Salam buat sahabat pastoralist.Masihkah lagi optimis dengan dunia penternakan?Tepuk dada tanya hati.Ramai yang kecundang dan tidak ramai yang berjaya,semua atas usaha dan semangat masing-masing.Tips kejayaan dari sifu den Alwigoatfarm ada tiga:
1)Pencarian ilmu yang berterusan
2)Disiplin yang tinggi
3)Sedekah yang berterusan
Tidak perlu den huraikan kerana sangat mudah difahami oleh akal fikiran kita.Penting untuk kita belajar dari kejayaan dan kegagalan seseorang sebagai bekalan azimat untuk kita supaya kejayaan dapat diikuti dan kegagalan dijadikan batu sempadan pendinding diri.Mukaddimah je tu,hehe
Ternakan memerlukan kira 22 mineral penting untuk keperluan harian dan mineral ni terbahagi kepada 2 iaitu Macromineral(diperlukan dalam kuantiti sedikit unit gram) dan Trace Element(diperlukan dalam unit lagi kecil unit microgram).Contoh Macromineral adalah seperti Kalsium,Phosphorus dan Sulfur(untuk struktur tulang),Sodium,Potassium,Chorine(untuk keseimbangan osmotik) dan Magnesium(untuk saraf dan aktiviti enzim).Contoh bagi Trace Element pulak adalah seperti Manganese,Copper,Zinc,Molybdenum,Selenium(pemangkin untuk sistem enzim),iodine(untuk hormon) dan Cobalt(vitamin).
Ruminan kecil hanya memerlukan Vitamin A,D dan E manakala vitamin K dan semua jenis vitamin B di proses dalam rumen.Jadi perlu atau tidak suntikan Vitamin B12 pada kambing dan biri?Sila rujuk blog sifu den http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/05/vitamin-b-tak-yah-bagi.html maka terjawablah pertanyaan itu.Berbalik kepada tajuk den seperti di atas,Copper@kuprum penting untuk perkembangan anak dalam kandungan,sintesis hemoglobin@sel darah merah dll.Keperluan Copper adalah berbeza mengikut haiwan Khinzir-250ppm,Lembu 50-100ppm,kambing 10-20ppm dan biri 5-10ppm.Lembu dan kambing berupaya mengeluarkan Copper yang berlebihan melalui tinja dan tidak menyimpan Copper dalam hati seperti biri.Biri amat bermasalah dengan lebihan Copper disebabkan lebihan Copper disimpan dalam hati dan ketidakmampuan biri untuk mengeluarkan lebihan Copper tersebut.
Jadi memang tidak digalakkan memberi pelet untuk lembu dan kambing kepada biri disebabkan faktor tersebut.Bagaimana pula dengan PKC?PKC dalam bentuk raw(belum diproses) mengandungi 21-28ppm Copper dan nisbah Ca:P tidak seimbang dimana Calcium 0.21-0.34ppm dan Phosphorus 0.48-0.71ppm iaitu 1:2 yang boleh mnyebabkan masalah seperti Urinary Calculi pada kambing sila rujuk http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/09/calcium-phosporus-cap.html .Unsur seperti Molybdenum,Sulfur,Zinc dan Calcium berupaya mengurangkan kadar simpanan Copper dalam hati dan kebanyakan pelet mengandungi nisbah Cu:Molybdenum(Mo) 10:1.Sekiranya pengambilan Cu meningkat dan nisbah lari kepada 11:1 dan ke atas maka masalah keracunan Copper akan berlaku.
Tanda-tanda keracunan Copper adalah seperti anoreksia,haus melampau,tertekan,anaemia dll.Pengumpulan Copper dalam hati sekitar 1000-3000ppm akan menyebabkan sel hati akan mati dan Copper akan bebas keluar memasuki sel darah.Seterusnya akan menyebabkan biri mati dalam tempoh 1-2 hari.Tetapi dalam beberapa kajian menunjukkan biri malin dan kacukan malin adalah lebih terdedah kepada keracunan Copper berbanding baka eksotik(Alimon and Hari-Bejo,1995) dan biri baka Santa Ines lebih toleran kepada Copper berbanding biri Malin(Al-Kirshi,2004).Dalam satu eksperimen yang dijalankan biri dan kambing diberi 7ppm Copper dalam diet makanan harian dan setelah tempoh tertentu didapati biri mempunyai 300ppm(Dry Matter Basis) Copper dalam hati manakala kambing sekitar 100ppm sahaja.
Jadi berhati-hati bagi sahabat-sahabat yang nak menghasilkan makanan sendiri banyak perkara tentang keperluan nutrisi perlu dipelajari,mungkin untuk jangka masa pendek tidak kelihatan masalah tersebut tetapi untuk kesan jangka masa panjang pasti akan timbul terutama yang terlibat dalam program pembiakan,untuk penggemukan@ feedlot tiada masalah sangat.Dan berhati-hati dengan belian pelet dari pembekal baru yang biasanya tiada dicatatkan kandungan nutrien pada guni pelet.Lebih selamat beli dari pengeluar yang telah lama dan disahkan kandungan nutriennya.Den lihat sekarang ramai pengeluar pelet yang aktif mempromosikan pelet buatan sendiri tanpa menyedari keperluan nutrien yang bersesuaian.Berhati-hati sebelum membeli..:-)
Terima kasih kerana berkongsi. Teruskan berkongsi.
ReplyDeleteSekarang ni aku tengah hairan. Dulu masa kambing aku xda gembala, walaupun ada garam jilat yang cukup dikandang. Kambing2 masih ada masalah kulit dan kurap.
Sekarang ni lepas ada gembala kambing, masalah kurap dan kulit dah takda alhamdulillah. bulu kilat2 dan halus. Kandang anda ada masalah kurap sikit2 lagi tak atau xda langsung?
Kurap kes terpencil bro fairul,mmg jarang berlaku dan seingat den mungkin seekor kambing induk kena kurap tahun ni.tp bagi ubat ok dan terus tak ada mslah kurap..
Deletebro fairul ada trbaca tak artikel mngatakan kambing brwarna putih tidak sesuai terdedah kepada sinaran matahari dsbabkn boleh mnyebabkn kanser?tu yg bt den trfikir adakah sbb itu kmbg kmpung jarang(mungkin tak ada) yang brwarna putih..wallahu alam..
nak mnulis tajuk ni pun makan masa lama utk bt kajian,byk journal kna baca..kalu ada salah tlong bgtau bro2 skalian..hehe
salam bro isal. terima kasih di atas peringatan ni. sangat penting kepada mereka yang baru nak mula menternak.
ReplyDeletewaalaikumussalam bro don..peringatan untuk diri sndiri sbnarnya,smbil2 tu share la kot ada salah bleh btulkn.hehe..
DeleteSalam. Bukan PKC aje yang ada copper, ada juga mineral lick pun ada kandungan copper. Kene hati-hati kpd mreka yang mnternak bebiri. Jangan bagi mineral lick lembu pada bebiri kita
ReplyDeletewslm bro naxz..mineral lick den ingt kndungan micro mineral tak setinggi dan kesan xsebesar penggunaan pelet..tp tak tahula jika mmberi kesan juga kpd biri2.hehe..bro naxz tnjuk cket biri yg dibela kat FB ka Blog ka..ada ka?nak tgok jgak dorper bela dalam ldg sawit..:-)
Deleteboleh tak kalau tak bg pallet lnsg?
ReplyDeletePellet trmsuk ktegori konsentrat smaada utk protein atau utk tenaga(karbohidrat)..kalu ada sumber mknn yg mnckupi cth kwsan ragut xde mslah kalu tak bg bro..Alwi xbagi pun pellet utk induk,pellet hnya dberi utk jantan khas utk penggemukan/feedlot diwaktu pagi dan petang lepas ragut..Den pun sbb musim hujan skrg,kna bagi jgaklah pelet tambah pelepah sawit sebab tak boleh lepas meragut..hehe
DeleteThanks for this post. I really enjoy your point of view on this topic.
ReplyDeleteaesthetic clinic in kuala lumpur
saxenda injection in malaysia
dermal filler procedure in kl