Kos bersih kawasan menggunakan khidmat Backhoe sekitar RM800 seekar.Disebabkan kawasan agak berbukit jadi Tokey JCB minta lebih sikitlah itupun pada awalnya hendak gunakan Excavator tapi dibatalkan atas faktor muka bumi.1 ekar tanah boleh ditanam sekitar 55-60 batang pokok dan harga satu anak pokok sekarang sekitar RM10-15 bergantung pada usia dan baka.Jadi kalau ambil 60batang seekar 10ekar boleh ditanam 600 batang pokok sawit.Kos RM10 sebatang jadilah RM6000 untuk 10ekar.Upah 'lining',buat lubang dan tanam sekitar RM4 sepokok jadi RM2400 sebatang.Kos permulaan sahaja sekitar Rm16,400 untuk 10ekar.Itu belum kira kos baja dan racun untuk 3tahun sebelum keluar hasil.Tapi inilah dinamakan pelaburan jangka panjang,kena sabar dan ikat pinggang sikit lah jawabnya.hehe..
Dengan harga CPO sekitar RM2400 sekarang,Kadar Perahan Gred 20%,tolak diskaun dan CESS MPOB anggaran harga kebun sekitar RM450 per tan.Dengan purata hasil sawit di Malaysia sekitar 20mt/hektar setahun maka 10ekar dapatlah 80mt bersamaan RM36k setahun.Dengan kos baja,racun,tuai,loading n transport anggaran RM180 setan maka setahun RM14.4k.Pendapatan bersih sekitar RM1800 sebulan dengan jangkaan harga CPO macam den kira lah.Tapi ini pengiraan budak kampung sahaja tak boleh percaya sangat.Haha..
inilah kawasannya..
cantik pemandangan..tapi sebab tak ada pokok lagi..panas wehh..
nampak ada potensi untuk lokasi kandang kambing ni..hehe
Sementara menunggu hasil sawit dalam 3tahun lagi tu,den cadang untuk tanam pisang dulu.Pisang jenis apa belum fikir lagi tapi projek pisang ni den kira JV lah dengan mat indon bernama Panjang yang sebelum ni memang menanam pisang.Untuk tanaman selingan dengan sawit 1 hektar boleh ditanam sebanyak 700-900 pokok pisang jadi 10 ekar dapatlah tanam 3200 batang pokok.1pokok boleh menghasilkan antara 30-100kg buah bergantung pada jenis pokok pisang.Kalau ambil 30kg sepokok 10 ekar dah 96tan untuk 12-24bulan tempoh tuaian.Dengan harga sekitar RM1 per kg dapatlah RM96k.Biar betul nih ni dah banyak dari hasil sawit.Kos anak benih sekitar RM1.50 sepokok iaitu bersamaan RM4800 dan kos baja RM5200.Pendapatan kasar sekitar RM86k untuk jangka masa 24 bulan dapatlah RM3580 untuk sebulan.Banyak juga hasil pisang ni..lagi sekali ini pengiraan budak kampung je,den main hentam keromo..hihi..
anak-anak kambing batch tahun ni..anak Boer jgak yang besar.hihi