Cari disini....

Thursday 28 April 2016

Siri Terjah Negara Orang - Jelajah Korea Secara Solo Bab 2 Gyeongbokgung Palace,Hanok Village,N-Seoul Tower dan Nandaemum

Hari ke 3 awal pagi den gerak ke Gyeongbokgung Palace..pusing2 dalam tu melihat sejarah lama Korea..ramai jugaklah pelancong majoriti dari Tanah Besar China..den macam biasa turun station Gyeongbokgung dengan penuh keyakinan tapi akhirnya sesat dalam bandar..tapi ada Google Maps ni senang, google aje jumpe lah tempatnya..just kena berjalan kaki sambil menikmati suasana bandar..kawasan istana ni boleh tahan luasnya di apit oleh 2 buah gunung iaitu Gunung Namsan dan Gunung Bugaksan..den berhajat nak mendaki gunung ni masa akan datang..Insyaallah..
masa sesat..lengang sungguh waktu pagi...


sejarah Gyeongbokgung Palace

peta

pintu masuk..

hat ni tak leh masuk


Habis meronda kawasan istana ni, den gerak ke Hanbok Hanok Village, kalau naik subway kena turun stesen Anguk..tapi tengok Google Maps macam dekat ajer..den menapak ajelah dalam 2km rasanya..tapi bila sampai di Hanok Village sebenarnya tak delah menarik sangat, setakat tempat untuk orang ambil gambar dengan Hanbok (pakaian tradisional Korea). Den pun gerak ke destinasi seterusnya N-Seoul Tower/Namsan Tower dekat Myeongdong.
Namsan Park..ramai orang kat sini..


Ada kereta kabel untuk naik ke puncak Bukit Namasan ni..tapi den macam biasa memilih untuk mendaki bukit ni..lagipun cuaca sejuk, sedap mendaki sejuk2 ni..badan tak melekit sangat, lagipun tak adelah tinggi manepun Bukit Namsan ni dalam 260m ajer..mendaki la den sesorang n tak ramai rasanya memilih untuk mendaki..ramai yang naik kereta kabel..
papan tanda sebelum naik..

nak sampai dah ni..bajet hensem siket..

lengang ajer..tak ramai yang mendaki..


Tapi bila sampai di puncak bukit, ramai sungguh umat manusia duk menunggu turn naik lift ke puncak menara..jadi den memang malas lah nak beratur semata2 nak naik menara tu...lepak2 jap pastu turun mendaki balik..lepas tu terus ke Dongdaemum tempat shopping..den beli strawberry aje pusing2 kejap balik guesthouse...
sekali kat atas..ramai sungguh orang..
pemandangan dari atas bukit Namsan..

tempat letak mangga...

lawa jugak view dari atas ni..
strawberry Won 3000 ajer..


Malam tu duk plan ingat nak pi Busan..tapi macam ramai jugak orang kawasan tu..terbaca ada sahabat post di group Backpakcers Buddies Malaysia (BBM) di FB mengenai satu pulau di Wando selatan Korea..Pulau Cheongsando namanya..dengan pemandangan agak menarik dan jauh dari hiruk pikuk manusia..jadi den plan untuk pergi ke pulau tu esoknya...jeng jeng jeng...

Tuesday 19 April 2016

Siri Terjah Negara Orang- Jelajah Korea Secara Solo Bab 1 Nami Island dan Itaewon

Assalamualaikum..annaeyong sayo..kali ni nak lari dari cerita lembu kambing dan biri. Nak cita pasai pengalaman den mengembara secara solo selama seminggu di Korea Selatan. Kenapa pilih Korea?Sebab den rasa Korea ni antara negara yang selamat untuk dijelajahi secara solo..kenapa solo?sebab den rasa den ni antara spesis Introvert lebih suka menyendiri dari bersosial jadi travelling alone should be the best choice lah..lagi pun paling menyampah kalu nak kena tunggu orang..jadi den beli siap2 bulan November 2015 return ticket Air Asia KL-Incheon with 2meals (nasi dagang and nasi lemak) 9-16/4/2016 pada harga RM1200. Den book siap2 single room with shared bathroom di Kimchee Guesthouse Sichon dari 9-16/4 pada harga 167K Won@RM620 (bayar bila check-in,no booking deposit needed). Itinerary plak den buat seminggu sebelum berangkat.

So berangkatlah den pada pagi Sabtu 1.00 am dari KLIA2 ke Incheon International Airport berbekalkan duit poket sekitar 1.2juta won@RM4050. Dalam flight duduk sebelah amoi Malaysia tapi baru nk ekjas amoi ni dh bgtau dia dtg dgn boyfriend n request kat den untuk tukar seat dgn BF dia. Den xda hal bab ni, tukar ajelah lagipun duk sebelah amoi jugak di seat baru. Sampai dalam kol 8.30 pagi di Incheon..solat subuh dalam flight aje..lepas custom and immigration check perkara pertama den buat cari information counter, amik map and tanya direction to train station. Lepas tu singgah kedai topup T-money 30k won dan beli simkad Olleh 31k won. Naik AREX terus ke Hongik University Station tp amik yang all stop lah..kalau Express dia terus ke Seoul Station tak da berenti dah kat station sepanjang perjalanan.

AREX station Incheon..

Sampai di station Hongik Uni terus den menonong mencari Kimche Guesthouse Sichon..nasib baik dah beli sim kad Olleh..google maps aje, bangunan dia agak tersorok belakang Paris Baguette di Hongdae. Den sampai guesthouse dalam kol 12.00pm (waktu Korea awal 1 jam dari Malaysia) tapi check in time sekitar pukul 3.00pm. Nasib baik bilik dah kemas so boleh check in awal,.lepak2 lepas solat terus pusing Hongdae. Den pilih Hongdae sebab baca review geng2 yang dah pernah pergi bagitau tempat ni meriah sikit. So menapak ajelah dalam 200m aje pusing2 tengok apa yang ada..cuma kemeriahan kurang lagi sebab masih siang..malam baru meriah katanya..last2 beli lamb kebab kat Istanbul Kebab rega 5k won bawak balik makan kat bilik.

Lamb Kebab...

Single room...

Malamnya memang meriah Hongdae Market ni..banyak kedai2 jualan dan street perfomances. Rata2 nya menari ala2 kpop laa..Selain dari tu, tak ada yang menarik sangat..Esoknya 10/4 awal pagi den gerak ke Nami Island, walaupun den ada tulis nota untuk arah ke Nami Island tp tak baca sangat sebab pakai apps Subway (Korea Subway n Subway Navigator).Yang penting stesen akhirnya Gapyeong..dalam train tu jumpa dengan tourist Malaysia Bro Wandi n family (pilot Etihad base in Abu Dhabi). Borak punya borak sampai la station Gapyeong, tapi diorang tak gi Nami Island sebab dah pergi dulu..diorang nak ke Garden of Morning Calm rasenye..den teruskan berjalan kaki ke Nami Island lebih kurang 1.5km jugak dari Gapyeong Station. Jalan sorang2 ajer sebab yang lain semua amik bas or taxi.
awek menyanyi..Hongdae Market

Hongdae Market

Hongdae Market

Sampai di Nami Island beli tiket 8k won n kena naik feri ke pulau. Pulau ni tak delah luas mana..boleh jalan kaki or sewa beskal..yang menarik kat sini ada Halal Restaurant siap dengan Musolla, namanya Asian Cuisine..bolehlah try makanan halal Korea kat sini.Den try marinated beef with kimchi and vegetables rega 10k won. Oklah jugak..habis pusing Nami balik semula ke station Gapyeong menghala ke Itaewon. Di Itaewon ni famous dengan halal restaurant..banyak sungguh restoren halal kat sini..yang famous among Malaysian adalah Kawan Restaurant and Eid Restaurant. Tapi den ni pantang nampak ayam Tandoori..jadi belasahlah Nasi Biryani and Chicken Tandoori kat Bombay Grill lepas solat di Masjid Seoul..Lepas tu balik semula ke guesthouse singgah beli roti di Paris Baguette..

jalan kaki ke Nami...

Welcome to Nami Island

Namihara Republic..

Asian Cuisine..

Menu..xtau nak makan hat mana..

side dish byk woo...

Masjid Seoul..

Biryani Ayam Tandoori satuuppp....