Cari disini....

Loading...

Tuesday, 11 June 2013

Musim beranak tiba lagi..:-)

Assalamualaikum tuan-puan pembiak kambing,lama tak update blog pasalnya kadang2 mood dan idea tu tiba2 je menghilangkan diri ditambah sedikit sifat mazmumah iaitu MALAS (minta dijauhkan lah dari sifat ini).Banyak yang ditulis dan disampaikan,terutama lawatan-lawatan ke kandang2 sahabat penternak serata Malaysia.Baik yang mengamalkan sistem Intensif mahupun Semi-intensif telah den lawati,Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu dapat dipelajari dari sahabat2 pembiak lain.Ada masa nanti den tulis lah yer.

Alhamdulillah hujung bulan Mei dan awal bulan Jun den mendapat perkhabaran gembira disebabkan kelahiran anak kambing dan biri baru yang tak kunjung beranak.Setakat ini 2ekor induk kambing beranak kembar dan 4ekor biri beranak tunggal semuanya.Semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat layanan sepenuhnya dari Awang.Semoga semuanya membesar dengan sihat dan kuat sekaligus menjadi sumber pendapatan den pada masa akan datang.hehe..

Baka Van Persie..sebijik bapak dia..
Ini tak tahulah bapak dia siapa..mungkin RVP juga..
ibu dara anak kecil..tapi sihat..jantan..
anak jantan..
anak jantan jugak..
pun jantan..
jantan lagi..lagi..
 
 
Kelahiran dari baka pejantan RVP setakat ni sangat memuaskan dari rekod 3 kelahiran 1triplet dan 2 kembar (sepasang jantan betina) .Semoga yang lain-lain juga akan tinggi kadar kelahirannya.Manakala untuk biri pula dari 9 kelahiran tahun ini semua adalah kelahiran tunggal dan 7darinya adalah jantan.Memang rezeki anak jantan lah nampaknya den tahun ini.Hihi..Jantan atau betina tiada masalah asalkan semuanya dapat membesar dengan sihat.
 
 
Minggu lepas juga den membeli induk biri dari sahabat den sendiri Bro Rahmat. Disebabkan ayah dia hendak pergi menunaikan Fardhu Haji maka tiada sesiapa nak menjaga biri dia.Jadi den ambil keputusan membeli 9ekor induk dari dia,kalau dia berhajat membela lagi selepas balik dari menunaikan Fardhu Haji maka bolehlah beli induk dari den (kalau den nak jual la).hehe..
 
Induk yang baru dibeli..
 
 
Sekian sahaja untuk kali ini,ada masa den update ler lagi..InsyaAllah..:-)

 
 
 
 
 
 

12 comments:

  1. WAaah..dapat anak kembar semuanya..ini kelahirang yang keberapa untuk induk2 di atas?

    Harap semua anak kambing sehat. Terbaiklah rvp. Kalau dok dekat memang panggil servis kat ladang hamba dah.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk Induk kambing hitam tu dah ke3 semua kembar..yang induk kmbing putih yg ke2,klhirn prtma single yg ni bru kmbar..biri byk klahirn prtma sbb den baru beli.hehe..

      RVP ni beli dr kndang prof.Alwi mmg power..den pakai dia jer servis 35ekor induk..xde masalah.hihi..

      Delete
  2. Nasib baik tukar nama dari torres kepada van persie. Torres hampeh betul la ni, Rvp top scorer. Nasib baik nasib baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tuler tp mmg reliable la RVP kt kndg den ni.Smpai xcari pejantan kedua dah.biar dlu bg semua baka dia..

      Delete
  3. tak lama lagi tercapai la cita2 Keratong Western Delight. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..wlaupun prjlanan msih jauh tp angan2 perlu ada bt pembakar smngat..hehe

      Delete
  4. tahniah, teruskan usaha.

    Aku tetap juga meneruskan usaha dgn jumlah terkini kambing 12 ekor, 3 kelahiran baru 2013.

    Mungkin projek skala lebih besar terpaksa ditangguhkan ke waktu yg paling sesuai.

    Buat masa ini, fokus kpd mengkaji lebih mendalam baka Cross Boer. Nak seanan, belum jumpa.

    + biakkan Indigofera, malbery dan pokok yang bermanfaat.

    Selamat berusaha utk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe bro zul..ada hikmah dsbaliknya tu.bela sikit2 kaji selok belok pntrnkan kmbg n research tu pun bgus jga.Kambing Boer den branak 2ekor, dua2 single birth..2ekor lg smpi skrg xbranak2 lg.mandul ke ape.hehe..nak tgok klhiran sterusnya dr sgi jrak klahiran,jmlah klahirn.tp dr sgi growth rate mmg agk impressive laa..tp dua2 jntan ank dia.haha..

      Delete
  5. kalu kambing n bebiri ni normal maximum kelahiran berapa? ade ke sampai 5 ekor

    ReplyDelete
    Replies
    1. klahiran normal dan bgus utk pembiak adalah 2ekor jer.lbih dari tu mgkin ada mslh dr sgi kkurangn susu pd ibu n beri kesan pada pertumbuhan ank kmbing n biri.tp utk rekod stakat ni den rsa dlm 7ekor kot..

      Delete
  6. kalu ibu mati. kt nk cr susu ape nk bg anak tu. ke kalu kt bg mkn rumput n minum air biasa dia blh survive

    ReplyDelete
    Replies
    1. smaada bg susu dr ibu tmpang atau susu tpung gntian.tp xrekomen sgtler ssu tpung gntian ni sbb agak mhal n makan masa nk bgi susu kt ank kmbg..tgk usia anak msa ibu mati bro,kalu 2bulan keatas cerah cketla pluang utk hdup sbb dh boleh mkn mknn lain slain susu..

      Delete