Musim kemarau lepas memang agak mencabar bagi den, rumput2 di ladang habis kering jadi biri dan kambing kena meragut agak jauh dari kandang. Ada beberapa ekor biri pulak tak balik2 dari meragut sampai ke sudah, puas di cari tapi masih belum berjumpa. Diikuti pula serangan racun tikus yang diletak di merata tempat oleh pekerja ladang Bangla (biasa letak kat bawah pelepah lama) memang natijahnya agak besar. Beberapa ekor kambing penternak dikawasan den dan 3ekor kambing den sendiri tumbang akibat penangan racun tikus ni. Jumpa Bangla ni mau kena 'Penampor Buaye' jawabnyer.
Krisis Lembu yang heboh diperkatakan sampai masuk paper dan keluar TV memang agak menarik. Lama dah dijangka benda macam ini akan berlaku cuma bila dah nak nazak barulah nak diambil tindakan. Bilangan lembu yang diternak di Malaysia ni den jangkakan akan terus berkurang dengan jayanya, salah satu sebab yang den perhatikan di tempat den sendiri adalah sembelihan lembu betina@induk untuk daging. Tapi majoriti pemborong lembu di kawasan den ni dari Kelantan dan Terengganu, hari ni bagitahu ada lembu nak jual esok sampai dah diorang ni.Punya semangat nak beli lembu ladang ni,harga pun dari RM1300 seekor awal tahun lepas jadi RM1600 seekor hujung tahun. Dengarnya orang Terengganu dan Kelantan ni tak makan daging import frozen ni,diorang nak yang fresh terbaik dari ladang harga tinggi sikit tak pa janji puas hati.
Terbaik dari ladang...lembu kawan di Temerloh..
Ni lembu den lah..
Hari tu den sempat singgah di Ladang Ternakan Qudri Farm, Kuala Nerang,Kedah. Ini kali kedua rasanya sampai di Qudri Farm ni. Kawasan dia memang cantik, ada bukit,ada air sungai mengalir,ada dusun buah-buahan,kebun getah,kolam ikan,kambing,biri,lembu dan pelbagai spesis unggas antaranya ayam Piru ,Mutiara ,Serama,Bantam, itik,angsa pendek kata semua adalah. Alang-alang singgah tu den sambarlah 3 ekor anak ayam piru dan 2 ekor anak ayam mutiara buat peneman sepanjang perjalanan. Sampai kampung buat reban atas tanah untuk diorang ni, usia 3-4 bulan boleh lepas dalam ladang sawit den berkawan dengan kambing,biri dan ayam n angsa den. Siapa2 nak beli bolehlah hubungi Sdr.Syed Elyas-0195671963.
ayam piru nak tidur dah di Qudri Farm..
ni kat rumah den..pagi2 duk layan bagi nasi kat diorang..syok wehh..
bagi eksesais cket laa..
Tapi rupa-rupanya sensitive jugak ayam piru ni.Seekor yang putih tu dah mati kena patuk agaknya.Tinggallah 2 ekor lagi ayam piru tapi kena puru,piru kena puru eloklah tu.Sensitif dengan nyamuk habis naik puru kat kepala,leher dan badan. Nak kutil macam kambing tak sampai hati sebab kecik lagi. Jadi den belilah ubat puru jenis oral sambil sapu minyak masak terpakai kat diorang ni. Ayam mutiara Alhamdulillah elok dok ada, tak da kerenah sangat cantik pulak tu bila dah besar.
Stok lembu akan berkurang dengan jayanya..hahahaha.
ReplyDeleteDi dalam situasi begini, bukanlah saya taknak sama-sama membantu tingkatkan pengeluaran daging tempatan..tapi dah sampai tahap fed up dengan polisi dan execution govt yang tak seiringan.
Tunggu masa nak cakap...I told you so!
nmpknya cmtulah bro ECH..baru ni tokey dr Perak dtg nk beli lembu btina utk daging.Min 10ekor dia dtg amik.Den mmg xjual btina,kalu ada org nak jual induk kt kwsan den nipun den beli utk baka..syg weh induk cntik2 n msih produktif bt smbelih..
DeletePolisi gomen byk dpngruhi anasir2 luar dan dalam yg brkpntingn.Xleh bt apa dah,kta tnggu dan lihat jelah akibatnya nnti..smbil tu pakat2 lah tmbah stok pmbiakn msing2.hehe..den nk tmbah lg induk ni.Insyaallah kalau ada rezeki ada kwn offer ldang sawit swasta utk letak lembu..kwsan den skrg dh trlmpau padat..smua pkat bela lembu.haha..
Kat kelate ni,ibu lembu ade yang mencecah 10,000 riya weeee,terkejut beruk ambo.Sebab tu laa ramai pakat cari lembu kat Pehe (Pahang) tu.Muroh berbanding diKlate.Pegho la lembu banyok mano pun,ia tak akan jadi overload demand.Kat Malatsia ni buat masa lo ni tok cukup daging segar weee.Salam
ReplyDelete10k mahal sengoti tu tok ba..mgkin lembu bako molek tu mace charolais,limousine,hok bako besar2..wak maso ni pasare bako meme comey,tp supo kmbing lah.lamo2 jtuhlah jgok tu..pero lembu ni msloh utamo kawase lah,kalu wak system intensf xleh pero byok..kalu lepas ragut tu blehla pero byok cket..hehe
Deletehmm dasar ke pandang ke australia hanya merudumkan keseluruhan industri ruminan. Lembu dah genting. Harapnya kambing tidak menerima nasib serupa.
ReplyDeleteInsyaallah kita doakn yg terbaik bt indstri pntrnkan di Malaysia ni..rajin benor ber blogging n ber facebooking prof alwi la ni.hehe
Delete