Cari disini....

Sunday 20 October 2013

Siri Terjah Kandang Bersiri 2: Ldg.Infoternak,Syamille Agrofarm dan Highhill Farm

Usai melawat kandang kambing di Infoternak,makan tengahari bersama Alwi dan Syed Elyas (terima kasih Bro Aman kerana menaja makan tengahari,duit jual susu kambing banyak tu.hehe),kami terus menuju ke Syamille Agrofarm yang terletak di Kati,Kuala Kangsar.Rasa teruja juga untuk melihat Ladang Pengganda Boer(LPB) MARDI ni,ini lawatan kedua ke kandang LPB MARDI selepas Alwigoatfarm (sebelum dilantik jadi ladang pengganda la..hehe)..

Tak jauh jugaklah jaran diantara Ladang Infoternak Sg.Siput dengan Syamille Agrofarm di Kati ni.Adalah dekat 20-30km.Kebetulan hujan sepoi-sepoi bahasa sepanjang perjalanan,dan berkat penunjuk arah tak bertauliah Bro Aman yang memang pernah sampai ke Syamille Agrofarm memang mudahlah nak jumpa tempat yang nak dituju nih.Sampai di kawasan resort Syamille suasana memang sunyi,den dah terbayang suara kambing mengembek maklumlah ladang pengganda kurang2 250ekor induk Boer,tapi sebaliknya berlaku..suara katak lagi kuat rasanya.

Rupa-rupanya kandang dah kosong,hampir semua kambing dipindahkan ke kandang di Perlis (lupa nak tanya kat mana).Yang tinggal adalah dalam 20 ekor kambing dan biri untuk pameran.Kandang saiz mega ada dalam 7 biji yang boleh memuatkan hampir 2000 ekor kambing (anggaran den ler) lengang.Kambing yang tinggal pun bulat semacam jer den tengok mungkin terlebih makan agaknya maklumlah duk kat istana besar,makan mesti mewah.hehe..

welcome to Syamille Resort..Pusat Tahfiz pun ada..
 
Antara kandang di Syamille Agrofarm


Kandang memang cantik dan luas..


Antara penghuni yang tinggal..
 
Biri pun ada..
 
 
 
Fokus Syamille Agrofarm di Kati ni lebih kepada Agrotourism dan penternakan lebah kelulut.Patutlah den tengok banyak sarang lebah kelulut sekitar Syamille ni,memang sesuailah dengan kawasan nya yang dikelilingi hutan untuk penternakan lebah kelulut.Selain itu rusa juga ada diternak disini,baka kalau tak salah den Rusa Sambar adalah dalam 30-50 ekor.
 
sarang lebah kelulut..
 
Rusa Sambar..macam senang jer bela rusa ni..
 
Kawasan persekitaran Syamille Agrofarm ni memang amat mendamaikan,chalet juga disediakan untuk dengan kadar antara RM120-150 sahaja.Bagi yang nak release tension kerja tu memang sesuai sangatlah tidur 2-3 malam disini.Hajat untuk melihat kambing di Ladang Pengganda Boer MARDI kali ini nampaknya tidak kesampaian,mungkin lain kali berpeluang melawat Boden atau Wawasan Manis.Lepas sembahyang zohor jamak takdim berimamkan Ustaz Khairie Al-Ketemba kitaorang mengorak langkah seterusnya ke kandang anak murid Alwigoatfarm yang paling disayangi..kandang Hafiszal HighHill Farm di Manjoi..
 


 
 
 
 
 


Saturday 12 October 2013

Siri Terjah Kandang Bersiri: Ldg.Infoternak,Syamille Agrofarm dan Highhill Farm

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat2 penternak dan bakal penternak dan yang minat menternak.Tengah mood raya haji sekarang maka sibuklah sikit dengan tempahan untuk korban dan kenduri sempena raya.Lembu pun terjual lah 2ekor untuk korban,ramai yang mengeluh kata permintaan untuk lembu korban raya ni agak rendah berbanding tahun sebelumnya.Mungkin disebabkan faktor harga yang mencanak naik,tahun lepas sekitar 2100-2300 (baka KK ladang sawit) tahun ini 2400-2600,lembu import jangan citerla dengan nilai Baht yang tinggi berbanding RM(10baht=0.97ringgit,dulu 10baht=1ringgit lebih) dan bekalan yang semakin kurang,den difahamkan China sekarang semakin meningkat penggunaan daging lembu dan dengan siapnya laluan keretapi baru menghubungkan Selatan China dan Laos memudahkan pengangkutan barang ke China dan laluan baru yang akan menghubungkan Thailand dan Laos masih dalam proses perbincangan.Lembu Australia kurang sesuai untuk korban disebabkan saiz terlalu besar(permintaan kurang) sekitar 350-450 kg seekor hanya sesuai untuk jualan daging.

Minggu sudah den berpeluang berkunjung ke Agrofest Perak 2013 bertempat di Ladang Infoternak Sg.Siput.Den pergi bersama rakan seperkambingan iaitu Bro Khairi(Ketemba Agrofarm) dan Bro Aman Man.Di sana kami berjumpa dengan Bro Syed Elyas(Qudri Farm) dan Sifu Alwi(Alwigoatfarm),tahniah den ucapkan pada Alwi di atas Anugerah Penternak Jaya Ruminan Perak.Mungkin satu hari nanti den dan sahabat2 yang lain juga berpeluang menerima anugerah tersebut.hehe..tapi tak sahlah kalau pergi ke kawasan kandang kambing sekiranya tak melawat kandang ye tak?dengan bantuan kabel bawah tanah Bro Aman dapatlah den masuk ke dalam kandang kambing di Infoternak ni,biasa memang tak dibuka untuk lawatan luar.Ada sekitar 5-6 kandang kambing di dalam ladang ini.Kandang yang sempat den pergi adalah kandang kambing susu terdiri dari baka Saanen,Toggernburg dan British Alpine,kalau harga pasaran sekarang RM3000 sekor untuk induk..


Kandang kambing susu

Baka British Alpine..
 
Baka Toggernburg..


Baka Saanen agak menyedihkan..kurus..
 
 
Dari segi penghasilan susu den tak sempat pula bertanya tapi melihat kepada keadaan kambing dan ambing nya rasanya mungkin tidak sebanyak mana.Disebabkan kesibukan pegawai bertugas untuk Agrofest jadi tak dapatlah lama berada di kandang kambing ini.Selepas sesi brainstorming kami bertiga memutuskan untuk ke Syamille Agrofarm yang sekitar 20km dari Ladang Infoternak.Syamille Agrofarm merupakan Ladang Pengganda Boer MARDI.Bersambung di episod akan datang..mood malas menulis kembali menjelma..:-P