Cari disini....

Loading...

Friday, 8 February 2013

Gen Boorola(FecB)

Terima kasih den ucapkan pada Nur Ternak kerana 'posting' terbaru beliau berkenaan Genetik dan Kromosom sangatlah membantu pencarian den selama ini (Rujuk: http://nurternak.blogspot.com/2013/02/sambungan-apa-jenis-stok-pembiakan.html).Selama ini den mencari gen yang mengawal kadar kelahiran pada kambing dan biri-biri.Memang ada tetapi ianya melibatkan banyak gen dan belum ada satu gen khas yang mengawal kadar kelahiran atau kadar penghasilan telur pada induk betina(ovulation rate) sehinggalah membaca posting di blog beliau berkenaan genetik tersebut.

Ada dua gen yang boleh dikatakan memberi kesan pada kadar ovulasi iaitu BMP15(GDF9) dan BMPIB(ALK6) itu 'shortform' sahaja kalau nak terangkan den pun tak faham.haha.Jadi yang perlu kita ketahui 2 jenis gen tu beri kesan pada kadar ovulasi 'part' bagaimana dia bertindak den pun tak pandai nak jelaskan.Gen BMP15 ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Inverdale (ada pada Biri Romney),Hanna(baka Romney),Belclare(baka Belclare) dan Galway(baka Belclare dan Cambridge).Jika gen itu bersifat Heterozigot maka pertambahan sebanyak 0.60 daripada kadar kelahiran asal(jika kadar kelahiran asal 1.0 maka tambah 0.6 jadi 1.60) tetapi jika gen bersifat homozigot iaitu kedua-dua gen ada maka biri itu akan mandul.Sila rujuk blog Nurternak untuk kefahaman.hihi..

Gen BMPIB(ALK6) lebih dikenali sebagai Gen Boorola,Boorola merupakan sebuah kandang di Australia dimana biri yang memiliki gen ini dijumpai iaitu pada biri baka Merino dan dipanggil Boorola Merino.Dikatakan asal gen ini daripada baka biri Garole dari India.Terdapat 5baka biri yang mempunyai gen Boorola ini iaitu Garole(India),Hu dan Han(China),Merino(Australia) dan Domba Garut   Javaneese Thin Tailed(JTT)(Indonesia).Untuk Boorola tidak wujud masalah mandul untuk gen homozigot,jika gen itu heterozigot induk biri akan menghasilkan lebihan telur sebanyak 1.5 dari kadar biasa dan meningkatkan kadar kelahiran kepada 1.0 dari asal manakala jika homozigot lebihan telur sebanyak 3.0 dan peningkatan kadar kelahiran kepada 1.5 dari asal.


Boorola Merino dengan anak-anaknya..
Garole dengan anak-anak..
Biri Garole tengah grazing kat kawasan berair..perghh..
 
Jadi kesimpulan awal den buat Gen Boorola lebih baik berbanding Gen BMP15 atas faktor tiada risiko mandul dan kadar ovulasi lebih tinggi.Kajian juga menunjukkan hasil kacukan kedua-dua gen tersebut iaitu Gen Boorola dan BMP15 menghasilkan induk yang berfungsi ovari(tidak mandul) dan mempunyai kadar ovulasi sekitar 4.36.Ini hanyalah kajian asas den sahaja,tetapi tidak salah mencuba sekiranya benar seperti diperkatakan.Domba Garut(Domba Garut adalah kacukan 3 baka iaitu biri2 JTT Indonesia,Kibas(ekor gemuk) Afrika dan Biri Merino Australia) yang mempunyai saiz yang besar dan mempunyai Gen Boorola ini dan den akan cuba masukkan dalam program pembiakan akan datang..peace yaww..:-)
 
 

 
 


10 comments:

  1. Salam bro.uh.tak faham.ringkasan utk evolusi kambing ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro Hafiszal..mcm evolusi jgakla tp lbih kpd mutasi genetik.Gen tu boleh tinggikan jumlah telur yang dihasilkan ovari,kalu biasa 1 telur sahja ni smpai 2,3,4 telur boleh dihasilkan jadi telur ni boleh bersenyawa dengan sperma(juta2) maka banyaklah anak yang terhasil.hehe..

      Delete
    2. kalau nak faham kena tengok kambing alwi..aku memang impress dengan kambing dia ni..beranak kembar memang banyak..rasa dalam 7 dari 10 melahirkan anak kembar..

      aku suspek cross hybrid katjang/jamnapari..mungkin boer ada juga..
      tapi aku dok tengah cari apa ciri yg ada kat kambing alwi ni..tak jumpa lagi..contoh katjang pembiakan baik tetapi aku tengah cari apa gen responsible.

      malangnya bebiri tempatan Malaysia tiada ciri-ciri pembiakan baik..mungkin aku salah..tapi tengok paper mardi allele (spesifik kod) pembiakan takde..

      mungkin ada paper tapi aku tak jumpa lagi..

      Delete
    3. sbb impress dgn kmbg alwila den pun gna pkai kaedah yg sma,kmbg baka kcukn kmpung slain nutrisi yg ckup.hehe..

      dr kajian den,slain gen khas brsifat tunggal mcm Boorola dan BMP15 tu,ovulation rate jga dipngaruhi oleh multiple genes bg yg xada gen khas tu.cma mslhnya multiple genes ni akn brkurang(diluted) slps dikacukkan.sbb tu pure katjang kidding rate 2.95% n slps kacuk mcm alwi dpt 2.0-2.5%..

      biri Malin mmg xada ciri pmbiakan yg baik xmcm kambing kampung.hehe..mgkin kna bwa msuk baka Garole utk penambahbaikan biri Malin.Saiz Garole dgn Malin hampir sama skitar 20-25kg utk jntn dwasa..:-)

      Delete
    4. mutasi yang mardi repot (marker OarHH55 untuk bebiri tempatan)

      google search mesti dapat

      Delete
    5. cuba tanya detail Alwi berkenaan baka yg dipilih utk dijadikan pejantan dan induk.

      ada jawapan di situ.

      Bukan growth rate jadi priority dalam penentu baka, tetapi keturunan kambing tu sendiri.

      Delete
  2. saya nak komen skit bleh..

    dalam kajian, aku rasa saintis takde sebut domba garut?..depa sebut 'Javanese sheep'...kemungkinan pelbagai baka..priangan dsb

    domba garut memang domba terbaik tempatan di Indonesia..padaging tetapi kena tengok breeding rate jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.mmg xde bro,research paper tulis Javanese Sheep..Javanese Sheep ada 3 baka utama Javanese thin-tailed,Priangan Jawa Barat dan Fat-tailed Jawa Timur..Domba Garut masuk Priangan Jawa Barat dan baka ini den rasa yang ada darah Merino..sebab kacukan antara Merino Australia dgn Cape Afrika Selatan dan biri tempatan..

      Delete
  3. ha.. tu dia.. pasal biri2.. kna google psal kambing ni.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ust.Don muda lg..patut lg sng pickup ilmu ni,den dh agk brkarat.hehe..

      Delete