Perut ruminan seperti Lembu,Kambing,Kerbau,Biri-biri,rusa dll terdiri dari 4 bahagian iaitu Rumen,Retikulum,Omasum dan Abomasum.Manakala haiwan monogastrik macam khinzir,ayam,itik dll mempunyai satu perut sahaja.Manusia?sama macam ayam satu perut sahaja.
RUMEN
Rumen adalah bahagian perut terbesar di mana proses penapaian(fermentation) segala jenis makanan yang dimakan oleh ruminan di lakukan disini.Proses fermentasi yang berlaku dalam Rumen ni adalah proses Anaerobik(tanpa oksigen) macam kita buat tapai dan silaj itulah konsepnya dan menghasilkan 5 liter gas sejam untuk kambing dan biri manakala untuk lembu 30-50 liter sejam.Gas yang terhasil adalah Metana,hidrogen Sulfida dan Karbon Dioksida.pH di dalam rumen sekitar 6-7 dan suhu didalamnya adalah sekitar 300C.Rumen ini penuh dengan mikrob terdiri dari Fungi,Bakteria dan Protozoa.Mikrob inilah yang mencerna unsur makanan seperti selulosa kepada unsur karbohidrat dan seterusnya kepada VFA(Volatile Fatty Acid) sperti Acetate(untuk sisntesis lemak),Priopionate(untuk sintesis glukosa) dan Butyrate,semua ini digunakan untuk menghasilkan tenaga.
Rumen dan Retikulum biasanya dianggap satu organ yang sama disebabkan fungsi yang sama dan hanya dipisahkan oleh tisu yang nipis dan gabungan ini dipanggil retikulorumen.Makanan,air dan air liur(saliva) akan masuk ke retikulorumen melalui saluran esophageal,makanan yang berat seperti paku,batu,bijirin akan jatuh di retikulum manakala yang ringan seperti rumput,daun akan masuk ke rumen.Air liur(pH 8.0) yangn dihasilkan semasa proses mengunyah(chewing) memainkan peranan penting sebagai agen menstabilkan pH Rumen dalam lingkungan 6.0-7.0 untuk membolehkan mikrob menjalankan fungsi.Sekiranya bijirin(grain) seperti jagung,gandum,PKC,beras di beri secara berlebihan ini akan menganggu pH Rumen disebabkan sumber karbohidrat ini kurang dikunyah menyebabkan kurang air liur dihasilkan dan akan ditukar kepada VFA yang berlebihan dan menyebabkan pH Rumen jatuh di bawah 5.5 sekaligus menyebabkan keadaan di panggil ACIDOSIS yang boleh membunuh mikrob dalam rumen dan sekaligus menyebabkan kematian pada ruminan.
RETIKULUM
Menjalankan fungsi yang sama seperti Rumen,menyediakan ruang tambahan untuk proses fermentasi.
OMASUM
Berfungsi untuk mengecilkan saiz partikel makanan yang memasuki Abomasum dan menyerap air.Selain itu berfungsi untuk mmenyerap baki VFA dan Bikarbonat yang terlepas dari Retikulorumen.
ABOMASUM
Juga digelar sebagai perut sebenar yang menyerupai perut haiwan bukan ruminan.Asid dan Enzim dihasilkan disini bagi mencerna partikel makanan.Kehadiran partikel makanan akan merangsang penghasilan Asid Hidroklorik yang akan menukar Pepsinogen kepada Pepsin yang akan merungkai Protein kepada Peptida dan Asid Amino untuk pencernaan dan penyerapan seterusnya di intestina kecil.Enzim pencernaan dari pankreas iaitu "Pancreatic Lipase" akan menguraikan lemak di dalam partikel makanan.pH di dalam Abomasum sekitar 2.0-4.0.
USUS KECIL
Partikel makanan yang memasuki usus kecil akan bercampur dengan enzim yang dibebaskan dari pankreas dan hati yang akan menaikkan pH dari 2.5 ke 7.0-8.0.pH tinggi ini diperlukan bagi membolehkan enzim di dalam usus kecil berfungsi dengan baik.Penyerapan nutrien berlaku di sini termasuk "rumen by-pass protein".
USUS BESAR
Menyerap air yang yang terkandung dalam partikel yang melaluinya.
Kesimpulannya perut ruminan ini amatlah kompleks dari segi fungsi dan peranan setiap bahagian dan amat sensitif terhadap perubahan persekitarannya.Setiap makanan yang diberi kepada ruminan haruslah dikaji kesannya kepada sistem pencernaannya,melainkan kalau lepas ragut diorang boleh pilih sendiri nak makan apa,hehe.Den ada buat pertanyaan kepada Prof.Alwi berkenaan penggunaan silaj sebagai sumber makanan dan daripada anggapan awal bolehlah dikatakan ada kesan terhadap kambing.Kajian mendalam akan dilakukan terhadap silaj ini dan akan dikongsikan kemudian tertakluk kepada tahap kerajinan den.hehe..
Derih dengan anak kambing pertamanya.kihkih..