Cari disini....

Showing posts with label kambing. Show all posts
Showing posts with label kambing. Show all posts

Friday, 22 January 2016

Sawatdee Pii Mai Krub...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat tahun baru masihi diucapkan buat sahabat2..kena post jugak lah sempena tahun baru ni..Tahun 2015 berakhir sudah..awal 2016 ni dikejutkan lagi dengan penurunan harga minyak dunia.Hari ni USD26/barrel memang gila betul kejatuhan harga minyak ni..jangan sampai cecah USD7 macam tahun 1986 sudahlah..syarikat gergasi minyak Negara PETRONAS pun dah terasa bahang kejatuhan harga ni sampai kena potong bajet dan kurangkan kos..harap sahabat2 yang terasa tempiasnya dapat bertahan..


Zaman gawat macam ni, bagi yang ada komitmen tetap macam ansuran rumah,kereta,hutang bank memang kena beringatlah..banyakkan menabung untuk saat kecemasan.Den rumah tak beli lagi,kereta ada 2 Ford Ranger dan Hilux tapi Ford Ranger habis bayar dah bulan ni n Hilux beli cash.Pinjaman Bank langsung tak ada..cuma hutangPTPTN ja duk bayar bulan2..pernah hari tu nak apply kad kredit pun tak lepas..CIMB n Maybank dua2 reject application den.Haree betul..ingatkan sangkut kat mana2 siap gi Bank Negara semak CCRIS,tapi rupanya sebab tak pernah ada loan history jadi Bank tak yakin..macam ni pun ada rupanya..tak kan beli rumah kena pakai cash nanti..haruu sungguh...tapi kalau boleh nak hidup bebas hutang..baru tenang rasanya hidup ni..


Sekarang musim panas di Keratong, hasil sawit pun berkurangan mungkin kesan El-Nino agaknya..nak tak nak kena lah sedia kan makanan tambahan buat ternakan di kandang.Di samping meragut den ada bagi pelepah sawit,hampas soya,dedak, dan POME aka taik minyak tapi tak tetap lah bergantung pada keadaan..update gambar ternakan sikit...








ingat nak menambah induk lembu lagi..harga boleh tahan sekarang ni..memang box-office harga lembu sekarang..kihkih

Tuesday, 3 March 2015

Siri Terjah Kandang-Ladang Hariz Kaprima Hulu Seladang,Setiu,Terengganu

Mood menulis datang kembali..sementara semangat masih membara ni tulis dululah. Awal Februari den berkesempatan melawat kandang Bro Hariz di Kampung Buluh (nama lama Bandar Permaisuri) bersama dengan tokey Oblong Sempoii Pak Usop. Den pernah bekerja di Kilang Getah Felda Chalok Barat,Setiu selama 3 tahun tapi kilang tu dah pun ditutup pada hujung 2014 atas faktor kekurangan bahan mentah iaitu sekerap. Hampir semua kawasan Felda yang dulunya menanam Getah telah bertukar kepada tanaman Sawit selepas program Tanam Semula. Itu kilang pertama den bekerja jadi banyak kenangan pahit manis sepanjang tempoh perkhidmatan.

Lawatan kami di sertai sekali dengan Bro Megat Imran owner blog House Of Goats, adiknya Bro Ilham dan pekerja kesayangan Ali. Kagum juga dengan Bro Imran dan Bro Hariz sebab kedua2 lulusan universiti luar negara sorang US sorang UK. Bukan calang2 orang ni, tapi memilih menjadi penternak kambing secara sepenuh masa di samping perniagaan lain. Kira bukan sebarang orang penternak kambing zaman sekarang, semua berpendidikan tinggi habaq ang..

Berbalik kepada kandang Hariz, merupakan antara kandang projek KAPRIMA yang masih bertahan, satu lagi mungkin Kembar Teguh tapi tak pastilah berapa jumlah ternakan terkini. Di kandang Hariz baka ternakan dari baka Jamnapari difahamkan syarat utama projek KAPRIMA diwajibkan membela baka Jamnapari tapi tahun lepas syarat itu telah ditarik balik. Jadi suka hati lah nak bela baka apa buat masa sekarang. Jumlah ternakan semasa sekitar 450 ekor dengan sistem intensif. Makanan dirumus sendiri trdiri daripada campuran PKC+kulit kacang hitam+rice bran+silaj hampas soya. Mineral tambahan juga digunakan bagi melengkapkan keperluan nutrien dan mineral kambing-kambing ni.
Mineralnya Calcium Carbonate,Copper Sulphate,Bestmint,Garam Iodate,Soda Bicarbonate..tudiaa macam nak buat bom..memang tahap advance dah ni..

Operasi utama untuk tujuan pembakaan disamping pedaging dan susu. Susu kambing Jamnapari ni kandungan lemak tinngi sikit dari Saanen jadi rasa dia lebih enak berkrim. Hasil susu sekitar 20 liter sehari lepaslah buat menampung kos pekerja. Luas kawasan ladang sekitar 50 ekar dan pemandangan dikwasan ini sangatlah cantik dan mendamaikan jiwa..kira boleh buat agrotourism jugak ni..

pintu gate utama...
ada 6 bijik rasanya kandang saiz ni..
cantik pemandangan dari kandang..
Induk Jamnapari sepesen je kaler..
dara dan induk..
mineral formulasi sendiri..kaler biruuu...
Tokey hat kiri sekali..


Terima kasih diucapkan kepada Bro Hariz atas kesudian menerima lawatan geng2 kami..banyak yang dapat dipelajari dari lawatan ni..sapa2 kat Terengganu nak merasa susu kambing dan berhajat membeli kambing boleh hubungi Bro Hariz-017 9033144. Nananana..Ganu kiterrr...

Wednesday, 29 October 2014

Cut and Carry daun Indigofera

Sekarang daun kekacang seperti Indigofera@Tarum, Moringga@Kelor, Turi, Petai Belalang dan Griricidia mula menjadi buah mulut di kalangan penternak. Bagus jugak kesedaran mengenai kepentingan nutrien yang cukup untuk tumbesaran ternakan kambing mula bercambah di kalangan rakan2 den ni. Den yang mengamalkan sistem semi-intensif lepas meragut memang kurang bergantung pada makanan tambahan, sekadar selingan jer. Tapi stok dedak pun kena ada lebih lagi masa musim tengkujuh.

Den ada jugaklah tanam Indigofera ni zaman dahulu kala, memang tak berjaga pun. Pokok ni memang tahan lasak musim kemarau pun dia masih steady tak ada masalah sangat. Jadi bosan-bosan tak ada kerja bolehlah mengerjakan daun2 pokok ni kat belakang rumah. Mak den pun dah bising suruh potong daun tu bagi kambing, dulu dia bagi kat anak lembu duk bela belakang rumah. Tapi dah mati dah lembu tu.

Ini ditanam di kawasan lain..saja nak tengok besar mana..
ini kandungan nutrien dia banding dengan legume lain..
dah di trim habis..adalah dalam 8 pokok belakang rumah..
Gantung bagi kat kambing..biri memang tak makan sangat dedaun ni..

Kajian mengenai Indigofera ni sedang giat dijalankan oleh kawan penternak Lalahrivergoatfarm dengan kerjasama UPM. Harap2 ada berita positif dari hasil kajian ni untuk kegunaan penternak kambing di Malaaysia..terutama penternak kambing susu..hihi..



Thursday, 13 February 2014

Buruk kaki@Foot rot...

Den ada perasan ada beberapa ekor kambing den jalan terhencut-hencut, tapi biasa den biar jer dengan anggapan kaki dia terpijak duri sawit. Dan biasanya kejap jer sembuh kaki tu melainkan ada duri lekat kat kaki,yang ni kena keluarkan lah dulu..tapi Saanen cross den dengan Anglo tak baik-baik kaki dia,heran jugak kambing yang sakit kaki sekali dengan diorang dah elok sendiri. Jadi den ceklah kaki dia kot2 ada duri xhabis keluar, cek2 xada pulak..yang ada bau yang perghhh..macam telur tembelang,busuk betul lah..


Dan kebetulan pulak pejantan den Van Persie pun kena serangan buruk kaki ni,dia punya teruk cket.Habis luka2 kaki dia,macam nanah pun ada.Nilah first time kena penyakit ni kat kandang den. Jadi memang haram tak tau nak buat apa, survey2 internet cket dapatlah idea camna nak rawat. Internet kata kena cuci dulu kawasan luka kaki tu dengan antiseptic pastu bagi antibiotik,jadi den pun pegilah kedai beli Dettol,kapas,bandage..macam doctor nak merawat pesakit lah kiranya,sebab Van Persie ni besar den kena ikatlah kat tiang sementara cuci luka dia.Sekali kena Dettol,meraung dia weh..


Tapi ulat apa suma xdalah, cuci pastu rendam kaki dia dalam larutan Dettol yang dicairkan. Yang ni den buat sorang jer, tapi bila time nak cucuk antibiotic tu kena dapatkan bantuan Awang. Den tak berapa mahir lagi mencucuk ni,maklumlah belum kawen.kihkih.1ml Terramycin L.A utk 10kg body weight.Ada 4 ekor yang den rawat dan Van Persie punya kira paling serius. Kuku den tak potong pun tengok kuku pendek dah, nak potong pun tak sampai hati sebab busuk sangat bau dia..Disebabkan den buat kerja secara perseorangan dan tangan pun berbau telur tembelang,tak dapatlah nak ambil gambar masa rawatan..


Alhamdulillah balik baru ni tengok sihat dah Van Persie ni..tapi seekor Saanen cross dan Anglo tak baik2 lagi kaki dia,heran betullah..jadi den suntik lagi dengan antibiotic.harap2 eloklah lepas ni..
Anglo coklat and saanen putih tulah yang sakit kaki lagi..

Tapi den perhatikan Van Persie den semakin mesra manusia pulak selepas rawatan. Kalau dulu orang datang dekat dia lari,sekarang macam dalam gambar tu selamber jer Ipan pegang dia. Tak pelah janji perfomance dia cantik..hehe


Friday, 7 February 2014

Basuh kandang 2 tahun sekali...

Assalamualaikum sahabat sekalian,lama den tak update blog ni. Bukan apa,takde apa sangat nak cerita pasal keadaan ternakan di kandang. Tapi sebab sekarang ramai sahabat penternak yang aktif update blog macam LalahriverGoatfarm, Alwigoatfarm, House of Goats, Kambing TokBa, Nurternak, ProjekKambing Muda dll jadi makin banyaklah informasi dan ilmu yang dapat dikongsi bersama. Penternak yang baru yang menceburi bidang perkambingan silalah baca dan khatamkan blog2 sahabat2 den tu. Insyaallah tak payah pergi kursus pun tak pe dah,hehe..

Minggu lepas bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina,sempatlah den membasuh kandang den yang tak pernah dicuci,sapu2 tu biaselah tupun den rasa sebulan sekali agaknya.Rasa teruja pulak nak mencuci kandang ni disebabkan dapat buat pertama kalinya guna mesin pam air+water jet yang den beli dengan harga RM850 kalu tak salah,tak ingat sebab beli mesin tu pada bulan January 2013 kira genap usia setahun mesin tu dibeli haram den tak pernah guna.Alhamdulillah dengan 50kali henjut barulah hidup mesin tu..nak tercabut jugak lengan yang sasa ni..

nilah mesin dia,6.5 HP..mantop..

Seronok rupanya cuci kandang pakai water jet ni, terleka den dibuatnya sampai tak sedar air perigi dah tinggal paras lutut. Tu baru cuci kandang biri-biri,kandang kambing belum lagi nampak gaya kena KIV dululah cuci kandang kambing,sabor yolah kambing yer.Next time kita mandi manda..cuci pakai water jet ni risiko terpalit taik tinggi sikitlah..habis rambut n muka bertempek dengan taik weh..kira natural facial treatment lah ni..
Adik den,Idi tekun mencuci..
Turn Awang pulak mandikan biri dengan bancuhan air ubat..

Lepas cuci semua kawasan kandang,den sembur pulak dengan bancuhan air ubat (ubat apa tak tahu) tapi pada label ada tulis basmi kuman,kulat,virus dll.Ubat ni JPV bagi 5 Liter sebotol,den ada beli Malathion tapi time nak guna tak jumpa pulak cari..nasib baiklah ada ubat JPV ni..lupa pulak nak amik nama dia n gambar..

ada lebih bancuhan ubat tu siram sikit kat kandang kambing..hehe


Friday, 8 March 2013

Penyakit Ganjil Biri-biri

Penyakit Zoonotik diklasifikasikan sebagai penyakit yang boleh berpindah daripada haiwan kepada manusia.Antaranya ialah Brucellosis,Caseous Lymphadinitis(CL),Johne's Disease,Leptospirosis(Kencing Tikus),Listeriosis (Circling Disease),Melioidosis dan Soremouth (Puru).Mungkin ada lagi penyakit lain tapi setakat yang den tahu yang tu jela.Jadi kena hati-hati bila 'handle' kes penyakit yang masuk kategori zoonotik ni.

Kebiasaannya kalau ada kambing dan biri yang menghidapi penyakit yang biasa terjadi dan dikenalpasti seperti kecacingan,selesema dan batuk,dan puru memang mudah diatasi.Tetapi jika berlaku penyakit yang ditakrifkan jarang berlaku dan mungkin pertama kali berlaku di kandang den kena ambil langkah berhati-hati.Mana tau penyakit itu zoonotik dan boleh berpindah kepada manusia maka kena 'alert' dengan benda-benda macam ni.Jangan buat suka hati jer,boleh post-mortem tapi jika agak-agak kurang yakin tu samaada panggil JPV atau tanam jela senang.hehe..

Sebelum ini ada berlaku kes pregnancy toxemia@ketosis pada kambing induk dara den.Yang ini mudah dikenalpasti,selalunya berlaku pada induk yang mengandung dan kekurangan tenaga dan mungkin juga overload cacing dalam perut.Akibat kekurangan tenaga yang diperlukan untuk anak dalam kandungan,lemak pada induk ditukar kepada glukosa untuk memenuhi keperluan anak.Jadi Induk pun bermasalah kekurangan simpanan lemak yang cukup untuk kegunaan sendiri.Pada kes den induk dara ni beranak dan anak mati,dia pulak jadi lemah lepas beranak tak boleh bangun dan kepala teleng ke belakang.Nampak macam tak boleh diselamatkan jadi den sembelih je senang.
Induk Dara dah nazak
 
 
Kes kedua terjadi pada biri tapi yang ini agak ganjil bagi den sebab tak pernah lihat simptom sebegini.Kelihatan kepala induk biri yang mempunyai anak berusia 2-3bulan ini senget ke kanan dan dia berpusing setempat ikut arah kepala,maknanya pusing kekanan tanpa henti tapi tidak jatuh.Dan 2 ekor pejantan biri  den sibuk nak memanjat induk ni.Jadi den tak pasti perkara ini berlaku sebelum dipanjat atau selepas/semasa dipanjat pejantan.Awang cakap dia tengok induk tu sihat semasa dipanjat pejantan jadi kemungkinan den rasa akibat pergelutan yang terjadi antara 2 pejantan untuk memanjat tu mengakibatkan induk ni tertanduk dan urat teralih.Dan ini disahkan Pegawai Veterinar yang mengatakan kes begini selalu terjadi.Den juga bertanya pada sifu Alwi dia memberikan 2 sebab samada akibat keracunan kuprum@copper atau keracunan sejenis bakteria dalam najis kucing.Bertanya pada ahli group di Facebook ada yang memberi pendapat mengatakan Ketosis,Tetanus dan Melioidosis.Tapi bila den rujuk maklumat di internet den menjumpai penyakit yang dinamakan Listeriosis@Circling Disease .
Kepala teleng ke kanan..kalu luruskan balik pun dia akan kembali ke asal..hari esoknya mati..
 
 
Sedikit info pasal Listeriosis " Listeria moncytogenes is a disease causing, gram positive bacterium that causes a bacterial infection of the brain and central nervous system, called listeriosis. Listeriosis in sheep is also called circling disease. Pathogenesis affects not only sheep, but also humans and other animals as well. The animal can show signs of confusion, walking in circles "circling", uncoordinated movements, inability to eat or drink, fever, and depression. You may also see drooping of the ears, protrusion of the tongue, holding of the head to one side of the body, and possible excessive salivation. When animals begin to show these clinical signs and symptoms death can occur within a couple of days. In sheep, listeriosis often times causes abortion at 12 weeks or later, encephalitis, and retained placentas.Listeriosis is a zoonotic disease so humans can contract this bacterium in many ways. Immuno suppressed patients, pregnant women, and young children should be especially careful around sheep and lambs, but anyone can get listeriosis".
 
Jadi den tak pasti penyakit sebenarnya tapi boleh dikatakan 60% den rasa Listeriosis nilah. Harap selepas ini tak timbul lagi masalah penyakit ini.Kalau ada lagi makan masa panjang untuk diubati.Paling senang sembelih dan tanam jela.hehe..
 
 

anak biri-biri 1-3 bulan..:-)

Sunday, 24 February 2013

Belian Induk Kambing Susu 5 ekor..

Terdapat lebih kurang 50 baka kambing susu di seluruh dunia tapi yang terkenal seperti Saanen,Oberhasli,Toggernburg,Alpine,La Mancha,Jamunapari,Anglo Nubian dan Nigerian Dwarf. Baka paling banyak susu tentunya Saanen dari Switzerland.Hairan juga kenapa baka kambing susu banyak dari Switzerland macam Oberhasli,Saanen dan Toggernburg. Mungkin faktor cuaca di sana menyebabkan baka kambing susu mudah membiak dan kadar penghasilan susu sangat tinggi. Kambing susu ini sangat sensitif dan amat mudah diserang penyakit disebabkan protein banyak digunakan untuk penghasilan susu maka sistem ketahanan badan agak lemak berbanding kambing biasa(den agak jer ni).Sifirnya semakin tinggi susu dihasilkan semakin mudahlah diserang penyakit jadi penjagaan kambing susu sangat penting.

Setiap baka susu ni berbeza dari segi kadar penghasilan susu dan kandungan nutrien dalam susu.Baka susu dari zon 'temperate' biasanya menghasilkan susu lebih banyak dari baka tropika tetapi mempunyai kandungan lemak(butterfat) dan protein yang rendah berbanding baka tropika.Kalau dinilai dari sudut BERAT BADAN (W), KADAR PENGHASILAN SUSU PURATA SETAHUN (KPS),BUTTERFAT(BF) dan PROTEIN (P) setiap baka bermula dari :
Saanen              (W=60kg,KPS=1154 L,BF=3.2%,P=2.8%)
Alpine               (W=60kg,KPS=1078 L,BF=3.0%,P=2.7%)
Oberhasli          (W=54kg,KPS=1015 L,BF=3.5%,P=2.9%)
Le Mancha        (W=58kg,KPS=1010 L,BF=3.9%,P=3.1%)
Toggernburg     (W=54kg,KPS=921 L,BF=3.0%,P=2.7%)
Anglo Nubian   (W=60kg,KPS=825 L,BF=4.6%.P=3.7%)
Nigerian Dwarf (W=30kg,KPS=328 L,BF=6.1%,P=4.4%)

Nampak tak perbezaan Butterfat dan Protein pada kambing baka tropika Anglo Nubian dan Nigerian Dwarf memang agak tinggi berbanding baka 'temperate' mungkin disebabkan cuaca dan risiko penyakit amat tinggi untuk Tropika menyebabkan penghasilan susu rendah tetapi kualiti susu tinggi.Jadi pendapat den elok dikacukkan baka 'Temperate' dengan baka Tropika untuk mendapatkan hasil susu yang tinggi dan berkualiti.

Berbalik pada tajuk 'posting' tu,den telah beli 5 ekor kambing susu tapi yang 'low grade' punyalah sekadar untuk dibuat kajian dan pembelajaran.3ekor Saanen dan 2 ekor Anglo Nubian cross Saanen dengan harga RM450 seekor(murah je tu) semua induk tengah sarat mengandung.Pejantan mungkin den beli akan datang samaada Saanen atau Anglo Nubian.Kalau Saanen dan Anglo Nubian 'Purebreed' dari Australia paling kurang RM3200 seekor harga dia,memang mahal kena pulak prestasi merudum tak keluar susu bila masuk Malaysia memang merana la tuan dia.Hehe
Anglo Cross Saanen..colourful weh..
sekor lagi pun colourful..
yang ni boring,kaler sama jer..hehe
 
 
Kambing yang den beli ni memang tak pernah di perah susunya oleh tuan asal dia.Tengok ambing pun kecik tapi memandangkan harga murah bolehlah sekadar untuk minum sendiri dan cari pasaran sekitar kawasan den.Kambing susu akan menghasilkan susu sepanjang masa jadi biasa masa perahan 12 jam sekali makna kalau perah pukul 6pagi pukul 6petang perlu diperah sekali lagi kalau tak rugilah sebab bila susu dah penuh dia akan berhenti hasilkan susu secara automatik.Agak-agak ada market tak sekitar kawasan Keratong ni.Belum cuba belum tauuuu...:-)
Anglo cross Saanen dari Alaminosgoatfarm tengah meratah Indigofera..

 




Tuesday, 16 October 2012

Musim Kelahiran Anak Kambing..:-)

Assalamualaikum to all my dear pastoralist friends.Minggu lepas memang minggu paling menyeronokkan bagi aku dan abang aku sebagai penternak kambing.Musim kambing beranak memang mengujakan,kenikmatan bela kambing ni ada dua masa kambing beranak dan masa jual kambing,hehe.Setakat ini ada 3ekor ibu kampung beranak kembar,1ekor ibu jamna kacuk beranak tunggal dan 1ekor ibu dara Alwi beranak tunggal.Nampak tak kelebihan kambing kampung,2ekor ibu yang beranak kembar tu dari kelahiran lepas memang anak kembar dan 1 lagi tunggal tapi yang ini beranak kembar.Dan kambing kampung ni memang ibu yang bagus untuk anak dia.Tak ada masalah,aku tak pernah nak potong pusat anak baru lahir,nak tolong anak keluar,nak suntik vitamin apa semua tak ada langsung.Selalu datang kandang pagi tengok dah ada anak.Kan senang penjagaan macam tu.Tapi realiti nya tak juga,ada 2 ekor beranak masa meragut,kalau beranak memang tak balik lah kena pergi cari juga.Kadang-kadang 2hari baru jumpa ibu dan anak tu.Tapi tak ada masalah dua-dua sihat sejahtera walaupun berhujan.Baka kampung memang tahan lasak.

kembar jntan betina-lahir semasa meragut hari hujan
kembar betina,paling aktif stakat nih..
kambing dara alwi-umur 11bulan 10 hari dah beranak..salute laa..anak sekor betina..beranak masa meragut dalam hujan.
kembar jantan betina-sekor ada antena kat leher,tak tahu baka mana.haha
biri pun beranak jugak,tapi yang ni macam tak cukup bulan ibu dara..bawak balik rumah buat pet..
 
Dengan musim beranak yang agak memuaskan dari segi kidding rate,mortality zero, ada 4ekor lagi ibu yang bakal beranak pada bulan ini.Memandangkan petak beranak dah penuh terpaksala aku dan Awang mengerah keringat membanting tulang empat kerat membuat petak tambahan.Senang je buat ni guna kayu lebihan 1x2 dan papan lama.Dapatlah 2 petak baru yang tak ada pintu.Senang untuk ibu keluar masuk petak bagi susu dan pergi meragut.Aku tahan ibu baru beranak 2 minggu dalam petak beranak sebelum dilepaskan meragut.Sebabnya ibu baru beranak agak lemah badannya dan agak mudah diserang parasit dan penyakit lain.Jadi lebih sesuai dikurung buat sementara waktu sebelum dilepaskan kembali meragut.Nasihat Sifu Alwi kena ikut.hehe..
dalam proses pembuatan...
siap untuk digunakan..tak ada pintu tu..haha
 
 
Musim hujan memang musim kegemaran kambing beranak.Mungkin ada sebab-sebab tersendiri.Tapi kandang baru aku masih belum bermula lagi proses pembuatannya.Tambah pula dengan musim hujan sekarang jadi makin tertangguh lagi lah..."OPPA KAMPUNG STYLE"
 
 
 
 

 
 
 
 



Friday, 5 October 2012

Kambing Meragut..Pengembala Semput..

Salam buat semua penternak dan pembiak ruminan kecil,kambing aku dah 2 ekor keguguran akibat terlambat bagi ubat cacing.Kisahnya 2 ekor kambing tersebut di beli dari Alwigoatfarm dalam bulan Julai tapi bulan September baru beri ubat cacing,sedangkan sifu Alwi dah nasihatkan bagi ubat cacing selepas sampai ke kandang baru.Sikap yang mengambil mudah nilah menyebabkan aku rugi akibat keguguran tersebut.Alhamdulillah satu pengajaran yang berguna tu dan untuk belian biri-biri 10ekor seperti dalam post terdahulu,sampai je kandang petang tu jugak bagi ubat cacing.Haha..

Aku berpeluang mengikuti kambing pergi meragut,selama ni lepas ragut kol 2.00pm dan balik kol 6.00-7.00pm.Hari tersebut di awalkan jam 10.30pagi dah dilepaskan kambing tersebut,tapi biri-biri maintain jam 2.00ptg.Pada awalnya lepas keluar kandang cantik je kambing ni beratur,tapi selepas 100meter dari kandang semua berterabur cari lauk masing-masing.Yang depan sekali geng kambing kacukan kampung(KK),yang kelompok belakang geng Boer/Jamna/Wak Beron@eksotik.Selalunya geng eksotik ni akan balik kandang awal berbanding geng KK.Tapi elok juga dengan adanya geng KK(belian Alwi) dapatlah geng eksotik aku join sekali meragut.Kalau tak dibantainya pusing kandang tak gi meragut.
kandang dahla buruk,kau pegi runtuhkan pulak..haha
motor bapak aku,banyak berjasa ni..kambing otw gi meragut tu..
dah berpecah dah..aku pun xsempat nak gembala..laju diorang berjalan..
3 dara pingitan belian wak beron(intensif) dah pandai meragut..joyah,tipah n rosmah?hehe
geng boer memang tak berpecah..tapi dah pandai meragut kira ok laa..
 
 
Letih rupanya mengembala ni,aku bertahan selama 1jam setengah jer.Pukul 12 balikla perut dah berbunyi maklumla banyak tenaga dihabiskan mengikut kambing ni pergi meragut.Biri-biri belian terbaru juga sudah dilepaskan bersama biri Rattana yang dikuarantin dekat sebulan sebab hilang 2-3 minggu hari tu.Buat masa sekarang ALhamdulillah semua berdisplin meragut berkumpulan dan pulang ke kandang on time selepas kenyang.Setakat ni biri-biri semua ada 25ekor dengan 19induk.Den nak cukupkan induk 50ekor dan berhentila kejap.Nak beri fokus lebih pada kambing ni,sebab penjagaan kambing perlu ditingkatkan lagi.Diorang jenis mudah diserang penyakit kalau kurang pemerhatian dijalankan.
 
biri-biri 25ekor..Pejantan Barbadoss Blackbelly tak jumpa2 lagi nih..adeh..
 
 

 

 
 
 
 

Friday, 28 September 2012

Sistem Pawah Kambing...I dont like it...

Assalamualaikum sahabat-sahabat,aku banyak mendapat pertanyaan dari pembaca blog dan rakan-rakan mahupun saudara mara untuk menyertai bidang penternakan kambing ini tapi secara tak langsung laa.Atau bahasa mudahnya sistem pawah kambing,terus terang dari lubuk hatiku yang dalam aku langsung tak berminat dengan konsep pawah sekarang.Maaf tuan-tuan yang bertanya,aku terpaksa menolak dengan baik permintaan tersebut atas beberapa faktor tertentu.

Seorang penternak kambing yang fokus kepada pembiakan dan baru nak bermula macam aku ni mana ada masa nak menjaga harta orang lain.Amanah orang tu berat sangat nak dipikul.Kalau kambing dibawah jagaan sakit,mati,hilang(sistem semi-intensif risiko tinggi tak ada pengembala) siapa nak tanggung kerugian tersebut.Dari aku pening kepala memikirkan macam mana nak gantirugi,buat syarat dalam kontrak dan sebagainya adalah lebih baik aku buat fokus pada kambing aku yang ada sekarang.Bukan senang nak jaga kambing tuan-tuan tak ada sebab aku nak ambil risiko untuk orang lain.Lagipun aku perhatikan penternak-penternak otai yang berjaya dengan fokus pembiakan tak ada yang buat sistem pawah ni.hihi..

Persoalan aku kenapa nak dimasukkan kambing orang lain ke kandang kita dan kita charge pula orang tu atas bilangan hari dan jumlah kambing.Ini macam perkhidmatan laa.Kalau under capacity kandang tersebut bermakna kambing tak cukup selaku pembiak aku sepatutnya tambah jela bilangan induk kambing sendiri.Kalau memang kambing tak cukup di kandang  tersebut bermakna mungkin penternak tersebut bukanlah seorang pembiak tapi fokus utama lebih kepada trading,beli kambing lepas tu jual,memang kambing sentiasa tak cukup dalam kandang.Masalah penternak tak ada modal nak beli kambing sendiri?Kita tahu keupayaan kita,mana yang ada bela dulu lagipun kambing cepat membiak,kidding rate tinggi 2 tahun 3 kali beranak.2 tahun bela 1 induk dah boleh dapat paling kurangla 3ekor anak,kalau 30 induk bukan ada 90ekor anak?Jadi tak ada sebab aku nak menambah kapasiti kandang yang memang akan terlebih kapasiti dengan ternakan pihak lain.betul tak?

Sekian sahaja,coretan hati aku berkenaan sistem pawah kambing pada masa sekarang.Kesimpulannya yang baik datang dari Allah yang kurang baik dari kita manusia.Renung-renungkan dan selamat beramal..:-)

Thursday, 23 August 2012

Belian Kambing 13ekor dari Alwigoatfarm

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua penternak di serata dunia.Semuga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan diterima hendaknya.Pada 16 Ogos lepas aku telah menerima kehadiran 13ekor kambing baru yang diimport khas dari Alwigoatfarm di Bidor,Perak.10ekor dara(2 ekor tengah bunting),2ekor jantan untuk sembelih dan 1ekor pejantan super yang bakal menggantikan pejantan sekarang@ Robert di kandang aku.Aku telah berikan nama Robin Van Persie kepada pejantan baru itu bersempena dengan perpindahan Van Persie dari Arsengal ke Man United.Robert akan ditamatkan tugas sebagai pejantan disebabkan kebelakangan ini selalu sangat melepak di kandang sahabat penternak iaitu Daud Komando.Disebabkan kandang Daud tak ada pejantan(yang ada masih muda) jadi Robert telah mengambil peluang untuk bermaharaja lela di sana.Untuk makluman Robert aku beli dari kandang Daud pada tahun lepas.Kira macam "sirih pulang ke gagang" la kisahnya.Tapi tak larat la Awang untuk membawa pulang Robert ni hari-hari dari kandang Daud.
kandang Daud tempat melepak si Robert..
 
Daud(atas motosikal)..letih la nak bawa balik kambing ni hari-hari..degil sungguh..
 
 
Dengan ketibaan kambing dari Alwigoatfarm maka jumlah kambing di kandang aku 47ekor dan biri-biri 10ekor.Biri-biri aku 4ekor hilang tak balik-balik dari meragut dah hampir 1minggu lebih.Kesilapan berlaku sebab terlalu awal melepaskan biri-biri yang baru dibeli 3ekor betina meragut.Habis dibawak lari pejantan biri-biri aku iaitu Shah Rukh Khan sekali.Mungkin sesat agaknya.Sebelum ini ada seekor biri-biri betina aku hilang selama 4hari sebelum ditemui semula.Oleh itu besarla harapan aku agar yang 4 ekor ini akan dijumpai semula.InsyaAllah.Begitula risiko kambing dan biri-biri yang dilepas meragut tanpa pengembala.(Awang dah jumpa 4ekor biri-biri tu petang 24/8/2012 di Estet Sawit,dan dah selamat di bawa balik ke kandang,tahanan reman selama 2minggu akan dikenakan,Alhamdulillah..:-)).
 
Kambing baru juga tak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.Maklumlah kawasan persekitaran hampir sama iaitu ladang sawit.Setakat hari ini aku masih belum melepaskan lagi kambing-kambing baru untuk meragut.Sekadar bagi makan pelepah sawit yang diangkut ke kandang oleh Awang tanpa jemu.30batang pelepah jugak sehari tu nak kena angkut.Disebabkan budak Lombok 4orang yang duduk di pondok sebelah kandang aku dah balik Lombok untuk beraya maka terpaksalah Awang datang ke kandang pukul 10malam untuk menutup pintu kandang.Untuk makluman kambing kacukan kampung aku pulang ke kandang antara 7.00-9.00 malam.Hehe..
 
Van Persie dan kambing dara dari Alwigoatfarm..
 
berlaga jela Robert dan Van Persie..haha
 
 
Aku bercadang menjual Robert untuk sembelihan atau akikah.Anak-anak yang terhasil dari baka Robert setakat ini ada 3ekor dan menunjukkan perkembangan yang baik.Ada 2ekor lagi ibu yang sarat nak beranak mungkin baka RObert jugaklah.Yang menghairankan aku ada seekor anak kambing yang seakan-akan menurun baka Feral aku.Kira hebat jugaklag Feral tu berjaya menurunkan baka dia sebelum di sembelih untuk akikah anak saudara aku.Sedap jugak makan gulai kari Feral tu,bau pun tak ada.perghhh...
 
 
 
 

 

Saturday, 11 August 2012

Bila Aku datang ke Kandang Alwigoatfarm..

Assalamualaikum sahabat penternak dan bakal penternak.Tajuk kali ni pelik sedikit untuk "counter " tajuk di blog prof.alwi.haha..Alhamdulillah aku berpeluang melawat kandang Alwi buat kali kedua dan kali ini kedatangan aku membawa hajat besar ingin menyunting anak dara Alwi.Oleh kerana keterujaan maka awal lagi dah bertolak dari hotel bajet di Bidor.Aku bimbang kalau bertolak lewat terlepas pula nak membuat "selection"(ayat trader/importer) kambing di kandang Alwi.Al maklumla kambing dia pukul 9.00 pagi dah pergi meragut.Jadi adalah lebih baik aku mengambil langkah selamat dengan bertolak awal.Duduk bilik pun nak sarapan tak boleh bulan puasa.hehe..

Hajat di hati ingin memilih 10ekor kambing dara,1 ekor pejantan baka dan 2 ekor kambing jantan untuk sembelih.Sebab apa aku memilih untuk membeli kambing Alwi dari Perak,jauh tu dengan Pahang?sebab aku pernah beli kambing intensif,kambing memang cantik tapi tak pandai meragut bila di lepas untuk meragut.Kambing kampung kawasan sekitar?aku dah pergi tengok tapi kebanyakannya saiz agak kecil mungkin disebabkan "inbreeding" dan pejantan baka kecil.Kambing pilihan tetap kacukan kampung.Kambing Boer?maaflah.kos penjagaan agak rumit dan kos tinggi,ibarat pakai Ferrari tak larat nak isi minyak.Baik pakai Myvi jer kacukan Malaysia dan Jepun.Minyak jimat,alat ganti murah.hehe..

Kali ini aku berkesempatan mengambil video kambing-kambing dalam perjalanan pergi meragut selepas membuat pemilihan.Perghhh..memang seronok tengok kambing berebut-rebut keluar kandang dan menuju ke pintu pagar untuk dilepaskan.Nak di "upload" macam panjang sangat.tapi aku akan cuba juga bagi membangkitkan semangat penternak lain untuk berjaya seperti Alwi.Tapi untuk post kali ini aku letak gambar dulu lah.

pejantan aku beli,macam red kalahari pulak rasanya..
kambing-kambing menuju ke pagar..
tak sabar dah untuk meragut..mana yang sakit akan diasingkan..
masa meragut,pejantan Alwi bernama Berger ni sibuk menggaru..


Minggu depan akan sampailah kambing-kambing yang telah dipilih ke kandang aku.Bolehla kambing-kambing ni memimpin kambing Boer dan kambing Wak Beron yang sampai sekarang tak pandai meragut.Ucapan maaf juga kepada Alwi kerana telah mengganggu ritual "lap cermin kereta di waktu pagi" beliau.haha..