Cari disini....

Wednesday 22 June 2016

Siri Terjah Negara Orang - Jelajah Korea Secara Solo Bab 4 Cheongsando Island

Rabu 13/04/2016-Hari kelima di bumi Korea..Malam tadi den sembang2 dengan Hyoseon dan seorang lagi awek Korea(noona) yang menginap di guesthouse. Noona ni pun plan untuk ke Cheongsando Island tapi akan pergi hari Khamis dia nak stay sehari lagi di guesthouse tu. Mujurlah Hyoseon boleh cakap omputih siket2 ade la jugak kawan bersembang..malam tu den makan vegetable pizza kat kedai bawah Guesthouse..ada lebih siket simpan untuk sarapan pagi ni..Hyoseon bagitau siap2 kalau ombak kuat feri tak leh beroperasi..kalau hujan pun tak leh gi mana2 lah kat pulau Cheongsando nanti..

pizza sayur+kopi..sedap bila perut tengah kebulur..

meneliti peta Cheongsando dengan Hyoseon dan Noona..


Sekali pagi ni hujan pulak..bangun solat subuh siap2 tengok luar hujan lebat..aduii harap2 hujan reda sebab nak gi jalan2 kat Pulau Cheongsando..Alhamdulillah dalam kul 8.30 pagi hujan mulai reda..den pun berkemas siap2 nak tunggu bas ke Wando Town dalam pukul 9.15 pagi..

hujan lebat tuu..

Sekali lagi naik Shinji Bus dan turun sekitar Pasar berhampiran Wando Ferry Terminal,.kemudian jalan kaki ajelah sambil menikmati pemandangan sekitar bandar Wando dan jeti, Bau agak hanyir dengan hasil dari laut seperti abalone,titmun laut dll. 
menyusuri jeti nelayan..bau ashemm...

Jalan kaki dalam 300m jugaklah nak ke Terminal Feri tu..Hyoseon dah inform awal2 pasal jadual perjalanan feri pergi dan balik dan jadual bas dari Wando ke Seoul. Siap call stesen bas tolong tanyakan jadual tu..Kamsahamnida Hyoseon..sampai terminal beli tiket kena tunjuk passport sekali untuk pelancong luar Korea, yang mana den rasa pada hari tu den seorang je kot bukan orang Korea. Harga tiket sehala Won 7,700 duduk ajelah kat mana suka. Ramai jugak pelancong yang nak melawat Cheongsando Island waktu ni..

Wando Ferry Terminal..

Tiket sehala Won 7,700

boleh jugak ke pulau lain sekitar Wando...


ini pelancong yang datang berkumpulan..

Waktu nak naik feri ada tukang cek tiket, sekali lagi kena tunjuk passport. Mengagau jugak nak ambik passport dah simpan siap2 dalam beg. Feri ni kira besar jugaklah ada 3 tingkat..tingkat 1 untuk kereta,2 dan 3 untuk penumpang. Den duk kat tingkat 3 siap ada gazebo/perzola sambil menikmati pemandangan dan kesejukan angin laut.Serius sejuk giler..menyesal pulak duk kat atas..tapi kalu kat tingkat 2 kena tanggal kasut, tu yang malas tuu..

kereta masuk dulu..baru penumpang..

tingkat 2..siap picnic lagi..

tingkat 3..duk bawah gazebo..syok oww...

mase ni terketar-ketar dah kesejukan..

Perjalanan amik masa dalam sejam, jadi kol 11.30 am sampaila di jeti Cheongsando Island. Den dah book satu Pension apa nama lupa dah..tapi owner dia Mr.Kim sangat peramah dan boleh speaking omputih sebab dia kerja lama gila di Canada, kumpul duit banyak2 dan decide untuk pencen di Korea. Harga pension dalam Won 50,000 agak mahal tapi sebab dah last minute arrangement belasah ajelah.

Pekan kecik Cheongsando..

menapak dari jeti ke pension..

antara tempat penginapan yang ada..

tanaman canola sumber utama ekonomi di sini..

slow walking festival..

siap bawak map..cari Dang-ri

jalan2 terlajak pulak..usha map lagi..

tudia pension atas bukit..

kemas dan cantik..

ruang dalam pension..

Mr.Kim..baik sangat..

Masa nak cari pension tu..tersesat jugaklah sebab berpandukan peta dan Google Maps. Tulah Mr.Kim nak datang ambil kat jeti den jual mahal sebab nak berjalan kaki. Sekali tak jumpa pulak pension dia tu. Lepas call Mr.Kim akhirnya jumpa jugak pension atas bukit tu. Memang cantik ruang dalam pension tuu..ada dapur apa suma,.senang nak masak maggi nanti. Lepas letak bag, solat jamak qasar den terus gi Pekan kat jeti tadi ingat nak sewa basikal untuk ronda2. Sewa basikal untuk sehari dalam Won 10,000. Tapi silap percaturan den sebab bentuk muka bumi Cheongsando agak berbukit bukau..jadi basikal bukanlah alternatif yang baik..tapi disebabkan dah sewa..belasah ajelah..
basikal laa sangat...

Petang tu sempatlah berbasikal dan berjalan sekitar pension tu..di Cheongsando di famous dengan Slow Walking Festival dari 1 April sampai 30 April tiap tahun. Boleh berjalan/trekking sekitar pulau dengan 11 trails yang ada sejauh 42 km. Cheongsando juga diiktiraf sebagai Slow Walking City di mana aktiviti penduduk dia masih berkisar pada pertanian menggunakan kaedah lama. Untuk maklumat lanjut rujuk http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_4_12_15_1.jsp . Untuk makan malam disebabkan nak dapatkan makanan halal agak mustahil den masak maggi ajelah. Nak beli telur kedai jual sepapan, nak mintak telur ayam kat Mr.Kim segan pulak..

dinner time..

bersambung lagi....















No comments:

Post a Comment