Cari disini....

Monday 11 February 2013

Lembu Pejantan Baru..

Bulan Januari lepas,memang musim khas membeli pejantan,lepas beli pejantan biri den beli pejantan lembu pula.Krtieria utama pemilihan adalah baka yang sederhana besar, sudah biasa dengan sistem lepas ragut dalam ladang sawit dan paling penting tidak mandul.Hehe.Melihatkan 'trend' semasa ramai yang membeli pejantan baka eksotik(Eropah) dan baka British seperti Limousine,Charolais,Angus,Blonde d'Acquitane,Hereford,Droughmaster dan lain-lain  baka yang den sendiri tidak pernah dengar sebab ada hampir 800 jenis baka lembu di dunia ini.Tapi lembu domestik boleh dikategorikn kepada 2 kumpulan iaitu Bos Taurus(baka Eropah,Asia Timur,Afrika) dan Bos Indicus@Zebu (Asia Selatan,Asia Tenggara,Amerika Latin).

Lembu Kedah-Kelantan(KK) termasuk dalam kumpulan Bos Indicus@Zebu. Dan baka lembu Indicus paling 'glamer' tentunya Brahman.Sampai ada ke US dan Australia pun bela baka ni terutama di bahagian negeri mereka yang beriklim sub-tropika/tropika.Australia Utara dan US Selatan beriklim sub-tropika/tropika jadi diorang bela baka yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap parasit/penyakit dan lasak dengan keadaan yang agak mencabar ni.Lembu baka British pernah cuba diternak dikawasan Australia Utara dan selepas 100 tahun hampir semua lembu disana mempunyai darah Zebu(kesimpulannya baka British tak sesuai dibela dikawasan tropika kecuali dikacukkan dengan baka tempatan).Den cari-cari juga informasi pasal kambing Boer bela dekat bahagian utara Australia ni,tapi memang kurang diternak di sini banyak di kawasan selatan yang beriklim sederhana.

Lembu ini juga dibezakan dengan tempoh matang,ada cepat matang,sederhana matang,dan lambat matang.Cepat matang seperti baka Wagyu,Kedah-Kelantan(KK) dan British(Shorthorn,Angus,Hereford dll).Ciri jenis cepat matang ini adalah dia saiz kecil,berlemak pada usia lebih awal,subur(sebab lemak lebih awal terbentuk,berkait dengan kesuburan),capai kematangan seks lebih awal(beranak awal).Sederhana matang seperti baka Brahman,Santa Gertrudis dan Droughmaster.Ciri-ciri dia berada di tengah antara cepat matang dan lambat matang.Lambat matang seperti baka Eropah seperti Charolais,Limousin,Simmental dan Blonde d'Acquitane.Ciri-ciri lambat matang seperti saiz besar,daging kurang lemak(lean),subur tapi memerlukan sumber makanan yang banyak untuk mencapai berat sesuai disebabkan saiz besar.Untuk keterangnan lanjut rujuk http://alwigoatfarm.blogspot.com/2012/09/lembu-british-vs-lembu-french.html .

Itu baru intro pasal lembu,untuk mencari baka pejantan yang sesuai den cari yang sederhana besar disebabkan induk yang ada sekarang agak kecil baka KK dan ada sikit-sikit KK cross Brahman.Kenapa tak beli baka besar gedabak macam Charolais yang boleh cecah 1000kg tu buat pejantan nanti anak besar-besar?Induk den kecil jadi memang tak sesuailah pakai bapak besar-besar,risiko ibu kecil beranak anak besar sangat tinggi,kalau anak mati rugi sikit kalau ibu dengan anak mati manyak lugi ooo..satu lagi kriteria kenalah lembu yang dah biasa lepas ragut dalam ladang sawit,biar dia mengawan sambil berlari dalam kebun sawit baru 'syok' ala-ala filem Hindustan gitu.

Selepas melawat 2 kandang Feedlot yang ada pejantan den pun belilah dari seorang penternak di Kanchong,Pekan baka Brahman cross KK.Memang diternak secara lepas ragut di ladang sawit sejak berkurun lamanya dan lembu dia ada sekitar 300 ekor.Pejantan yang digunakan Brahman ori berat 1.4tan ada 2 ekor tapi sekor dah jadi habuan penyamun tarbus(kaki curi lembu).Tapi yang den beli tu umur dalam 2tahun berat dalam 250kg memang ada potensi untuk membesar lagi.Harga RM3000 tunai 'cash n carry'.Hehe..
pilih antara dua..hehe
simpan dulu kat kandang feedlot Jai,proses penyesuaian dan bagi kenal dengan tuan dia..
 
 
Ada sahabat den yang kata lembu tersebut baka Neelore Cross KK dan bukan Brahman cross.Den pun tak berapa pandai nak menilai baka-baka ni tapi apapun yang penting baka tersebut kacukan KK dengan Brahman atau Neelore tak kesahlah.Janji besar dan boleh turunkan baka kat induk den.Hehe..size does matter..
baru sesuai masuk ladang...hehe


 
 
 
 
 
 











18 comments:

  1. Lembu cantik.
    Keta pun cantik.

    Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  2. poket jer xbrapa cntik bro KI.hehe..usaha tangga kejayaan,sama2 berusaha..:-)

    ReplyDelete
  3. Tu dia dh kluar ford ranger.ni bru btul mnternak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk mntrnak xde kaitan pun dgn ford ranger tu bro.alwi pun pkai avanza jer.hehe..den pkai Myvi skrg,tggal kt kmpung xde org guna.guna pun utk g beli dedak jer.Fikir2 balik baik jual Myvi tu beli Picku-up.bleh angkut plepah sawit n rmput skali..Ford Ranger 2nd Hand je pun,sma dgn bayar bulan Myvi tu.kira oklah.bajet xlari mana.hehe..

      Delete
    2. aku pun dah lama rase nak pkai ford ranger.tp aku rase poyo plak kambing brape ekor je pun.baik tambah kambing.atau bagi kandang luas.kambing aku smua naik kelisa je.hehe

      Delete
    3. ikut kperluan bro,jgn ikut nafsu.haha..kita jnis modal xsberapa ni kna bijak brbelanja.modal yg ada bt beli kambing n bsarkn kndg laa.den bli Ford Ranger nipun sbb sng nk angkut plepah,kambing n lembu.lpas ni nk tnam napier plak utk biri sng nk angkut nnti..Ford Ranger tahun 2002 ni,jln jauh xlepas dh ni.bt ngangkut2 jela.hehe

      Delete
  4. salam tuan..
    murah rezeki tuan. kalau saya nak beli lembu betina utk buat baka, agak2 bajet dalam berapa tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam tuan..

      Induk betina tuan beli dr pntrnak2 kt kampung or Felda/Felcra je murah.hrga dlm 1200-1500 ikut saiz,kalu dpt beli lump-sum lg murah.beli yg brahman cross or KK cross..kwsn ragut luas ka tuan?kalu x kena tnam napier byk2 cketlaa..

      Delete
  5. salam bang..

    saya ni berminat nk bela lembu.. saya kerja di putrajaya,kampung di segamat johor.. saya xtau mcm mane nk start ternak.. brape modal agaknye? beli brape ekor yg sesuai? mungkin saya tumpang lembu di kebun kawan saya disebabkan saya xde tanah nk buat kandang lembu.. antara lembu dgn kambing mane yg lagi sng & mudah utk dijaga,dijual? terima kasih feral..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam bro Helmy..

      minat ada ok dah tu.tp kalu tnya den mau jadi krngn nnti ni kalu tlis.hehe..den rngkaskn la.bro kna plih nk bt breeding@pembiakan/pntrnakan(daging,susu,baka) or feedlot@penggemukan.kalu lembu biasanya org bt feedlot 3blan,beli bg mkn kaw2,gmuk2 pastu jual utk korban or dging.kalu nk trnak lembu prlukn mknn yg byak jd kalau ada kwsn ragut yg luas mcm ldang sawit kira advntge la mcm den.Bolehla bela byak.."we are what we eat" jd sma mcm kes trnakan mknan byk main pranan besar trhdap produktiviti dan profit dlm bdg trnkan..

      bab pnjgaan lmbu lbih mdah sbb kurg pnyakit n mkn scra mragut bwh@grazing rumput sma mcm biri.kalu kmbing pnjgaan ssah cket sbb kbrngkalian pnyakit agk tnggi(kalu lma mntrnak ok dah) dan mkn scra rgutn atas@browsing daun2,pucuk2.tp klau bro tnya yg mna lg untung den kata kambing lg untung sbb kadar pembiakan tinggi sbb tu dia agk ssah ditrnak.High RIsk,High Profit la ni.hehe..mudah djual?smua mdah djual sbb demand tinggi,bekalan kurang..kalu blik kmpung mai snggah keratong,bleh cita pnjg..hehe..

      Delete
  6. assalamualaikum abang awang

    sy mohamad azam dri hulu selangor, nk tnye sikit dri pandangan dan pengalaman abang, sy nk beli lembu kedah kelantan (KK) dgn brahman tpi sy tdak thu yg mne 1 lebih elok...blh sy mntak pdangn dri abg???

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam bro azam,

    bro bt sistem intensif ka semi-intensif(lepas ragut),kalu sistem semi-intensif lps rgut dlm ldang sawit mmg ssuai sgt lah baka KK dan KK cross,baka luar mcm brahman skalipun agk ssuai nk ssuaikn diri dgn keadaan ldg.utk Pejantan blehla pkai baka Brahman cross,brahman tulen xbrapa nk galakkn sbb saiz trlalu bsar agk sukar utk mngejar btina smasa nk mngawan.selalunya jntan brsaiz sdrhana yg pnjat dulu..slain fktor ksesuaian KK jga tahan pnyakit,tahan lasak,ibu yg baik,kdar kmatian anak rendah dan cpat branak.Tp kalu bt feedlot ka mgkin elok bela utk pasaran baka..bela baka eksotik mcm charolais,limousine,angus dll.blehla cover kos tinggi cket,hrga jual dia pun tinggi..skian pndangan den..hrap2 dpt mmbantu bro azam..:-)

    ReplyDelete
  8. Asssalamualaikum abang awang

    Nk lepas kn dkat padang rumput...sbb sy bg kwn jge kn...ni kli pertame sy nk bli lembu n mle nk msk bidang ternakan dngn perladangn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bro azam,

      kira sstem pawah la ni or rakan kongsi..brapa luas pdg ragut tu.biasa utk lmbu dlm ldg sawit standard JPV ttapkn 2.5ekar utk seekor lembu sbb rmput xsbyak pdang ragut.utk pdg ragut den rasa 0.5ekar mgkin ckup kot utk seekor lembu.tp ni kira lembu tu mragut shj tnpa mknn tmbahan lain kalu ada mknn tmbhan mcm dedak,napier dll mgkin lg kcil la luas lembu per saiz pdg ragut.nk msuk bdang trnkan ni faktor pling utama adlh makanan,kalu ckup mknn n mmenuhi kprluan nutrien hrian dia insyaallah brkembangbiaklah trnkn tu..tp mknn mlibatkn kos sbb tu kalu kos mknn rendah lagi tnggilah kdar kjayaan trnakan..faktor2 lain pun byk jgk tp den bri lbih tmpuan fktor mknan lah..hehe

      Delete
    2. Assalamualaikum abang awang

      Owh yke, terima kasih abg awang, doa kn kejayaan sy abg awang, mudahan2 ape yg abg awang bri kn pandangn itu d bls dngn rezki yg halal...terima kasih byk2 abg awang, klu sy ad mslh sy tnye lg ye...

      Delete
    3. Insyaallah sma2 brjya bro azam...kalu den tau xda mslh,kalu xtau kna rujuk yg lbih ariff le.hehe

      Delete
  9. Assalamualaikum bang...saye fazly dari rembau.
    Saya sgt berminat dlm bidang ternakan,pada mulany bercadang utk buat ternakan kambing tapi terpaksa batalkn hasrat kerana ternakan kambing agak rumit dan risiko mati akibat penyakit agak tinggi,kini saye berhasrat utk menternak lembu jenis kk atau kk cross dgn sedikit pengalaman yg ade,tapi masalhny belum dapat cari penternak yg nk jual anak lembu jenis ini dlm aggaran umur 6bulan ke 9bulan serta harga bagi jantan dan betina,kalau ade saye nk cari dlm anggaran 8 ke 10 ekor...harap dapatlh kongsikn sedikit info utk saye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam boss fazly..

      Yaya..smoga kputusan itu yg trbaik.Harga pasaran lembu skarang agak tinggi..anak lembu wlaupun mgkin hrga lbih rndah dri dwasa tapi tempoh mnggu agk lama sebelum mmberi hasil..den cdgkn boss beli induk dwasa yg dh prnah beranak..hrga mgkin skitar 1500-2000 brgtg pd baka dan saiz..kalu rajin masuk Felda dan tnyalah pntrnak dlm kwsn tu..mgkin dpt hrga trbaik cket brbnding beli dr org tengah or dr FB..smoga brjya diucapkn.tq

      Delete