Tak jauh jugaklah jaran diantara Ladang Infoternak Sg.Siput dengan Syamille Agrofarm di Kati ni.Adalah dekat 20-30km.Kebetulan hujan sepoi-sepoi bahasa sepanjang perjalanan,dan berkat penunjuk arah tak bertauliah Bro Aman yang memang pernah sampai ke Syamille Agrofarm memang mudahlah nak jumpa tempat yang nak dituju nih.Sampai di kawasan resort Syamille suasana memang sunyi,den dah terbayang suara kambing mengembek maklumlah ladang pengganda kurang2 250ekor induk Boer,tapi sebaliknya berlaku..suara katak lagi kuat rasanya.
Rupa-rupanya kandang dah kosong,hampir semua kambing dipindahkan ke kandang di Perlis (lupa nak tanya kat mana).Yang tinggal adalah dalam 20 ekor kambing dan biri untuk pameran.Kandang saiz mega ada dalam 7 biji yang boleh memuatkan hampir 2000 ekor kambing (anggaran den ler) lengang.Kambing yang tinggal pun bulat semacam jer den tengok mungkin terlebih makan agaknya maklumlah duk kat istana besar,makan mesti mewah.hehe..

welcome to Syamille Resort..Pusat Tahfiz pun ada..
Antara kandang di Syamille Agrofarm
Kandang memang cantik dan luas..
Antara penghuni yang tinggal..
Biri pun ada..
Fokus Syamille Agrofarm di Kati ni lebih kepada Agrotourism dan penternakan lebah kelulut.Patutlah den tengok banyak sarang lebah kelulut sekitar Syamille ni,memang sesuailah dengan kawasan nya yang dikelilingi hutan untuk penternakan lebah kelulut.Selain itu rusa juga ada diternak disini,baka kalau tak salah den Rusa Sambar adalah dalam 30-50 ekor.
sarang lebah kelulut..
Rusa Sambar..macam senang jer bela rusa ni..
Kawasan persekitaran Syamille Agrofarm ni memang amat mendamaikan,chalet juga disediakan untuk dengan kadar antara RM120-150 sahaja.Bagi yang nak release tension kerja tu memang sesuai sangatlah tidur 2-3 malam disini.Hajat untuk melihat kambing di Ladang Pengganda Boer MARDI kali ini nampaknya tidak kesampaian,mungkin lain kali berpeluang melawat Boden atau Wawasan Manis.Lepas sembahyang zohor jamak takdim berimamkan Ustaz Khairie Al-Ketemba kitaorang mengorak langkah seterusnya ke kandang anak murid Alwigoatfarm yang paling disayangi..kandang Hafiszal HighHill Farm di Manjoi..