Baru ni juga Awang telah beli 3ekor kambing betina dari Wak Beron untuk menambah stok induk di kandang.Asalnya cadangan untuk beli Pejantan baru tapi disebabkan Wak Beron dah kehabisan stok Pejantan ambil jugala 3 ekor kambing tu.Tapi misi mencari Pejantan Gagah keluaran kampung tetap akan diteruskan.Sebab aku perlukan persaingan sihat untuk mengawan dengan Pejantan aku ada sekarang.Aku perhatikan jika tiada pejantan lain yang cuba untuk mengawan dengan kambing betina di kandang maka tahap keaktifan Pejantan tu akan kurang.Mungkin dia berada dalam "Comfort Zone".
Berita gembira telah dikirimkan oleh Awang memaklumkan biri-biri aku selamat melahirkan seekor anak betina.Akhirnya dapatla jugak anak betina selepas 3 kelahiran semua Jantan.Jadi habislah musim kelahiran pusingan pertama biri-biri di kandang aku.Dengan zero mortality di sektor biri-biri menunjukkan ada peningkatan dari segi mortality rate di kandang aku.Harap-harap sektor kambing juga akan memberi hasil yang sama berkat penjagaan rapi Awang dibantu Hamdi jejaka Lombok.
Berita sedih juga ada juga.Memang resam kehidupan ada gembira dan sedihnya ,dalam tawa ada tangisan.Lembu peliharaan Awang telah mati termakan racun Furadan.Disebabkkan lembu ni dibela dari kecil di belakang rumah(ibu dia kena jual,awang dapat free je anak dia),maka sedikit kecuaian dengan dengan salah letak racun Furadan tu menyebabkan anak lembu bernama Betty kiok terus tanpa dapat diselamatkan.
Betty jadi tempat bermain anak saudara aku je..zoo mini.hehe
Update kali ini tiada yang menarik sekadar untuk men'update' blog yang lama tak di update.
No comments:
Post a Comment