Cari disini....

Saturday 12 October 2013

Siri Terjah Kandang Bersiri: Ldg.Infoternak,Syamille Agrofarm dan Highhill Farm

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat2 penternak dan bakal penternak dan yang minat menternak.Tengah mood raya haji sekarang maka sibuklah sikit dengan tempahan untuk korban dan kenduri sempena raya.Lembu pun terjual lah 2ekor untuk korban,ramai yang mengeluh kata permintaan untuk lembu korban raya ni agak rendah berbanding tahun sebelumnya.Mungkin disebabkan faktor harga yang mencanak naik,tahun lepas sekitar 2100-2300 (baka KK ladang sawit) tahun ini 2400-2600,lembu import jangan citerla dengan nilai Baht yang tinggi berbanding RM(10baht=0.97ringgit,dulu 10baht=1ringgit lebih) dan bekalan yang semakin kurang,den difahamkan China sekarang semakin meningkat penggunaan daging lembu dan dengan siapnya laluan keretapi baru menghubungkan Selatan China dan Laos memudahkan pengangkutan barang ke China dan laluan baru yang akan menghubungkan Thailand dan Laos masih dalam proses perbincangan.Lembu Australia kurang sesuai untuk korban disebabkan saiz terlalu besar(permintaan kurang) sekitar 350-450 kg seekor hanya sesuai untuk jualan daging.

Minggu sudah den berpeluang berkunjung ke Agrofest Perak 2013 bertempat di Ladang Infoternak Sg.Siput.Den pergi bersama rakan seperkambingan iaitu Bro Khairi(Ketemba Agrofarm) dan Bro Aman Man.Di sana kami berjumpa dengan Bro Syed Elyas(Qudri Farm) dan Sifu Alwi(Alwigoatfarm),tahniah den ucapkan pada Alwi di atas Anugerah Penternak Jaya Ruminan Perak.Mungkin satu hari nanti den dan sahabat2 yang lain juga berpeluang menerima anugerah tersebut.hehe..tapi tak sahlah kalau pergi ke kawasan kandang kambing sekiranya tak melawat kandang ye tak?dengan bantuan kabel bawah tanah Bro Aman dapatlah den masuk ke dalam kandang kambing di Infoternak ni,biasa memang tak dibuka untuk lawatan luar.Ada sekitar 5-6 kandang kambing di dalam ladang ini.Kandang yang sempat den pergi adalah kandang kambing susu terdiri dari baka Saanen,Toggernburg dan British Alpine,kalau harga pasaran sekarang RM3000 sekor untuk induk..


Kandang kambing susu

Baka British Alpine..
 
Baka Toggernburg..


Baka Saanen agak menyedihkan..kurus..
 
 
Dari segi penghasilan susu den tak sempat pula bertanya tapi melihat kepada keadaan kambing dan ambing nya rasanya mungkin tidak sebanyak mana.Disebabkan kesibukan pegawai bertugas untuk Agrofest jadi tak dapatlah lama berada di kandang kambing ini.Selepas sesi brainstorming kami bertiga memutuskan untuk ke Syamille Agrofarm yang sekitar 20km dari Ladang Infoternak.Syamille Agrofarm merupakan Ladang Pengganda Boer MARDI.Bersambung di episod akan datang..mood malas menulis kembali menjelma..:-P
 
 

2 comments:

  1. saya beli lembu sekor harga rm3550 di sabah. berat kurang 200kg dan umur bawah 2 tahun.

    ...gile punya harga. tapi tiada pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trynosaurusly mahal tu bro zul..dkat rm18 per kilo..kt smenanjung bru rm11-12 per kilo..kaya2 org Sabah ni gayanya.hehe..ptut Felda bela lembu byk2 kt Felda Sahabat (keluasan sama dgn Singapura)..kalu dgn hrga mcm tu mmg untung la..:-)

      Delete