Cari disini....

Friday 21 June 2013

Jualan Sulung Biri-biri Akikah...

Assalamualaikum sahabat penternak sekalian.Den memulakan penternakan kambing sekitar Ogos 2011 dan biri-biri April 2012 jadi sebenarnya den ini masih baru lagi dalam bidang ternakan jadi janganlah tanya soalan tahap SPM kat den ni,tak terjawabler nanti.Soalan tahap SPM boleh tanya Prof.Alwi (Alwigoatfarm),Bro Zaki (Nurternak) dan Bro Naxz (Gembala kecil) yang den rasa lebih lama menternak dan lebih banyak ilmunya.Den pun banyak belajar dari diorang ni kira sifu den jugak ler.Untuk den tanyala soalan tahap UPSR tu ok ler.Paling best bagi bentuk objektif ada pilihan jawapan senangler nak menjawab nanti.kihkih..

Hari Jumaat semalam den sembelih dan lapah 3ekor biri-biri jantan kelahiran kandang den untuk akikah.Rezeki Jumaat betul la,3ekor ni cukup umur hujung bulan Mei dan ditempah oleh 2orang pembeli, sorang dari Keratong 2,Mak Long Sinah beli untuk cucu dia sekor dan 2ekor lagi dari pembeli dari Muadzam Shah (40km dari Keratong).Harga den bagi harga pengenalan je RM18 sekilo,ada yang kata murah sangat jual tu tapi bagi den ok dah.Bagi den market untuk biri-biri akikah ini adalah dari RM450-700 untuk pasaran kawasan den ni.Ada untung ka jual harga tu,Insyaallah dengan sistem 'Low Input Husbandry' den rasa tiada masalah masih untung disamping menolong golongan kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadat akikah ini.

Berat biri-biri yang dijual 2 ekor berat 26kg(sama berat) dan sekor lagi 20kg.Memang sangat rendah lah beratnya den target boleh capai 30-40kg cukup umur.Tapi biasala penternak tidak berpengalaman ni banyak lagi kena belajar terutama tentang pemakanan ternakan ni.Mungkin perlu ditambah sedikit dedak berasaskan bijirin ke dalam rutin makanan harian biri jantan ini.Tapi yang 20kg itu ada masalah pernah ditinggalkan ibunya semasa masih kecil(ibu dia lari dari kandang tak balik 5hari).Jadi mungkin agak terbantut tumbesaran dia.

Apapun perjalanan den masih jauh lagi untuk mencapai tahap rakan penternak yang lebih senior,tapi dengan tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh rakan2 lain Insyaallah tercapai jua satu hari nanti..:-)

anak biri tengah melantak..
 








Tuesday 11 June 2013

Musim beranak tiba lagi..:-)

Assalamualaikum tuan-puan pembiak kambing,lama tak update blog pasalnya kadang2 mood dan idea tu tiba2 je menghilangkan diri ditambah sedikit sifat mazmumah iaitu MALAS (minta dijauhkan lah dari sifat ini).Banyak yang ditulis dan disampaikan,terutama lawatan-lawatan ke kandang2 sahabat penternak serata Malaysia.Baik yang mengamalkan sistem Intensif mahupun Semi-intensif telah den lawati,Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu dapat dipelajari dari sahabat2 pembiak lain.Ada masa nanti den tulis lah yer.

Alhamdulillah hujung bulan Mei dan awal bulan Jun den mendapat perkhabaran gembira disebabkan kelahiran anak kambing dan biri baru yang tak kunjung beranak.Setakat ini 2ekor induk kambing beranak kembar dan 4ekor biri beranak tunggal semuanya.Semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat layanan sepenuhnya dari Awang.Semoga semuanya membesar dengan sihat dan kuat sekaligus menjadi sumber pendapatan den pada masa akan datang.hehe..

Baka Van Persie..sebijik bapak dia..
Ini tak tahulah bapak dia siapa..mungkin RVP juga..
ibu dara anak kecil..tapi sihat..jantan..
anak jantan..
anak jantan jugak..
pun jantan..
jantan lagi..lagi..
 
 
Kelahiran dari baka pejantan RVP setakat ni sangat memuaskan dari rekod 3 kelahiran 1triplet dan 2 kembar (sepasang jantan betina) .Semoga yang lain-lain juga akan tinggi kadar kelahirannya.Manakala untuk biri pula dari 9 kelahiran tahun ini semua adalah kelahiran tunggal dan 7darinya adalah jantan.Memang rezeki anak jantan lah nampaknya den tahun ini.Hihi..Jantan atau betina tiada masalah asalkan semuanya dapat membesar dengan sihat.
 
 
Minggu lepas juga den membeli induk biri dari sahabat den sendiri Bro Rahmat. Disebabkan ayah dia hendak pergi menunaikan Fardhu Haji maka tiada sesiapa nak menjaga biri dia.Jadi den ambil keputusan membeli 9ekor induk dari dia,kalau dia berhajat membela lagi selepas balik dari menunaikan Fardhu Haji maka bolehlah beli induk dari den (kalau den nak jual la).hehe..
 
Induk yang baru dibeli..
 
 
Sekian sahaja untuk kali ini,ada masa den update ler lagi..InsyaAllah..:-)