Cari disini....

Loading...

Friday, 24 May 2013

SIRI TERJAH KANDANG: PROJEK BOER NASIONAL PONDOK TANJUNG,PERAK

Assalamualaikum,takziah den ucapkan kepada keluarga sdr.Apas yang telah meninggal dunia minggu lepas disebabkan kemalangan jalanraya.Den pernah pergi ke rumah arwah untuk membeli lembu pejantan baka sebelum ini.Semoga roh-nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.Al-Fatihah..

Minggu lepas den bersama 5 orang sahabat penternak iaitu Alwi(Alwigoatfarm),kawan Alwi(lupa nak tanya nama daa),Ust.Don Jenal(Projek Kambing Muda),Khairi(Ketemba Agrofarm) dan Aman Man berpeluang melawat projek yang penuh kontroversi tapi tak adalah sehebat NFC dari segi jumlah pelaburan dan individu yang terlibat iaitu PROJEK BOER NASIONAL PONDOK TANJUNG,PERAK.Kira tahap nasional ni memang gempak lah,projek den tahap kampung jer..nak wakil daerah pun tak lepas.Kalau sukan peringkat sekolah tu kira nak wakil MSSD pun tak layak lah,wakil rumah sukan jer lepas.hehe..


Kedatangan kami disambut Pengurus Projek iaitu Bro Yusof Ishak dari NCIA(North Corridor Implementation Authority) yang memang sempoi,sesempoi burger Oblong lah kiranya.Den tabik kat Bro Yusof kerana sudi terima kedatangan pelawat luar walaupun banyak kisah kurang enak pasal Pondok Tanjung ni.Kalau NFC siap mangga pagar utama tak bagi orang masuk,Pondok Tanjung ni lain sikit,pagar sentiasa terbuka untuk pelawat luar untuk dapatkan gambaran sebenar tentang kisah Pondok Tanjung ni.Ada pula ahli rombongan yang tersesat ke kandang sebelah milik JPV walaupun ahli tersebut orang Perak,kalau orang Pahang bolehlah dimaafkan.kihkih.Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Pondok Tanjung boleh lah rujuk pada posting Alwigoatfarm untuk dapatkan gambaran awal http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/05/pondok-tanjung-review.html 

Keluasan projek ini sekitar 2000 ekar dengan 1000 ekar untuk NCIA dam SBBC usahakan dan selebihnya JPV usahakan.Jumlah kambing sewaktu lawatan sekitar 600 ekor terdiri dari baka Boer dan 2 kandang digunakan.Kandang pertama terdiri daripada baka Boer yang diimport dan yang kedua baka Boer dibeli dari pembiak tempatan seperti ESPEK Livestock dan Ar-Raudhah.Ada perbezaan dari segi kualiti Boer dari 2 kandang tersebut dan dapat dinilai dari gambar nanti.Projek kambing masih dalam peringkat awal pembangunan semula selepas melalui banyak masalah sebelum ini.

Sambil membangunkan semula projek kambing Bro Yusof telah menggunakan sekitar 150 ekar dari keluasan tanah untuk tanaman jagung bagi menampung kos operasi dan aliran tunai projek.Disamping batang jagung dijadikan makanan utama kambing tanaman Napier juga akan diusahakan bagi mengurangkan kos makanan.Segala fasiliti disini memang lengkap dengan penggunaan mesin dan jentera yang canggih bagi den seperti Forage Harvester.Satu je tak berapa canggih kat sini,tiada bekalan eletrik dari TNB kena pakai generator la jawabnya.hehe..

Saujana mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..
Kandang 1..(kamera nset cap ayam paham2 ler)
Kandang 1 lagi..
Kandang 2..
Kandang 2 lagi..
Mesin Forage Harvester..senang ada mesin ni..
Bro Yusof (baju merah) memang sempoi melayan soalan kami berlima..terutama yang berdiri tu.haha


Pihak NCIA bercadang untuk menternak sekitar 10,000 ekor kambing Boer di dalam kawasan Pondok Tanjung ini yang mana den rasakan agak tinggi jumlahnya walaupun kawasan agak luas tetapi tidaklah mustahil.Mungkin dengan bantuan ilmu dan teknologi terkini dapat merealisasikan matlamat tersebut.Apepun ucapan terima kasih diucapkan kepada Bro yusof kerana sudi menerima kunjungan kami.Semoga segala matlamat dan usaha keras Bro Yusof untuk menaikkan kembali imej Pondok Tanjung sebagai projek penternakan kambing yang berdaya maju tercapailah hendaknya..:-)







33 comments:

  1. Sebulan diesel expense pondok tanjung $6000.. setahun $72,000.

    Fuel expense just too high. Incredibly high. Can't justify that for a 300 breeders.

    Banyak pi kat traktor ke, atau generator?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den rasa lebih kepada traktor,generator guna pada waktu tertentu shja.Jentera heavy duty ni biasala minyak kuat cket..

      Delete
    2. Intensif memang fuel expense tinggi. Pasal banyak guna mesin. Ramai yang tak nampak ni. Tanam rumput sebenarnya bukan sikit belanja.

      At least, costing untuk yang tanam sendiri rumput tak lari 15 sen sekilo.

      Delete
    3. Kalau betul betul depend on rumput tanam sendiri tanpa rumput luar. Kalau tanah subur, cara potong elok probably dapatlah 10 sen sekilo.

      Hmm.. ada ke ladang intensif yang boleh dedahkan specific cost untuk fresh feed la ni?

      Delete
    4. kalo fodder solution? haa...

      Delete
    5. Nak cari ldg yg fully intensif dengan rekod yg lengkap tu pyah cket.BODEN stle cut n carry jgak kan prof.alwi,bleh dptkn mklmat dr BODEN ka?

      Fodder Solution dr kajian di USA mmg x cost effective..beli benih barley 1kg Dry Matter(DM) 90% dapatlah 900g DM..kalu dimasukkan dlm FS slma 6-7hari benih 1kg td dpatlah lbih kurang 8kali ganda dengan DM 12%,8kg x 12% lebih kurang 960gram DM.memang xberbalui dr segi hasil dry matter tambah lagi dengan kos elektrik,maintenance,pekerja dan kos modal FS..baik benih barley tu bagi trus kt kambing,haha..

      Delete
    6. kena tambah hay la jawabnya. kos jugak tu. hehe. proses pelepah sawit jadi dedak la. Keratong Feed Mill. hehehe.

      Delete
    7. Hay waley..hay waley waley..smua kos tu ust.don hay pun bknnya brkhasiat sgt,yela bnda dh kna jemur byk nutrien dh hilang..pelepah sawit ni bab lidi yg problem tu.pyah cket nk hadam.fiber byk sgt kot..

      Delete
    8. haha.. memang kos pun. nak buat hay makan masa. baik kutip daun2 pokok yang luruh tu bagi makan kambing.

      Lidi pun keras, mungkin boleh, mula bagi fresh pada kambing, makan daun, then raut buang lidi & duri, potong kecik2 pelepah, masuk mesin. tadaa!

      Delete
    9. fodder solution ni tau ke bape modal nak starting. ade ke lebih 10k?

      Delete
    10. xclap den utk jnis kpasiti pling rndah skitar 150kg kos dlm 30k ke atas..pd pndapat den FS ni xssuai utk pmbiak dsbbkn kos,maintenance,dan dr sgi hsil pngeluaran ikut berat kering Barley SProut sma dgn Benih Barley sblum dismai dlm FS,nutrien pun lbih kurang.Jadi bt apela g smai dlm FS lg.baik beli Bji benih Barley bg je kt trnakan..ataupun beli dedak jela.hehe

      Delete
    11. kalu projek besar ok la agaknye. ble kurgkn kos pekerja. kalu idak tanam rumput jela

      Delete
    12. projek kecil atau bsar sma je bro..dri sgi ROI mmg xbrbaluii..

      Delete
  2. Replies
    1. nak pening2 kpala dgn idea2 anti-establishment sila baca alwigoatfarm..nak santai2 baca smbil mnum kopi cecah beskut sila baca keratong agrofarm.hahaha..

      Delete
    2. saya nak kena tulis gak ni. hahaha. tapi dari side lain la. hehehe.

      Delete
    3. jgn off-side dah ler ust.don..nnti reff kasi kasi kad merah..hehe

      Delete
    4. kambing ada sejemput je, mana reff nak bagi kad merah. buat2 tak nampak je reff tu. puii! hahaha.

      Delete
  3. Kandang mana kambing lebih cantik? Import baru sampai atau kelahiran tempatan? Aku lupa mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kandang 2 lebih cntik baka kelahiran tempatan..kndang 1 yang import mmg xikut breeding protocol pnya,byak F1-F2 ada darah Feral lagi.anak pun lbih byak kt kndang 2 rasanya..

      den rasa elok jual smua kmbg kt kndang 1..gntikan dgn baka klahiran tmpatan yg lbih brkualiti..hehe

      Delete
    2. Sayang ooo nak jual. Banyak sangat memori dengan kambing dulu. Tak kisahlah pahit sekalipun. Apalagi menyaksikan bagaimana pahit perlahan lahan bertukar menjadi manis. Mesti sayang punya. Legasi yang boleh dijadikan pembakar semangat.

      Delete
    3. beli je breeder protocol dari Alwi Goat Farm. Lepas tu lepas dia dalam 1000 ekar tanah tu. Kawasan berbukit, mau berotot semua kambing. Bab cacing tu, pelan2 cover. Tepi parit pun kambing prof Alwi makan, ni plak bekas paya yang dah tak nampak payanya. Boleh punya.

      Delete
    4. emosi dikurangkan,prestasi diutamakn prof alwi.hehe..induk kalu xperform bg den jwbnya sng je.jual utk smbelihn jela.intensif lg lah nye kos tinggi mmg prestasi induk sgtlah penting bg mnjamin cost efficiency..

      Den pun nk tgkla bleh tak kmbing kcukn kmpg survive dlm kwsn paya pondok tanjung.hehe..

      Delete
    5. tunggu bro khairie jadi supervisor, dia nak angkut kambing dia skali. hahaha.

      Delete
  4. dulu aku dengar nak bagi 20 ekar tanah (kalau tak silap aku) untuk setiap peserta projek..apa jadi..any info on that?

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ada mslh dengn syrkt pemaju lama,msih dlm proses mahkamah..tp den dibritahu plan akn dtg nk sdiakn prasarana sckupnya utk 20 org pntrnak..setiap seorg akn dpt 500ekor kmbg,kndang,elaun dll..yg ni kena select btul2 pntrnak la,500ekor bkan jumlah sdikit utk pntrnak yg baru..kalu mula dengan jmlah sdikit den rasa lbih ssuai..hehe

      Delete
    2. masa SBBC dulu dia bagi 5 ekar + 20 ekar. Tapi kena bayar sewa $8000 sebulan untuk satu kandang + kos fodder. Satu kandang boleh muat 400 ekor. Takde sapa berani sewa..

      La ni program dah bertukar.

      Delete
    3. Ini death trap ni..amik tali jerat leher sendiri. .berapa ekor kena jual kalau nak cover overhead saja?

      Delete
  5. back to basic...

    apa pun.. BACK TO BASIC...

    akan jumpa jalan penyelesaian atas segalanya.

    ReplyDelete
  6. Bagus betul tuan usop ni..semua open book.sangat telus.berani kerana benar.

    Hamba ingat lagi dulu masa nak hi melawat NFC ngan nak beli anak lembu susu kat satu ladang tenusu di pahang (under MOA-soft loan 24 juta-sekarang dah tutup)..takde nya nak entertain orang luar yang kebanyakan ni..nampak sangat banyak cacat cela yang nak disorok. Kalau buat kerja tak salah..apa yang nak ditakutkan..mcm tuan usop steady je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula den respect bro Yusoff ni sbb open book,xde sorok2..nak tahu kisah sbenar dtg je jmpe dia kt Pondok Tanjung.hehe..

      Den prnah mlwat projek kndang satelit NFC(bukan ldg utama dia)..projek nilai 6juta den tgk ada kndg lmbu feedlot,office,rumah pkrja n mesin.pling kuat nilai dlm 2juta jela.untung wehh.hehe..projek lmbu tnusu tu kt mne bro?Muadzam Shah ka?..

      Delete
    2. Wahaha...hamba tak cakap pun muadzam shah..tapi tuan isal teka dengan tepat sekali..takkan hamba nak menidakkan pulak..yer dak?twmpat yg cuah susu masuk lobang beberapa tahun lalu..apa jadi la tempat tu sekarang..abih duit taxpayer..

      Delete
    3. Mane lg kt Pahang ni ada lembu susu bro.hehe..laa itu guna dana krajaan ka?den ingt mmg private punya.First Dairy Farm(FIDAF) dgr cita dh ttup lpas kes buang susu hri tu.entahler kt mna slah xtaulaa..org bela lembu susu smua den tgok ok je..Benggali jual susu pun hidup je bisnes smpi skrg.haha..

      Delete