Minggu lepas den bersama 5 orang sahabat penternak iaitu Alwi(Alwigoatfarm),kawan Alwi(lupa nak tanya nama daa),Ust.Don Jenal(Projek Kambing Muda),Khairi(Ketemba Agrofarm) dan Aman Man berpeluang melawat projek yang penuh kontroversi tapi tak adalah sehebat NFC dari segi jumlah pelaburan dan individu yang terlibat iaitu PROJEK BOER NASIONAL PONDOK TANJUNG,PERAK.Kira tahap nasional ni memang gempak lah,projek den tahap kampung jer..nak wakil daerah pun tak lepas.Kalau sukan peringkat sekolah tu kira nak wakil MSSD pun tak layak lah,wakil rumah sukan jer lepas.hehe..
Kedatangan kami disambut Pengurus Projek iaitu Bro Yusof Ishak
dari NCIA(North Corridor Implementation Authority) yang memang sempoi,sesempoi
burger Oblong lah kiranya.Den tabik kat Bro Yusof kerana sudi terima
kedatangan pelawat luar walaupun banyak kisah kurang enak pasal Pondok Tanjung
ni.Kalau NFC siap mangga pagar utama tak bagi orang masuk,Pondok Tanjung ni
lain sikit,pagar sentiasa terbuka untuk pelawat luar untuk dapatkan gambaran
sebenar tentang kisah Pondok Tanjung ni.Ada pula ahli rombongan yang tersesat
ke kandang sebelah milik JPV walaupun ahli tersebut orang Perak,kalau orang
Pahang bolehlah dimaafkan.kihkih.Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Pondok
Tanjung boleh lah rujuk pada posting Alwigoatfarm untuk dapatkan gambaran awal http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/05/pondok-tanjung-review.html
Keluasan projek ini sekitar 2000 ekar dengan 1000 ekar untuk NCIA dam SBBC usahakan dan selebihnya JPV usahakan.Jumlah kambing sewaktu lawatan
sekitar 600 ekor terdiri dari baka Boer dan 2 kandang digunakan.Kandang pertama
terdiri daripada baka Boer yang diimport dan yang kedua baka Boer dibeli dari
pembiak tempatan seperti ESPEK Livestock dan Ar-Raudhah.Ada perbezaan dari segi
kualiti Boer dari 2 kandang tersebut dan dapat dinilai dari gambar nanti.Projek
kambing masih dalam peringkat awal pembangunan semula selepas melalui banyak
masalah sebelum ini.
Sambil membangunkan semula projek kambing Bro Yusof telah
menggunakan sekitar 150 ekar dari keluasan tanah untuk tanaman jagung bagi
menampung kos operasi dan aliran tunai projek.Disamping batang jagung dijadikan
makanan utama kambing tanaman Napier juga akan diusahakan bagi mengurangkan kos
makanan.Segala fasiliti disini memang lengkap dengan penggunaan mesin dan jentera
yang canggih bagi den seperti Forage Harvester.Satu je tak berapa canggih kat
sini,tiada bekalan eletrik dari TNB kena pakai generator la jawabnya.hehe..
Saujana mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..
Kandang 1..(kamera nset cap ayam paham2 ler)
Kandang 1 lagi..
Kandang 2..
Kandang 2 lagi..
Mesin Forage Harvester..senang ada mesin ni..
Bro Yusof (baju merah) memang sempoi melayan soalan kami berlima..terutama yang berdiri tu.haha
Pihak NCIA bercadang untuk menternak sekitar 10,000 ekor kambing Boer di dalam kawasan Pondok Tanjung ini yang mana den rasakan agak tinggi jumlahnya walaupun kawasan agak luas tetapi tidaklah mustahil.Mungkin dengan bantuan ilmu dan teknologi terkini dapat merealisasikan matlamat tersebut.Apepun ucapan terima kasih diucapkan kepada Bro yusof kerana sudi menerima kunjungan kami.Semoga segala matlamat dan usaha keras Bro Yusof untuk menaikkan kembali imej Pondok Tanjung sebagai projek penternakan kambing yang berdaya maju tercapailah hendaknya..:-)
Sebulan diesel expense pondok tanjung $6000.. setahun $72,000.
ReplyDeleteFuel expense just too high. Incredibly high. Can't justify that for a 300 breeders.
Banyak pi kat traktor ke, atau generator?
Den rasa lebih kepada traktor,generator guna pada waktu tertentu shja.Jentera heavy duty ni biasala minyak kuat cket..
DeleteIntensif memang fuel expense tinggi. Pasal banyak guna mesin. Ramai yang tak nampak ni. Tanam rumput sebenarnya bukan sikit belanja.
DeleteAt least, costing untuk yang tanam sendiri rumput tak lari 15 sen sekilo.
Kalau betul betul depend on rumput tanam sendiri tanpa rumput luar. Kalau tanah subur, cara potong elok probably dapatlah 10 sen sekilo.
DeleteHmm.. ada ke ladang intensif yang boleh dedahkan specific cost untuk fresh feed la ni?
kalo fodder solution? haa...
DeleteNak cari ldg yg fully intensif dengan rekod yg lengkap tu pyah cket.BODEN stle cut n carry jgak kan prof.alwi,bleh dptkn mklmat dr BODEN ka?
DeleteFodder Solution dr kajian di USA mmg x cost effective..beli benih barley 1kg Dry Matter(DM) 90% dapatlah 900g DM..kalu dimasukkan dlm FS slma 6-7hari benih 1kg td dpatlah lbih kurang 8kali ganda dengan DM 12%,8kg x 12% lebih kurang 960gram DM.memang xberbalui dr segi hasil dry matter tambah lagi dengan kos elektrik,maintenance,pekerja dan kos modal FS..baik benih barley tu bagi trus kt kambing,haha..
kena tambah hay la jawabnya. kos jugak tu. hehe. proses pelepah sawit jadi dedak la. Keratong Feed Mill. hehehe.
DeleteHay waley..hay waley waley..smua kos tu ust.don hay pun bknnya brkhasiat sgt,yela bnda dh kna jemur byk nutrien dh hilang..pelepah sawit ni bab lidi yg problem tu.pyah cket nk hadam.fiber byk sgt kot..
Deletehaha.. memang kos pun. nak buat hay makan masa. baik kutip daun2 pokok yang luruh tu bagi makan kambing.
DeleteLidi pun keras, mungkin boleh, mula bagi fresh pada kambing, makan daun, then raut buang lidi & duri, potong kecik2 pelepah, masuk mesin. tadaa!
fodder solution ni tau ke bape modal nak starting. ade ke lebih 10k?
Deletexclap den utk jnis kpasiti pling rndah skitar 150kg kos dlm 30k ke atas..pd pndapat den FS ni xssuai utk pmbiak dsbbkn kos,maintenance,dan dr sgi hsil pngeluaran ikut berat kering Barley SProut sma dgn Benih Barley sblum dismai dlm FS,nutrien pun lbih kurang.Jadi bt apela g smai dlm FS lg.baik beli Bji benih Barley bg je kt trnakan..ataupun beli dedak jela.hehe
Deletekalu projek besar ok la agaknye. ble kurgkn kos pekerja. kalu idak tanam rumput jela
Deleteprojek kecil atau bsar sma je bro..dri sgi ROI mmg xbrbaluii..
DeleteKo punya post memang kelakar lah isal hahaha
ReplyDeletenak pening2 kpala dgn idea2 anti-establishment sila baca alwigoatfarm..nak santai2 baca smbil mnum kopi cecah beskut sila baca keratong agrofarm.hahaha..
Deletesaya nak kena tulis gak ni. hahaha. tapi dari side lain la. hehehe.
Deletejgn off-side dah ler ust.don..nnti reff kasi kasi kad merah..hehe
Deletekambing ada sejemput je, mana reff nak bagi kad merah. buat2 tak nampak je reff tu. puii! hahaha.
DeleteKandang mana kambing lebih cantik? Import baru sampai atau kelahiran tempatan? Aku lupa mana satu.
ReplyDeletekandang 2 lebih cntik baka kelahiran tempatan..kndang 1 yang import mmg xikut breeding protocol pnya,byak F1-F2 ada darah Feral lagi.anak pun lbih byak kt kndang 2 rasanya..
Deleteden rasa elok jual smua kmbg kt kndang 1..gntikan dgn baka klahiran tmpatan yg lbih brkualiti..hehe
Sayang ooo nak jual. Banyak sangat memori dengan kambing dulu. Tak kisahlah pahit sekalipun. Apalagi menyaksikan bagaimana pahit perlahan lahan bertukar menjadi manis. Mesti sayang punya. Legasi yang boleh dijadikan pembakar semangat.
Deletebeli je breeder protocol dari Alwi Goat Farm. Lepas tu lepas dia dalam 1000 ekar tanah tu. Kawasan berbukit, mau berotot semua kambing. Bab cacing tu, pelan2 cover. Tepi parit pun kambing prof Alwi makan, ni plak bekas paya yang dah tak nampak payanya. Boleh punya.
Deleteemosi dikurangkan,prestasi diutamakn prof alwi.hehe..induk kalu xperform bg den jwbnya sng je.jual utk smbelihn jela.intensif lg lah nye kos tinggi mmg prestasi induk sgtlah penting bg mnjamin cost efficiency..
DeleteDen pun nk tgkla bleh tak kmbing kcukn kmpg survive dlm kwsn paya pondok tanjung.hehe..
tunggu bro khairie jadi supervisor, dia nak angkut kambing dia skali. hahaha.
Deletedulu aku dengar nak bagi 20 ekar tanah (kalau tak silap aku) untuk setiap peserta projek..apa jadi..any info on that?
ReplyDeleteskrg ada mslh dengn syrkt pemaju lama,msih dlm proses mahkamah..tp den dibritahu plan akn dtg nk sdiakn prasarana sckupnya utk 20 org pntrnak..setiap seorg akn dpt 500ekor kmbg,kndang,elaun dll..yg ni kena select btul2 pntrnak la,500ekor bkan jumlah sdikit utk pntrnak yg baru..kalu mula dengan jmlah sdikit den rasa lbih ssuai..hehe
Deletemasa SBBC dulu dia bagi 5 ekar + 20 ekar. Tapi kena bayar sewa $8000 sebulan untuk satu kandang + kos fodder. Satu kandang boleh muat 400 ekor. Takde sapa berani sewa..
DeleteLa ni program dah bertukar.
Ini death trap ni..amik tali jerat leher sendiri. .berapa ekor kena jual kalau nak cover overhead saja?
Deleteback to basic...
ReplyDeleteapa pun.. BACK TO BASIC...
akan jumpa jalan penyelesaian atas segalanya.
Bagus betul tuan usop ni..semua open book.sangat telus.berani kerana benar.
ReplyDeleteHamba ingat lagi dulu masa nak hi melawat NFC ngan nak beli anak lembu susu kat satu ladang tenusu di pahang (under MOA-soft loan 24 juta-sekarang dah tutup)..takde nya nak entertain orang luar yang kebanyakan ni..nampak sangat banyak cacat cela yang nak disorok. Kalau buat kerja tak salah..apa yang nak ditakutkan..mcm tuan usop steady je..
tula den respect bro Yusoff ni sbb open book,xde sorok2..nak tahu kisah sbenar dtg je jmpe dia kt Pondok Tanjung.hehe..
DeleteDen prnah mlwat projek kndang satelit NFC(bukan ldg utama dia)..projek nilai 6juta den tgk ada kndg lmbu feedlot,office,rumah pkrja n mesin.pling kuat nilai dlm 2juta jela.untung wehh.hehe..projek lmbu tnusu tu kt mne bro?Muadzam Shah ka?..
Wahaha...hamba tak cakap pun muadzam shah..tapi tuan isal teka dengan tepat sekali..takkan hamba nak menidakkan pulak..yer dak?twmpat yg cuah susu masuk lobang beberapa tahun lalu..apa jadi la tempat tu sekarang..abih duit taxpayer..
DeleteMane lg kt Pahang ni ada lembu susu bro.hehe..laa itu guna dana krajaan ka?den ingt mmg private punya.First Dairy Farm(FIDAF) dgr cita dh ttup lpas kes buang susu hri tu.entahler kt mna slah xtaulaa..org bela lembu susu smua den tgok ok je..Benggali jual susu pun hidup je bisnes smpi skrg.haha..
Delete