Cari disini....

Wednesday, 22 June 2016

Siri Terjah Negara Orang - Jelajah Korea Secara Solo Bab 4 Cheongsando Island

Rabu 13/04/2016-Hari kelima di bumi Korea..Malam tadi den sembang2 dengan Hyoseon dan seorang lagi awek Korea(noona) yang menginap di guesthouse. Noona ni pun plan untuk ke Cheongsando Island tapi akan pergi hari Khamis dia nak stay sehari lagi di guesthouse tu. Mujurlah Hyoseon boleh cakap omputih siket2 ade la jugak kawan bersembang..malam tu den makan vegetable pizza kat kedai bawah Guesthouse..ada lebih siket simpan untuk sarapan pagi ni..Hyoseon bagitau siap2 kalau ombak kuat feri tak leh beroperasi..kalau hujan pun tak leh gi mana2 lah kat pulau Cheongsando nanti..

pizza sayur+kopi..sedap bila perut tengah kebulur..

meneliti peta Cheongsando dengan Hyoseon dan Noona..


Sekali pagi ni hujan pulak..bangun solat subuh siap2 tengok luar hujan lebat..aduii harap2 hujan reda sebab nak gi jalan2 kat Pulau Cheongsando..Alhamdulillah dalam kul 8.30 pagi hujan mulai reda..den pun berkemas siap2 nak tunggu bas ke Wando Town dalam pukul 9.15 pagi..

hujan lebat tuu..

Sekali lagi naik Shinji Bus dan turun sekitar Pasar berhampiran Wando Ferry Terminal,.kemudian jalan kaki ajelah sambil menikmati pemandangan sekitar bandar Wando dan jeti, Bau agak hanyir dengan hasil dari laut seperti abalone,titmun laut dll. 
menyusuri jeti nelayan..bau ashemm...

Jalan kaki dalam 300m jugaklah nak ke Terminal Feri tu..Hyoseon dah inform awal2 pasal jadual perjalanan feri pergi dan balik dan jadual bas dari Wando ke Seoul. Siap call stesen bas tolong tanyakan jadual tu..Kamsahamnida Hyoseon..sampai terminal beli tiket kena tunjuk passport sekali untuk pelancong luar Korea, yang mana den rasa pada hari tu den seorang je kot bukan orang Korea. Harga tiket sehala Won 7,700 duduk ajelah kat mana suka. Ramai jugak pelancong yang nak melawat Cheongsando Island waktu ni..

Wando Ferry Terminal..

Tiket sehala Won 7,700

boleh jugak ke pulau lain sekitar Wando...


ini pelancong yang datang berkumpulan..

Waktu nak naik feri ada tukang cek tiket, sekali lagi kena tunjuk passport. Mengagau jugak nak ambik passport dah simpan siap2 dalam beg. Feri ni kira besar jugaklah ada 3 tingkat..tingkat 1 untuk kereta,2 dan 3 untuk penumpang. Den duk kat tingkat 3 siap ada gazebo/perzola sambil menikmati pemandangan dan kesejukan angin laut.Serius sejuk giler..menyesal pulak duk kat atas..tapi kalu kat tingkat 2 kena tanggal kasut, tu yang malas tuu..

kereta masuk dulu..baru penumpang..

tingkat 2..siap picnic lagi..

tingkat 3..duk bawah gazebo..syok oww...

mase ni terketar-ketar dah kesejukan..

Perjalanan amik masa dalam sejam, jadi kol 11.30 am sampaila di jeti Cheongsando Island. Den dah book satu Pension apa nama lupa dah..tapi owner dia Mr.Kim sangat peramah dan boleh speaking omputih sebab dia kerja lama gila di Canada, kumpul duit banyak2 dan decide untuk pencen di Korea. Harga pension dalam Won 50,000 agak mahal tapi sebab dah last minute arrangement belasah ajelah.

Pekan kecik Cheongsando..

menapak dari jeti ke pension..

antara tempat penginapan yang ada..

tanaman canola sumber utama ekonomi di sini..

slow walking festival..

siap bawak map..cari Dang-ri

jalan2 terlajak pulak..usha map lagi..

tudia pension atas bukit..

kemas dan cantik..

ruang dalam pension..

Mr.Kim..baik sangat..

Masa nak cari pension tu..tersesat jugaklah sebab berpandukan peta dan Google Maps. Tulah Mr.Kim nak datang ambil kat jeti den jual mahal sebab nak berjalan kaki. Sekali tak jumpa pulak pension dia tu. Lepas call Mr.Kim akhirnya jumpa jugak pension atas bukit tu. Memang cantik ruang dalam pension tuu..ada dapur apa suma,.senang nak masak maggi nanti. Lepas letak bag, solat jamak qasar den terus gi Pekan kat jeti tadi ingat nak sewa basikal untuk ronda2. Sewa basikal untuk sehari dalam Won 10,000. Tapi silap percaturan den sebab bentuk muka bumi Cheongsando agak berbukit bukau..jadi basikal bukanlah alternatif yang baik..tapi disebabkan dah sewa..belasah ajelah..
basikal laa sangat...

Petang tu sempatlah berbasikal dan berjalan sekitar pension tu..di Cheongsando di famous dengan Slow Walking Festival dari 1 April sampai 30 April tiap tahun. Boleh berjalan/trekking sekitar pulau dengan 11 trails yang ada sejauh 42 km. Cheongsando juga diiktiraf sebagai Slow Walking City di mana aktiviti penduduk dia masih berkisar pada pertanian menggunakan kaedah lama. Untuk maklumat lanjut rujuk http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_4_12_15_1.jsp . Untuk makan malam disebabkan nak dapatkan makanan halal agak mustahil den masak maggi ajelah. Nak beli telur kedai jual sepapan, nak mintak telur ayam kat Mr.Kim segan pulak..

dinner time..

bersambung lagi....















Sunday, 19 June 2016

Siri Terjah Negara Orang - Jelajah Korea Secara Solo Bab 3 Wando,Cheongsando Island

Sambungan siri jelajah Korea..Hari ke 4 di Seoul den decide untuk pergi ke sebuah pulau terpencil di Selatan Korea iaitu Cheongsando Island. Pulau ni tak popular macam Jeju Island kalau Jeju kena naik flight dari Busan. Cheongsando Island ni boleh naik feri aje dari Wando. Jadi pagi2 den dah gerak ke Seoul Bus Terminal(SBT) untuk cari bas ke Wando. Dari SBT ke Wando anggaran masa dalam 6 jam..mereput lah dalam bas tu nanti..sampai ke SBT kena cari lane ke Heonam, sebab bas ke Selatan semua ada kat situ..sampai kat situ banyaklah ada kaunter bas,cari ja yang ada tulis Wando..awek yang jaga kaunter tu bolehlah berbahasa English siket..harga tiket Won 24,900 bas kol 10.20 a.m. Sila amik perhatian pengangkutan awam di Korea sangatlah punctual..kalau dia tulis 10.20 am bermakna 10.20 am lah dia jalan..kalau datang lambat jawabnya melepaslah..

inilah basnya..penuh dengan ahjumma n ahjussi aje..

tiket bas..awek kaunter siap bulatkan tauu..


Dalam bas duk sebelah ahjussi..nak borak takut dia tak paham..jadi layan tengok pemandangan luar ajelah..Bas ni akan berhenti sekali aje dekat R&R..boleh tahan jugak R&R nya...kalau nak ke bilik air dan makan inilah masanya..tapi diorang berhenti tak lama..dalam 15minit rasanya..
layan view sepanjang highway..

Rehat dan Rawat..

Dalam pukul 4.30 pm sampailah den dekat Wando Bus Terminal..Wando ni kira bandar tepi laut, industri utama dia adalah berkaitan laut iaitu perikanan..memandangkan guesthouse yang dh di book agak jauh dari bandar jadi den kena amik bas local dari WBT ke Sinji-myeon dalam 15minit lah. Tambangnya  Won 1,300. Sekali lagi bas dipenuhi dengan ahjumma dan ahjussi..dan den pun tak tau nak berhenti kat mana, terlepas stesen agaknya..nasib baik owner guesthouse Hyoseon-unni sudi tunggu dekat stesen tempat sepatutnya den berhenti.hihi..
dalam bas..bersih dan cantik basnya..

ni masa dah terlajak dah..kena tunggu driver minum kejap..


Den bermalam semalam di sini..best guesthouse nya betul2 mengadap pantai..memang sejuk giler lah..mujurlah Hyoseon bagi heating pad,syok tidur sorang2 dalam bilik tu..hihi..

kedudukan Wando..

Male room..tapi den seorang je malam ni..

mengadap pantai...

nota di dinding guesthouse..den kira orang Malaysia ke2 la agaknya yg smpai di sini..

Esoknya den gerak ke Wando Ferry Terminal untuk ke Cheongsando Island...bersambung lagi...







Thursday, 28 April 2016

Siri Terjah Negara Orang - Jelajah Korea Secara Solo Bab 2 Gyeongbokgung Palace,Hanok Village,N-Seoul Tower dan Nandaemum

Hari ke 3 awal pagi den gerak ke Gyeongbokgung Palace..pusing2 dalam tu melihat sejarah lama Korea..ramai jugaklah pelancong majoriti dari Tanah Besar China..den macam biasa turun station Gyeongbokgung dengan penuh keyakinan tapi akhirnya sesat dalam bandar..tapi ada Google Maps ni senang, google aje jumpe lah tempatnya..just kena berjalan kaki sambil menikmati suasana bandar..kawasan istana ni boleh tahan luasnya di apit oleh 2 buah gunung iaitu Gunung Namsan dan Gunung Bugaksan..den berhajat nak mendaki gunung ni masa akan datang..Insyaallah..
masa sesat..lengang sungguh waktu pagi...


sejarah Gyeongbokgung Palace

peta

pintu masuk..

hat ni tak leh masuk


Habis meronda kawasan istana ni, den gerak ke Hanbok Hanok Village, kalau naik subway kena turun stesen Anguk..tapi tengok Google Maps macam dekat ajer..den menapak ajelah dalam 2km rasanya..tapi bila sampai di Hanok Village sebenarnya tak delah menarik sangat, setakat tempat untuk orang ambil gambar dengan Hanbok (pakaian tradisional Korea). Den pun gerak ke destinasi seterusnya N-Seoul Tower/Namsan Tower dekat Myeongdong.
Namsan Park..ramai orang kat sini..


Ada kereta kabel untuk naik ke puncak Bukit Namasan ni..tapi den macam biasa memilih untuk mendaki bukit ni..lagipun cuaca sejuk, sedap mendaki sejuk2 ni..badan tak melekit sangat, lagipun tak adelah tinggi manepun Bukit Namsan ni dalam 260m ajer..mendaki la den sesorang n tak ramai rasanya memilih untuk mendaki..ramai yang naik kereta kabel..
papan tanda sebelum naik..

nak sampai dah ni..bajet hensem siket..

lengang ajer..tak ramai yang mendaki..


Tapi bila sampai di puncak bukit, ramai sungguh umat manusia duk menunggu turn naik lift ke puncak menara..jadi den memang malas lah nak beratur semata2 nak naik menara tu...lepak2 jap pastu turun mendaki balik..lepas tu terus ke Dongdaemum tempat shopping..den beli strawberry aje pusing2 kejap balik guesthouse...
sekali kat atas..ramai sungguh orang..
pemandangan dari atas bukit Namsan..

tempat letak mangga...

lawa jugak view dari atas ni..
strawberry Won 3000 ajer..


Malam tu duk plan ingat nak pi Busan..tapi macam ramai jugak orang kawasan tu..terbaca ada sahabat post di group Backpakcers Buddies Malaysia (BBM) di FB mengenai satu pulau di Wando selatan Korea..Pulau Cheongsando namanya..dengan pemandangan agak menarik dan jauh dari hiruk pikuk manusia..jadi den plan untuk pergi ke pulau tu esoknya...jeng jeng jeng...

Tuesday, 19 April 2016

Siri Terjah Negara Orang- Jelajah Korea Secara Solo Bab 1 Nami Island dan Itaewon

Assalamualaikum..annaeyong sayo..kali ni nak lari dari cerita lembu kambing dan biri. Nak cita pasai pengalaman den mengembara secara solo selama seminggu di Korea Selatan. Kenapa pilih Korea?Sebab den rasa Korea ni antara negara yang selamat untuk dijelajahi secara solo..kenapa solo?sebab den rasa den ni antara spesis Introvert lebih suka menyendiri dari bersosial jadi travelling alone should be the best choice lah..lagi pun paling menyampah kalu nak kena tunggu orang..jadi den beli siap2 bulan November 2015 return ticket Air Asia KL-Incheon with 2meals (nasi dagang and nasi lemak) 9-16/4/2016 pada harga RM1200. Den book siap2 single room with shared bathroom di Kimchee Guesthouse Sichon dari 9-16/4 pada harga 167K Won@RM620 (bayar bila check-in,no booking deposit needed). Itinerary plak den buat seminggu sebelum berangkat.

So berangkatlah den pada pagi Sabtu 1.00 am dari KLIA2 ke Incheon International Airport berbekalkan duit poket sekitar 1.2juta won@RM4050. Dalam flight duduk sebelah amoi Malaysia tapi baru nk ekjas amoi ni dh bgtau dia dtg dgn boyfriend n request kat den untuk tukar seat dgn BF dia. Den xda hal bab ni, tukar ajelah lagipun duk sebelah amoi jugak di seat baru. Sampai dalam kol 8.30 pagi di Incheon..solat subuh dalam flight aje..lepas custom and immigration check perkara pertama den buat cari information counter, amik map and tanya direction to train station. Lepas tu singgah kedai topup T-money 30k won dan beli simkad Olleh 31k won. Naik AREX terus ke Hongik University Station tp amik yang all stop lah..kalau Express dia terus ke Seoul Station tak da berenti dah kat station sepanjang perjalanan.

AREX station Incheon..

Sampai di station Hongik Uni terus den menonong mencari Kimche Guesthouse Sichon..nasib baik dah beli sim kad Olleh..google maps aje, bangunan dia agak tersorok belakang Paris Baguette di Hongdae. Den sampai guesthouse dalam kol 12.00pm (waktu Korea awal 1 jam dari Malaysia) tapi check in time sekitar pukul 3.00pm. Nasib baik bilik dah kemas so boleh check in awal,.lepak2 lepas solat terus pusing Hongdae. Den pilih Hongdae sebab baca review geng2 yang dah pernah pergi bagitau tempat ni meriah sikit. So menapak ajelah dalam 200m aje pusing2 tengok apa yang ada..cuma kemeriahan kurang lagi sebab masih siang..malam baru meriah katanya..last2 beli lamb kebab kat Istanbul Kebab rega 5k won bawak balik makan kat bilik.

Lamb Kebab...

Single room...

Malamnya memang meriah Hongdae Market ni..banyak kedai2 jualan dan street perfomances. Rata2 nya menari ala2 kpop laa..Selain dari tu, tak ada yang menarik sangat..Esoknya 10/4 awal pagi den gerak ke Nami Island, walaupun den ada tulis nota untuk arah ke Nami Island tp tak baca sangat sebab pakai apps Subway (Korea Subway n Subway Navigator).Yang penting stesen akhirnya Gapyeong..dalam train tu jumpa dengan tourist Malaysia Bro Wandi n family (pilot Etihad base in Abu Dhabi). Borak punya borak sampai la station Gapyeong, tapi diorang tak gi Nami Island sebab dah pergi dulu..diorang nak ke Garden of Morning Calm rasenye..den teruskan berjalan kaki ke Nami Island lebih kurang 1.5km jugak dari Gapyeong Station. Jalan sorang2 ajer sebab yang lain semua amik bas or taxi.
awek menyanyi..Hongdae Market

Hongdae Market

Hongdae Market

Sampai di Nami Island beli tiket 8k won n kena naik feri ke pulau. Pulau ni tak delah luas mana..boleh jalan kaki or sewa beskal..yang menarik kat sini ada Halal Restaurant siap dengan Musolla, namanya Asian Cuisine..bolehlah try makanan halal Korea kat sini.Den try marinated beef with kimchi and vegetables rega 10k won. Oklah jugak..habis pusing Nami balik semula ke station Gapyeong menghala ke Itaewon. Di Itaewon ni famous dengan halal restaurant..banyak sungguh restoren halal kat sini..yang famous among Malaysian adalah Kawan Restaurant and Eid Restaurant. Tapi den ni pantang nampak ayam Tandoori..jadi belasahlah Nasi Biryani and Chicken Tandoori kat Bombay Grill lepas solat di Masjid Seoul..Lepas tu balik semula ke guesthouse singgah beli roti di Paris Baguette..

jalan kaki ke Nami...

Welcome to Nami Island

Namihara Republic..

Asian Cuisine..

Menu..xtau nak makan hat mana..

side dish byk woo...

Masjid Seoul..

Biryani Ayam Tandoori satuuppp....