Assalamualaikum dan selamat berpuasa di ucapkan..menjelang Eid Mubarak yang bakal tiba den doakan semuga segala amal ibadat sahabat2 sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini diterima dan beroleh keberkatan dari Allah s.w.t. Dah berjaya mengawal nafsu sepanjang bepruasa janganlah pulak dilampiaskn nafsu semahunya hbis berpuasa ye tak. Bersederhanalah dalam menyambut raya tu, lebih baik sekiranya diinfakkan sedikit perbelanjaan kepada sahabat2 kita di Palestin.Insyaallah..
Raya kali ini macam biasa orang bujang macam den beraya di Keratong 2 ajelah,mana2 sahabat2 yang nak datang menziarah dialu2 kan.Biasa raya pertama ada di rumah,raya kedua dan seterusnya di kandang kambinglah. Makan kueh raya bersama kambing pun syok apa, syahdu gitu.
BERUSAHA MENJADI PEMBIAK KAMBING/BIRI-BIRI DAN LEMBU YANG BERJAYA.SEMUA ADALAH BAKA KACUKAN KAMPUNG.UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI SDR.AWANG (012-9457579),LOKASI FELDA KERATONG 2,ROMPIN,PAHANG.TERBAIK DARI LADANG!!:-)
Cari disini....
Thursday, 24 July 2014
Monday, 14 July 2014
Bulan Ramadhan...
Selamat berpuasa diucapkan pada sahabat2 seantero dunia penternakan. Moga dipermudahkan untuk kita melakukan amalan baik yang dilipat gandakan pahalanya di bulan nan mulia ini. Doa berpanjangan juga diberikan untuk sahabat2 seagama di bumi Palestin yang sedang berhadapan dengan ancaman perang rejim Zionis. Kagum den ada kalangan sahabat dari Malaysia sanggup pergi berjuang bersama di Palestin, semoga beroleh kemenangan hendaknya. Bagi yang tak mampu berkorban seperti sahabat kita macam den ni kita doakanlah keselamatan dan kemenangan, di samping bersedekah kepada badan2 yang menyalurkan bantuan ke sana seperti Aman Palestin. Insyaallah...
Baru2 ini ada kedai alatan ternakan baru di buka di Muadzam Shah, lagi dekat dari kedai lama yang selalu den pergi di Bahau. Harga dedak tinggi sikit dari Bahau tapi memandangkan jarak yang lebih dekat kira berbalui jugaklah. Antara yang den jumpa adalah garam jilat jenama Red Rockies, 1 ketul 10kg harga RM35 seketul. Kalu KNZ yang biasa den guna tak ada Copper tapi yang ni ada..cuma Calsium dan Phosphorus ja xda.Ka memang dia dah formulate untuk ternakan jenis meragut..
Baru2 ini ada kedai alatan ternakan baru di buka di Muadzam Shah, lagi dekat dari kedai lama yang selalu den pergi di Bahau. Harga dedak tinggi sikit dari Bahau tapi memandangkan jarak yang lebih dekat kira berbalui jugaklah. Antara yang den jumpa adalah garam jilat jenama Red Rockies, 1 ketul 10kg harga RM35 seketul. Kalu KNZ yang biasa den guna tak ada Copper tapi yang ni ada..cuma Calsium dan Phosphorus ja xda.Ka memang dia dah formulate untuk ternakan jenis meragut..
Reaksi positif dari geng kambing ni..
Geng biri boleh ka pakai garam ni..buat masa ni garam jilat KNZ masih tak habis lagi kat kandang biri. Den ingat nak pakai Red Rockies jugaklah nanti. Dulu den ada cakap den bela ayam kat dalam kawasan sekitar kandang ni. Bermula dari tak sampai 10ekor ayam yang den selamatkan dari virus sampar ayam yang melanda di kawasan perumahan, dia dah membiak jadi 60-70ekor masalahnya bila dah ramai diorang pakat tidur kat kandang biri..kat kandang kambing diorang bantai bertelur. Nak halau takut merajuk jadi den biarkan ajelah ayam tu mengeram..inilah hasilnya..
dah selamat menetas..
sekali menetas 7-8 ekor..cepat betul membiak..
Reban ayam hutan...awang punya kerjaa...
Takut masalah hama pulak nanti melanda kawanan kambing..xpa raya nanti siaplah den kerjakan diorang ni..buat rendang ayam kampung barulah kaww...
Subscribe to:
Posts (Atom)