Cari disini....

Showing posts with label ilmu kambing. Show all posts
Showing posts with label ilmu kambing. Show all posts

Monday, 31 December 2012

Sistem Pencernaan Ruminan..

Selamat Tahun Baru 2013 buat sahabat ternakan.Semoga segala azam dan perancangan yang dilakukan setiap awal tahun dapat dilaksanakan dengan jayanya.Jangan lupa menambahkan ilmu di dada dengan info terkini di dalam bidang penternakan.Den pun tidak pernah berhenti belajar dari pelbagai sumber untuk menambah pengetahuan secara teori,praktikal akan menyusul kemudian.Hehe.Jadi untuk kali ini den nak cerita sedikit tentang perut ruminan dan fungsinya.Hasil kajian orang kampung macam inilah gayanya,kalau ada salah silap mohon dimaafkan.

Perut ruminan seperti Lembu,Kambing,Kerbau,Biri-biri,rusa dll terdiri dari 4 bahagian iaitu Rumen,Retikulum,Omasum dan Abomasum.Manakala haiwan monogastrik macam khinzir,ayam,itik dll mempunyai satu perut sahaja.Manusia?sama macam ayam satu perut sahaja.



RUMEN

Rumen adalah bahagian perut terbesar di mana proses penapaian(fermentation) segala jenis makanan yang dimakan oleh ruminan di lakukan disini.Proses fermentasi yang berlaku dalam Rumen ni adalah proses Anaerobik(tanpa oksigen) macam kita buat tapai dan silaj itulah konsepnya dan menghasilkan 5 liter gas sejam untuk kambing dan biri manakala untuk lembu 30-50 liter sejam.Gas yang terhasil adalah Metana,hidrogen Sulfida dan Karbon Dioksida.pH di dalam rumen sekitar 6-7 dan suhu didalamnya adalah sekitar 300C.Rumen ini penuh dengan mikrob terdiri dari Fungi,Bakteria dan Protozoa.Mikrob inilah yang mencerna unsur makanan seperti selulosa kepada unsur karbohidrat dan seterusnya kepada VFA(Volatile Fatty Acid) sperti Acetate(untuk sisntesis lemak),Priopionate(untuk sintesis glukosa) dan Butyrate,semua ini digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Rumen dan Retikulum biasanya dianggap satu organ yang sama disebabkan fungsi yang sama dan hanya dipisahkan oleh tisu yang nipis dan gabungan ini dipanggil retikulorumen.Makanan,air dan air liur(saliva) akan masuk ke retikulorumen melalui saluran esophageal,makanan yang berat seperti paku,batu,bijirin akan jatuh di retikulum manakala yang ringan seperti rumput,daun akan masuk ke rumen.Air liur(pH 8.0) yangn dihasilkan semasa proses mengunyah(chewing) memainkan peranan penting sebagai agen menstabilkan pH Rumen dalam lingkungan 6.0-7.0 untuk membolehkan mikrob menjalankan fungsi.Sekiranya bijirin(grain) seperti jagung,gandum,PKC,beras di beri secara berlebihan ini akan menganggu pH Rumen disebabkan sumber karbohidrat ini kurang dikunyah menyebabkan kurang air liur dihasilkan dan akan ditukar kepada VFA yang berlebihan dan menyebabkan pH Rumen jatuh di bawah 5.5 sekaligus menyebabkan keadaan di panggil ACIDOSIS yang boleh membunuh mikrob dalam rumen dan sekaligus menyebabkan kematian pada ruminan.

RETIKULUM

Menjalankan fungsi yang sama seperti Rumen,menyediakan ruang tambahan untuk proses fermentasi.

OMASUM

Berfungsi untuk mengecilkan saiz partikel makanan yang memasuki Abomasum dan menyerap air.Selain itu berfungsi untuk mmenyerap baki VFA dan Bikarbonat yang terlepas dari Retikulorumen.

ABOMASUM

Juga digelar sebagai perut sebenar yang menyerupai perut haiwan bukan ruminan.Asid dan Enzim dihasilkan disini bagi mencerna partikel makanan.Kehadiran partikel makanan akan merangsang penghasilan Asid Hidroklorik yang akan menukar Pepsinogen kepada Pepsin yang akan merungkai Protein kepada Peptida dan Asid Amino untuk pencernaan dan penyerapan seterusnya di intestina kecil.Enzim pencernaan dari pankreas iaitu "Pancreatic Lipase" akan menguraikan lemak di dalam partikel makanan.pH di dalam Abomasum sekitar 2.0-4.0.

USUS KECIL

Partikel makanan yang memasuki usus kecil akan bercampur dengan enzim yang dibebaskan dari pankreas dan hati yang akan menaikkan pH dari 2.5 ke 7.0-8.0.pH tinggi ini diperlukan bagi membolehkan enzim di dalam usus kecil berfungsi dengan baik.Penyerapan nutrien berlaku di sini termasuk "rumen by-pass protein".

USUS BESAR

Menyerap air yang yang terkandung dalam partikel yang melaluinya.

Kesimpulannya perut ruminan ini amatlah kompleks dari segi fungsi dan peranan setiap bahagian dan amat sensitif terhadap perubahan persekitarannya.Setiap makanan yang diberi kepada ruminan haruslah dikaji kesannya kepada sistem pencernaannya,melainkan kalau lepas ragut diorang boleh pilih sendiri nak makan apa,hehe.Den ada buat pertanyaan kepada Prof.Alwi berkenaan penggunaan silaj sebagai sumber makanan dan daripada anggapan awal bolehlah dikatakan ada kesan terhadap kambing.Kajian mendalam akan dilakukan terhadap silaj ini dan akan dikongsikan kemudian tertakluk kepada tahap kerajinan den.hehe..

Derih dengan anak kambing pertamanya.kihkih..









Tuesday, 14 August 2012

Alaminos Goat Farm di Filipina

Salam Ramadhan..blog aku jarang berkongsi fakta dengan tuan-tuan sebab aku sendiri baru belajar menternak kambing ni.Jadi memang boleh dikatakan "zero knowledge" tentang kambing yang aku tahu kambing makan rumput(yang mana salah sebab foraj kegemaran kambing adalah daun).Tapi penting untuk seorang penternak mencari ilmu secara beterusan walaupun sudah lama menternak apatah lagi yang hijau macam aku."Knowledge is power" jadi sama-sama lah menuntut ilmu hingga ke negara Filipina.Kenapa Filipina?bukan Australia,Afrika Selatan ataupun USA.Aku tau negara tersebut maju dalam bidang penternakan.Tapi aku tertarik dengan Alaminos Goat Farm sebab tuan dia Art Almeda berjaya menternak kambing susu dan daging dalam iklim tropika.Dan mengacukkan kambing seperti Anglo Nubian,Saanen untuk susu dan Boer untuk daging.Yang lebih mengagumkan aku sebab penggunaan foraj dedaun seperti Petai Belalang((Leucaena leucocephala aka Ipil-ipil), Kelor (Moringa oleifera aka Malunggay), Tarum (Indigofera Anil / Indigofera Teysamii aka Indigo), Mulberry (Morus) dan Pokok Baja ( Gliricidia Sepium aka Kakawate).

Hasil R&D yang dijalankan disana membuktikan bahawa dengan genetik dan nutrien yang baik,kambing dapat hidup dengan baik di negara TROPIKA.Visi beliau adalah untuk menghasilkan kambing susu tropika yang dapat menghasilkan 2.0liter susu sehari untuk tempoh laktasi selama 305hari setahun.60 hari lagi untuk tempoh susuan anak. Hasil pembacaan aku beliau memberikan foraj dedaun segar seperti Tarum dan Mulberry dan pelet yang dihasilkan sendiri terdiri daripada 40% Indigofera,15% Molasses,dan selebihnya "Palm Kernel Cake" dan "Rice Bran".Semua bahan ini terdapat dengan banyaknya di Malaysia.Kita ada cuaca sama untuk tanaman Tarum,kilang gula untuk Molasses,kilang sawit untuk "PKC" dan kilang padi untuk "Rice Bran". Aku dapati kandungan protein untuk pokok-pokok seperti disebutkan adalah agak tinggi.Lihat jadual:
(sumber daripada alaminos goat farm)


Tinggi kandungan protein pokok Tarum(Indigofera) dan Kelor(Malunggay). Hasil yang didapati daripada pokok tersebut juga adalah baik.Bermakna dengan keluasan tanah sebanyak 100kaki persegi dapat menghasilkan hasil seperti di bawah:
(sumber daripada alaminos goat farm)

Memang cantikla kambing-kambing yang diberi makan foraj dedaun segar ni.Pelet pun dibuat sendiri hasil ramuan sendiri menggunakan bahan-bahan dari ladang.Tapi aku perhatikan penggunaan Rumput Signal (brachiaria decumbens) di amalkan di ladang tersebut.Tiada sebarang aduan daripada tuan kandang berkenaan kesan Rumput Signal yang berdasarkan kajian boleh menyebabkan penyakit gila@photosensitive kepada kambing.
(sumber daripada alaminos goat farm)

tanaman pokok indigofera
(sumber daripada alaminos goat farm)


Alhamdulillah banyak yang aku pelajari dari Alaminos Goat Farm ini.Kepada sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu bolehla melawat ke http://www.alaminosgoatfarm.com/ untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari hasil penyelidikan di ladang di sana.Semoga dapat diamalkan mana-mana yang baik untuk kemajuan industri ternakan kambing kita..