Berbalik pada tajuk post ni,den telah berkesempatan melakukan lawatan ke kandang lembu tenusu Tanjong RNZ Enterprise(RNZ) pada minggu lepas.Plan asal adalah untuk mencari lembu pejantan untuk lembu den yang telah kehilangan pejantan disebabkan disembelih oleh tuannya pada musim raya korban lepas.Jadi den,Awang dan Jai pergilah dengan misi mencari pejantan kacukan/eksotik yang besar seperti Brahman,Charolais dan Angus.Memandangkan sahabat penternak yang nak dijumpai ada kenduri kahwin kami minta pertolongan Bro Azmi yang kebetulan berada disekitar kandang untuk dijadikan tour guide.hehe..
Kandang ini milik Sdr.Ami dan berkeluasan 3ekar mempunyai sekitar 80ekor lembu yang semuanya tenusu baka Holstein dan Freisian,dan ada seekor macam Belgium Blue pun ada.35 ekor dalam proses pemerahan susu dan penghasilan sekitar 350-380liter sehari lebih kurang 10liter untuk seekor lembu.Makanan utama lembu ini adalah jerami padi,brew,nappier,molasses dan jagung.Memang besar baka lembu susu ni sekitar 400-600kg seekor.Tapi disebabkan den mencari baka pedaging tak adalah terpikat sangat dengan lembu susu ni.Tapi seronok jugaklah melihat proses pengendalian lembu susu di depan mata.
macam Belgium Blue..
dalam proses perahan susu
Tapi disamping lembu ada sesuatu yang menarik minat den,hehe..iaitu dua buah kandang kecil dibelakang dimana sebanyak sekitar 40ekor kambing susu baka Saanen dan Saanen cross Jamnapari berada disitu.Den bercadang membeli seekor dua kambing susu untuk proses pembelajaran penjagaan kambing susu.Dan sempat juga la membeli 1liter susu kambing berharga rm20 untuk dirasa.Perghh memang sedap,susu kambing adalah susu paling hampir dari segi nutrien dengan susu ibu.Memang berkhasiat,sekejap je habis susu tu.Hehe..
kambing saanen dan saanen cross jamnapari..
Terima kasih diucapkan pada bro Ami atas kesudian menerima kunjungan den,InsyaAllah den akan datang lagi membawa hajat di hati.kihkih..
Bagi yang berminat dapatkan susu segar di Tanjong RNZ..sedap hingga menjilat bibir..
tu dia.. bro isal dh berkenan ngn saanen plak.. hehehe.. bagus la tu.. saya pun ingat nak masukkan sket darah susu kt kambing saya nanti.. tp lambat la.. hehe...
ReplyDeletebkan nk cross dgn Saanen bro,den nak buat susu kambing pulak,tapi still dalam perancangan lagi.Banyak nak kena belajar,itu yang nak beli sekor dua kambing susu ni untuk pembelajaran.Boleh jgak minum susu dia hari-hari.hehe..
DeleteTemerloh kat mana kandang nya bro?
ReplyDeletekot ado maso time balik termerloh blh singgah tengok...hehehe
alamat kalu search kt google jumpo tu bro aqil..lokasi dokek area Paya Pulai depan sekolah rendah..kalu dri Hospital Temerloh belah kiri sblum jejantas..masuk kiri,lepas masjid masuk kiri lagi..nanti jumpolah signboard dia..hehe
Deletesalam, kalau nak beli anak lembu betina atau jantan yg sedang jaras berapa ringgit seekor?
ReplyDeletewassalam..anak lembu jaras umur setahun lebih betina dan jantan baka KK maybe dalam 1000-1500..brgntung pada saiz dan kawasan..dulu seingat den harga mmg murah skitar 700-1000 je tp skrg mmg permintaan banyak dan orang payah nk jual dah..:-)
Delete