Cari disini....

Thursday 31 January 2013

Pejantan Biri Baru

Alhamdulillah permulaan tahun baru di anugerahkan 3ekor anak jantan biri dari 3ekor induk.Memang kadar kelahiran jantan untuk biri agak tinggi dari tahun lepas direkodkan 60:40 nisbah jantan betina.Jantan bermakna pulangan tunai lebih cepat tapi diawal penternakan den lebih mengharapkan betina tapi rezeki sudah ditetapkan syukur anak yang lahir sihat dan membesar dengan baik.

Pada minggu lepas den berjaya juga akhirnya membeli Pejantan baka Barbadoss Blackbelly dan induk dari Pak Bakar.Dekat setahun jugaklah memujuk Pak Bakar jual kambing dia kat den tapi mungkin terbuka pintu hatinya kali ni dapat jugalah merasa kehebatan darah Barbadoss Blackbelly dalam ternakan biri den (Pak Bakar kata kesian tengok dok mintak banyak kali.hehe).Den namakan Tanggang sebab kandang mak dia dekat dengan kandang den jadi harap-harap dia tak balik kandang lama.hehe..
Tanggang umur 8bulan berat 33kg..memang macho..
Karisma dah beranak 2 kali jarak kelahiran 8.5 bulan semua tunggal..
Manisha Induk dara baru beranak..
 
Ada sekor lagi anak keluar baka Barbadoss Blackbelly(BB) berkemungkinan besar baka Pejantan dari kandang asal.Dapat juga merasa anak muka BB memang terbaik lah.haha..Shah Rukh Khan(SRK) selaku pejantan di kandang den juga dah berjaya menurunkan bakanya untuk kelahiran kali ini.Memang agak besar anak yang dapat dari genetik SRK ni.Den ingat nak jual untuk sembelihan dah tapi ada juga orang berminat nak pinjam untuk buat baka.Kira power jgaklah SRK ni.Ada mendapat pertanyaan untuk belian bulu biri-biri,berapa harga pasaran sekarang ni den pun tak tahu.hehe..
Shah Rukh Khan(SRK)..panjang umur lagilah ko yerr..
 
 
p/s:Esok Awang nak pergi beli lembu Pejantan baka Brahman Cross..baikkk punyerrrr!! hehe...

 
 
 


Wednesday 16 January 2013

Prestasi Kandang 2012

Listen..listen..let me speak..animals have problems too,terima kasih kepada Pah kerana prihatin kepada masalah haiwan,den selaku penternak kambing,biri-biri dan lembu merasa amat tersentuh hati atas keprihatinan Pah ke atas haiwan seperti kucing,anjing,lembu dan ikan walaupun kambing dan biri-biri tidak disebut.Mungkinlah kambing dan biri-biri ini tidak menghadapi masalah disebabkan penternaknya memang mengambil berat masalah kambing dan biri-biri.Hahaha..

Berbalik kepada tajuk utama den,berkenaan prestasi di kandang den untuk tahun 2012.Setelah di rujuk kepada rekod didapati prestasi agak rendah untuk kambing disebabkan banyak kematian berlaku diperingkat anak.Untuk biri-biri disebabkan baru lagi menternak biri-biri(sekitar bulan April 2012) maka kuranglah berlaku kematian anak dan induk.Untuk kambing induk ada 16ekor,6 ekor beranak kembar dan bakinya tunggal.Kebanyakan yang tunggal adalah induk dara.Jumlah anak kambing dilahirkan sebanyak 25ekor dengan 9ekor kematian direkodkan.oleh itu kadar kelahiran kandang 1.57 di tolak kadar kematian 0.36 Kadar Pembiakan adalah 1.21% sahaja.Nisbah Jantan:Betina 40:60,bermakna banyak anak betina dilahirkan tahun ini.Banyak penambahbaikan perlu dilakukan terutama dari segi penjagaan anak baru lahir.Selama ini anak usia 1 bulan sudah dilepaskan meragut bersama ibunya mungkin selepas ini dibiarkan meragut selepas usia 3bulan ke atas.Seekor induk dibaham anjing,3ekor mati akibat penyakit dan seekor lagi melarikan diri.

Untuk biri-biri pula,dari 11ekor induk yang beranak 1 ekor anak mati(tak cukup umur).Kadar kelahiran 1.00% dengan kadar kematian 0.10% jadila Kadar Pembiakan 0.90% untuk biri-biri.Nisbah jantan:betina 60:40 bermakna banyak kelahiran anak jantan untuk biri-biri.1 ekor induk mati akibat penyakit dan 2ekor melarikan diri.Untuk biri-biri den rasa agak mudah penjagaan dari segi kawalan penyakit dan makanan sebab biri-biri lebih suka meragut rumput seperti lembu(grazing).

Bagi tahun 2013,dengan jumlah induk kambing sekitar 31ekor akan ditambah kepada 50ekor induk dan Kadar Pembiakan harap dapat ditingkatkan kepada sekitar 1.80% minimum.Untuk biri-biri dengan jumlah induk 17ekor dan akan ditambah kepada 30ekor induk,Kadar Pembiakan diletakkan pada 1.00% sebab Malin Cross memang payah nak beranak kembar.hehe..Dengan pembelian Pejantan Barbadoss Blackbelly yang dinamakan Tanggang harap dapat meningkatkan kadar kelahiran kembar untuk biri-biri untuk generasi akan datang.

#p/s:Kepada pelanggan den,bukan senang nak bela kambing..jadi kasihanilah den dengan beli ikut   harga yang ditawarkan..murah dah ter..hehe :-)



Saturday 12 January 2013

Siri Terjah Kandang: Kandang Bro Iskandar,Pedas,N9

Lama tak buat lawatan ke kandang sahabat ternakan untuk mencari ilmu dan berkongsi pengalaman menternak.Jadi mggu lepas den berkesempatan melawat kandang bro Iskandar Dzulkarnain di Pedas,Negeri Sembilan.Sembang dalam Facebook dan telefon dah lama jadi kena lah melawat kandang beliau dan mengeratkan silaturrahim antara penternak.Latar Pendidikan Bro Is ni agak menarik,kira dalam hierarki jurusan pendidikan di Universiti bidang beliau paling 'top'(rahsia den tak boleh beritahu di sini).Mempunyai persamaan dengan Prof.Alwi dari segi tempat tinggal ibu bapa beliau dan idealisme yang agak radikal menentang arus.Kira budak bandar jadi penternak sepenuh masa duduk di kampung.Memang den 'respect' la dua orang ni,sifu kambing dan sifu biri-biri den.hehe..

Bro Is berumur 34tahun(sama dengan bro Zul) memulakan penternakan sekitar Ogos 2011 yang mana kebetulan sama tarikh dengan den jugak,dulu ada bela kambing tapi sekarang telah beralih kepada biri-biri dengan jumlah sekitar 80 ekor dan baka Damara menjadi pilihan disamping kacukan Malin.Den perhatikan Damara ini agak tahan lasak dan dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan iklim tropika.Mengamalkan sistem lepas ragut dengan beliau sendiri sebagai pengembala sepenuh masa,kawasan ragutan dibelakang kandang beliau sahaja.Disebabkan kawasan ragutan merupakan bekas tanah sawah dan air bertakung,memang populasi cacing agak tinggi jadi beliau amalkan program kecacingan yang agak ketat "mass deworming" setiap 3bulan sekali.

Den suka dengan kerjasama yang terjalin antara penternak di kawasan ini,saling berkongsi Pejantan dan jual beli induk di kalangan penternak di kawasan ini sahaja.Jantan untuk sembelihan dan akikah baru di jual pada pembeli luar.Stok biri jantan untuk sembelih dan akikah memang habis licin di kawasan ini,jelas permintaan terlalu tinggi dan penternak sedang berkira-kira untuk memperbesarkan kandang cuma 'limitation' pada sumber makanan iaitu kawasan ragutan.Kalau masalah kawasan ragutan dapat diatasi makin berkembanglah jumlah ternakan di kawasan ini dengan Bro Is sebagai Doktor Veterinar cap kampung.Hehe..
anjing pgembala pun ada..biri masa meragut..(curi dari FB jer)
masa meragut ni..curi kt FB jgak..hehe
biri semasa di kandang(blkg tu rmah bro is)..yang ini gambar original..hehe
cantik-cantik induk dia..
 
 
Lama juga lah den bersembang dengan Bro Iskandar ni dari petang sampai malam jugak berkongsi pandangan dan hal-hal berkaitan penternakan kambing tambah politik semasa.Cuba juga meng"ekjas" induk untuk dibeli tapi memang tinggal harapan jelah sebab diorang pun tanya den nak jual induk tak.Haha..Cuma masalah kecurian agak kritikal sekarang dan baru berlaku 1 ekor kambing pejantan baka hilang malam sebelum itu.Andaian awal disebabkan stok kambing di Melaka telah habis,pencuri telah beralih operasi ke Negeri Sembilan pula.Jangan sampai ke Pahang dan kandang den sudahlah,kalau dapat tangkap jurus penampor 7 petala langit akan den bagi.Akhir sekali,harapan kami berdua tetap sama,mahu melihat lebih ramai penternak kambing dan biri-biri yang berjaya di Malaysia ini.Chaiyokkk...