balik meragut..
lembu ada khas untuk kenduri kahwin tuan dia nanti..
ngidam nak makan daun rambutan agaknya kambing ni..tuan dia layannn kan ajelahh..
beranak tengah meragut..kambing lepas meragut xsah kalau xberanak masa meragut..hehe
 
 
Terima kasih den ucapkan kepada bro Khairi kerana sudi menerima kunjungan den yang banyak kali dah ni,siap tidur kat homestay dia lagi.Sambil2 tu pergi melawat kandang2 kambing berdekatan dengan kawasan dia.Kandang Don Jenal pun kawasan ni ja tapi tak berkesempatan lagi melawat,den pergi tengok kandang Ust.Puad Manaz dan Bro ??(lupa nama aih)..
Kandang Ust.Puad..la ni tengah buat kandang kambing baru pulak..kemaihh..
 
 
Jadi bagi sapa2 yang nak kambing untuk akikah,sembelihan atau baka atau pet pun boleh hubungi Bro Khairi di talian 013-4442339.Maaflah cita pasal kursus AI belum siap lagi,panjang sangat cita ni..sebab 3-4 hari punya kursus..sabaq naa..:-)
 
 

 
 
 

Friday, 6 December 2013

Siri Terjah Kandang Bersiri 3: Ldg.Infoternak,Syamille Agrofarm dan Highhill Farm

Siri lawatan ke Highhill Farm mengakhiri siri jelajah kami pada kali ini.Sampai pun dah agak petang ke kandang bro Hafiszal di Manjoi,Perak.Tapi sempat jugak pergi ke kandang kambing beliau yang terletak di puncak bukit,adalah dalam 50meter dari rumah.Kira kalau kambing dia mengembek boleh dengarlah dari rumah.Memang best suasana kandang atas bukit ni weh boleh nampak kawasan persekitaran sayup-sayup jer mata memandang.Bro Hafiszal ni muda lagi tapi baru jer mendirikan rumahtangga dan ada kerja sepenuh masa tapi masih sempat mengembala kambing2 nya setiap hari.

Sapa kata tak de tanah tak boleh menternak semi-intensif ada hati semua jadi..ini dibuktikan bro Hafiszal yang gigih menternak kambing dibawah kabel TNB..Tanah bawah kabel ni luas,memang seronok sangatlah kambing meragut bawah kabel ni,makanan mewah giler lah kiranya..

tu dia kawasan meragut dia..
gambar kambing tengah meragut..memang betul2 exercise ni..
ada yang kata kambing xleh jejak Tanah,tapi yang ni beranak terus kat Tanah..hehe
 
sihat2 kambing dia..
kandang sempoi..bilangan kambing semakin bertambah kena besarkan lagilah bro..
 
 
Bro Hafiszal sekarang sedang dalam proses pemindahan kandang ke kawasan baru bagi menampung bilangan kambing yang semakin bertambah dan memudahkan urusan penternakan.Bagi yang berminat untuk menempah kambing untuk akikah dan sembelihan di sekitar Manjoi,Perak dan kawasan yang sewaktu dengannya bolehlah berhubung terus dengan beliau di talian bebas cukai GST 017-5998229.Boleh hubungi 24 jam tapi awek2 silalah hubungi pada waktu siang jelah.Kalau den,Khairi Ketemba Agrofarm dan Aman Man awek2 sila hubungi pada waktu malam yer.hehe..
 
Tamat sudah pengembaraan melawat 3 kandang dalam masa sehari...Insyaallah akan datang abang den akan citer pengalaman mengikuti kursus AI(pemanian berhadas@Artificial Insemnation) lembu di IVM Kluang..