inilah basnya..penuh dengan ahjumma n ahjussi aje..
tiket bas..awek kaunter siap bulatkan tauu..
Dalam bas duk sebelah ahjussi..nak borak takut dia tak paham..jadi layan tengok pemandangan luar ajelah..Bas ni akan berhenti sekali aje dekat R&R..boleh tahan jugak R&R nya...kalau nak ke bilik air dan makan inilah masanya..tapi diorang berhenti tak lama..dalam 15minit rasanya..
layan view sepanjang highway..
Rehat dan Rawat..
Dalam pukul 4.30 pm sampailah den dekat Wando Bus Terminal..Wando ni kira bandar tepi laut, industri utama dia adalah berkaitan laut iaitu perikanan..memandangkan guesthouse yang dh di book agak jauh dari bandar jadi den kena amik bas local dari WBT ke Sinji-myeon dalam 15minit lah. Tambangnya Won 1,300. Sekali lagi bas dipenuhi dengan ahjumma dan ahjussi..dan den pun tak tau nak berhenti kat mana, terlepas stesen agaknya..nasib baik owner guesthouse Hyoseon-unni sudi tunggu dekat stesen tempat sepatutnya den berhenti.hihi..
dalam bas..bersih dan cantik basnya..
ni masa dah terlajak dah..kena tunggu driver minum kejap..
Den bermalam semalam di sini..best guesthouse nya betul2 mengadap pantai..memang sejuk giler lah..mujurlah Hyoseon bagi heating pad,syok tidur sorang2 dalam bilik tu..hihi..
kedudukan Wando..
Male room..tapi den seorang je malam ni..
mengadap pantai...
nota di dinding guesthouse..den kira orang Malaysia ke2 la agaknya yg smpai di sini..
Esoknya den gerak ke Wando Ferry Terminal untuk ke Cheongsando Island...bersambung lagi...
No comments:
Post a Comment