Cari disini....

Sunday 15 December 2013

Siri Terjah Kandang Kambing-Ketemba Agrofarm,Kuala Pegang,Baling,Kedah

Assalamualaikum buat semua rakan2 pembiak,semoga semua bersabar dengan kerenah ternakan2 di kandang sepanjang musim hujan bulan sudah.Kebanyakan yang mempraktikkan system semi-intensif lepas ragut memang saat nilah mencabar sikit.Hujan kalau lebat sangat memang xmeragut lah kambing jawabnya,habis nak bagi makan apa time2 hujan ni?Den mudah ja,bagi je dedak sikit2 cukup rasa disertakan dengan pelepah sawit(kalau rajin) tapi biasanya den lepas jugaklah sekitar kandang yang berpagar,kalau hujan terlampau lebat pandai2 lah diorang berteduh bawak pokok sawit.Tapi kalau ikut Alwi dia bagi kambing dia puasa ja sehari,tudia kambing pun boleh puasa tuan2.hehe..

Ketemba Agrofarm ini milik bersama Khairi dan abang iparnya,dah menternak kambing sekitar 3 tahun.Bro Khairi ni baru 23 tahun muda trang tang tang gitu,masih solo,mengusahakan bisness cybercafé,ada rumah dan ada tanah getah 20ekar.Syarat calun isteri mestilah dari kampong berdekatan dan minat bela kambing,tudia macam agensi cari jodoh pulak dah.kihkih..dulu bro Khairi menternak menggunakan system intensif,duk angkut rumput napier hari2 masa bilangan kambing dalam 70-80ekor sekarang ubah guna system semi-intensif lepas ragut sekitar rumah dia.Bilangan kambing semasa dalam 50 ekor baka kacukan Jamnapari,kampung dan Boer.

kambing baru balik meragut..
lembu ada khas untuk kenduri kahwin tuan dia nanti..
ngidam nak makan daun rambutan agaknya kambing ni..tuan dia layannn kan ajelahh..
beranak tengah meragut..kambing lepas meragut xsah kalau xberanak masa meragut..hehe
 
 
Terima kasih den ucapkan kepada bro Khairi kerana sudi menerima kunjungan den yang banyak kali dah ni,siap tidur kat homestay dia lagi.Sambil2 tu pergi melawat kandang2 kambing berdekatan dengan kawasan dia.Kandang Don Jenal pun kawasan ni ja tapi tak berkesempatan lagi melawat,den pergi tengok kandang Ust.Puad Manaz dan Bro ??(lupa nama aih)..
Kandang Ust.Puad..la ni tengah buat kandang kambing baru pulak..kemaihh..
 
 
Jadi bagi sapa2 yang nak kambing untuk akikah,sembelihan atau baka atau pet pun boleh hubungi Bro Khairi di talian 013-4442339.Maaflah cita pasal kursus AI belum siap lagi,panjang sangat cita ni..sebab 3-4 hari punya kursus..sabaq naa..:-)
 
 

 
 
 

2 comments:

  1. Tenang sungguh kawasan kandang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duk dlm kwsn mcm ni lg best dr duk bandar bro ECH..hati sentiasa tenang..:-)

      Delete