Cari disini....

Showing posts with label Nutrien. Show all posts
Showing posts with label Nutrien. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Cut and Carry daun Indigofera

Sekarang daun kekacang seperti Indigofera@Tarum, Moringga@Kelor, Turi, Petai Belalang dan Griricidia mula menjadi buah mulut di kalangan penternak. Bagus jugak kesedaran mengenai kepentingan nutrien yang cukup untuk tumbesaran ternakan kambing mula bercambah di kalangan rakan2 den ni. Den yang mengamalkan sistem semi-intensif lepas meragut memang kurang bergantung pada makanan tambahan, sekadar selingan jer. Tapi stok dedak pun kena ada lebih lagi masa musim tengkujuh.

Den ada jugaklah tanam Indigofera ni zaman dahulu kala, memang tak berjaga pun. Pokok ni memang tahan lasak musim kemarau pun dia masih steady tak ada masalah sangat. Jadi bosan-bosan tak ada kerja bolehlah mengerjakan daun2 pokok ni kat belakang rumah. Mak den pun dah bising suruh potong daun tu bagi kambing, dulu dia bagi kat anak lembu duk bela belakang rumah. Tapi dah mati dah lembu tu.

Ini ditanam di kawasan lain..saja nak tengok besar mana..
ini kandungan nutrien dia banding dengan legume lain..
dah di trim habis..adalah dalam 8 pokok belakang rumah..
Gantung bagi kat kambing..biri memang tak makan sangat dedaun ni..

Kajian mengenai Indigofera ni sedang giat dijalankan oleh kawan penternak Lalahrivergoatfarm dengan kerjasama UPM. Harap2 ada berita positif dari hasil kajian ni untuk kegunaan penternak kambing di Malaaysia..terutama penternak kambing susu..hihi..



Saturday, 15 December 2012

Keperluan Kuprum@Copper untuk Biri dan Kambing

Salam buat sahabat pastoralist.Masihkah lagi optimis dengan dunia penternakan?Tepuk dada tanya hati.Ramai yang kecundang dan tidak ramai yang berjaya,semua atas usaha dan semangat masing-masing.Tips kejayaan dari sifu den Alwigoatfarm ada tiga:
1)Pencarian ilmu yang berterusan
2)Disiplin yang tinggi
3)Sedekah yang berterusan
Tidak perlu den huraikan kerana sangat mudah difahami oleh akal fikiran kita.Penting untuk kita belajar dari kejayaan dan kegagalan seseorang sebagai bekalan azimat untuk kita supaya kejayaan dapat diikuti dan kegagalan dijadikan batu sempadan pendinding diri.Mukaddimah je tu,hehe

Ternakan memerlukan kira 22 mineral penting untuk keperluan harian dan mineral ni terbahagi kepada 2 iaitu Macromineral(diperlukan dalam kuantiti sedikit unit gram) dan Trace Element(diperlukan dalam unit lagi kecil unit microgram).Contoh Macromineral adalah seperti Kalsium,Phosphorus dan Sulfur(untuk struktur tulang),Sodium,Potassium,Chorine(untuk keseimbangan osmotik) dan Magnesium(untuk saraf dan aktiviti enzim).Contoh bagi Trace Element pulak adalah seperti Manganese,Copper,Zinc,Molybdenum,Selenium(pemangkin untuk sistem enzim),iodine(untuk hormon) dan Cobalt(vitamin).

Ruminan kecil hanya memerlukan Vitamin A,D dan E manakala vitamin K dan semua jenis vitamin B di proses dalam rumen.Jadi perlu atau tidak suntikan Vitamin B12 pada kambing dan biri?Sila rujuk blog sifu den http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/05/vitamin-b-tak-yah-bagi.html maka terjawablah pertanyaan itu.Berbalik kepada tajuk den seperti di atas,Copper@kuprum penting untuk perkembangan anak dalam kandungan,sintesis hemoglobin@sel darah merah dll.Keperluan Copper adalah berbeza mengikut haiwan Khinzir-250ppm,Lembu 50-100ppm,kambing 10-20ppm dan biri 5-10ppm.Lembu dan kambing berupaya mengeluarkan Copper yang berlebihan melalui tinja dan tidak menyimpan Copper dalam hati seperti biri.Biri amat bermasalah dengan lebihan Copper disebabkan lebihan Copper disimpan dalam hati dan ketidakmampuan biri untuk mengeluarkan lebihan Copper tersebut.

Jadi memang tidak digalakkan memberi pelet untuk lembu dan kambing kepada biri disebabkan faktor tersebut.Bagaimana pula dengan PKC?PKC dalam bentuk raw(belum diproses) mengandungi 21-28ppm Copper dan nisbah Ca:P tidak seimbang dimana Calcium 0.21-0.34ppm dan Phosphorus 0.48-0.71ppm iaitu 1:2 yang boleh mnyebabkan masalah seperti Urinary Calculi pada kambing sila rujuk http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/09/calcium-phosporus-cap.html .Unsur seperti Molybdenum,Sulfur,Zinc dan Calcium berupaya mengurangkan kadar simpanan Copper dalam hati dan kebanyakan pelet mengandungi nisbah Cu:Molybdenum(Mo) 10:1.Sekiranya pengambilan Cu meningkat dan nisbah lari kepada 11:1 dan ke atas maka masalah keracunan Copper akan berlaku.

Tanda-tanda keracunan Copper adalah seperti anoreksia,haus melampau,tertekan,anaemia dll.Pengumpulan Copper dalam hati sekitar 1000-3000ppm akan menyebabkan sel hati akan mati dan Copper akan bebas keluar memasuki sel darah.Seterusnya akan menyebabkan biri mati dalam tempoh 1-2 hari.Tetapi dalam beberapa kajian menunjukkan biri malin dan kacukan malin adalah lebih terdedah kepada keracunan Copper berbanding baka eksotik(Alimon and Hari-Bejo,1995) dan biri baka Santa Ines lebih toleran kepada Copper berbanding biri Malin(Al-Kirshi,2004).Dalam satu eksperimen yang dijalankan biri dan kambing diberi 7ppm Copper dalam diet makanan harian dan setelah tempoh tertentu didapati biri mempunyai 300ppm(Dry Matter Basis) Copper dalam hati manakala kambing sekitar 100ppm sahaja.

Jadi berhati-hati bagi sahabat-sahabat yang nak menghasilkan makanan sendiri banyak perkara tentang keperluan nutrisi perlu dipelajari,mungkin untuk jangka masa pendek tidak kelihatan masalah tersebut tetapi untuk kesan jangka masa panjang pasti akan timbul terutama yang terlibat dalam program pembiakan,untuk penggemukan@ feedlot tiada masalah sangat.Dan berhati-hati dengan belian pelet dari pembekal baru yang biasanya tiada dicatatkan kandungan nutrien pada guni pelet.Lebih selamat beli dari pengeluar yang telah lama dan disahkan kandungan nutriennya.Den lihat sekarang ramai pengeluar pelet yang aktif mempromosikan pelet buatan sendiri tanpa menyedari keperluan nutrien yang bersesuaian.Berhati-hati sebelum membeli..:-)