Cari disini....

Loading...

Tuesday, 16 October 2012

Musim Kelahiran Anak Kambing..:-)

Assalamualaikum to all my dear pastoralist friends.Minggu lepas memang minggu paling menyeronokkan bagi aku dan abang aku sebagai penternak kambing.Musim kambing beranak memang mengujakan,kenikmatan bela kambing ni ada dua masa kambing beranak dan masa jual kambing,hehe.Setakat ini ada 3ekor ibu kampung beranak kembar,1ekor ibu jamna kacuk beranak tunggal dan 1ekor ibu dara Alwi beranak tunggal.Nampak tak kelebihan kambing kampung,2ekor ibu yang beranak kembar tu dari kelahiran lepas memang anak kembar dan 1 lagi tunggal tapi yang ini beranak kembar.Dan kambing kampung ni memang ibu yang bagus untuk anak dia.Tak ada masalah,aku tak pernah nak potong pusat anak baru lahir,nak tolong anak keluar,nak suntik vitamin apa semua tak ada langsung.Selalu datang kandang pagi tengok dah ada anak.Kan senang penjagaan macam tu.Tapi realiti nya tak juga,ada 2 ekor beranak masa meragut,kalau beranak memang tak balik lah kena pergi cari juga.Kadang-kadang 2hari baru jumpa ibu dan anak tu.Tapi tak ada masalah dua-dua sihat sejahtera walaupun berhujan.Baka kampung memang tahan lasak.

kembar jntan betina-lahir semasa meragut hari hujan
kembar betina,paling aktif stakat nih..
kambing dara alwi-umur 11bulan 10 hari dah beranak..salute laa..anak sekor betina..beranak masa meragut dalam hujan.
kembar jantan betina-sekor ada antena kat leher,tak tahu baka mana.haha
biri pun beranak jugak,tapi yang ni macam tak cukup bulan ibu dara..bawak balik rumah buat pet..
 
Dengan musim beranak yang agak memuaskan dari segi kidding rate,mortality zero, ada 4ekor lagi ibu yang bakal beranak pada bulan ini.Memandangkan petak beranak dah penuh terpaksala aku dan Awang mengerah keringat membanting tulang empat kerat membuat petak tambahan.Senang je buat ni guna kayu lebihan 1x2 dan papan lama.Dapatlah 2 petak baru yang tak ada pintu.Senang untuk ibu keluar masuk petak bagi susu dan pergi meragut.Aku tahan ibu baru beranak 2 minggu dalam petak beranak sebelum dilepaskan meragut.Sebabnya ibu baru beranak agak lemah badannya dan agak mudah diserang parasit dan penyakit lain.Jadi lebih sesuai dikurung buat sementara waktu sebelum dilepaskan kembali meragut.Nasihat Sifu Alwi kena ikut.hehe..
dalam proses pembuatan...
siap untuk digunakan..tak ada pintu tu..haha
 
 
Musim hujan memang musim kegemaran kambing beranak.Mungkin ada sebab-sebab tersendiri.Tapi kandang baru aku masih belum bermula lagi proses pembuatannya.Tambah pula dengan musim hujan sekarang jadi makin tertangguh lagi lah..."OPPA KAMPUNG STYLE"
 
 
 
 

 
 
 
 



7 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Semoga maju jaya tuan. Semoga makin ramai orang islam berjaya dan keluarkan sedekah dan zakat di Malaysia. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam tuan fairul..

      InsyaAllah kita sama2 berjaya..buat apa pun kalu scara brjmaah lgi seronok dan lebih brmakna.Pnglman tuan yg hari-hari mngadap kambing amat brbeza dgn den yg sbulan sekali dpat melihat ragam dan kerenah kambing.Teruskan berkongsi pengalaman tuan..den pembaca setia blog tuan.hehe

      Delete
    2. Tak payah2 tuan2 la tuan. Aku payah sikit nak komen sekarang ni. Tengah sibuk usaha dan fikir cara nak tingkatkan kecekapan kandang. Kasi nampak bersih dan kemas.

      Baru tingkat naik produktiviti. Masuk husbandry practice jgk ni

      Delete
    3. Ok,formal sgt pun xbest jgak ye bro fairul.hehe..den skrg ni mslh overcapacity,ptut kndg baru den target siap sblum musim beranak.tapi nmpknya gagal plak plan,tak siap2 lagi.adehlaa..masuk msim hujan nnti lagi la lambat nk siap..skrg jmlah dh 83ekor trmsuk biri kalu ikut nisbah dh jtuh 9.25kaki persegi per ekor.perghh..mslah overcrowding dah nih..tu yg cuba lepas ragut awal cket utk kurgkan masa di kndang..

      tp so far okla takde terjejas mana kmbing tu.sama2 mningkatkan produktiviti kndang kita..bro fairul ubat selesema paling bgus utk kambing ape yer?msim hjan ni byak pulak kena selesema..huhu

      Delete
  2. salam bro isal. wah2, seronok la sambut cucu beramai2. tahniah2.. hehe. tahun depan turn saya plak, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. wassalam bro don..seronok mmg sronok,tp kndg xmuat dh..nk kna tmbah lagi.perghh..best kn bela kmbing.biar ape org kata,xde msa depan ke,yg penting..kita happy dan menguntungkn.hehe..gi la blajar dgn prof alwi tu..mmg ilmu dhjung mulut dia je..tnya je soaln kompem jwpan pjg lebar.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, tukang ada. anytime boleh buat extension. hahaha. orang yang tak minat bela je kata takda masa depan. dah dua kali turun bidor berguru dengan prof Alwi. hehe. memang detail la bila ditanya.

      Delete