Topik hari ini adalah biri-biri,penting bagi penternak untuk mengetahui baka biri-biri untuk dimasukkan dalam program pembiakan agar tak tersalah pilih biri-biri hanya bersandarkan saiz dan berat.Den sendiri tak faham kenapa penternak di Malaysia terlalu mengagungkan baka biri-biri dan kambing yang mempunyai saiz yang besar dan berat.Ada 4 faktor utama bagi pemilihan baka untuk program pembiakan pedaging iaitu:
1)Kesesuaian/Adaptasi
2)Kadar kelahiran
3)Kadar pembesaran
4)Peratus karkass
Jadi adalah penting untuk mengetahui asal-usul biri-biri yang hendak dibeli bukan bersandarkan pada saiz semata-mata,ingat "vokal bukan sekadar rupa".hehe..baka biri-biri yang berasal dari zon iklim berlainan dengan negara kita (tropika) amat susah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lembap dan panas.Cuba tengok "mat salleh"(minah salleh jangan tengok berdosa nanti) seboleh-boleh nak pakai seluar dalam sahaja di Malaysia disebabkan cuaca yang panas dan lembap.Ini dikaitkan dengan "Heat Stress" atau tekanan kepanasan.Oleh itu boleh dikatakan biri-biri yang berasal dari negara iklim lain juga akan mengalami masalah yang sama.Mungkin proses adaptasi akan berlaku tetapi akan mengambil masa yang lama mungkin 2-3generasi atau lebih,jadi jangan ambil risiko tinggi semata-mata terpana dengan tarikan kemontelan biri tersebut.
Hukum alam telah menyatakan semakin besar sesuatu organisma,semakin lambat kadar pembiakannya.Cuba perhatikan ikan paus Brownhead tempoh hamil 3-4 tahun,gajah-18-23 bulan,lembu-275 hari,kambing/biri-150 hari,khinzir-112 hari,kucing-58-65 hari.Sebab itu den perhatikan kebanyakan biri-biri dan kambing yang bersaiz jumbo memang lambat kadar pembiakannya apa lagi setelah merentas zon iklim yang berbeza.Lagi haru biru jadinya.Tetapi memang ada baka biri-biri dan kambing yang berasal dari iklim tropika yang besar saiznya dan tinggi kadar pembiakannya.Tetapi setiap kelebihan pasti ada kekurangannya.Tiada istilah Super Breed seperti yang digembar gemburkan."you win some,you loose some"..hehe
Baka biri-biri yang den idamkan adalah(jeng..jeng..jeng..)..kesemua adalah baka TROPIKA..
1)Malin
2)Barbadoss Blackbelly
3)Morada Nova
4)St.Croix
1)Malin
Asal nama Malin dari singkatan MALaysian INdigenous(MALIN) bukan dari hikayat Malim Kundang yer,ciri-ciri adalah kecil,rendah dan bertanduk.Kadar kelahiran adalah 1ekor per kelahiran.berat Jantan-25kg-30kg dan Betina-15-25kg.Kadar ketahanan pada penyakit/parasit tropika adalah sangat tinggi dan sangat lasak.
2)Barbadoss Blackbelly
Asal dari kepulauan Barbadoss.Jenis "Hairsheep" berat Jantan-50-70kg dan betina-32-43kg.Kadar kelahiran kembar adalah tinggi dari rekod ujian Single-41.4%,Twin-48.3%,Triplet-10.3% dan kadar kelahiran tahunan 1.75%.Kadar ketahan pada penyakit/parasit tropika adalah tinggi dan sangat lasak.
3)Morada Nova
Asal dari negara Brazil(Amerika Latin).Berat Jantan-40kg Betina-30kg kadar kelahiran dari rekod ujian Single-28.6%,Twin-66.7%,Triple-4.8%.kadar kelahiran tahunan adalah 1.76%.
4)St.Croix/Virgin Island White
Asal dari Virgin Island.Berat Jantan-90kg,Betina-68kg.Kadar kelahiran tahunan 2.12%.Kadar kelahiran kembar adalah tinggi 2-3 ekor per kelahiran(tiada ujian).Mempunyai ketahahan tinggi dari serangan parasit/penyakit tropika.
Sekian sahaja buat waktu ini..kalau ada salah info harap dimaafkan.hehe..
syabas bro.. hehe.. hasil kajian sendiri adalah lebih memuaskan hati...
ReplyDeletehaha..btul tu cuma den takut salah jela,kang salah informasi..kalu ada salah tlong btulkan laa ye..hehe
DeleteSALAM MUHIBBAH
ReplyDeleteSaya tgh bela baka barbados n dorper n santa Ines. Apa yg saya perhatikan, berbados nie jenis kuat jalan, makan x tekun. Penat n sakit hati kalo tgjk perangai dia. Saya bela di bawah ladang klapa sawit. Daya tahan barbados thdp penyakit mmg tinggi,jarang sakit.Karkas daging xbaper tinggi berbanding dengan Santa Ines. Kelahiran kembar 40% (bab ni yg best). Pada saya la, tahap adaptasi cuaca kita boleh pertimbangkan sebb ia berkadar langsung dengan masa. Makin lama kita bela,adaptasi dia makin tinggi.Just share my experience :)
Salam bro NAXZ..
Deletebleh tau lokasi di mana bro?den trcari2 jgak org yg mntrnak Dorper dlm ldg sawit.ssuai atau x.betul bro naxz barbadoss mmpnyai kthnan yg tnggi thdap pnyakit n cacing iklim tropika slain profilikasi yg tnggi.kuat brjlan xpe asalkn dia pndai balik ke kndang.hehe..Santa Ines mrupakn kcukn bbrapa baka sprti Borgamacia(Italian woolsheep),RaboLargo,Somalis dan MORADA NOVA.jd santa ines jga mmpnyai ciri2 baka tropika dlm kturunan dia cuma kidding rate rndah brbndg Morada Nova..
betul adaptasi brkdar lgsung dgn masa,sprti dlm pndgnan den ianya mgkin mgmbil masa yg lama,mgkin 2-3gnerasi dan bg seorg pntrnak yg modalnya kcil sbolehnya elakkn risiko d pringkat awal bro.n adaptasi lbih mudah brlaku skiranya kita melakukan cross breeding dgn baka tempatan.inilah yg den praktikkn dgn projek kambing dan biri2..kurang pnggunaan ubat,kurang masa dibazirkn dgn rwatan,pnjgaan mudah ini mmbolehkn kita mmbri prhatian kpd perkara2 lain dan mngurangkn kos pekerja..
alhamdulillah makin hari mkin rmai pntrnak baru yg den jumpa..tq kongsi info bro..:-)
waalaikummussalam..
ReplyDeletesaya ternak kat ladang sawit, Felda Lok Heng, Kota Tinggi. Saya baru je ternak bebiri nie, baru 3 tahun. msih terkial2 n xstabil lagi. msa mula2 bela dlu (2009), start dengan dua betina dorper,6 betina barbados, sekor pejantan dorper. masa tu mmg main beli je.xsurvey pun behavior baka2 ni. dh setahun bela, baru dpt conclusion.dorper ni mmg senang nk jaga.jarang sakit. makan pun tekun je,satu tempat,xsuka jalan jauh2.weakness dia satu je, kadar lahir kembar 20%.banding dengan barbados, kdr kembar 40%. so, nk bagi anak barbados nie dpt badan bulat2, saya kacukkan dengan pejantan dorper.so dh ada half blood dorper, badan pun dh separuh bulat.
lagi satu yg saya perhatikan, dorper suka makan rumput kat tempat2 lapang.makan tepi jalan,tanah lapang terbiar.jenuh nk halau dia masuk dlm kebun, mmg liat.conclusion,dorper mmg senang nk urus, sama je dgn barbados :) cuma harga induk baka nie msih mahal.saya pun xmampu lagi nk tambah induk betina dorper
sekarang brapa ekor dh bro?biri2 mmg ssuai integrasi sawit sbb corak makanan sama mcm Lembu style grazing.Den rasa bro xprlu beli baka induk Dorper bro,just beli induk kmbg kampung kacuk je dgn Pejantan Dorper or Blackbelly Barbadoss.Itu lebih selamat dan kos pun rendah brbnding beli induk dorper.Induk dorper ori dlm 3k seekor,dgn jmlah yg sma bleh beli hmpir 10ekor biri kmpung/cross kmpung.dgn nilai 3k tu induk dorper bro hnya dpt 1ekor anak utk 7blan sdgkn 10ekor biri kmpung 10ekor anak.lagi mnguntungkn..induk yg den guna skrg pun kacukan kampung dgn pejantan white dorper.Alhamdulillah kdar tumbesaran lbih baik brnding biri kmpung dan ketahanan tnggi.Biri2 den target berat ckup umur akikah dlm 30-40kg ckupla.kalu brat sgt sapa nk beli bro,hrga sekor dlm range rm500-700 oklaa..kalu lbih 1k baik diorg beli lembu utk akikah 7bhgian..kehendak pasaran semasa..
Deleteden fokus pd kmbing pedaging,biri2 ni sambil2 jer.Biri2 den target dpt dlm 60ekor induk ckupla..kmbing den nk ada mcm Alwi 100ekor induk dlm satu masa..smuge sama2 beroleh kejayaan dlm bidang pnternakan bro..:-)
skrg ada dlm 65ekor, insyaallah ujung tahun ni dptla 70 lebih. target tahun ni 80 ekor, tapi bulan syawal lepas 7 ekor bebiri kecundang kat anjing liar.ilang semangat jap.tapi redha je la,nk berjaya bukan senang. kalo senang tntu dh rmai yang ternak kambing/bebiri.kandang modal juta2 pun banyak gulung tikar.induk betina saya xbanyak,ada 22 ekor aje.anak betina remaja yg banyak, insyallah tahun depan nie meletup (kalo diizinkan Allah). Pejantan induk saya ibu dia dorper, tapi dh xbaper dorper sebb xbaper bulat, cuma tinggi n besar (tgk fisikal cam ada darah van rooys).bapak dia xtau baka apa sebb mak dia dtg kndang mmg dh sarat bunting. kira rezeki la dia beranak dpt anak besar n jadi induk.
Deletekat sini market akikah rm700-rm950, tgk size. purata biasa rm750 la.bekalan akikah mmg xckup,tapi xsmpai hati nk naik kan harga xmunasabah.kalo timbang kilo lagi la,terkedu org kmpung nk beli.yg penting pelanggan puas hati bila beli produk kita.
bila dpt induk betina 100 ekor,i-allah bro idup kita akan berubah.dpt jual akikah 10 ekor sebulan pun dh ckup dh.den tercabar bila org kata bela kambing xde masa depan...
nk tanya, bro tgh buat kandang ke?baper luas tu?kos baper?
tula yg den mksudkn bro,kalu dorper pure berat cecah 80-100kg hrga rm1400-1800 sapa nk beli bro,utk baka mgkin bolehla.kna tgok psaran sekitar sbb yg beli pun org yg brdkatan je.jd den lbih tekankn aspek kdar klahiran tinggi utk program pembiakan pedaging ni.2ekor biri cross kmpung dgn hrga 500-700 sekor lg snang jual brbnding biri 1000 keatas.sbb tu den xteruja pun kalu ada pntrnak berbangga dgn berat biri2 dan kmbing dia dlm 80-150kg.lg besar pejantan lg pyah anak nk kluar,sindrom ibu kecil anak besar.mcm manusia la silap2 boleh mati anak dan ibu smasa branak..lbih baik pejantan sderhana bsar dlm 60-70kg oklaa..
Deleteden bt kndang sndiri bro,utk kndg prtma saiz 48x16 kos dlm rm5k jer.skrg dh trlbih kpasiti.ada 90ekor kmbg n biri jd kalu kira nisbah 1ekor:8.5kaki prsegi mmg overcrowded..dpt nisbah 1ekor:14kaki prsegi oklaa..tgh bt kndang bru saiz 40x20 anggaran kos dlm rm5-6k la.kndg bt sndiri n upah Bangla tlong2.kayu 2nd hand,atap 2nd hand..xtau kos sbenar lg bro,msih dlm proses pembelian brg n pertukangan.maklumla musim hujan n bt sendiri ni mkan masa cket..hehe
kandang den 40x20.tu pun dh nk crowded.maksimum 70ekor je tu, nk expand kandang makan modal besar plak.cdg nk ganti lantai kandang, kat sini kayu 2nd hand 3x1 sekaki $0.60.kat sana baper harga?ada mmber buat 20x20 pun dh makan modal rm7k.pening2 bila pkir pasal kandang nie,bleh xlena tido.haha.ada x petua nk buat susu gantian ank kambing,susu mak dia xkuar plak,kene mastitis.bertambah pening!!
Deletekalu pening sbb kndg penuh n crowded maknenya pntrnakan tu kira hmpir berjaya(kalu tak beli kambing luar).Itu petanda yg bagus,kdar klahiran ok,kematian kurang.itulah sebenarnya target utama utk pembiak kambing pedaging..
Deleteden tak tau hrga kayu yg sbenar sbb slalunya beli yg 2nd hand atau reject.utk kndg lama den beli kayu 2x1 reject/2nd hand dlm rm1150 utk 1tan d Bukit Ibam.Tp utk kndang baru ada kwn kata boleh dpt RM700 utk 1tan di Segamat..kalu 20x20=400kaki prsegi kos rm7k dh jatuh rm17.50 per kaki persegi kira okla dgn kos bahan binaan yg makin mningkat.Tp kos den still maintain bwah rm10 per kaki persegi maklumla bt sndiri bro..
Susu gntian ni yg pening ni,den mmg xgalakkn bg susu gntian dsbbkn kos dan masa.Tp yela kadang2 kesian jgak anak xdpt susu,bro tmpangkn jela kt ibu yg lain.pegang ibu tu bg anak tu mnyusu.Mastitis ni den xprnah plak kena stakat ni,jd kurg pngalman bro..tp bg suntikn antibodi mcm Terramycin LA pun ok dh rsenye..
As salam. write up yang bagus dan tahniah kerana menyokong penternakan bebiri yg hampir pupus dari statistik JPV. Jika dilihat, kebanyakan penternak lebih cenderung kepada kambing disebabkan orang kita(melayu) ni amat menurut perintah. Pemerintah suruh bela boer, kita ikut. Suruh bela jamnapari, kita ikut dan yg pelik nya bila suruh bela kambing berserta kandang konsep yg harga RM250K satu kandang yg boleh muat 100ekor kambing.Apa dah jadi ngan halatuju penternakan negara ni. Adakah innovasi atau bankrupsi yg dilakukan? Peringatan yg nak dikongsi adalah sebelum menternak dapatkan ilmu teori dan praktikal, kenali pasaran, kenali persekitaran dan kenali rakan ternak serta agensi kerajaan i.e. JPV. Buatlah qiammulail sekerap mungkin sebelum dan semasa menternak.Ingatlah kita hanya berusaha dan yg menentukan kejayaan adalah Allah SWT semata2.
ReplyDeletewassalam bro..den ternak dua2 biri n kambing.msing2 ada advntage n disadvntage,kbaikn kmbg adlh kdar pembiakannya tinggi dan prmntaan sgt tinggi klemahannya sbb mudah kna pnyakit.Kbaikn biri pula kurang penyakit dan cepat membesar cuma kadar pembiakan agak rendah dan prmintaan ok cuma orang ttap prefer kambing brbnding biri..den tak bergantung sangat pada bantuan agensi kerajaan dan pihak lain,lebih senang berdikari dan menternak mengikut panduan mentor penternak yang berjaya yang juga jenis berdikari..pada keadaan semasa sekarang dengan permintaan melebihi penawaran,pasaran mmg bukan masalah utama..malah pembeli yang mencari penternak skarang disebabkan kekurangan kambing dan biri dan harga kambing dan biri import yang dulunya sangat murah sudah setara dengan kambing n biri tempatan..3petua kejyaan dari mentor den Alwigoatfarm yang den sntiasa pegang adalah sntiasa mencari ilmu,disiplin yang tinggi dan sedekah yang bertrusan..insyaAllah dipermudahkan urusan oleh-Nya..tq sudi baca blog den bro.mnternak jgak ka?.:-)
DeleteBETOL TU BRO....JANJI KOMITMEN KENA PADU...ITU YG NO 1 DLM BIDANG PENTERNAKAN.....SYA PON BRU SNGAT DLM BIDANG TERNAKAN BRU NAK MASUK 11 TAHUN..MASEH BLAJAR....KAMBING DAH MAIN 4 TAHUN....LPS TU TUKAR KEPADA BEBIRI....ATAS FAKTOR KWSAN....SMUA BERJALAN DGN LANCAR....SHINGGALAH SYA JUAL SMUA BEBIRI CROSS SAYA MAIN SLAMA 2 TAHUN...TUKAR KEPADA BARBADOS...TUKAR PLK KEPADA DOOPER PURE BLOOD SHINGGA DPT ANK....N SKRG SYA DAH JUAL SMUA DOOPER....NK TRY BRAND DAMARA PURE BLOOD PLAK...LAST TARGET...HEHEH
Deletewah, hebat sifu2 berkongsi ilmu..
ReplyDeletesaya memelihara jenis damara.. tp dah ader crooss ngan malin n long tail...
masalahnye sbb masa penerimaan baka ialah musim tegkujuh... bg pengamatan saya, baka nie alah skit ngan cacing.. hurm... first year mati 14 ekor.. dimada 9 nyer mati dalam 2 bulan pertama penerimaan, thanks for sharing..tips n guide.. saya nie peternak muda, baru nk berjinak, Kandang buat sendiri sbb org KG.. modal pon 4K jer... skunk alhamdulillah, ader dkt 80 ekor.. still cari baka baru tok ross breed
ilmu ceduk dr intrnet xsama dengan ilmu dr pngalaman boss.hihi..Damara pun ok tinggi besar..dan dr pnglman kwn2 yang bela agak lasak jgak baka ni..boss bt system semi intensif ka intensif..80ekor banyak dah tu..smoga smakin berkembang biak biri2 boss..
DeleteAlhamdulilah sy bru menceburkan diri dlm ternakan biri ni.so skrg bru ade 18 ekor.5 jantan dan selebihnya induk dan anak. baka jenis malim. so klu sy amim pejantan barbados ok x utk kacuk dgn induk sy ni.tq
ReplyDeleteAlhamdulillah tuan..Ok dh tu kalu amik Pejantan Barbadoss Blackbelly(BB) saiz xbesar macam Dorper..untuk induk Malin ok dah tuu..
Deleteterima kasih tuan dgn persetujuan itu..jadi berapa harga patut yg perlu dpat utk perekor..sy mmg teruja utk mengembangkn hasil ternakan sy ini.
DeleteAlhamdulilah sy bru menceburkan diri dlm ternakan biri ni.so skrg bru ade 18 ekor.5 jantan dan selebihnya induk dan anak. baka jenis malim. so klu sy amim pejantan barbados ok x utk kacuk dgn induk sy ni.tq
ReplyDeleteAssalam... Saya nk cari Dorper 1 jantan 3 betina, nak buat hobi jer... kat mane boleh saya beli?.... harap sahabat2 boleh membantu... lokasi saya bangi
ReplyDeleteutk baka Dorper...tuan bleh hubungi Tuan Hj Nasir di Rembau,Johor..no phone 0136546813..
Deletesalam semua. Mana saya nak cari baka Barbados? Ladang kat Lanchang, Pahang
ReplyDeleteSalam Tuan..bleh Tanya JPV..dulu JPV ada ladang pengganda Barbados di Setiu,Terengganu..
DeleteMAAF MENCELAH...KLU ABG NK MAIN BB PURE BLOOD BOLEH LAYARI FB IKHBAL...LOKASI D SEPANG...PURE BLOOD BLACKBELLY...SYA PERNAH TERNAK...TPI SEDIAKAN DOIT TEBAL2...BB PURE BLOOD SKRG TNGAH TOP...AFTERMARKET SKRNI..HEHEHE
Deletemana nak cari baka st croix ni.... any info?
ReplyDeletexpasti Tuan ada tak di bawa masuk ke Malaysia..biasa yang famous Santa Ines dan Barbados Blackbelly laa..
Deleteboleh bagi alamat tuan? contact number ke?
ReplyDelete