Buat masa sekarang den masih dalam proses menyiapkan kandang baru yang berukuran 20'x40'(lebar x panjang) kalau diikutkan nisbah luas per ekor 1:10 maka bolehla muat dalam 80ekor lagi.Kambing kacukan kampung punya penangan,beranak kembar hampir untuk setiap kelahiran jadi kandang sentiasa perlu di tambah.Kandang lama berukuran 16'x48' sudah melebihi kapasati ada dalam 90 ekor kambing dan biri-biri.Nampaknya tahun depan kena buat satu lagi kandang berukuran 30'x40'(tapak dah ada) dan mungkin sebagai kandang terakhir di ladang ayah den itu.Macam Tuan Guru Alwi cakap masalah paling memeningkan dia adalah modal untuk nak buat kandang baru dan sekarang barulah den dapat merasai pengalaman itu.Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan setakat ini masih belum membuat sebarang pinjaman bank untuk projek kambing ini.Siapa kata orang kaya sahaja yang boleh menternak kambing,dan perlukan modal puluh ribu untuk mulakan penternakan.Den mula dengan modal kandang RM5000 dan beli kambing kampung RM3900(13 ekor).Lepas tu tambah la stok induk sedikit demi sedikit,yang penting baka kambing kampung jadi pilihan sebab tahan lasak,tinggi ketahanan terhadap penyakit,kadar kelahiran kembar tinggi,dan mudah dijaga.Barulah boleh kurangkan kos input dan tinggikan Output.Output tinggi dari Input jawabnya Untung..mudah sahaja sifirnya..
Mok(kurus) dengan Awang mengukur dengan penuh keprofesionalan..
masa ni baru siap ukuran besi untuk tiang,sekarang dah ada tiang dah...hehe
Den ada nyatakan dalam post sebelum ni nak tanam sawit 10 ekar kat tapak baru yang masih dalam proses pembersihan kawasan.Tapi disebabkan nampak masa depan yang MAHA cerah dalam industri penternakan ruminan(kambing,biri dan lembu) maka den dah plan nak tukarkan 10ekar tu kepada projek Feedlot lembu dan penternakan kambing susu.Kalau projek kambing pedaging mengambil inspirasi dari Sifu Alwi maka untuk projek kambing susu inspirasi adalah dari Alaminosgoatfarm.Foraj seperti Napier India merangkumi 7ekar dan Legumes(tanaman kekacang) berupa indigofera(tarum),Moringga oleifera(kelor),Petai belalang,Mulberry,Glirisidia Sepium(jarak cina) dll akan dijadikan sumber makanan disamping konsentrat seperti PKC,jerami padi dan hampas soya(silaj).Tapi ni projek jangka panjang den ni,In Sya Allah semoga di permudahkan hendak-Nya.
Tahniah.
ReplyDeleteDoakan anda dipermudahkan.
juga doa utk saya ya!
Terima kasih bro Zul,
DeleteIn sya ALlah moga kita semua berjaya dan dipermudahkan urusan..jgn lupa tips sifu alwi..Relentless pursuit of knowledge, unwavering discipline, and consistent charity..hehe
syabas! proceed untuk kambing je bro, sawit lambat hasil. nak tunggu hasil sawit, 3 tahun, dah beranak pinak kambing2 tu.
ReplyDeletekwsan jauh ke dalam bro don.tnah 10ekar ni agk jauh dr jln besar.mmg den kena jd mcm alwi la nmpknya.hehe..
Deletejauh ke dalam? aiseh... yang ni buat pembiakan, yang dekat buat untuk jualan. sapa nak beli, datang kandang jualan. hehe. saya punya 7 ekar sawit felda pun jauh ke dalam gak. tak tau kat mana, takur pak sedara tak dapat nak handle je. tapi yang tu untuk tanam legume ngan fodder je. plan nak tanam napier india, petai belalang, mulberi, kelor ngan pokok pagar.
Deletesemoga berjaya,geng darah muda pembiak mcm kita boleh bagi buka mata importer skit.kukuhkn ekonomi tempatan dr salur duit ke negara luar.yolah den takdo tanah sawit ekar2.rugi la jadi org duk pinggir bandar neh.
ReplyDeletezaman keemasan utk golongn pengimport sudah brlalu..hrga kmbing import dah mningkat naik,dulu rmai yg tutup kndang kes nila,tak boleh bersaing dgn hrga kmbing import..tp sekarng harga import sama or lebih tnggi dri kmbing tmpatan..xpe bro pelan2,nnti dh ok nk tmbah bil kndg n kmbing try la mohon tnah dgn JPV..
DeleteAlhamdulillah... saya doakan semoga ternakan saudara bertambah pada masa akan datang.. Saya pun dalam proses nak ternak kambing pada masa akan datang ni. Semoga kita boleh berkongsi ilmu penternakan bersama dengan sifu Alwi.
ReplyDeletetq bro sharren..bgus2 brtmbah lg pntrnak muda dlm industri ni,i like..cuma kna rjin2 mlawat kndg otai2,mnuntut ilmu dri pntrnak scara direct(buku skadar teori,praktikal yg penting)..n kalu brguru dgn Alwi trus lg senang.haha..
ReplyDeleteTerbaik bro don...kmbg yg dpt cukup nutrisi lagi rendah risiko nk dpat pnyakit..jd nutrisi juga pnting utk kmbing..legumes mgkin dpt mmberikn sumber protein yg diprlukn oleh kmbing..tp bri pd kdar yg dperlukn shaja..hehe
ReplyDeletecaya la bro...koi doakan rodong koi sorang ni berjaya dgn jaya
ReplyDeleteterbaiekkkkk.kandang baru dah siap lum nak dtg melawat nie....hehehe
tq aok sbb doakn kwn ye..kndang entohler jnis buat ckit2 nih.tmbah plak musim hujan doh skrg.lmbt lg la siapnyer.hehe...gitula org modal kecik nih,nak upah org buat tak mampu,bt sndiri la jwbnyer..nnti dh siap kwn panggil awok rasmilaa..:-)
DeleteSalam bro feral, nak tanya bro ada no fon tuan alwi tu ker. Sbb ingat ujung bulan ni nk pg melawat kandang tuan alwi tu. Klu ada nnti email pn boleh ke mysharren@gmail.com
ReplyDeleteBro yer nama nk pgil aper, Feral ker.. sje tyer?
waalaikumussalam bro sharren..no alwi bleh tgok kt komen di blog dia,msti dsrtakan dgn email dan no.telefon..nama pggil Feral pun ok,wlaupun PRO darah kampung tp sbb kmbg feral hdiah dr kwn den la mnybbkn den jd pentrnak kmbing..so sentimental value laa..haha
ReplyDelete