Cari disini....

Sunday, 24 February 2013

Belian Induk Kambing Susu 5 ekor..

Terdapat lebih kurang 50 baka kambing susu di seluruh dunia tapi yang terkenal seperti Saanen,Oberhasli,Toggernburg,Alpine,La Mancha,Jamunapari,Anglo Nubian dan Nigerian Dwarf. Baka paling banyak susu tentunya Saanen dari Switzerland.Hairan juga kenapa baka kambing susu banyak dari Switzerland macam Oberhasli,Saanen dan Toggernburg. Mungkin faktor cuaca di sana menyebabkan baka kambing susu mudah membiak dan kadar penghasilan susu sangat tinggi. Kambing susu ini sangat sensitif dan amat mudah diserang penyakit disebabkan protein banyak digunakan untuk penghasilan susu maka sistem ketahanan badan agak lemak berbanding kambing biasa(den agak jer ni).Sifirnya semakin tinggi susu dihasilkan semakin mudahlah diserang penyakit jadi penjagaan kambing susu sangat penting.

Setiap baka susu ni berbeza dari segi kadar penghasilan susu dan kandungan nutrien dalam susu.Baka susu dari zon 'temperate' biasanya menghasilkan susu lebih banyak dari baka tropika tetapi mempunyai kandungan lemak(butterfat) dan protein yang rendah berbanding baka tropika.Kalau dinilai dari sudut BERAT BADAN (W), KADAR PENGHASILAN SUSU PURATA SETAHUN (KPS),BUTTERFAT(BF) dan PROTEIN (P) setiap baka bermula dari :
Saanen              (W=60kg,KPS=1154 L,BF=3.2%,P=2.8%)
Alpine               (W=60kg,KPS=1078 L,BF=3.0%,P=2.7%)
Oberhasli          (W=54kg,KPS=1015 L,BF=3.5%,P=2.9%)
Le Mancha        (W=58kg,KPS=1010 L,BF=3.9%,P=3.1%)
Toggernburg     (W=54kg,KPS=921 L,BF=3.0%,P=2.7%)
Anglo Nubian   (W=60kg,KPS=825 L,BF=4.6%.P=3.7%)
Nigerian Dwarf (W=30kg,KPS=328 L,BF=6.1%,P=4.4%)

Nampak tak perbezaan Butterfat dan Protein pada kambing baka tropika Anglo Nubian dan Nigerian Dwarf memang agak tinggi berbanding baka 'temperate' mungkin disebabkan cuaca dan risiko penyakit amat tinggi untuk Tropika menyebabkan penghasilan susu rendah tetapi kualiti susu tinggi.Jadi pendapat den elok dikacukkan baka 'Temperate' dengan baka Tropika untuk mendapatkan hasil susu yang tinggi dan berkualiti.

Berbalik pada tajuk 'posting' tu,den telah beli 5 ekor kambing susu tapi yang 'low grade' punyalah sekadar untuk dibuat kajian dan pembelajaran.3ekor Saanen dan 2 ekor Anglo Nubian cross Saanen dengan harga RM450 seekor(murah je tu) semua induk tengah sarat mengandung.Pejantan mungkin den beli akan datang samaada Saanen atau Anglo Nubian.Kalau Saanen dan Anglo Nubian 'Purebreed' dari Australia paling kurang RM3200 seekor harga dia,memang mahal kena pulak prestasi merudum tak keluar susu bila masuk Malaysia memang merana la tuan dia.Hehe
Anglo Cross Saanen..colourful weh..
sekor lagi pun colourful..
yang ni boring,kaler sama jer..hehe
 
 
Kambing yang den beli ni memang tak pernah di perah susunya oleh tuan asal dia.Tengok ambing pun kecik tapi memandangkan harga murah bolehlah sekadar untuk minum sendiri dan cari pasaran sekitar kawasan den.Kambing susu akan menghasilkan susu sepanjang masa jadi biasa masa perahan 12 jam sekali makna kalau perah pukul 6pagi pukul 6petang perlu diperah sekali lagi kalau tak rugilah sebab bila susu dah penuh dia akan berhenti hasilkan susu secara automatik.Agak-agak ada market tak sekitar kawasan Keratong ni.Belum cuba belum tauuuu...:-)
Anglo cross Saanen dari Alaminosgoatfarm tengah meratah Indigofera..

 




41 comments:

  1. Salam..
    Bertambah mantop bro skrg.susu kmbg mmg ada mrket,letak je signboard ni -susu kambing untuk kecantikan dlmn n menguruskn bdan.msti ada yg beli nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Bro Naxz..

      xadola saje je beli ni.bkan sbb susu pun sbb murah n tgh bunting.cari2 induk biri nak jual xde,last2 amik jela induk kmbing 5ekor ni.saja nk tgk prestasi kmbg susu cmner..tgh bunting ni.nnti pas branak nk try perah susu cket..hehe

      Delete
  2. Mcm kena clorox tp cantik.haha.cmne dpt murah bro?kat sni laku.ade org nk tp aku nk bg cmne.tkut ank kmbing tak ckup.gud luck bro dgn kmbg susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anglo mmg slalu wrna cntik cket dr kmbg lain..waa bleh tu jual cket2 tp byk keje la nk perah,pasteur lg..kalu kmbg kcukn kmpg xbyk susu.sian kt ank dia xckp susu nnti..

      Delete
  3. terbaekkkkkkkkkkkkkkk !!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Wuihh.. tinggi betul capital ko ni isal. Kandang lagi, kambing lagi.

    Tak buat pinjaman tu.

    Dasat dasat.

    mmm memang susu ruminan tropik lebih pekat. Kalau buat cheese memang jadi no 1 dalam dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. den mkn maggi hari2 ni.haha.duk cni blehla save cket n skrg share dgn abg den yg g kndg prof hri tu..kalu x mne nk cekau duit byak2 weh..kalu ada ldg sawit ribu2 ekar blehla.hehe..

      kndang baru den dh psang atap,tp xckup plak atap..salah bajet sbb buat atap mcm kt kndg prof ler,jnis trbuka tu..nk dkat stahun ni bt kndg.hahaha

      Delete
    2. Makan maggi, jangka masa panjang boleh susah dapat anak dan senang dapat penyakit. Hehe.

      Analoginya, ko bagi kambing makan pelet murahla. Takda foraj segar. Kambing2 pun ketawa tengok tuan dia.

      Jangka masa panjang masyukla jika menjadi program ko. Insyaallah

      Delete
    3. mmg btul bro fairul.tp dh duk cni mknn lain mcm was2 je wlaupuna ada tnda halal..skali balik 2-3 peket maggi jgak den bwk blik.haha..

      Insyaallah sama2 brjya..msih byk prlu dplajari.bro fairul jgn brhnti update blog lma sgt.hehe

      Delete
  5. cuba ko try perah susu kambing tu tengok apa jadi? 'sensitive' lagi tak..

    aku dulu cuba perah susu kambing kampung..dia bagi penendang skali.hehe..susah btul la kambing kampung ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lma xdperah susu dia.maybe snsitif tu.tp skrg tgh sarat mngandung.den xnk perah dlu..lpas 2blan branak nnti nk test perah..nk suap pelet n legume bernutrisi baik punye..hehe

      Delete
  6. nak booking anak jantan aci tak? hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ust.Don nk yg mne?ank saanen ke anglo cross tu?bapak dia den xpasti..tuan kndang asal kta dia pkai bapak kampung cross..nk tgk ank cmner..hehe

      Delete
  7. salamm Feral KK.. ada jual anak kambing susu betina x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alaika tuan..xada tuan kambing susu den baru ja branak mggu lpas.haha..

      Delete
  8. Assalam.tuan /puan nk tya sket makanan kambing daging dan kambing tenusu sama tak?.Aritu bt lawatan kat kandang kawan. Dlm kandang kambing daging ada banyak rumput kt palung makanan.tapi kat kandang saanen tk npk palung makanan.. pelik. Mta pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam bro ahkott,dr segi asasnya sma ja.perlu ada foraj hijau dlm smber mknn hrian.cuma utk pdaging dan feedlot trutamanya dilebihkn mknn berunsurkn konsentrat yg tggi thap krbohidrat or tenaga utk tjuan pnggemukan(cth:bijirin/dedak brasaskn gandum,jagung,beras,pkc).Untuk susu dilebihkn mknn brunsurkn protein bg mnmpung n mnmbahkn pngeluaran susu kmbg(cth: sumber tnggi protein srti soya,tmbuhan kekacng@legume dll)..

      kalau smpai xda palung tu xtaula plak.kmgkinan dia bg mkan msa pmerahan susu kmbg tu rsanya.mgkin dkwsan lain..bro duk mana ni.bela kmbg jgak kaa..

      Delete
  9. salam tuan..apa perkembangan kambing 5 ekor tu? dapat bnk susu? sudah bnyak anaknya? satu lagi..ada lagi tak kambing susu ni tempat tuan beli tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam boss..dr 5ekor tggal Saanen cross 2ekor..Anglo cross sekor kna mastitis,sekor lg makan racun..Saanen cross sekor mati jgak mkan racun..yang 2 ekor ni branak tp agak jauh tempoh branak..susu xbanyak mana sbb den lepas ragut jaa..xda bagi mknan tambahan..

      Delete
  10. Assalamuaikum bro pelihara cara kandamg lbh baik, ambo ada baka susu 4 lt shari

    ReplyDelete
  11. Assalamuaikum bro pelihara cara kandamg lbh baik, ambo ada baka susu 4 lt shari

    ReplyDelete
  12. Assalamuaikum bro, kalu nk bjaya kena sistem kandang, ambo blh tunjuk ajar, baka pun ada susu dkat 4 kg sehari

    ReplyDelete
  13. Assalamuaikum bro, kalu nk bjaya kena sistem kandang, ambo blh tunjuk ajar, baka pun ada susu dkat 4 kg sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Boss Adnan..byak ka mntrnak kmbg susu.4kg shari per ekor mmg cntik sgt terr...den buat kmbg susu kt kndg kawan..xsmpat bt dikandang sndri..

      Delete
  14. salam encik adnan, saya berminat nak menternak kambing susu, boleh tolong bagi penerangan dlm email saya. kmmnear@gmail.com

    ReplyDelete
  15. salam encik adnan, saya berminat nak menternak kambing susu, boleh tolong bagi penerangan dlm email saya. kmmnear@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu sudi sila ke kandang di tg bunga, tendong, pasir mas, kelantan

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Kalu sudi sila ke kandang di tg bunga, tendong, pasir mas, kelantan

      Delete
    4. Kalu sudi sila ke kandang di tg bunga, tendong, pasir mas, kelantan

      Delete
    5. Kalu sudi sila ke kandang di tg bunga, tendong, pasir mas, kelantan

      Delete
    6. Kalu sudi sila ke kandang di tg bunga, tendong, pasir mas, kelantan

      Delete
    7. Kalu sudi sila ke kandang di tg bunga, tendong, pasir mas, kelantan

      Delete
  16. Boleh hubungi saya 0129631536

    ReplyDelete
  17. Boleh hubungi saya 0129631536

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. salam bos . nak tny harga pygmy goat sepasanag berapa ? sbb berminat nak bela . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam boss..Pygmy ni baka multipurpose jgk sbnarnya..tp kalu kt Mlaaysia mmg dbuat pet..jd harga pet paham2 lah.hihi..3tahun lepas kt Arraudhah Kuang,Selangor ada jual dalm 3500 seekor..sekarng xtaulah ada lagi ke x..

      Delete
  20. Bang ando tk bako saneen. Kalau ando den nak boli

    010-5036717

    ReplyDelete