ALhamdulillah kepulangan aku disambut dengan kelahiran ke-2 biri-biri yang aku baru beli bulan 4 sebanyak 7ekor.Disebabkan pagi tu ada misi khas untuk suntik Tetramycin LA dekat kambing2 aku yang kena Pink-eye.Actually aku minta nasihat JPV dan Alwi untuk ubat yang berkesan bagi mengatasi penyakit Pink-eye nih.Alwi menyarankan penggunaan Tetramycin LA tp bila aku tanya JPV kata Tetramycin ni merbahaya pada kambing.Ada side effect apa aku xtahula pulak.Tetapi disebabkan JPV ni tiadala membela kambing secara praktikalnya maka lebih bersesuaian aku menggunakan nasihat penternak yang dah 7tahun menternak. Alhamdulillah ada tanda-tanda pemulihan pada kambing-kambing aku tu.
Tapi yang menghairankan aku adalah kambing Boer aku xkena la pulak penyakit mata nih..semua yang kena adalah kambing kampung dan kacukan kampung.Mungkin Boer ni dah resilience dan resistance pada penyakit mata nih.Jadi tugas pagi tu adalah inject Tetramycin LA yg dibeli melalui Pos dengan Lazuli Sdn.Bhd..1ml untuk 10kg berat.
Petangnya barula ditimbang anak biri-biri tue.beratnya 3.0kg dan sihat walafiat.Si Putih@anak biri kelahiran pertama aku sekarang dah berusia 38hari dan berat 5.5kg.Aku dapati pertumbuhan biri-biri ni lebih cepat berbanding kambing.Mungkin sebab itula tempoh cukup umur Aqiqah setahun lebih.Bermakna lebih cepat persalinan gigi tu berlaku.Biri-biri ni xbanyak meragam dan senang dijaga.Suka bergerak secara berkumpulan sekaligus memudahkan urusan melepas ragut.Kalau perut dah overload masing-masing akan pulang sendiri ke kandang.memang berganda-ganda senang berbanding kambing.hehe..
bersama ibunye..
memang kuat mkan biri-biri nih..kene bela scra lepas ragut baru ok..
Kat Thailand adela aku nmpak kambing seekor dua.Tapi disini guna sistem ternakan kecil-kecilan kandang pun xada rasanya.Memang style lepas sepanjang masa.Bagusnya kat sini jarang ada kecurian berlaku.Maklumla masing-masing ada pistol dan senapang.Xberbalui rasanya kena tembak pasal curi kambing.huhu..