Cari disini....

Friday, 19 April 2013

Kandang baru dan tapak tanaman salad garden...

Assalamualaikum sahabat penternak sekalian alam,terlebih dahulu den ucapkan takziah kepada ahli keluarga sahabat penternak Allahyarham Shahrul Azhan dari Dino Agrofarm atas pemergian arwah pada hujung bulan lepas.Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang beriman.Al-Fatihah..

Agak lama den tidak mengemaskini blog ini disebabkan kesibukan dengan urusan kerja disamping ketandusan idea dan berita terkini lagi sensasi untuk dikongsi bersama.Nanti ada pula yang beranggapan den dah tutup kandang walaupun kandang baru saiz 20x40 baru sahaja disiapkan.hehe. Banyak nak dikongsi sebenarnya tapi nanti den akan update lagi sekerap mungkin.Kandang baru akhirnya telah disiapkan walaupun hanya bersaiz 20x40 dengan kos keseluruhan RM8k kira dalam RM10 per kaki persegi.Kandang ini 50% adalah hasil tukangan Awang dan selebihnya upah tukang la buat.Jadi den rasa kos yang sepatutnya bagi sebuah kandang sekitar dibawah RM20 perkaki persegi.Jadi janganlah belanja berlebihan untuk pembinaan kandang.Asalkan kukuh dan tahan lama,cantik ka hodoh jatuh nombor 10.hehe..

peringkat awal..Awang la tukangnya..
yang ni upah tukang mat lombok..Paman namanya..
Paman dibantu adiknya memang pakar bab tukang2 ni..
siap sudah..dinding pakai kayu tempahan khas 1x4..
perasmian kandang..ada sebahagian lagi belum pindah..hehe
 
 
Buat masa ini den tak bercadang menambah induk kambing,cukup dengan 34ekor induk buat masa sekarang.Den bercadang untuk menambah induk Biri-biri daripada jumlah 17ekor sekarang kepada 30ekor,tetapi agak sukar mendapatkan stok induk biri dengan harga berpatutan sekarang disebabkan permintaan terlalu tinggi dari rakan penternak lain.Sekarang sedang dalam proses menanam Indigofera dan membersihkan tanah sekitar 3ekar untuk tanaman salad garden terdiri daripada Napier,Indigofera@Tarum,Kelor,Glirisidia Sepium,Petai Belalang dll.Den merasakan ada keperluan untuk mewujudkan bekalan makanan terdiri daripada foraj segar dan bernutrien tinggi untuk keperluan akan datang.
Inilah tapaknya..sebahagian telah dibersihkan..traktor bajak pulak rosak..tanam jelah jawabnya..
Pokok Tarum@Indigofera yang akan ditanam di tapak baru..
 
 

InsyaAllah jika semuanya berjalan seperti yang dirancang,memang nampak sinar yang cerah dalam bidang penternakan ini.Semoga sentiasa dipermudahkan urusan oleh-Nya dan mendapat sokongan dari sahabat penternak sekalian.Sama-sama wujudkan suasana persekitaran penternakan yang sihat dan kompetetif.hehe..
 
baka van persie..van nistelrooy,kelahiran triplet tapi 2ekor lagi mati selepas lahir..:-)

 
 
 

 
 
 
 

7 comments:

  1. salam..

    dah senang hati dh bro, kandang besau dh siap.tinggal nk isi bebiri je tu. inshaAllah kita minta semua urusan kita dipermudahkan. teruskan usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..

      bgitulah kiranya..siap kndang tu.skrg nk tnam napier n legume dll.pastu cri induk biri2.slow2 lla bro naxz..modal pun xkncang mna.haha..

      Delete
  2. murah kos kandang!

    Tahniah. Biar lambat, asal usaha diteruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu bt sndiri,brg beli sndri mmg murah boss..kalu upah tukang 100% mmg 2,3 kali gndalah jwbnya..hrap2 prestasi tahun ni mningkatlah sdikit brbnding tahun lpas..:-)

      Delete
  3. fuyo.. dapat rumah baru..

    van nistelroy triplet ek, cun tu kalo buat baka. hehe. jantan ke? 50% genetik anak daripada datang daripada pejantan. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah brula rmah lma dh mcm setinggan.hehe..van nistelrooy mstila jntan ust.don.kalu btina den bg nma victoria beckham dh.haha.syg 2ekor lg mati kalu x,best jgak dpt triplet bt kali prtma..:-)

      Delete