Cari disini....

Friday 21 June 2013

Jualan Sulung Biri-biri Akikah...

Assalamualaikum sahabat penternak sekalian.Den memulakan penternakan kambing sekitar Ogos 2011 dan biri-biri April 2012 jadi sebenarnya den ini masih baru lagi dalam bidang ternakan jadi janganlah tanya soalan tahap SPM kat den ni,tak terjawabler nanti.Soalan tahap SPM boleh tanya Prof.Alwi (Alwigoatfarm),Bro Zaki (Nurternak) dan Bro Naxz (Gembala kecil) yang den rasa lebih lama menternak dan lebih banyak ilmunya.Den pun banyak belajar dari diorang ni kira sifu den jugak ler.Untuk den tanyala soalan tahap UPSR tu ok ler.Paling best bagi bentuk objektif ada pilihan jawapan senangler nak menjawab nanti.kihkih..

Hari Jumaat semalam den sembelih dan lapah 3ekor biri-biri jantan kelahiran kandang den untuk akikah.Rezeki Jumaat betul la,3ekor ni cukup umur hujung bulan Mei dan ditempah oleh 2orang pembeli, sorang dari Keratong 2,Mak Long Sinah beli untuk cucu dia sekor dan 2ekor lagi dari pembeli dari Muadzam Shah (40km dari Keratong).Harga den bagi harga pengenalan je RM18 sekilo,ada yang kata murah sangat jual tu tapi bagi den ok dah.Bagi den market untuk biri-biri akikah ini adalah dari RM450-700 untuk pasaran kawasan den ni.Ada untung ka jual harga tu,Insyaallah dengan sistem 'Low Input Husbandry' den rasa tiada masalah masih untung disamping menolong golongan kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadat akikah ini.

Berat biri-biri yang dijual 2 ekor berat 26kg(sama berat) dan sekor lagi 20kg.Memang sangat rendah lah beratnya den target boleh capai 30-40kg cukup umur.Tapi biasala penternak tidak berpengalaman ni banyak lagi kena belajar terutama tentang pemakanan ternakan ni.Mungkin perlu ditambah sedikit dedak berasaskan bijirin ke dalam rutin makanan harian biri jantan ini.Tapi yang 20kg itu ada masalah pernah ditinggalkan ibunya semasa masih kecil(ibu dia lari dari kandang tak balik 5hari).Jadi mungkin agak terbantut tumbesaran dia.

Apapun perjalanan den masih jauh lagi untuk mencapai tahap rakan penternak yang lebih senior,tapi dengan tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh rakan2 lain Insyaallah tercapai jua satu hari nanti..:-)

anak biri tengah melantak..
 








9 comments:

  1. Wahh dah dapat menuai hasil usaha yang dilakukan . Alhamdulillah. Semoga lebih berjaya di masa depan. Hamba sendiri baru setahun bermula InsyaAllah tahun ke 2 akan mula jual secara kecil-kecilan.

    Sepatutnya letak gambar sekali.ada buat kiraan % karkas biri2 tak? Boleh kongsi dengan semua pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar xado bro ECH,sbb jurugambar xada msa ni.haha..Insyaallah akn datang den akan bt analisa karkass utk dikongsi brsama..

      Inilah hsil jualan akikah tahun ni,3ekor lagi bulan 11 pulak.mmg prlukan ksabaran la jd breeder ni..:-)

      Delete
    2. Permulaan yg baik tu bro. Nama K.A dh msuk dlm list pembeli kmbing akikah.

      P/s den pun msih blajar lg. Lom berjaya pun..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. tq bro Beram n bro naxz..

      den kna byk bljar lg ttg aspek pngurusan kmbing n biri ni..nk mncpai thap skala komersial byk lg nk kna buat..tunjuk ajar ku sifu..hehe

      Delete
    5. bravo hehe..berat bebiri Malaysia ni macam tu la..lagipun, kalau berat 25 kilo keatas tu biasanya la..kalau boleh, berat bawah 25 kilo tu kira jual 'borong' jela..maknanya sekor kira kepala..RM400 ke atau RM450 ka atau RM500 ..ikut kawasan la..kalau tidak, rugi..

      tu kira bebiri umur 8-12 bulan (dua gigi kekal depan dah tumbuh)

      Delete
    6. 1st time jual biri klahirn kndang sndiri utk akikah..saiz sderhana mmg sng jual sbnrnya,cuma stok je xbnyak.biasala org xbrpnglaman ni bro zaki,nk ltak hrga ikut kpala pun pening.kira timbang jela dulu bt msa ni.haha..

      Delete
  2. Asaalamualaikum. Berapa harga pasaran sekarang utk biri2 cukup umur?

    ReplyDelete