Buat masa sekarang den masih dalam proses menyiapkan kandang baru yang berukuran 20'x40'(lebar x panjang) kalau diikutkan nisbah luas per ekor 1:10 maka bolehla muat dalam 80ekor lagi.Kambing kacukan kampung punya penangan,beranak kembar hampir untuk setiap kelahiran jadi kandang sentiasa perlu di tambah.Kandang lama berukuran 16'x48' sudah melebihi kapasati ada dalam 90 ekor kambing dan biri-biri.Nampaknya tahun depan kena buat satu lagi kandang berukuran 30'x40'(tapak dah ada) dan mungkin sebagai kandang terakhir di ladang ayah den itu.Macam Tuan Guru Alwi cakap masalah paling memeningkan dia adalah modal untuk nak buat kandang baru dan sekarang barulah den dapat merasai pengalaman itu.Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan setakat ini masih belum membuat sebarang pinjaman bank untuk projek kambing ini.Siapa kata orang kaya sahaja yang boleh menternak kambing,dan perlukan modal puluh ribu untuk mulakan penternakan.Den mula dengan modal kandang RM5000 dan beli kambing kampung RM3900(13 ekor).Lepas tu tambah la stok induk sedikit demi sedikit,yang penting baka kambing kampung jadi pilihan sebab tahan lasak,tinggi ketahanan terhadap penyakit,kadar kelahiran kembar tinggi,dan mudah dijaga.Barulah boleh kurangkan kos input dan tinggikan Output.Output tinggi dari Input jawabnya Untung..mudah sahaja sifirnya..
Mok(kurus) dengan Awang mengukur dengan penuh keprofesionalan..
masa ni baru siap ukuran besi untuk tiang,sekarang dah ada tiang dah...hehe
Den ada nyatakan dalam post sebelum ni nak tanam sawit 10 ekar kat tapak baru yang masih dalam proses pembersihan kawasan.Tapi disebabkan nampak masa depan yang MAHA cerah dalam industri penternakan ruminan(kambing,biri dan lembu) maka den dah plan nak tukarkan 10ekar tu kepada projek Feedlot lembu dan penternakan kambing susu.Kalau projek kambing pedaging mengambil inspirasi dari Sifu Alwi maka untuk projek kambing susu inspirasi adalah dari Alaminosgoatfarm.Foraj seperti Napier India merangkumi 7ekar dan Legumes(tanaman kekacang) berupa indigofera(tarum),Moringga oleifera(kelor),Petai belalang,Mulberry,Glirisidia Sepium(jarak cina) dll akan dijadikan sumber makanan disamping konsentrat seperti PKC,jerami padi dan hampas soya(silaj).Tapi ni projek jangka panjang den ni,In Sya Allah semoga di permudahkan hendak-Nya.