Cari disini....

Friday 26 April 2013

Siri Terjah Kandang: Kandang Kambing Aman Man,Taiping,Perak

Assalamualaikum buat sahabat2..dalam suasana negara yang hangat dek PRU13 sekarang,macam2 cerita keluar baik kat akhbar,TV,dan blog2 serta portal berita di internet.Sebgai salah seorang pengundi muda yang pertama kali mengundi den memang teruja untuk mengundi dan den dengan senang hati akan mengundi PAS untuk PRU kali ini.kihkih..apa rahsia2.nak nyatakan sokongan secara terbuka kat parti mana pun takut seolah2 terputus rezeki terus kalau tak menyokong parti yang membentuk kerajaan.Rezeki itu datang dari Allah kita manusia kena berusaha untuk mencari rezeki yang Halal di dunia ni.Harapan den parti mana pun yang menang baik Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional jadilah pemimpin yang adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira batasan kaum,agama,dan tentunya parti disamping dapat mengurus dan mentadbir negara dengan baik.

Minggu sudah,sudah,sudah den berkesempatan menziarah kandang sahabat ternakan di Kamunting,Perak bernama Aman.Asalnya nak gi kandang Alwi tapi dia balik kampung pulak maka tukar plan saat akhir.Kandang Aman ni terletak betul2 di tepi rumah dia,saiz dalam 40x20 dengan bilangan kambing sebanyak hampir 40ekor.Baka terdiri dari Saanen,Anglo,Boer dan kacukan kampung.Bro Aman ni start menternak sejak tahun 2010 yang mana kiranya lagi lama dari den la ni.haha..Sistem yang diamalkan sekarang adalah intensif dengan makanan utama adalah rumput Napier,batang gandum dan dedak sekali sekala.
kemas nampak kandang bro Aman ni..
suasana dalam kandang..
Pejantan Saanen di kandang..
tengah melantak batang gandum..
tanaman napier keliling kandang..
 
 
 
Lama juga lah bersembang dengan bro Aman ni,disebabkan dia pun sama umur tapi dia bujang terlajak lah den tak masuk kategori tu lagi.haha..dia bela full-time kambing ni disamping ada juga buat jualan susu kambing.Dulu katanya buat sistem semi-intensif tapi banyak masalah yelah kawasan kampung marah dek orang jela kalau lepas kambing meragut.jadi tukar kepada intensif.Apapun den doakan semoga sentiasa sukses dan berjaya dalam bidang penternakan kambing ni..lepas borak2 kitaorang pergi melawat kandang penternak bangsa Tionghua yang agak besar jumlah ternakannya di Bagan Serai.Tungguuuuuuuuuu....:-)
 
Kempenlah sikit musim PRU ni..haha...
 

 
 

Friday 19 April 2013

Kandang baru dan tapak tanaman salad garden...

Assalamualaikum sahabat penternak sekalian alam,terlebih dahulu den ucapkan takziah kepada ahli keluarga sahabat penternak Allahyarham Shahrul Azhan dari Dino Agrofarm atas pemergian arwah pada hujung bulan lepas.Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang beriman.Al-Fatihah..

Agak lama den tidak mengemaskini blog ini disebabkan kesibukan dengan urusan kerja disamping ketandusan idea dan berita terkini lagi sensasi untuk dikongsi bersama.Nanti ada pula yang beranggapan den dah tutup kandang walaupun kandang baru saiz 20x40 baru sahaja disiapkan.hehe. Banyak nak dikongsi sebenarnya tapi nanti den akan update lagi sekerap mungkin.Kandang baru akhirnya telah disiapkan walaupun hanya bersaiz 20x40 dengan kos keseluruhan RM8k kira dalam RM10 per kaki persegi.Kandang ini 50% adalah hasil tukangan Awang dan selebihnya upah tukang la buat.Jadi den rasa kos yang sepatutnya bagi sebuah kandang sekitar dibawah RM20 perkaki persegi.Jadi janganlah belanja berlebihan untuk pembinaan kandang.Asalkan kukuh dan tahan lama,cantik ka hodoh jatuh nombor 10.hehe..

peringkat awal..Awang la tukangnya..
yang ni upah tukang mat lombok..Paman namanya..
Paman dibantu adiknya memang pakar bab tukang2 ni..
siap sudah..dinding pakai kayu tempahan khas 1x4..
perasmian kandang..ada sebahagian lagi belum pindah..hehe
 
 
Buat masa ini den tak bercadang menambah induk kambing,cukup dengan 34ekor induk buat masa sekarang.Den bercadang untuk menambah induk Biri-biri daripada jumlah 17ekor sekarang kepada 30ekor,tetapi agak sukar mendapatkan stok induk biri dengan harga berpatutan sekarang disebabkan permintaan terlalu tinggi dari rakan penternak lain.Sekarang sedang dalam proses menanam Indigofera dan membersihkan tanah sekitar 3ekar untuk tanaman salad garden terdiri daripada Napier,Indigofera@Tarum,Kelor,Glirisidia Sepium,Petai Belalang dll.Den merasakan ada keperluan untuk mewujudkan bekalan makanan terdiri daripada foraj segar dan bernutrien tinggi untuk keperluan akan datang.
Inilah tapaknya..sebahagian telah dibersihkan..traktor bajak pulak rosak..tanam jelah jawabnya..
Pokok Tarum@Indigofera yang akan ditanam di tapak baru..
 
 

InsyaAllah jika semuanya berjalan seperti yang dirancang,memang nampak sinar yang cerah dalam bidang penternakan ini.Semoga sentiasa dipermudahkan urusan oleh-Nya dan mendapat sokongan dari sahabat penternak sekalian.Sama-sama wujudkan suasana persekitaran penternakan yang sihat dan kompetetif.hehe..
 
baka van persie..van nistelrooy,kelahiran triplet tapi 2ekor lagi mati selepas lahir..:-)