Cari disini....

Loading...

Thursday, 21 March 2013

Tanam sawit ler pulak...

Hujung bulan lepas den berkesempatan melawat projek tanaman kelapa sawit di ....(lokasi dirahsiakan.hehe) berkeluasan 10ekar dan agak jauh dari jalan utama.Lama sudah nak pergi melawat ladang ni cuma tidak berkesempatan disebabkan kesibukan dengan ternakan kambing dan biri-biri.Ini kira projek sampingan den la share dengan Awang.Projek ini telah dimulakan sekitar tahun lepas bermula dengan buat jalan utama,bersih kawasan dan InsyaAllah bulan depan akan ditanam dengan anak pokok sawit.

Kos bersih kawasan menggunakan khidmat Backhoe sekitar RM800 seekar.Disebabkan kawasan agak berbukit jadi Tokey JCB minta lebih sikitlah itupun pada awalnya hendak gunakan Excavator tapi dibatalkan atas faktor muka bumi.1 ekar tanah boleh ditanam sekitar 55-60 batang pokok dan harga satu anak pokok sekarang sekitar RM10-15 bergantung pada usia dan baka.Jadi kalau ambil 60batang seekar 10ekar boleh ditanam 600 batang pokok sawit.Kos RM10 sebatang jadilah RM6000 untuk 10ekar.Upah 'lining',buat lubang dan tanam sekitar RM4 sepokok jadi RM2400 sebatang.Kos permulaan sahaja sekitar Rm16,400 untuk 10ekar.Itu belum kira kos baja dan racun untuk 3tahun sebelum keluar hasil.Tapi inilah dinamakan pelaburan jangka panjang,kena sabar dan ikat pinggang sikit lah jawabnya.hehe..

Dengan harga CPO sekitar RM2400 sekarang,Kadar Perahan Gred 20%,tolak diskaun dan CESS MPOB anggaran harga kebun sekitar RM450 per tan.Dengan purata hasil sawit di Malaysia sekitar 20mt/hektar setahun maka 10ekar dapatlah 80mt bersamaan RM36k setahun.Dengan kos baja,racun,tuai,loading n transport anggaran RM180 setan maka setahun RM14.4k.Pendapatan bersih sekitar RM1800 sebulan dengan jangkaan harga CPO macam den kira lah.Tapi ini pengiraan budak kampung sahaja tak boleh percaya sangat.Haha..
inilah kawasannya..
cantik pemandangan..tapi sebab tak ada pokok lagi..panas wehh..
nampak ada potensi untuk lokasi kandang kambing ni..hehe
 
 
 
Sementara menunggu hasil sawit dalam 3tahun lagi tu,den cadang untuk tanam pisang dulu.Pisang jenis apa belum fikir lagi tapi projek pisang ni den kira JV lah dengan mat indon bernama Panjang yang sebelum ni memang menanam pisang.Untuk tanaman selingan dengan sawit 1 hektar boleh ditanam sebanyak 700-900 pokok pisang jadi 10 ekar dapatlah tanam 3200 batang pokok.1pokok boleh menghasilkan antara 30-100kg buah bergantung pada jenis pokok pisang.Kalau ambil 30kg sepokok 10 ekar dah 96tan untuk 12-24bulan tempoh tuaian.Dengan harga sekitar RM1 per kg dapatlah RM96k.Biar betul nih ni dah banyak dari hasil sawit.Kos anak benih sekitar RM1.50 sepokok iaitu bersamaan RM4800 dan kos baja RM5200.Pendapatan kasar sekitar RM86k untuk jangka masa 24 bulan dapatlah RM3580 untuk sebulan.Banyak juga hasil pisang ni..lagi sekali ini pengiraan budak kampung je,den main hentam keromo..hihi..
 
anak-anak kambing batch tahun ni..anak Boer jgak yang besar.hihi

 
 

 
 
 
 

13 comments:

  1. wa..cantik tanah..Tanah cam gini bela kambin bagus ni..10 ekar plak..tanam ubi kayu ngan pisang ngan sawit ngan napier...buat integrated farm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cntik boss tp agk jauh ke dlm.lbih kurg 45minit n kena lalu 2pondok pngawal estet brlainan.kira dari segi safety mmg slamat ni.haha..den tnam pisang dlu.nak bela kambing kna tnggu sawit bsar cket dlm usia 3tahun ke atas oklah..sumber mknan utk ragutan mmg byk sbb brsbelahan dgn hutan smpdan negeri Johor.mmg brcdang bt kndang besar disini utk kambing..

      Delete
    2. wah...kencang projek ni.kira dh tahap mega nie...i-allah 3 tahun lagi berkampung bro kat sini.wat umah banglo atas bukit.bwh bukit ada kandang kambing.nice!!

      Delete
    3. bro naxz ni tnah TOL je ni.kalau dapat geran bolehla..jauh ni dr kwsn prumahan.mmg xsnggup duk cni.mat indon jer brani duk cni.haha..

      Delete
    4. tanah TOL bleh ke tanam sawit bro?..

      Delete
    5. Boleh bro..tp atas risiko sndiri,hehe..

      Delete
  2. Replies
    1. yeah,need a lot of critics from u also prof.haha..tq2..

      Delete
  3. Replies
    1. nmpak je mcm mudah bro hafiszal tp ada risiko mnanti tu.sawit mungkin 3tahun baru dpt hasil.blum kira ancman babi hutan,monyet,gajah yg mkn ank pkok nnti tu.hehe..pisang pun dgn mslh pnyakit Moko sekarang.pendek kata bkn senang nak senang,bkan susah nk susah.haha..

      Delete
  4. terbaik bossss, nti loan lepas boleh la beli ladang sawit...idea bercambah-cambah nie, hehe... gud luck boss;

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..byk duit bro.skrg tnah pling2 murah pun 30k seekar.satu pelaburan yg bgus tp ROI agk lmbt.den rsa baik bt bisnes or beli rmah ka.den xtau sgt psal tnah2 ni.psal kmbing tau la.haha..apeun tq n smoga brjya bro..:-)

      Delete
  5. Salam Tuan/Puan,

    Saya Mr. Wong, Oil Palm Financing Officer dari Alliance Bank, Permas Jaya Johor Branch. Sekarang Alliance Bank ada loan bagi membeli tanah kelapa sawit, selagi tanah kelapa sawit terletak di Johor, Sabah atau Sarawak, anda pun boleh apply loan ini dengan saya. Margin of Finance boleh tinggi sampai 70%!! Jika tuan-tuan/puan-puan ingin tahu lebih banyak tentang loan ini, sila hubungi saya,

    Mr Wong ( 016-7788559 ) atau email pun boleh
    Email add: duncanwong85@gmail.com.
    Terima Kasih!!!!

    ReplyDelete