Masalahnya aku tidak merekodkan tarikh keguguran 3dara pingitan tersebut jadi tiadalah diketahui tempoh beranak@gestation period.Maafkan hamba wahai Tuan Guru Alwi.Tahun lepas punya cerita masih terkebil-kebil tanpa hala tuju.hehe.Untuk kelahiran baru ini aku menambahkan sedikit makanan tambahan atau pelet untuk menambahkan pengeluaran susu dara tersebut.Maklumla first time beranak takut tidak cukup susu.Pellet pilihan semestinya Cap Persahabatan Rm45/50kg.beli 2guni je dari bulan lepas xhabis-habis lagi.Khas untuk ibu beranak dan anak kambing.
berat lahir biasala anak kambing kacukan kampung sekitar 2.5-3.0kg sahaja.Yang penting anak yang lahir sihat dan mortality zero.Tiadalah aku teruja dengan peningkatan berat badan setelah dibasuh oleh Tuan guru Alwi."In animals kept primarily for meat production, reproductive rate is the single most important factor contributing to the efficiency of production." Dr.Maurice Shelton-Pakar kambing Antarabangsa.Jadi benarlah kata Alwi bagi seorang pembiak pedaging kadar kelahiran adalah faktor utama kejayaan seorang pembiak pedaging.
Kara-paling aktif melompat
Macheda-suka tidur
Laila-sebijik menurun pejantan aku@Robert
Dengan kelahiran ini jumlah kambing di kandang sebanyak 39ekor.Biri-biri sebanyak 11 ekor.Maka jumlah adalah 50ekor.Dengan saiz kandang 768kaki persegi dan mnggunakan nisbah 1:14 maka boleh menampung 54ekor sahaja.Tapi kandang kedua dalam proses pembinaan.Biri-biri akan dipindahkan ke kandang kedua.Dan kandang lama akan di upgrade lagi untuk penambahan induk dara dari Alwi.Ada satu pengalaman menarik semasa hari pertama puasa untuk dikongsi bersama.Tajuknya jalan-jalan cari lembu.hehe..
Assalamualaikum Wrmbth Tuan blog, selamat berpuasa dan menyambut ramadhan kareem. Jumlah anak berapa ekor dah tuan? Semua penternak pakat sibuk di kandang masa puasa ni. Heheh.. blog pun dah ada yang bersawang
ReplyDeleteWaalaikumussalam Tuan Fairul yg dihormati lg disegani..
Deletebilangan anak kmbing aku tahun ni 7ekor dari 6ibu.Seekor shja ibu beranak 2 yang lain single..ade seekor mati anak dr ibu dara.yang lain alhamdulillah sihat.
tula rmai yg kurg update blog skrg..mgkin rmai dh beralih ke Facebook utk aktiviti jualan.TInggallah kita shja yg mengupdate blog nih.hehe..tapi xpela perjuangan mesti diteruskan.semangat kambing membara..:-)
Entah kenapa aku tak gemar main facebook. Macam kurang ilmiah dan susah nak tlis panjang2. Posting banyak berdasarkan emosi dan sebagainya. Lebih baik pakai blog. Haha. Janji halal
Delete