Alhamdulillah bilangan kambing dan biri2 dah mencecah angka 100 dan 101 dengan kelahiran 2 ekor anak kambing kacukan kampung.Bapak dia Robin Van Persie lah ni agaknya.Tak tengok lagi anak 2 ekor tu rupa sapa.Satu pencapaian yang kira boleh dibanggakan untuk penternak baru modal ciput cam den ni.Angka ajaib seterusnya adalah 100 ekor kambing dan 100 ekor biri,makna 200 jumlah keduanya.Jauh lagi nak mencapai tahap Alwigoatfarm ni.Sekian update kali ini..Akan datang banyak nak cerita ni pasal lawatan ke Ladang Pengganda Boer Pondok Tanjung,dan lawatan ke Qudri Farm di Kuala Nerang,Kedah..Tunggguuuu....:-)
KERATONG AGROFARM
BERUSAHA MENJADI PEMBIAK KAMBING/BIRI-BIRI DAN LEMBU YANG BERJAYA.SEMUA ADALAH BAKA KACUKAN KAMPUNG.UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI SDR.AWANG (012-9457579),LOKASI FELDA KERATONG 2,ROMPIN,PAHANG.TERBAIK DARI LADANG!!:-)
Sunday, 19 May 2013
Sunday, 12 May 2013
Tambah stok induk biri-biri
Assalamualaikum dan selamat menyambut Bulan Rejab 1434 Hijriah.Sekejap sungguh masa berlalu pejam celik,pejam celik dah Rejab pastu Sya'aban dan Ramadhan.Jadi sama-sama lah menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin,InsyaAllah akan menjadi bekalan di dunia dan akhirat.Melihatkan situasi semasa dan keluhan dari pengimport kambing dari Australia dan Indonesia maka bolehlah den simpulkan apa yang dijangkakan telah berlaku sekarang.Faktor tukaran matawang(samada Ringgit lemah atau Australian Dollar kuat),prosedur import yang semakin ketat,kos transport semakin tinggi telah mengakibatkan harga kambing dan biri import semakin mahal.Ini diburukkan lagi dengan desakan NGO di Australia yang mendesak kerajaan untuk menghentikan eksport ternakan hidup untuk sembelihan dinegara luar atas faktor layanan agak teruk ke atas haiwan tersebut dan sembelihan ketika haiwan masih sedar yang dikatakan kejam.Inilah masanya untuk meningkatkan pengeluaran tempatan dan menaikkan kembali industri penternakan kepada tahap sara diri negara.
Setelah puas mencari induk biri yang sesuai dengan harga dan kualiti akhirnya berjaya juga membeli 10 ekor induk biri dari sahabat penternak di Linggi,Negeri Sembilan.Den lebih prefer beli induk secara terus dengan penternak daripada dengan orang tengah@trader.Ini penting untuk memastikan kesihatan biri dan harga pun murah sikit dari trader.hehe.Dengan pertambahan 10 ekor ni jadi biri-biri den dah mencapai jumlah 44ekor dengan 28 ekor induk.Target tahun ni 30 ekor sahaja tapi kalau ada modal lebih mungkin nak tambah induk sampai 50ekor,jadi 22ekor lagi dalam sasaran.
Baka yang dibeli kali ini adalah Malin cross,cross apa den tak tahulah sebab terlalu banyak baka pejantan dan induk yang digunakan di kandang bro Hassan kita ni.Santa Ines ada,Siamese Long Tail(SLT) ada,Barbadoss Blackbelly ada jadi anggap jela Malin cross.hehe.Harga yang ditawarkan pun oklah,RM380 sekor induk dan memang ada 10ekor induk sahaja nak dijual,kalau ada 20ekor pun den sapu je semua ni.Tapi rezeki 10ekor je,kira ok dah tu memang susah nak cari penternak nak jual induk biri buat masa sekarang.Pat pat nye,sapa cepat dia punyaa..

Biri dalam kandang bro Hassan ada dalam 60-70 ekor
pilih-pilih..
yang tanda biru tula yang nak dijual..hehe
Awang pula tengah sibuk pasang pagar kawat yang telah setahun berada dalam stor,semangat baru naik agaknya lepas lawatan JPV itu hari.haha..tapi tak mencukupi pulak dah.Kena tambah lagi 5-6 gulung lagi baru cukup pagar sekitar kandang dalam 5ekar luas.Lepas tu bolehlah letak jaring hitam dan lepas kambing dan biri main kawasan tu.Tapi dengan jumlah kambing dan biri sekitar 100ekor memang tak cukuplah kawasan 5ekar memang kena lepas meragut diluar juga.Cuma sekadar tempat beriadah je 5ekar ni..:-)
tiang ni pun dah setahun terpacak..kawat je tak pasang-pasang..
Wednesday, 8 May 2013
Belajar Dari Kesilapan..
Demam PRU 13 dah berakhir dan pemenangnya telah diketahui,sama-sama lah berdoa semoga kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia dapat mentadbir dengan adil,cekap dan amanah.Tolonglah tolak ketepi isu perkauman,itu sangat penting disebabkan sehari dua ini den perhatikan isu perkauman dijadikan topik utama malah muka depan sebuah akhbar yang pemiliknya adalah dari parti kerajaan yang memerintah malah disokong pula oleh Ketua Kerajaan yang baru.Bagaimana pula hala tuju pentadbiran baru sekiranya awal-awal lagi sudah memainkan isu perkauman dinegara yang berbilang kaum ini.Mentadbirlah dengan akal fikiran dan bukan dengan emosi semata-mata.InsyaAllah sebuah negara yang maju baik dari segi rohani dan jasmani dapat dilahirkan kelak.Amin ya rabbal alamin..
Minggu lepas,kandang den dilawati oleh unit JPV Muadzam Shah iaitu Dr.Norarfah dan Pegawai nya Sdr.Ezrul.Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat kandang den yang tidaklah sehebat mana ini.Den amat mengalu-alukan kedatangan tetamu baik sahabat penternak atau dari jabatan yang berkenaan,Jabatan Imegresen amatlah dilarang dari melawat kandang.Paham-paham lah yer.hehe..InsyaAllah kalau ada rezeki adalah bantuan yang akan diberikan,bak kata pepatah "kecil tapak tangan,tapak kaki ditadahkan".Ibarat bulan jatuh ke riba dah ni.Den tak nak bantuan banyak pun kalau dapat mesin Chopper sebijik,pagar cyclone untuk 5ekar,padang ragutan 100ekar dan bantuan kewangan jadilah.Rasa-rasa banyak tak,mintak jelah dapat tak dapat belakang kira.haha..Selama ini dapat juga lah sedikit bantuan dari pihak JPV berupa ubatan macam Terramycin Pink Eye Spray,Scourban Plus,dll.Terima kasih diucapkan kepada pihak JPV kalau ada bantuan bagilah lagi.kihkih..
Kebetulan pula induk biri den mati seekor hari tu,menunjukkan simptom yang hampir sama dengan induk biri yang mati sebelumnya berupa gangguan saraf.Induk Biri Barbadoss pula tu,tiada rezeki untuk mendapat baka BB original nampaknya.Kesimpulannya memang masalah dari segi pemakanan,den bagi dedak Biopalma PKC kepada kambing dan biri.Mungkin kandungan Kuprum@Copper didalam dedak tersebut amat tinggi yang telah menyebabkan berlaku gejala Keracunan Kuprum.Seperti dijelaskan sebelum ini dalam post http://feral-kk.blogspot.com/2012/12/keperluan-kuprumcopper-untuk-biri-dan.html .Jadi secara automatik pemberian dedak Biopalma PKC dihentikan kepada biri dan digantikan dengan dedak Soy Meal Cap Persahabatan FFM.Berkenaan dengan kos ada peningkatan sedikit disebabkan harga dedak Biopalma sekitar RM33 50kg dibandingkan dengan Soy Meal FFM RM48 50kg.Tetapi pemberian dedak ini sekadar makanan tambahan,makanan utama masih lagi ragutan bebas di ladang.Jadi penggunaan adalah minima sekaligus tidaklah peningkatan ketara dari segi kos makanan.
Awang juga telah membeli Pejantan Dorper gred C untuk dijadikan pejantan,gred C tu disebabkan tak ada ciri-ciri Pejantan Unggul kat Dorper ni.Sekadar untuk bermegah sebab adalah Dorper kat kandang den nanti.haha..Den bagi nama Drogba la walaupun putih,dibeli dengan harga murah dari sahabat penternak di Felda Lui.Den lupa nak timbang berat dia tapi anggaran sekitar 30kg++ berusia sekitar 10-12 bulan.

Drogba...tak berapa gagah..
Biri-biri dikandang sendiri..tak payah share dengan kambing dah..
masa meragut,memang tekun lah masing-masing..
kelahiran baru,walaupun ibu dan anak kecik tapi ok laa..rezeki..
Setakat ini ada 3ekor biri jantan yang akan dijual untuk jualan akikah,seekor telah cukup umur dan 2ekor lagi hujung bulan ini cukup umurnya.Alhamdulillah jualan biri kelahiran kandang sendiri memang memberi erti yang cukup besar bagi penternak yang fokus membiak/breeding macam den ni.Kambing jantan pula memang laku lah tak payah tunggu cukup umur dah dijual,rasa macam nak suruh induk kambing tu beranak anak jantan banyak-banyak.haha..Den masih belum membuat sebarang aktiviti pengiklanan untuk jualan disebabkan stok yang ada pun masih sedikit.Itupun permintaan memang banyak dari kawasan sekitar.Ada juga yang sejauh Kelantan bertanyakan induk biri untuk dijual,maaflah induk den memang tak jual sekarang nak tambah lagi ada.hehe..tapi itu petanda positif bahawa semakin ramai yang buka mata pada bidang penternakan sekarang.InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin induk sekitar 100ekor baru den bersedia menjual induk biri dan kambing.Itu target kapasiti yang den tetapkan,walaupun masih jauh perjalanan tapi usaha akan diteruskan ke arah jumlah tersebut.Sama-sama lah berusaha dan berdoa..:-)
Friday, 26 April 2013
Siri Terjah Kandang: Kandang Kambing Aman Man,Taiping,Perak
Assalamualaikum buat sahabat2..dalam suasana negara yang hangat dek PRU13 sekarang,macam2 cerita keluar baik kat akhbar,TV,dan blog2 serta portal berita di internet.Sebgai salah seorang pengundi muda yang pertama kali mengundi den memang teruja untuk mengundi dan den dengan senang hati akan mengundi PAS untuk PRU kali ini.kihkih..apa rahsia2.nak nyatakan sokongan secara terbuka kat parti mana pun takut seolah2 terputus rezeki terus kalau tak menyokong parti yang membentuk kerajaan.Rezeki itu datang dari Allah kita manusia kena berusaha untuk mencari rezeki yang Halal di dunia ni.Harapan den parti mana pun yang menang baik Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional jadilah pemimpin yang adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira batasan kaum,agama,dan tentunya parti disamping dapat mengurus dan mentadbir negara dengan baik.
Minggu sudah,sudah,sudah den berkesempatan menziarah kandang sahabat ternakan di Kamunting,Perak bernama Aman.Asalnya nak gi kandang Alwi tapi dia balik kampung pulak maka tukar plan saat akhir.Kandang Aman ni terletak betul2 di tepi rumah dia,saiz dalam 40x20 dengan bilangan kambing sebanyak hampir 40ekor.Baka terdiri dari Saanen,Anglo,Boer dan kacukan kampung.Bro Aman ni start menternak sejak tahun 2010 yang mana kiranya lagi lama dari den la ni.haha..Sistem yang diamalkan sekarang adalah intensif dengan makanan utama adalah rumput Napier,batang gandum dan dedak sekali sekala.

kemas nampak kandang bro Aman ni..
suasana dalam kandang..
Pejantan Saanen di kandang..
tengah melantak batang gandum..
tanaman napier keliling kandang..
Lama juga lah bersembang dengan bro Aman ni,disebabkan dia pun sama umur tapi dia bujang terlajak lah den tak masuk kategori tu lagi.haha..dia bela full-time kambing ni disamping ada juga buat jualan susu kambing.Dulu katanya buat sistem semi-intensif tapi banyak masalah yelah kawasan kampung marah dek orang jela kalau lepas kambing meragut.jadi tukar kepada intensif.Apapun den doakan semoga sentiasa sukses dan berjaya dalam bidang penternakan kambing ni..lepas borak2 kitaorang pergi melawat kandang penternak bangsa Tionghua yang agak besar jumlah ternakannya di Bagan Serai.Tungguuuuuuuuuu....:-)
Kempenlah sikit musim PRU ni..haha...
Friday, 19 April 2013
Kandang baru dan tapak tanaman salad garden...
Assalamualaikum sahabat penternak sekalian alam,terlebih dahulu den ucapkan takziah kepada ahli keluarga sahabat penternak Allahyarham Shahrul Azhan dari Dino Agrofarm atas pemergian arwah pada hujung bulan lepas.Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang beriman.Al-Fatihah..
Agak lama den tidak mengemaskini blog ini disebabkan kesibukan dengan urusan kerja disamping ketandusan idea dan berita terkini lagi sensasi untuk dikongsi bersama.Nanti ada pula yang beranggapan den dah tutup kandang walaupun kandang baru saiz 20x40 baru sahaja disiapkan.hehe. Banyak nak dikongsi sebenarnya tapi nanti den akan update lagi sekerap mungkin.Kandang baru akhirnya telah disiapkan walaupun hanya bersaiz 20x40 dengan kos keseluruhan RM8k kira dalam RM10 per kaki persegi.Kandang ini 50% adalah hasil tukangan Awang dan selebihnya upah tukang la buat.Jadi den rasa kos yang sepatutnya bagi sebuah kandang sekitar dibawah RM20 perkaki persegi.Jadi janganlah belanja berlebihan untuk pembinaan kandang.Asalkan kukuh dan tahan lama,cantik ka hodoh jatuh nombor 10.hehe..

peringkat awal..Awang la tukangnya..
yang ni upah tukang mat lombok..Paman namanya..
Paman dibantu adiknya memang pakar bab tukang2 ni..
siap sudah..dinding pakai kayu tempahan khas 1x4..
perasmian kandang..ada sebahagian lagi belum pindah..hehe
Buat masa ini den tak bercadang menambah induk kambing,cukup dengan 34ekor induk buat masa sekarang.Den bercadang untuk menambah induk Biri-biri daripada jumlah 17ekor sekarang kepada 30ekor,tetapi agak sukar mendapatkan stok induk biri dengan harga berpatutan sekarang disebabkan permintaan terlalu tinggi dari rakan penternak lain.Sekarang sedang dalam proses menanam Indigofera dan membersihkan tanah sekitar 3ekar untuk tanaman salad garden terdiri daripada Napier,Indigofera@Tarum,Kelor,Glirisidia Sepium,Petai Belalang dll.Den merasakan ada keperluan untuk mewujudkan bekalan makanan terdiri daripada foraj segar dan bernutrien tinggi untuk keperluan akan datang.
Inilah tapaknya..sebahagian telah dibersihkan..traktor bajak pulak rosak..tanam jelah jawabnya..
Pokok Tarum@Indigofera yang akan ditanam di tapak baru..
InsyaAllah jika semuanya berjalan seperti yang dirancang,memang nampak sinar yang cerah dalam bidang penternakan ini.Semoga sentiasa dipermudahkan urusan oleh-Nya dan mendapat sokongan dari sahabat penternak sekalian.Sama-sama wujudkan suasana persekitaran penternakan yang sihat dan kompetetif.hehe..
baka van persie..van nistelrooy,kelahiran triplet tapi 2ekor lagi mati selepas lahir..:-)
Labels:
salad garden,
upgrade kandang
Thursday, 21 March 2013
Tanam sawit ler pulak...
Hujung bulan lepas den berkesempatan melawat projek tanaman kelapa sawit di ....(lokasi dirahsiakan.hehe) berkeluasan 10ekar dan agak jauh dari jalan utama.Lama sudah nak pergi melawat ladang ni cuma tidak berkesempatan disebabkan kesibukan dengan ternakan kambing dan biri-biri.Ini kira projek sampingan den la share dengan Awang.Projek ini telah dimulakan sekitar tahun lepas bermula dengan buat jalan utama,bersih kawasan dan InsyaAllah bulan depan akan ditanam dengan anak pokok sawit.
Kos bersih kawasan menggunakan khidmat Backhoe sekitar RM800 seekar.Disebabkan kawasan agak berbukit jadi Tokey JCB minta lebih sikitlah itupun pada awalnya hendak gunakan Excavator tapi dibatalkan atas faktor muka bumi.1 ekar tanah boleh ditanam sekitar 55-60 batang pokok dan harga satu anak pokok sekarang sekitar RM10-15 bergantung pada usia dan baka.Jadi kalau ambil 60batang seekar 10ekar boleh ditanam 600 batang pokok sawit.Kos RM10 sebatang jadilah RM6000 untuk 10ekar.Upah 'lining',buat lubang dan tanam sekitar RM4 sepokok jadi RM2400 sebatang.Kos permulaan sahaja sekitar Rm16,400 untuk 10ekar.Itu belum kira kos baja dan racun untuk 3tahun sebelum keluar hasil.Tapi inilah dinamakan pelaburan jangka panjang,kena sabar dan ikat pinggang sikit lah jawabnya.hehe..
Dengan harga CPO sekitar RM2400 sekarang,Kadar Perahan Gred 20%,tolak diskaun dan CESS MPOB anggaran harga kebun sekitar RM450 per tan.Dengan purata hasil sawit di Malaysia sekitar 20mt/hektar setahun maka 10ekar dapatlah 80mt bersamaan RM36k setahun.Dengan kos baja,racun,tuai,loading n transport anggaran RM180 setan maka setahun RM14.4k.Pendapatan bersih sekitar RM1800 sebulan dengan jangkaan harga CPO macam den kira lah.Tapi ini pengiraan budak kampung sahaja tak boleh percaya sangat.Haha..

inilah kawasannya..
cantik pemandangan..tapi sebab tak ada pokok lagi..panas wehh..
nampak ada potensi untuk lokasi kandang kambing ni..hehe
Sementara menunggu hasil sawit dalam 3tahun lagi tu,den cadang untuk tanam pisang dulu.Pisang jenis apa belum fikir lagi tapi projek pisang ni den kira JV lah dengan mat indon bernama Panjang yang sebelum ni memang menanam pisang.Untuk tanaman selingan dengan sawit 1 hektar boleh ditanam sebanyak 700-900 pokok pisang jadi 10 ekar dapatlah tanam 3200 batang pokok.1pokok boleh menghasilkan antara 30-100kg buah bergantung pada jenis pokok pisang.Kalau ambil 30kg sepokok 10 ekar dah 96tan untuk 12-24bulan tempoh tuaian.Dengan harga sekitar RM1 per kg dapatlah RM96k.Biar betul nih ni dah banyak dari hasil sawit.Kos anak benih sekitar RM1.50 sepokok iaitu bersamaan RM4800 dan kos baja RM5200.Pendapatan kasar sekitar RM86k untuk jangka masa 24 bulan dapatlah RM3580 untuk sebulan.Banyak juga hasil pisang ni..lagi sekali ini pengiraan budak kampung je,den main hentam keromo..hihi..
anak-anak kambing batch tahun ni..anak Boer jgak yang besar.hihi
Friday, 8 March 2013
Penyakit Ganjil Biri-biri
Penyakit Zoonotik diklasifikasikan sebagai penyakit yang boleh berpindah daripada haiwan kepada manusia.Antaranya ialah Brucellosis,Caseous Lymphadinitis(CL),Johne's Disease,Leptospirosis(Kencing Tikus),Listeriosis (Circling Disease),Melioidosis dan Soremouth (Puru).Mungkin ada lagi penyakit lain tapi setakat yang den tahu yang tu jela.Jadi kena hati-hati bila 'handle' kes penyakit yang masuk kategori zoonotik ni.
Kebiasaannya kalau ada kambing dan biri yang menghidapi penyakit yang biasa terjadi dan dikenalpasti seperti kecacingan,selesema dan batuk,dan puru memang mudah diatasi.Tetapi jika berlaku penyakit yang ditakrifkan jarang berlaku dan mungkin pertama kali berlaku di kandang den kena ambil langkah berhati-hati.Mana tau penyakit itu zoonotik dan boleh berpindah kepada manusia maka kena 'alert' dengan benda-benda macam ni.Jangan buat suka hati jer,boleh post-mortem tapi jika agak-agak kurang yakin tu samaada panggil JPV atau tanam jela senang.hehe..
Sebelum ini ada berlaku kes pregnancy toxemia@ketosis pada kambing induk dara den.Yang ini mudah dikenalpasti,selalunya berlaku pada induk yang mengandung dan kekurangan tenaga dan mungkin juga overload cacing dalam perut.Akibat kekurangan tenaga yang diperlukan untuk anak dalam kandungan,lemak pada induk ditukar kepada glukosa untuk memenuhi keperluan anak.Jadi Induk pun bermasalah kekurangan simpanan lemak yang cukup untuk kegunaan sendiri.Pada kes den induk dara ni beranak dan anak mati,dia pulak jadi lemah lepas beranak tak boleh bangun dan kepala teleng ke belakang.Nampak macam tak boleh diselamatkan jadi den sembelih je senang.

Induk Dara dah nazak
Kes kedua terjadi pada biri tapi yang ini agak ganjil bagi den sebab tak pernah lihat simptom sebegini.Kelihatan kepala induk biri yang mempunyai anak berusia 2-3bulan ini senget ke kanan dan dia berpusing setempat ikut arah kepala,maknanya pusing kekanan tanpa henti tapi tidak jatuh.Dan 2 ekor pejantan biri den sibuk nak memanjat induk ni.Jadi den tak pasti perkara ini berlaku sebelum dipanjat atau selepas/semasa dipanjat pejantan.Awang cakap dia tengok induk tu sihat semasa dipanjat pejantan jadi kemungkinan den rasa akibat pergelutan yang terjadi antara 2 pejantan untuk memanjat tu mengakibatkan induk ni tertanduk dan urat teralih.Dan ini disahkan Pegawai Veterinar yang mengatakan kes begini selalu terjadi.Den juga bertanya pada sifu Alwi dia memberikan 2 sebab samada akibat keracunan kuprum@copper atau keracunan sejenis bakteria dalam najis kucing.Bertanya pada ahli group di Facebook ada yang memberi pendapat mengatakan Ketosis,Tetanus dan Melioidosis.Tapi bila den rujuk maklumat di internet den menjumpai penyakit yang dinamakan Listeriosis@Circling Disease .
Kepala teleng ke kanan..kalu luruskan balik pun dia akan kembali ke asal..hari esoknya mati..
Sedikit info pasal Listeriosis " Listeria moncytogenes is a
disease causing, gram positive bacterium that causes a bacterial infection of
the brain and central nervous system, called listeriosis. Listeriosis in sheep is also called circling
disease. Pathogenesis affects not only
sheep, but also humans and other animals as well. The
animal can show signs of confusion, walking in circles "circling", uncoordinated
movements, inability to eat or drink, fever, and depression. You may also see
drooping of the ears, protrusion of the tongue, holding of the head to one side
of the body, and possible excessive salivation. When animals begin to show these clinical
signs and symptoms death can occur within a couple of days. In sheep, listeriosis often times causes
abortion at 12 weeks or later, encephalitis, and retained placentas.Listeriosis is a zoonotic disease so
humans can contract this bacterium in many ways. Immuno suppressed patients, pregnant women,
and young children should be especially careful around sheep and lambs, but
anyone can get listeriosis".
Jadi den tak pasti penyakit sebenarnya tapi boleh dikatakan 60% den rasa Listeriosis nilah. Harap selepas ini tak timbul lagi masalah penyakit ini.Kalau ada lagi makan masa panjang untuk diubati.Paling senang sembelih dan tanam jela.hehe..
anak biri-biri 1-3 bulan..:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)