Cari disini....

Thursday 28 April 2016

Siri Terjah Negara Orang - Jelajah Korea Secara Solo Bab 2 Gyeongbokgung Palace,Hanok Village,N-Seoul Tower dan Nandaemum

Hari ke 3 awal pagi den gerak ke Gyeongbokgung Palace..pusing2 dalam tu melihat sejarah lama Korea..ramai jugaklah pelancong majoriti dari Tanah Besar China..den macam biasa turun station Gyeongbokgung dengan penuh keyakinan tapi akhirnya sesat dalam bandar..tapi ada Google Maps ni senang, google aje jumpe lah tempatnya..just kena berjalan kaki sambil menikmati suasana bandar..kawasan istana ni boleh tahan luasnya di apit oleh 2 buah gunung iaitu Gunung Namsan dan Gunung Bugaksan..den berhajat nak mendaki gunung ni masa akan datang..Insyaallah..
masa sesat..lengang sungguh waktu pagi...


sejarah Gyeongbokgung Palace

peta

pintu masuk..

hat ni tak leh masuk


Habis meronda kawasan istana ni, den gerak ke Hanbok Hanok Village, kalau naik subway kena turun stesen Anguk..tapi tengok Google Maps macam dekat ajer..den menapak ajelah dalam 2km rasanya..tapi bila sampai di Hanok Village sebenarnya tak delah menarik sangat, setakat tempat untuk orang ambil gambar dengan Hanbok (pakaian tradisional Korea). Den pun gerak ke destinasi seterusnya N-Seoul Tower/Namsan Tower dekat Myeongdong.
Namsan Park..ramai orang kat sini..


Ada kereta kabel untuk naik ke puncak Bukit Namasan ni..tapi den macam biasa memilih untuk mendaki bukit ni..lagipun cuaca sejuk, sedap mendaki sejuk2 ni..badan tak melekit sangat, lagipun tak adelah tinggi manepun Bukit Namsan ni dalam 260m ajer..mendaki la den sesorang n tak ramai rasanya memilih untuk mendaki..ramai yang naik kereta kabel..
papan tanda sebelum naik..

nak sampai dah ni..bajet hensem siket..

lengang ajer..tak ramai yang mendaki..


Tapi bila sampai di puncak bukit, ramai sungguh umat manusia duk menunggu turn naik lift ke puncak menara..jadi den memang malas lah nak beratur semata2 nak naik menara tu...lepak2 jap pastu turun mendaki balik..lepas tu terus ke Dongdaemum tempat shopping..den beli strawberry aje pusing2 kejap balik guesthouse...
sekali kat atas..ramai sungguh orang..
pemandangan dari atas bukit Namsan..

tempat letak mangga...

lawa jugak view dari atas ni..
strawberry Won 3000 ajer..


Malam tu duk plan ingat nak pi Busan..tapi macam ramai jugak orang kawasan tu..terbaca ada sahabat post di group Backpakcers Buddies Malaysia (BBM) di FB mengenai satu pulau di Wando selatan Korea..Pulau Cheongsando namanya..dengan pemandangan agak menarik dan jauh dari hiruk pikuk manusia..jadi den plan untuk pergi ke pulau tu esoknya...jeng jeng jeng...

No comments:

Post a Comment