Cari disini....

Saturday 12 January 2013

Siri Terjah Kandang: Kandang Bro Iskandar,Pedas,N9

Lama tak buat lawatan ke kandang sahabat ternakan untuk mencari ilmu dan berkongsi pengalaman menternak.Jadi mggu lepas den berkesempatan melawat kandang bro Iskandar Dzulkarnain di Pedas,Negeri Sembilan.Sembang dalam Facebook dan telefon dah lama jadi kena lah melawat kandang beliau dan mengeratkan silaturrahim antara penternak.Latar Pendidikan Bro Is ni agak menarik,kira dalam hierarki jurusan pendidikan di Universiti bidang beliau paling 'top'(rahsia den tak boleh beritahu di sini).Mempunyai persamaan dengan Prof.Alwi dari segi tempat tinggal ibu bapa beliau dan idealisme yang agak radikal menentang arus.Kira budak bandar jadi penternak sepenuh masa duduk di kampung.Memang den 'respect' la dua orang ni,sifu kambing dan sifu biri-biri den.hehe..

Bro Is berumur 34tahun(sama dengan bro Zul) memulakan penternakan sekitar Ogos 2011 yang mana kebetulan sama tarikh dengan den jugak,dulu ada bela kambing tapi sekarang telah beralih kepada biri-biri dengan jumlah sekitar 80 ekor dan baka Damara menjadi pilihan disamping kacukan Malin.Den perhatikan Damara ini agak tahan lasak dan dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan iklim tropika.Mengamalkan sistem lepas ragut dengan beliau sendiri sebagai pengembala sepenuh masa,kawasan ragutan dibelakang kandang beliau sahaja.Disebabkan kawasan ragutan merupakan bekas tanah sawah dan air bertakung,memang populasi cacing agak tinggi jadi beliau amalkan program kecacingan yang agak ketat "mass deworming" setiap 3bulan sekali.

Den suka dengan kerjasama yang terjalin antara penternak di kawasan ini,saling berkongsi Pejantan dan jual beli induk di kalangan penternak di kawasan ini sahaja.Jantan untuk sembelihan dan akikah baru di jual pada pembeli luar.Stok biri jantan untuk sembelih dan akikah memang habis licin di kawasan ini,jelas permintaan terlalu tinggi dan penternak sedang berkira-kira untuk memperbesarkan kandang cuma 'limitation' pada sumber makanan iaitu kawasan ragutan.Kalau masalah kawasan ragutan dapat diatasi makin berkembanglah jumlah ternakan di kawasan ini dengan Bro Is sebagai Doktor Veterinar cap kampung.Hehe..
anjing pgembala pun ada..biri masa meragut..(curi dari FB jer)
masa meragut ni..curi kt FB jgak..hehe
biri semasa di kandang(blkg tu rmah bro is)..yang ini gambar original..hehe
cantik-cantik induk dia..
 
 
Lama juga lah den bersembang dengan Bro Iskandar ni dari petang sampai malam jugak berkongsi pandangan dan hal-hal berkaitan penternakan kambing tambah politik semasa.Cuba juga meng"ekjas" induk untuk dibeli tapi memang tinggal harapan jelah sebab diorang pun tanya den nak jual induk tak.Haha..Cuma masalah kecurian agak kritikal sekarang dan baru berlaku 1 ekor kambing pejantan baka hilang malam sebelum itu.Andaian awal disebabkan stok kambing di Melaka telah habis,pencuri telah beralih operasi ke Negeri Sembilan pula.Jangan sampai ke Pahang dan kandang den sudahlah,kalau dapat tangkap jurus penampor 7 petala langit akan den bagi.Akhir sekali,harapan kami berdua tetap sama,mahu melihat lebih ramai penternak kambing dan biri-biri yang berjaya di Malaysia ini.Chaiyokkk...
 
 
 
 







14 comments:

  1. Bagus betul ko punya siri terjah kandang ni. Banyak ilmu dikongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar brkongsi pnglman smasa lwatan ke kndng prof.sdang mncari pntrnak lama yang duk ceruk kampung utk dilawat.hehe..

      Delete
  2. By the way, type of dewormer used?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni ada prbzaan pndgan..den perhatikn bro is ni agk brlebihan mggunakan ubat 3serangkai.dan dewormer yg digunakan ditukar 1tahun sekali untuk mengelakkan resistance trjadi..sekarang xsilap menggunakan Albendazole dari Nova..

      Delete
    2. bebiri banyak meragut dibawah..beza skit ngan kambing..banyak persamaan dengan lembu..

      macam aku yang guna sistem intensif, jarang bagi ubat cacing..sekarang dekat 6 bulan ke setahun baru bagi ubat cacing..tengok kes, macam tuan alwi rekomen..

      baru ni anak betina aku tak bagipun ubat cacing..walaupun dah umur setahun lebih,,nampak gemuk dan sihat jugak..

      so dalam kes aku pneumonia masalah diladang aku (masalah ni dah selesai tu yang anak betina dan jantan aku tu sihat dan cepat besar skit, tak macam dulu )..cacing takde masalah

      Delete
    3. sistem intensif mmg kurang risiko kecacingan boss sbb cacing slalu ada di rmput.kalu ptong rmput style cut n carry mungkin ada risiko kcacingn jgakla.tp den perhatikn biri2 mmg agk kuat daya rintangan trhdap pnyakit dan cacing.biri2 den sistem lepas ragut last bagi ubat cacing msa mula2 masuk kndang(mula belian) dan smpai skrg Alhamdulillah kurg mslh kcacingan..tp msih prlu pmantauan..

      Delete
  3. bestnye kalo dpt padang ragut luas camtu :) btw anjing tu kita train sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best..tu pdg ragut JPV,boleh apply kt JPV kalu ada..geng2 pntrnak Pedas tgh apply pdg ragut baru tp kne interview sbb byk prmohonan dri pntrnak lain..anjing tu dia train dri kecik lg spya x dtg kt tuan dia n gesel bdan n jilat..kna bela jgak sekor dua bro utk kselamatan dr srangan anjing liar n pncuri..

      Delete
  4. Bagus.

    Satu masa kita buat perjumpaan.

    Aku, Isal, Alwi, Iskandar. Isal, ko jadi tuan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den pula dilantik jd tuan rumah.haha..no hal bro KI,nnti kta atur prjmpaan skali..msti meriah nnti dgn idea msing2.hehe

      Delete
  5. salam knpa dia hanya bela biri2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam alaika,

      dulu dia bela kambing,tetapi mgkin dsbabkan faktor2 tertentu ditukar kepada biri.Dari pnglaman den pun penjagaan kambing adalah lebih mencabar berbanding biri2,dan dengan kwasan ragut yg terhad mmg bro iskandar lbih ssuai mntrnak biri brbnding kambing..

      Delete
  6. sy ingin bertanya kpd tuan..sy ingin target utk menjga sebanyak 100 ekor biri2..skrg kandang sy masih dlm keaadaan kecil iaitu sbesar 12x16. so brpa kos utk renovation kandang jika sy bli brg dan upah skli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi luas kndang lg bgus tuan..kiraan dia dalam 14kaki persegi seekor dan keatas..mknanya utk 100ekor tuan kna sdiakan kndang dgn keluasan 1400 kps minima.1400kps mgkin bleh bt kndang 60x20,40x35 brgntg pd saiz tnah tuan lah..kos den rasa dalam Rm18-25/kps..maknanya untuk 1400x18 RM25,200.Kalau tuan bt sndri,beli bahan sndri or dpt upah lg murah..lagi bagus..

      Delete