Cari disini....

Friday 22 June 2012

Update la cket..

3 minggu tak balik kampung rindu pulak dekat family di rumah dan di ladang.Minggu depan aku plan nak balik untuk mengubat kerinduan.Pelan asal adalah untuk melawat bakal tapak projek ternakan ikan abang aku Pokyeh di Kuala Pilah(kalau jadila),tapak projek ladang sawit JV aku n Awang(minggu depan bersih kawasan),tengok kambing kampung yang nak di jual sekandang di Muadzam Shah,dan kalau ada kesempatan pergi MAHA Negeri Sembilan 2012 di Stadium Paroi,Seremban.Jadual memang padat barulah terasa berbalui perjalanan 18jam pergi balik.hehe..

Baru ni juga Awang telah beli 3ekor kambing betina dari Wak Beron untuk menambah stok induk di kandang.Asalnya cadangan untuk beli Pejantan baru tapi disebabkan Wak Beron dah kehabisan stok Pejantan ambil jugala 3 ekor kambing tu.Tapi misi mencari Pejantan Gagah keluaran kampung tetap akan diteruskan.Sebab aku perlukan persaingan sihat untuk mengawan dengan Pejantan aku ada sekarang.Aku perhatikan jika tiada pejantan lain yang cuba untuk mengawan dengan kambing betina di kandang maka tahap keaktifan Pejantan tu akan kurang.Mungkin dia berada dalam "Comfort Zone".

Berita gembira telah dikirimkan oleh Awang memaklumkan biri-biri aku selamat melahirkan seekor anak betina.Akhirnya dapatla jugak anak betina selepas 3 kelahiran semua Jantan.Jadi habislah musim kelahiran pusingan pertama  biri-biri di kandang aku.Dengan zero mortality di sektor biri-biri menunjukkan ada peningkatan dari segi mortality rate di kandang aku.Harap-harap sektor kambing juga akan memberi hasil yang sama berkat penjagaan rapi Awang dibantu Hamdi jejaka Lombok.

Berita sedih juga ada juga.Memang resam kehidupan ada gembira dan sedihnya ,dalam tawa ada tangisan.Lembu peliharaan Awang telah mati termakan racun Furadan.Disebabkkan lembu ni dibela dari kecil di belakang rumah(ibu dia kena jual,awang dapat free je anak dia),maka sedikit kecuaian dengan dengan salah letak racun Furadan tu menyebabkan anak lembu bernama Betty kiok terus tanpa dapat diselamatkan.

Betty jadi tempat bermain anak saudara aku je..zoo mini.hehe


Update kali ini tiada yang menarik sekadar untuk men'update' blog yang lama tak di update.

Friday 8 June 2012

Jualan Akikah Kali Pertama..

Minggu lepas Alhamdulillah di beri kesempatan untuk pulang ke kampung.Baru 2 kali balik dah rasa perjalanan yang ditempuh terlalu singkat sedangkan kalau ikut meter dekat 1800km pergi balik dan masa dekat 8-10 jam perjalanan.Mungkin selepas ini kena ikut cadangan Prof.Alwi untuk pakai Lamborghini Gallardo macam C.Ronaldo pakai.Itu kalau Petronas aku punya boleh la,ini nak beli minyak di stesen minyak Malaysia pun kena cover line.kena ambil pam yang hujung,jauh dari kaunter supaya diorang tak nampak no.plat siam kereta aku.kalau tak jawabnya kena beli minyak RON 97 mahal tu RM2.90,RON95 baru RM1.80 dekat Rm1 jugak lari tue.haha..tapi kat Siam lagi parok RM4.40 seliter.bab-bab minyak ni mungkin Fairul boleh jelaskan..hehe

Balik ni juga Awang beritahu ada orang nak beli Pejantan Jamna tua yang aku beli itu hari.Ingatkan nak buat baka tapi dah monopause.Kena jual la rolling modal untuk beli pejantan lain.Berat timbangan dalam 53kg tapi kira 50kg x Rm18 dalam RM900 jela harga.Aku beli hari tu Pejantan Jamna,ibu n anak(4 bulan) dalam RM1200.Kira balik modal jela.Aku pulak tak ada hari sembelih tu sebab gi kenduri kahwin sepupu di Jengka 4.So macam biasa Awang kena tinggal untuk urusan sembelihan.hehe..ingat nak gi beli Pejantan Wak Beron esoknya tapi beliau pulak sibuk ke lain.So aku serahkan pada Awangla untuk belian Pejantan baru.

Memandangkan funder-funder(adik beradik) semua balik cuti sekolah ni(semua cikgu).Maka diorang teruja melihat biri-biri yang aku beli bulan April dah ada 3 ekor anak.Kelahiran ke-3 pada 21/5/2012 dan semua sihat-sihat.Aku biasala balik mesti timbang anak-anak kambing tu.Pertambahan berat badan biri-biri ni memang amat memberangsangkan,sumber makanan pelepah sawit sahaja dan lepas ragut di ladang.Si Putih 55hari berat 8.0kg,Pol(21 hari) berat 4.5kg dan Pot(12 hari) berat  3.0kg.Semuanya jantan pula tue.hehe...Jadi tinggal seekor lagi ibu biri yang akan melahirkan anak.Harap-harap betina la pulak..

bab melapah serah pada Awang The Butcher
selesai melapah..
Putih(tengah),Pol(kanan) dan Pot(kiri)..


Tapak kandang baru masih seperti dulu la.belum ada apa-apa progress lagi.Awang kata tunggu tapak tu keras sikit baru boleh sambung kerja memasang tiang konkrit.Barang-barang dah beli sikit-sikit.Xsabar menunggu kandang baru dan biri-biri Barbados yang bakal jadi penghuni nya.Selepas ini projek lain akan menyusul.Projek ladang sawit n projek penternakan ayam.Projel ladang sawit tiada masalah dilaksanakan cuma projek ternakan ayam akan mengambil masa untuk dilaksanakan.Kena belajar selok belok penternakan ayam dulu.Memang nampak laju Tuan Fairul tapi itu long-term planning..hehe..