Cari disini....

Sunday 24 February 2013

Belian Induk Kambing Susu 5 ekor..

Terdapat lebih kurang 50 baka kambing susu di seluruh dunia tapi yang terkenal seperti Saanen,Oberhasli,Toggernburg,Alpine,La Mancha,Jamunapari,Anglo Nubian dan Nigerian Dwarf. Baka paling banyak susu tentunya Saanen dari Switzerland.Hairan juga kenapa baka kambing susu banyak dari Switzerland macam Oberhasli,Saanen dan Toggernburg. Mungkin faktor cuaca di sana menyebabkan baka kambing susu mudah membiak dan kadar penghasilan susu sangat tinggi. Kambing susu ini sangat sensitif dan amat mudah diserang penyakit disebabkan protein banyak digunakan untuk penghasilan susu maka sistem ketahanan badan agak lemak berbanding kambing biasa(den agak jer ni).Sifirnya semakin tinggi susu dihasilkan semakin mudahlah diserang penyakit jadi penjagaan kambing susu sangat penting.

Setiap baka susu ni berbeza dari segi kadar penghasilan susu dan kandungan nutrien dalam susu.Baka susu dari zon 'temperate' biasanya menghasilkan susu lebih banyak dari baka tropika tetapi mempunyai kandungan lemak(butterfat) dan protein yang rendah berbanding baka tropika.Kalau dinilai dari sudut BERAT BADAN (W), KADAR PENGHASILAN SUSU PURATA SETAHUN (KPS),BUTTERFAT(BF) dan PROTEIN (P) setiap baka bermula dari :
Saanen              (W=60kg,KPS=1154 L,BF=3.2%,P=2.8%)
Alpine               (W=60kg,KPS=1078 L,BF=3.0%,P=2.7%)
Oberhasli          (W=54kg,KPS=1015 L,BF=3.5%,P=2.9%)
Le Mancha        (W=58kg,KPS=1010 L,BF=3.9%,P=3.1%)
Toggernburg     (W=54kg,KPS=921 L,BF=3.0%,P=2.7%)
Anglo Nubian   (W=60kg,KPS=825 L,BF=4.6%.P=3.7%)
Nigerian Dwarf (W=30kg,KPS=328 L,BF=6.1%,P=4.4%)

Nampak tak perbezaan Butterfat dan Protein pada kambing baka tropika Anglo Nubian dan Nigerian Dwarf memang agak tinggi berbanding baka 'temperate' mungkin disebabkan cuaca dan risiko penyakit amat tinggi untuk Tropika menyebabkan penghasilan susu rendah tetapi kualiti susu tinggi.Jadi pendapat den elok dikacukkan baka 'Temperate' dengan baka Tropika untuk mendapatkan hasil susu yang tinggi dan berkualiti.

Berbalik pada tajuk 'posting' tu,den telah beli 5 ekor kambing susu tapi yang 'low grade' punyalah sekadar untuk dibuat kajian dan pembelajaran.3ekor Saanen dan 2 ekor Anglo Nubian cross Saanen dengan harga RM450 seekor(murah je tu) semua induk tengah sarat mengandung.Pejantan mungkin den beli akan datang samaada Saanen atau Anglo Nubian.Kalau Saanen dan Anglo Nubian 'Purebreed' dari Australia paling kurang RM3200 seekor harga dia,memang mahal kena pulak prestasi merudum tak keluar susu bila masuk Malaysia memang merana la tuan dia.Hehe
Anglo Cross Saanen..colourful weh..
sekor lagi pun colourful..
yang ni boring,kaler sama jer..hehe
 
 
Kambing yang den beli ni memang tak pernah di perah susunya oleh tuan asal dia.Tengok ambing pun kecik tapi memandangkan harga murah bolehlah sekadar untuk minum sendiri dan cari pasaran sekitar kawasan den.Kambing susu akan menghasilkan susu sepanjang masa jadi biasa masa perahan 12 jam sekali makna kalau perah pukul 6pagi pukul 6petang perlu diperah sekali lagi kalau tak rugilah sebab bila susu dah penuh dia akan berhenti hasilkan susu secara automatik.Agak-agak ada market tak sekitar kawasan Keratong ni.Belum cuba belum tauuuu...:-)
Anglo cross Saanen dari Alaminosgoatfarm tengah meratah Indigofera..

 




Monday 11 February 2013

Lembu Pejantan Baru..

Bulan Januari lepas,memang musim khas membeli pejantan,lepas beli pejantan biri den beli pejantan lembu pula.Krtieria utama pemilihan adalah baka yang sederhana besar, sudah biasa dengan sistem lepas ragut dalam ladang sawit dan paling penting tidak mandul.Hehe.Melihatkan 'trend' semasa ramai yang membeli pejantan baka eksotik(Eropah) dan baka British seperti Limousine,Charolais,Angus,Blonde d'Acquitane,Hereford,Droughmaster dan lain-lain  baka yang den sendiri tidak pernah dengar sebab ada hampir 800 jenis baka lembu di dunia ini.Tapi lembu domestik boleh dikategorikn kepada 2 kumpulan iaitu Bos Taurus(baka Eropah,Asia Timur,Afrika) dan Bos Indicus@Zebu (Asia Selatan,Asia Tenggara,Amerika Latin).

Lembu Kedah-Kelantan(KK) termasuk dalam kumpulan Bos Indicus@Zebu. Dan baka lembu Indicus paling 'glamer' tentunya Brahman.Sampai ada ke US dan Australia pun bela baka ni terutama di bahagian negeri mereka yang beriklim sub-tropika/tropika.Australia Utara dan US Selatan beriklim sub-tropika/tropika jadi diorang bela baka yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap parasit/penyakit dan lasak dengan keadaan yang agak mencabar ni.Lembu baka British pernah cuba diternak dikawasan Australia Utara dan selepas 100 tahun hampir semua lembu disana mempunyai darah Zebu(kesimpulannya baka British tak sesuai dibela dikawasan tropika kecuali dikacukkan dengan baka tempatan).Den cari-cari juga informasi pasal kambing Boer bela dekat bahagian utara Australia ni,tapi memang kurang diternak di sini banyak di kawasan selatan yang beriklim sederhana.

Lembu ini juga dibezakan dengan tempoh matang,ada cepat matang,sederhana matang,dan lambat matang.Cepat matang seperti baka Wagyu,Kedah-Kelantan(KK) dan British(Shorthorn,Angus,Hereford dll).Ciri jenis cepat matang ini adalah dia saiz kecil,berlemak pada usia lebih awal,subur(sebab lemak lebih awal terbentuk,berkait dengan kesuburan),capai kematangan seks lebih awal(beranak awal).Sederhana matang seperti baka Brahman,Santa Gertrudis dan Droughmaster.Ciri-ciri dia berada di tengah antara cepat matang dan lambat matang.Lambat matang seperti baka Eropah seperti Charolais,Limousin,Simmental dan Blonde d'Acquitane.Ciri-ciri lambat matang seperti saiz besar,daging kurang lemak(lean),subur tapi memerlukan sumber makanan yang banyak untuk mencapai berat sesuai disebabkan saiz besar.Untuk keterangnan lanjut rujuk http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/09/lembu-british-vs-lembu-french.html .

Itu baru intro pasal lembu,untuk mencari baka pejantan yang sesuai den cari yang sederhana besar disebabkan induk yang ada sekarang agak kecil baka KK dan ada sikit-sikit KK cross Brahman.Kenapa tak beli baka besar gedabak macam Charolais yang boleh cecah 1000kg tu buat pejantan nanti anak besar-besar?Induk den kecil jadi memang tak sesuailah pakai bapak besar-besar,risiko ibu kecil beranak anak besar sangat tinggi,kalau anak mati rugi sikit kalau ibu dengan anak mati manyak lugi ooo..satu lagi kriteria kenalah lembu yang dah biasa lepas ragut dalam ladang sawit,biar dia mengawan sambil berlari dalam kebun sawit baru 'syok' ala-ala filem Hindustan gitu.

Selepas melawat 2 kandang Feedlot yang ada pejantan den pun belilah dari seorang penternak di Kanchong,Pekan baka Brahman cross KK.Memang diternak secara lepas ragut di ladang sawit sejak berkurun lamanya dan lembu dia ada sekitar 300 ekor.Pejantan yang digunakan Brahman ori berat 1.4tan ada 2 ekor tapi sekor dah jadi habuan penyamun tarbus(kaki curi lembu).Tapi yang den beli tu umur dalam 2tahun berat dalam 250kg memang ada potensi untuk membesar lagi.Harga RM3000 tunai 'cash n carry'.Hehe..
pilih antara dua..hehe
simpan dulu kat kandang feedlot Jai,proses penyesuaian dan bagi kenal dengan tuan dia..
 
 
Ada sahabat den yang kata lembu tersebut baka Neelore Cross KK dan bukan Brahman cross.Den pun tak berapa pandai nak menilai baka-baka ni tapi apapun yang penting baka tersebut kacukan KK dengan Brahman atau Neelore tak kesahlah.Janji besar dan boleh turunkan baka kat induk den.Hehe..size does matter..
baru sesuai masuk ladang...hehe


 
 
 
 
 
 











Friday 8 February 2013

Gen Boorola(FecB)

Terima kasih den ucapkan pada Nur Ternak kerana 'posting' terbaru beliau berkenaan Genetik dan Kromosom sangatlah membantu pencarian den selama ini (Rujuk: http://nurternak.blogspot.com/2013/02/sambungan-apa-jenis-stok-pembiakan.html).Selama ini den mencari gen yang mengawal kadar kelahiran pada kambing dan biri-biri.Memang ada tetapi ianya melibatkan banyak gen dan belum ada satu gen khas yang mengawal kadar kelahiran atau kadar penghasilan telur pada induk betina(ovulation rate) sehinggalah membaca posting di blog beliau berkenaan genetik tersebut.

Ada dua gen yang boleh dikatakan memberi kesan pada kadar ovulasi iaitu BMP15(GDF9) dan BMPIB(ALK6) itu 'shortform' sahaja kalau nak terangkan den pun tak faham.haha.Jadi yang perlu kita ketahui 2 jenis gen tu beri kesan pada kadar ovulasi 'part' bagaimana dia bertindak den pun tak pandai nak jelaskan.Gen BMP15 ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Inverdale (ada pada Biri Romney),Hanna(baka Romney),Belclare(baka Belclare) dan Galway(baka Belclare dan Cambridge).Jika gen itu bersifat Heterozigot maka pertambahan sebanyak 0.60 daripada kadar kelahiran asal(jika kadar kelahiran asal 1.0 maka tambah 0.6 jadi 1.60) tetapi jika gen bersifat homozigot iaitu kedua-dua gen ada maka biri itu akan mandul.Sila rujuk blog Nurternak untuk kefahaman.hihi..

Gen BMPIB(ALK6) lebih dikenali sebagai Gen Boorola,Boorola merupakan sebuah kandang di Australia dimana biri yang memiliki gen ini dijumpai iaitu pada biri baka Merino dan dipanggil Boorola Merino.Dikatakan asal gen ini daripada baka biri Garole dari India.Terdapat 5baka biri yang mempunyai gen Boorola ini iaitu Garole(India),Hu dan Han(China),Merino(Australia) dan Domba Garut   Javaneese Thin Tailed(JTT)(Indonesia).Untuk Boorola tidak wujud masalah mandul untuk gen homozigot,jika gen itu heterozigot induk biri akan menghasilkan lebihan telur sebanyak 1.5 dari kadar biasa dan meningkatkan kadar kelahiran kepada 1.0 dari asal manakala jika homozigot lebihan telur sebanyak 3.0 dan peningkatan kadar kelahiran kepada 1.5 dari asal.


Boorola Merino dengan anak-anaknya..
Garole dengan anak-anak..
Biri Garole tengah grazing kat kawasan berair..perghh..
 
Jadi kesimpulan awal den buat Gen Boorola lebih baik berbanding Gen BMP15 atas faktor tiada risiko mandul dan kadar ovulasi lebih tinggi.Kajian juga menunjukkan hasil kacukan kedua-dua gen tersebut iaitu Gen Boorola dan BMP15 menghasilkan induk yang berfungsi ovari(tidak mandul) dan mempunyai kadar ovulasi sekitar 4.36.Ini hanyalah kajian asas den sahaja,tetapi tidak salah mencuba sekiranya benar seperti diperkatakan.Domba Garut(Domba Garut adalah kacukan 3 baka iaitu biri2 JTT Indonesia,Kibas(ekor gemuk) Afrika dan Biri Merino Australia) yang mempunyai saiz yang besar dan mempunyai Gen Boorola ini dan den akan cuba masukkan dalam program pembiakan akan datang..peace yaww..:-)