Cari disini....

Friday, 8 March 2013

Penyakit Ganjil Biri-biri

Penyakit Zoonotik diklasifikasikan sebagai penyakit yang boleh berpindah daripada haiwan kepada manusia.Antaranya ialah Brucellosis,Caseous Lymphadinitis(CL),Johne's Disease,Leptospirosis(Kencing Tikus),Listeriosis (Circling Disease),Melioidosis dan Soremouth (Puru).Mungkin ada lagi penyakit lain tapi setakat yang den tahu yang tu jela.Jadi kena hati-hati bila 'handle' kes penyakit yang masuk kategori zoonotik ni.

Kebiasaannya kalau ada kambing dan biri yang menghidapi penyakit yang biasa terjadi dan dikenalpasti seperti kecacingan,selesema dan batuk,dan puru memang mudah diatasi.Tetapi jika berlaku penyakit yang ditakrifkan jarang berlaku dan mungkin pertama kali berlaku di kandang den kena ambil langkah berhati-hati.Mana tau penyakit itu zoonotik dan boleh berpindah kepada manusia maka kena 'alert' dengan benda-benda macam ni.Jangan buat suka hati jer,boleh post-mortem tapi jika agak-agak kurang yakin tu samaada panggil JPV atau tanam jela senang.hehe..

Sebelum ini ada berlaku kes pregnancy toxemia@ketosis pada kambing induk dara den.Yang ini mudah dikenalpasti,selalunya berlaku pada induk yang mengandung dan kekurangan tenaga dan mungkin juga overload cacing dalam perut.Akibat kekurangan tenaga yang diperlukan untuk anak dalam kandungan,lemak pada induk ditukar kepada glukosa untuk memenuhi keperluan anak.Jadi Induk pun bermasalah kekurangan simpanan lemak yang cukup untuk kegunaan sendiri.Pada kes den induk dara ni beranak dan anak mati,dia pulak jadi lemah lepas beranak tak boleh bangun dan kepala teleng ke belakang.Nampak macam tak boleh diselamatkan jadi den sembelih je senang.
Induk Dara dah nazak
 
 
Kes kedua terjadi pada biri tapi yang ini agak ganjil bagi den sebab tak pernah lihat simptom sebegini.Kelihatan kepala induk biri yang mempunyai anak berusia 2-3bulan ini senget ke kanan dan dia berpusing setempat ikut arah kepala,maknanya pusing kekanan tanpa henti tapi tidak jatuh.Dan 2 ekor pejantan biri  den sibuk nak memanjat induk ni.Jadi den tak pasti perkara ini berlaku sebelum dipanjat atau selepas/semasa dipanjat pejantan.Awang cakap dia tengok induk tu sihat semasa dipanjat pejantan jadi kemungkinan den rasa akibat pergelutan yang terjadi antara 2 pejantan untuk memanjat tu mengakibatkan induk ni tertanduk dan urat teralih.Dan ini disahkan Pegawai Veterinar yang mengatakan kes begini selalu terjadi.Den juga bertanya pada sifu Alwi dia memberikan 2 sebab samada akibat keracunan kuprum@copper atau keracunan sejenis bakteria dalam najis kucing.Bertanya pada ahli group di Facebook ada yang memberi pendapat mengatakan Ketosis,Tetanus dan Melioidosis.Tapi bila den rujuk maklumat di internet den menjumpai penyakit yang dinamakan Listeriosis@Circling Disease .
Kepala teleng ke kanan..kalu luruskan balik pun dia akan kembali ke asal..hari esoknya mati..
 
 
Sedikit info pasal Listeriosis " Listeria moncytogenes is a disease causing, gram positive bacterium that causes a bacterial infection of the brain and central nervous system, called listeriosis. Listeriosis in sheep is also called circling disease. Pathogenesis affects not only sheep, but also humans and other animals as well. The animal can show signs of confusion, walking in circles "circling", uncoordinated movements, inability to eat or drink, fever, and depression. You may also see drooping of the ears, protrusion of the tongue, holding of the head to one side of the body, and possible excessive salivation. When animals begin to show these clinical signs and symptoms death can occur within a couple of days. In sheep, listeriosis often times causes abortion at 12 weeks or later, encephalitis, and retained placentas.Listeriosis is a zoonotic disease so humans can contract this bacterium in many ways. Immuno suppressed patients, pregnant women, and young children should be especially careful around sheep and lambs, but anyone can get listeriosis".
 
Jadi den tak pasti penyakit sebenarnya tapi boleh dikatakan 60% den rasa Listeriosis nilah. Harap selepas ini tak timbul lagi masalah penyakit ini.Kalau ada lagi makan masa panjang untuk diubati.Paling senang sembelih dan tanam jela.hehe..
 
 

anak biri-biri 1-3 bulan..:-)

18 comments:

  1. salam,
    dah sembelih, tak makan daging ka? terus tanam?
    rugi la buang daging ..

    penyakit biasanya tak libatkan daging kecuali CLA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm bro zaki,
      biasa mmg tak makan sbb dah cucuk antibiotik or ubat cacing ada withdrawal period.kcuali yg pregnancy texomia@ketosis tu den brani la mkan..

      CL pun boleh mkn rsanya..tp kna buang bhgian yg kena CL tu..

      Delete
    2. Cla xtmbuh dlm dging.dia kt bwh kulit je.buang area yg ada cla n bleh mkn dging yg lain.

      Delete
    3. pelanggan aku kata dia biasa terkena beli kambing kena bisul ni (CLA la kot)..bukan kambing aku..dia kata daging rasa pahit..so far, bebiri saya kena sekor je.. itupun induk beli dari luar..

      memang, saya pun kalau dah suntik antibiotic, memang saya tak makan daging tu..biasanya, kalau bebiri tak baik atau pulih bila disuntik, maknanya akan mati..reda je la..

      Delete
    4. tula bab daging ok lg.tp bab susu tu bhaya.den pnah beli susu kambing di siam rm8 1 liter.mmg murah tp xmnum saje je amik hati tuan kndang.haha..satu sbb susu tu dia xpasteurize dlu n satu lg tkut kmbg dia brpnyakit ke mne kite tau..jd jgn sbrangan beli susu mentah or xpasteur dr tuan kndang yg kita xkenal..

      Delete
  2. salam bro,lg susah bela biri2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala bro haiwan ni mcm manusia jgak kdg2 ada pnyakit yg dtg.hehe..tp still biri2 ok lg.cma den lma xlepas sbb faktor anjing mkin byak skrg.pening kpaler den..

      Delete
    2. Bro kna bela anjing jgk la cmtu.hehe.anjing gmbala ni lg berani,sbb die tau tuan die backup.yg antibiotik tu nk cucuk time bile?dh sakit bru cucuk ke main cucuk je.ak bru je beli smlm.

      Delete
    3. Pengalamn sy,bebiri ni hnya klh pd pnyakit2 yg kronik.kira klo dh tahap xboleh bangun tu,pisau-mycin jwpn yg terbaik. Apa pun yg penting kita blajar dr pengalaman. Sy dlu xpenah tau apa tua mastitis,dh kene baru la tau apa pnyakit tu. Best way kita mncegah,disinfect kndang secara berkala.

      Delete
    4. Antibiotik bagi bila kmbg sakit (ikut symptom). Klo kmbg sihat bg multivitamin,jgn bg antibiotik plk. Dekat tempat sy tgh kne puru, tp kndg org la. Satu tempat ada 4 kandang, dekat2 plk tu.2kandang dh kene puru.smlm sy tlong injectkan,penat gak. Yg jd tanda tanya, dia pkai ivermectin utk puru. Bleh ke? Beli kat jpv lg...

      Delete
    5. nila yg alwi kata salah guna ubat ni.hehe..3serangkai@ivermectin tu utk KURAP,KUTU dan CACING..mane plak fungsi utk puru.hehe..puru tu dsbabkan virus,tp xdela bhaya mna kcuali puru bunga.kalu stakat puru biasa kt mulut tu.kutil2 buang jela(pakai srung tngan,sbb msuk zoonotik bleh brjngkit kt mnusia)..kndg den ada jgak kdg2 kna puru.tp biri jrang kena..kmbing biasa kena tp biasala den kutil2 buang jela(ubat pun xsapu)..lama2 hilang sndiri..

      Delete
  3. Salam bro.nak tanya apa sebab kaki biri2 den boleh jadi bengkak sebelah? Tp xda luka.pls bro klw boleh advise apa yg patit.thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu soalan lagi.biri2 betina den baru beranak.najisnya cair.kecacingan ke tu?

      Delete
    2. salam hj Dean..kt mna bengkak tu,jrg kalu bengkak tnpa sbb.biasa kalu bengkak ni tnpa luka ni Caseous Lymphadenitis(CL) la..tp cba hj google je gmbr dlm intrnet utk tgk lokasi CL ni(biasa kt klenjar la)..najis cair@cirit@diarrhea ni smada mslh prtukaran mknn yg mndadak atau cacingla.cba hj bg ubat cacing kalu blum bg..den pun bru mntrnak ni xbrpa pndai sgt hj..bleh tnya bro nurternak n alwigoatfarm..

      Delete
  4. salam..nk tnya ni, leher kambing sya jadi teleng, pastu dia bunting, nk buat mcam mana yer, ksian kat dia..rsau tkut ank dia pun mati....ubat ape kena pkai ek dan nk bli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam bro muzz..den pun xbrapa arif sgt bab ni.tp kalu effect kt urat saraf mmg pyah nk sembuh.apa yg bro bleh buat mgkin dgn pmberian antibiotic mcm Terramycin L.A injection dpt mmbantu..kna study cket sbb apa jadi cmtu,ada sbrg perubahan mknan ka,dll..smoga dpt mmbantu..

      Delete
  5. salam bro.. saya baru mula ternak biri-biri.. jadi apa jenis ubat yg saya perlu sediakan atau yang jenis berkala (6bulan sekali).. selalu dapatkan kat mana ya?

    ReplyDelete