Cari disini....

Loading...

Monday, 14 July 2014

Bulan Ramadhan...

Selamat berpuasa diucapkan pada sahabat2 seantero dunia penternakan. Moga dipermudahkan untuk kita melakukan amalan baik yang dilipat gandakan pahalanya di bulan nan mulia ini. Doa berpanjangan juga diberikan untuk sahabat2 seagama di bumi Palestin yang sedang berhadapan dengan ancaman perang rejim Zionis. Kagum den ada kalangan sahabat dari Malaysia sanggup pergi berjuang bersama di Palestin, semoga beroleh kemenangan hendaknya. Bagi yang tak mampu berkorban seperti sahabat kita macam den ni kita doakanlah keselamatan dan kemenangan, di samping bersedekah kepada badan2 yang menyalurkan bantuan ke sana seperti Aman Palestin. Insyaallah...






Baru2 ini ada kedai alatan ternakan baru di buka di Muadzam Shah, lagi dekat dari kedai lama yang selalu den pergi di Bahau. Harga dedak tinggi sikit dari  Bahau tapi memandangkan jarak yang lebih dekat kira berbalui jugaklah. Antara yang den jumpa adalah garam jilat jenama Red Rockies, 1 ketul 10kg harga RM35 seketul. Kalu KNZ yang biasa den guna tak ada Copper tapi yang ni ada..cuma Calsium dan Phosphorus ja xda.Ka memang dia dah formulate untuk ternakan jenis meragut..




Reaksi positif dari geng kambing ni..


Geng biri boleh ka pakai garam ni..buat masa ni garam jilat KNZ masih tak habis lagi kat kandang biri. Den ingat nak pakai Red Rockies jugaklah nanti. Dulu den ada cakap den bela ayam kat dalam kawasan sekitar kandang ni. Bermula dari tak sampai 10ekor ayam yang den selamatkan dari virus sampar ayam yang melanda di kawasan perumahan, dia dah membiak jadi 60-70ekor masalahnya bila dah ramai diorang pakat tidur kat kandang biri..kat kandang kambing diorang bantai bertelur. Nak halau takut merajuk jadi den biarkan ajelah ayam tu mengeram..inilah hasilnya..
dah selamat menetas..

sekali menetas 7-8 ekor..cepat betul membiak..
Reban ayam hutan...awang punya kerjaa...


Takut masalah hama pulak nanti melanda kawanan kambing..xpa raya nanti siaplah den kerjakan diorang ni..buat rendang ayam kampung barulah kaww...




6 comments:

  1. Mana ayam piru yg demo beli kat QUDRIFARM. Reban untuk ayam hutan tu sesuai sangat untuk anak piru. Cuma beli kain kelambu untuk buat penutup bagi mengelak nyamuk. Satu lagi, nasi boleh digaul dengan daun munggai. depa cukup suka daun ini. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Pak Lah,ayam piru den mati dah..tnggal ayam mutiara ja.ssah jgak bela ayam piru ni.agak sensitive brbndg mutiara.xpa nanti pi beli lg kt Qudri Farm.hehe..

      Delete
  2. selamat berjuang kepada mereka yang ingin syahid di bumi palestin!

    ReplyDelete
  3. antik reban ayam hutan tu..

    btw, ayam kampung bela dalam kawasan kandang kambing memang cepat membiak. agaknya pasal banyak ulat celah celah tahi kambing. makromineral dan mikromineral tinggi. cukup zat untuk pembiakan.

    silap silap, ayam jadi utama. kambing dan bebiri jadi sampingan. cuma untuk penuhkan tahi bawah kandang buehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempah khas tu alwi..bumbung pun xda lg tu.hehe..aku rasa hbis dah sgala ulat2 kt bwh kndang tu.dh jadi tmpat diorg mandi pasir dah.dah kna beli jagung plak utk ayam2 ni.kalu x diorg ugut ceroboh kndang kmbing time bg dedak..

      ayam ni xdala sangat, sekadar untuk buat lauk raya je ni.hehe..

      Delete