Hari Jumaat semalam den sembelih dan lapah 3ekor biri-biri jantan kelahiran kandang den untuk akikah.Rezeki Jumaat betul la,3ekor ni cukup umur hujung bulan Mei dan ditempah oleh 2orang pembeli, sorang dari Keratong 2,Mak Long Sinah beli untuk cucu dia sekor dan 2ekor lagi dari pembeli dari Muadzam Shah (40km dari Keratong).Harga den bagi harga pengenalan je RM18 sekilo,ada yang kata murah sangat jual tu tapi bagi den ok dah.Bagi den market untuk biri-biri akikah ini adalah dari RM450-700 untuk pasaran kawasan den ni.Ada untung ka jual harga tu,Insyaallah dengan sistem 'Low Input Husbandry' den rasa tiada masalah masih untung disamping menolong golongan kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadat akikah ini.
Berat biri-biri yang dijual 2 ekor berat 26kg(sama berat) dan sekor lagi 20kg.Memang sangat rendah lah beratnya den target boleh capai 30-40kg cukup umur.Tapi biasala penternak tidak berpengalaman ni banyak lagi kena belajar terutama tentang pemakanan ternakan ni.Mungkin perlu ditambah sedikit dedak berasaskan bijirin ke dalam rutin makanan harian biri jantan ini.Tapi yang 20kg itu ada masalah pernah ditinggalkan ibunya semasa masih kecil(ibu dia lari dari kandang tak balik 5hari).Jadi mungkin agak terbantut tumbesaran dia.
Apapun perjalanan den masih jauh lagi untuk mencapai tahap rakan penternak yang lebih senior,tapi dengan tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh rakan2 lain Insyaallah tercapai jua satu hari nanti..:-)
anak biri tengah melantak..